Ikut

Monday, September 19, 2011

SARDIN MASAK TAUYU

Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa 20 September 2011.

Pagi ni cuaca elok jer, sang suria dah mula memancarkan sinarnya tidak seperti kelmarin cahayanya di lindungi awan mendung. Breakfast CK minum secawan milo panas sahaja sebab memang jarang ambik sarapan.

Hari ini plan nak mengemas bekas2 kuih raya dan balang2 tempat simpan segala tepung2 dan bahan2 baking. Semuanya telah CK basuh dan jemur kat halaman rumah kasi kering betul2 baru disimpan untuk kegunaan tahun hadapan pulak, insyaAllah kalau dipanjangkan usia. Itu hari main masukkan dalam kotak segala saki baki bahan2 kuih dan kek tak sempat nak kemas, tutup kotak dan tolak masuk bawah meja letak alas meja kasi labuh taraaaaaaaaa...!!! xnampak ler semak hehehe...!!!. Itu hari memang tak sempat nak kemas sebab penat sangat2 lepas raya dah asyik kesana sini beraya pulak, lepas tu berpuasa enam. Minggu ni semua dah beres so boleh ler aktifkan sifat kerajinan hehehe..

Untuk lunch tengahari ni sediakan sardin masak tauyu dan telur dadar saja untuk anak dara bongsu yang akan pulang dari sekolah pada pukul 2:30 petang nanti. CK masak ringkas2 jer sebab kalau masak lebih2 banyak pulak masa yang terbuang kat dapur karang nak mengemas dah penat, maklum ler engine dah lama hehehe..

Orang2 utara lebih suka guna ayat tauyu dari kicap dan sebabnya tak tahu lah pulak CK. Sejak kecil hingga sekarang dan diteruskan oleh anak2 CK lebih selesa letak tauyu (disebut tokyu) dari kicap. Tersengih juga bila teringat usikan orang2 yang mula nak praktis sebut tokyu kekadang ada juga yang bergurau "tok you ker atau tok i?"


SARDIN MASAK TAUYU

1 tin sardin cap ayam (425gm)..nk guna jenama apa pun tak per

2 ulas bawang merah..hiris nipis2
2 ulas bawang putih..cincang
3 hiris halia..racik nipis memanjang
6 biji cili padi ( hiris atau sebiji2 )
2 sudu kicap pekat
2-3 sudu besar kicap manis( kalau nak kuah lebih boleh taruh kicap lebih )
1 sudu makan sos tiram.
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar..potong bulat2
1 biji cili merah..hiris menyerong

ikan sardin digoreng dengan api perlahan kasi garing sket baru powerrr..!!!

Cara membuatnya:-
1. Asingkan ikan sardin dari sosnya..jangan buang sos nanti leh buat kuahnya
2. Gorengkan ikan sardin sebentar sehingga kering airnya (hati2 sebab minyak leh letup dan mercik!)..ketepikan..
3. Panaskan 4 sudu minyak lebihan goreng ikan sardin, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi
4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos sardin tadi..kacau sebati (kalau nak lebih kuah tambah air sket)
5. Dah nampak kuah mendidih, masukkan ikan sardin, bawang besar, hirisan cili merah dan cili padi..sesuaikan rasa..
6. Masak sekejap dan matikan api.
7. Sedia dihidangkan..enak dimakan bersama nasi putih dan roti

* kesedapan masakan ni terletak juga pada brand sardin yang digunakan
* kicap pekat juga memainkan peranan. Ada sesetengah kicap pekat yang tak berapa hitam warnannya.

* Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment