Ikut

Showing posts with label Aneka Minuman Sejuk. Show all posts
Showing posts with label Aneka Minuman Sejuk. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

CARROT MILK JUICE


Assalammualaikum dan selamat malam Ahad 26 June 2011

Seharian sibuk buat kerja rumah ada ler keluar sekejap tengahari tadi pergi beli keperluan Angah untuk dibawa balik ke asrama petang nanti. Lewat petang CK 4 branak ke Balik Pulau untuk menghantar Angah. Dalam perjalanan pulang singgah makan nasi kandar di restauran Deen dekat Jelutong (tak dapat snap picture sebab bat3 kong lupa nak charge awal2). Jam 10:30 baru sampai dirumah dan tak tahu kenapa rasa dahaga sangat kemungkinan disebabkan oleh cuaca panas hari ini dan juga sebab kari nasi kandar yang begitu pedas sekali.
tak pasti plak jenis karot ni...saiznya kurus dan panjang

Tetiba teringat ada karot yang beli kat pasar 2 hari lepas. Tak tahu kenapa waktu tu terbeli banyak pulak (selalu beli 2 3 batang sahaja sebab anak2 tak brapa suka makan sayur). Idea CK datang begitu mendadak nak buat jus karot atau lobak merah ni. Macam biasa CK buah jus versi CK dan kali ini teringin nak minum jus karot campur susu dan inilah bahan2 yang digunakan :-


lobak merah atau karot
susu cair
air gula
sedikit halia
perahan limau nipis@limau kasturi
~ kisar semua hingga halus dan tapis..sedia untuk diminum ~

Wednesday, June 15, 2011

DRAGON FRUIT JUICE


Alahai sepatutnya N3 juice ni yang terakhir untuk malam ni tersalah type gi letak puding pelangi tu plak yang last. Juice dragon fruit ni adalah minuman yang CK sediakan waktu berbuka petang tadi. Kebetulan pagi semalam pergi pasar sekali dari jauh dah ternampak akan buah naga yang selonggok di depan sebuah gerai buah2an. Masa penjual tu memotong dan menunjukkan isinya memang silau sekejap mata CK akan warnanya. Warna seroja tua membuat buah ini menjadi daya tarikan pengunjung disitu. Meskipun penjual tu bersungguh sungguh menyakinkan kemanisan isi buah naga ni tapi CK mana tahu kan sebab tak boleh nak merasa dah berpuasa. Dengan keyakinan penuh di dada CK pun beli dan inilah hasilnya CK buat jus untuk berbuka.

ranumnya buah naga ni jelas kelihatan pada warna isinya

Sekali pandang warnanya memang rasa cam gerun untuk minum tapi bagi pendapat CK buahnya yang ranum menjadikan warnanya kaw2 begini. Bila diminum waktu berbuka aduhaiii betapa nikmatnya rasa masam2 manis dan sejukkk tekak.

isi buah naga + air gula + ketulan air batu dikisar@blend hingga hancur & sebati


bila dicampur susu cair, blend halus dan berbuih maka jadilah smoothie dragon fruit


jemput minum semua.....huhhhhhhh nyamannnnnnn..!!!

Thursday, June 9, 2011

SWEETY LAICY LASSI


Alhamdulillah selamat sudah berbuka untuk hari ini. Keadaan cuaca mendung ingatkan nak hujan tapi tak juga hujan mungkin malam karang. Kalau hujan malam nanti best juga sebab leh tarik selimut sampai ke dagu.

Petang ni berbuka simple2 jer. Macam biasa makan nasi putih dengan kari kepala ikan merah, sambal takua(sambal tahu) dan ikan goreng. Minuman petang ni anak CK yang juga turut berpuasa menorai buat lassi sebab itu hari dia tengok CK buat cam senang aja. Kebetulan ada separuh lagi yogurt dan lebihan laici dalam tin jadi berbuka tadi minum lassi laici. Menurut anak CK kalau blend yogurt dan laici camtu jer nampak tak menarik jadi dia telah meletakkan setitik pewarna merah untuk menambah kecantikan warna lassi tu. Bila di letakkan hanya setitik pewarna merah maka warna nya bertukar menjadi merah jambu muda dan anak CK telah meletakkan nama lassinya  Sweety Laici Lassi..ok lah tu janji sedap dan yg bestnya bila nyum nyum buah laici yang di buat hiasan. Campuran air laici dan yogurt telah menghasilkan rasa masam2 manis yang tersendiri. Apa2pun terima kasih pada JunJun kerana sediakan minuman berbuka petang tadi.


