Ikut

Showing posts with label Aneka Bubur Dan Pengat. Show all posts
Showing posts with label Aneka Bubur Dan Pengat. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

KANJI DAGING@BUBUR LAMBUK DAGING


Assalammualaikum dan salam Ramadhan di hari yang ke-11 tuk semua.

Baru selesai buat seperiok bubur kanji daging atau di tempat lain lebih di kenali sebagai bubur lambuk. Dah lama teringin nak makan kanji daging ni. Masa tak sihat tu hari sempat buat bubur ayam simple jer xder buat yang complete version sebab dah tak sihat banyak ler pantang larang dari segi pemakanan.

Bubur kanji yang chekiah sediakan ni adalah resepi dari arwah emak yang setiap kali puasa mesti 2-3 kali buat sebab arwah ayah memang suka makan sebarang bubur & serawa atau pengat sewaktu berbuka. Jom tengok camner chekiah sediakan bubur kanji daging ni.


Bubur Kanji Daging
[versi chekiah]

Bahan A
1 tin susu beras di rendam seketika..basuh dan tuskan
500 gm daging di potong kecil2
air untuk merebus secukupnya

Bahan B
Bahan Kisar Kasar:-
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar udang kering yang di rendam sekejap

Bahan C
Bahan Kisar Halus:-
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
1/2 sudu kecil jintan manis

Bahan2 lain:-
100gm santan pekat
1 kiub pati ayam
5-6 ulas bawang merah..hiris nipis2
1/2 sudu halba campur
1 tangkai daun kari
minyak secukupnya
garam
serbuk lada hitam
daun sup dan daun bawang secukupnya..dipotong untuk taburan

Cara Membuatnya:-

Masukkan bahan A, B & C kedalam rice cooker dan rebuslah sehingga air kering dan daging empuk.
Kacau sesekali untuk mengelakkan bubur melekat di permukaan bawah rice cooker.

Bila air dah kering masukkan santan, kiub pati ayam, garam & serbuk lada hitam...kacau sebati dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Tutup suis rice cooker

Panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang merah, halba campur dan daun kari sehingga bawang garing keperangan.

Curahkan tumisan bersama dengan minyaknya kedalam rice cooker dan tutup rice cooker dengan penutupnya untuk mengekalkan kewangian bahan tumisan didalam rice cooker.

Bila tiba waktu menghidang buka lah tudung rice cooker dan kacau sebati sebelum di sendukkan kedalam mangkuk. Bubur kanji ni sedap juga di makan bersama telur asin, ikan bilis goreng rangup dan lobak masin

*Selamat Mencuba*

peringkat merebus beras dan bahan2 kisar

bubur dah agak kering airnya dan pekat sedikit

peringkat hampir2 penghujung setelah bahan tumisan dicurah kedalam bubur

Sunday, June 12, 2011

BUBUR CACA DAN KELEDEK


Petang semalam laksanakan hasrat hati buat bubur caca. 3 4 hari sebelum tu ada jiran kasi semangkuk bubur caca dan CK layan dengan begitu asyik sekali hehehe maklum ler dah lama tak makan bubur yang satu ni kalau bubur2 yang lain selalu juga makan kalau tak buat beli saja sikit sebab anak-anak tak berapa minat, kalau buat pun tak berbaloi sebab CK sorang jer yang nak makan.

tepung caca sepeket kecil dapat ler sebanyak ni

Tepung caca CK beli yang peket kecil kat Tesco dan memandangkan stock sagu tak der kat rumah CK campurkan dengan ubi keledek memandangkan ada sebijik jer keledek terkontang kanteng dalam peti sejuk lebihan buah coq badak minggu lepas. Walaupun saiznya besar tapi dapat separuh saja sebab yang separuh dah buruk dan bertukar warna ke hitam.

kentang yang di ptg kiub dan di rebus dahulu sama juga dengan tepung yg kaler2 tu

taraaaaa..!!! dah siap masak

Bubur Caca Dan Keledek

Bahan2nya:-
1 biji keledek
1 bungkus tepung caca
4 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
sedikit garam halus

Cara membuatnya:-
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu, kemudian rebus keledek dan tepung caca secara berasingan hingga empuk. Toskan.
2. Didihkan santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam dalam periuk
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan caca. Masak lagi hingg mendidih dan matikan api
4. Siap di hidangkan

bubur ni sesuai di mkn waktu suam2 sebab kalau sejuk ia akn cpt membeku

tepung kaler2 ni kalau rajin boleh ler buat sendiri..klau malas cm CK beli ajer hehe

Wednesday, March 30, 2011

SERAWA@PENGAT PISANG


Terlebih rajin pada petang ini sempat lagi buat seghawa@pengat pisang. Tergerak hati nak buat sebab ada lebihan pisang berangan yang beli 2 hari lepas. Sementara pisang tu masih lagi tegap keadaan bodynya lebih baik ler buat sesuatu sebab kalau nak makan dah tak lalu lagipun pisnag berangan ni berangin jadi selepas makan kena lah sapu minyak angin hehehe

Dengan 4 biji pisang yang berbaki terhasillah seghawa@pengat pisang yang enak rasanya tapi terkilan sikit sebab stock sagu biji tidak ada kan best kalau ada sagu biji mata ikan tu pasti lebih enak dan kelihatan sagu tu pun berkilat kilat. Jom tengok resepinya pada yang berminat untuk mencuba :-


Bahan-bahannya:-
1 biji pisang tandung (pisang lelain pun boleh juga)
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka@kabung@geghek
4 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam

Cara Membuatnya:-
1. Pisang di potong menyerong..ketepikan
2. Dalam periok didihkan santan, gula pasir, gula melaka & daun pandan.. kacau selalu agar santan tidak pecah minyak
3. Apabila mendidih masukkan hirisan pisang dan garam..masak lagi hingga sekali lagi mendidih dan tutup api
4. Sedia di hidangkan

*Selamat Mencuba*