Ikut

Thursday, August 11, 2011

KANJI DAGING@BUBUR LAMBUK DAGING


Assalammualaikum dan salam Ramadhan di hari yang ke-11 tuk semua.

Baru selesai buat seperiok bubur kanji daging atau di tempat lain lebih di kenali sebagai bubur lambuk. Dah lama teringin nak makan kanji daging ni. Masa tak sihat tu hari sempat buat bubur ayam simple jer xder buat yang complete version sebab dah tak sihat banyak ler pantang larang dari segi pemakanan.

Bubur kanji yang chekiah sediakan ni adalah resepi dari arwah emak yang setiap kali puasa mesti 2-3 kali buat sebab arwah ayah memang suka makan sebarang bubur & serawa atau pengat sewaktu berbuka. Jom tengok camner chekiah sediakan bubur kanji daging ni.


Bubur Kanji Daging
[versi chekiah]

Bahan A
1 tin susu beras di rendam seketika..basuh dan tuskan
500 gm daging di potong kecil2
air untuk merebus secukupnya

Bahan B
Bahan Kisar Kasar:-
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar udang kering yang di rendam sekejap

Bahan C
Bahan Kisar Halus:-
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
1/2 sudu kecil jintan manis

Bahan2 lain:-
100gm santan pekat
1 kiub pati ayam
5-6 ulas bawang merah..hiris nipis2
1/2 sudu halba campur
1 tangkai daun kari
minyak secukupnya
garam
serbuk lada hitam
daun sup dan daun bawang secukupnya..dipotong untuk taburan

Cara Membuatnya:-

Masukkan bahan A, B & C kedalam rice cooker dan rebuslah sehingga air kering dan daging empuk.
Kacau sesekali untuk mengelakkan bubur melekat di permukaan bawah rice cooker.

Bila air dah kering masukkan santan, kiub pati ayam, garam & serbuk lada hitam...kacau sebati dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Tutup suis rice cooker

Panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang merah, halba campur dan daun kari sehingga bawang garing keperangan.

Curahkan tumisan bersama dengan minyaknya kedalam rice cooker dan tutup rice cooker dengan penutupnya untuk mengekalkan kewangian bahan tumisan didalam rice cooker.

Bila tiba waktu menghidang buka lah tudung rice cooker dan kacau sebati sebelum di sendukkan kedalam mangkuk. Bubur kanji ni sedap juga di makan bersama telur asin, ikan bilis goreng rangup dan lobak masin

*Selamat Mencuba*

peringkat merebus beras dan bahan2 kisar

bubur dah agak kering airnya dan pekat sedikit

peringkat hampir2 penghujung setelah bahan tumisan dicurah kedalam bubur

4 comments:

  1. Alhamdulillah setiap kali buat mmg xprnah xhbs kasih :)

    ReplyDelete
  2. mmg sdp puan Jue, sesuai gak tuk hambat2 angin dlm badan :)

    ReplyDelete