Kat rumah sekarang tak leh ada susu cair dan yogurt mesti ada saja anak2 CK yang nak buat air sedap2, kalau dulu bila CK buat baru dia orang merasa tapi sekarang bahan2 dah ada tunggu tinggal rajin atau malas saja. Apa2pun kira ok ler tu leh buat minuman sedap sendiri sekurangnya ada juga kebolehan dalam bidang membuat minuman sejuk.

Sunday, June 5, 2011

FRESH ORANGE SODA


Aduhhh penatttnya..baru sampai rumah setelah selesai memenuhi 3 undangan perkahwinan. Letihnya badan bukan di sebabkan terkejar kejar dari satu rumah ke satu rumah tetapi penat makan. Rasa cam nak terburai sudah perut makan dan minum bagai nak rak. Apa2pun terima kasih kepada semua tuan & puan rumah yang telah berbesar hati melayan dengan begitu baik sekali kalau tinggal lebih lama pasti segalanya mereka nak berjamu.

Chekiah perhatikan 2 hari ini (semalam dan hari ini) kesemua rumah yang chekiah berkunjung terdapat berbagai bagai makanan yang di sajikan sampai tak tau nak makan yang mana satu. Petang ni lagi hebat sebuah rumah yang terakhir tu macam open house hari raya siap ada ketupat, rendang dan biskut2 raya yang di letak di atas meja. Dimeja utama yang pasti ada nasi 3 jenis, nasi beriani, nasi hujan panas dan nasi putih..lauk ayam masak merah, kurma kambing, daging rendang, pecal, acar buah, ayam golek, mee goreng, laksa, murtabak, bubur kacang, minuman sejuk, ice kacang & cendul huhuhu camna nak tahan selera takkan nak tengok saja...jamah serba sikit pun masih kenyang sampai malas nak bangun hehehe


Waktu nak balik puan rumah bekalkan lauk pauk dan nasi untuk makanan malam katanya "balik, panaskan dan makan dengan anak2 tak perlu nak fikir2 lagi nak siapkan makan malam" dan di bekalkan juga beberapa biji telur, kuih muih dan 10 biji limau sunkist. Alhamdulillah rezeki bukan setakat di jamu dengan bermacam-macam makanan malah di bekalkan bawa balik lagi..terika kasih yer puan rumah.

Dalam perjalan pulang singgah 7-Eleven beli 1 botol besar ice-cream soda dan sampai saja di rumah ini lah yang di hasilkan "fresh orange soda"...hurmmm memang enak, lazat dan nyamannnnnnn..

Cara Menyediakannya:-
Limau sunkist di basah dan di belah 2.
Kupas kulit tebal, kulit ari dan semua selaput putih jangan lupa buang juga biji limau
Masukkan isi limau ke dalam pengisar, masukkan ice-cream soda, air gula & ketulan air batu
Kisar sampai halus dan berbuih
Tuang ke dalam gelas, baca bismillahhirrohmanirrohim dan teguk ler perlahan lahan....yummy!

Wednesday, June 1, 2011

MANGGO LASSI


Sedar tak sedar hari dah petang...cuaca masih panas tapi tidak lah berbahang seperti tengahari tadi. Selepas zohor tadi chekiah sediakan Manggo Lassi iaitu sejenis minuman sejuk berasaskan mangga dan di campur dengan yogurt. Rasanya masam2 manis dan berkrim. 1st time buat Alhamdulillah mendapat sambutan dari anak-anak.

Manggo lassi ni menarik perhatian chekiah sewaktu berkunjung ke blog kasihredha minggu lepas dan tetiba chekiah teringat malam sebelumnya sewaktu chekiah tengah makan di sebuah restaurant bersama suami muncul seorang minah saleh yang membuat pesanan manggo lassi. Chekiah sempat menjeling tengok camner rupa dan warna manggo lassi tu sebab selama ini pernah dengar nama tapi tak pernah tengok rupa apatah lagi rasanya.


Dari hasil pencarian di youtube dapatlah juga chekiah melaksanakan hasrat tekak yang teringin sangat nak merasa minuman manggo lassi. Pagi tadi sewaktu ke pasar chekiah telah membeli mangga yang jenisnya chekiah tak pasti. Saiznya besar macam mangga siam dan warna kulitnya tidak begitu kuning namun rasa isinya manis tak perlu di letakkan air gula@madu (chekiah tak leh minum yang manis2). Peniaga buah mangga tu menawarkan 3kg untuk RM10/- jadi chekiah pun beli 3kg bukan sekadar nak membuat manggo lassi tapi nak juga makan mentah buah mangga yang memang nampak menyelerakan.


inilah mangga yang 3kg = RM10/- meskipun kaler kulitnya pucat tapi rasanya mabeles

Cara menyediakan manggo lassi:-

hirisan manggo tin atau manggo segar
madu @ air gula
yougurt
secubit garam (optional)
ice cube
~ kisar semua sehingga hancur dan berbuih ~


Rasanya selain dari mangga minuman lassi ni juga boleh di buat dari buah2an yang lain dan itulah yang akan chekiah lakukan nanti untuk mendapat kelainan dari segi rasa..insyaAllah..

Friday, May 27, 2011

0RANGE SMOOTHIE


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi Sabtu 28 May 2011.

Alahaiii...bangun pagi teringat hari ini ada 3 undangan perkahwinan yang akan di hadiri. Bangun jer terus mengemas rumah sebab seharian hari ini ada kat luar ketatkan perut hehehe...kalau tidak mengemas alamat esok baru ada masa tapi esok tak pasti apa pulak keadaan yang akan mendatang jadi sebaiknya langsaikan dulu tugasan kemaskan rumah. Bila sampai ke bab membersihkan peti sejuk ternampak 6 biji lagi limau sunkist tergolek dalam tu..limau lebihan buat blended orange cake itu hari..masih segar jadi fikir nak buat aper lagi. Akhirnya chekiah blend buat orange smoothie sebab dah lama tak menikmati fruit smoothie sementara susu kotak low fat pun masih berbaki separuh kotak maka terjadilah orange smoothie

sesuai untuk di minum dalam keadaan cuaca panas

Memula mengenali smoothie ni memang tidak berapa gemar tetapi macam kata perpatah tak kenal maka tak cinta begitu lah dengan chekiah dan ahli keluarga sekarang ni dah suka menikmati kenikmatan fruit smoothie. Bagi chekiah sekiranya kita minum smoothie atau fruit juice sebelum kita menikmati makanan utama memang membantu sangat sebab secara automatik perut kita tidak dapat menerima isi yang lebih jadi dapatlah kita kurangkan makan dalam erti kata yang lain ringan lah sikit badan hehehe

Buah2an ini memang elok di makan selalu kerana fungsi serat dia boleh membantu masalah constipation atau sembelit. Selalu amalkan memakan buah2an, sayur2an dan kerap meminum air kosong insyaAllah masalah perlawasan boleh di hindari.

bezanya smoothie dengan jus ialah smoothie ltk susu manakala jus tak ltk susu

Cara Menyediakannya:-
1-2 biji isi limau sunkist..buangkan semua selaput dan urat putih utk elakkan pahit
1 cawan susu segar@susu cair
3 sudu makan air gula@madu
beberapa kiub airbatu

Masukkan semua dalam blender dan kisar hingga halus dan berbuih

Sedia untuk di nikmati...sejukkkkkkk & nyamannnnnnn...

Friday, April 29, 2011

WATERMELON JUICE

hirisan tembikai yang menawan tekak di tengahari yang panas

Hari ini cuaca elok saja tak hujan lagi seperti dua hari yang lepas. Cuaca yang panas di tengahari ini chekiah terasa cam nak makan tembikai jadi bergegas lah ke pasaraya Giant yang berhampiran beli sebelah daripada tembikai sebab kalau beli sebijik pasti tak habis dan kalau di simpan akan terasa masam lah pulak. Separuh dari tembikai chekiah potong-potong dan sebelah lagi chekiah blend buat minuman..memang superb lah kebetulan isi tembikainya begitu manis tidak perlu di tambah air gula untuk membuat minuman...jemput minum semua..


*2 3 tahun lepas baru chekiah tahu sesetengah orang memanggil tembikai semangka..terima kasih kepada rakan dari singapura yang telah memberitahu chekiah.

juice tembikai juga tak kurang menyamankan tekak

Wednesday, March 30, 2011

COLD COFFEE@COFFEE SHAKE


Bila cuaca panas apa yang kita inginkan? Selalunya minuman sejuk menjadi pilihan. Selain minuman sejuk dari asas minuman biasa kita kekadang teringin nak cari kelainan dalam melayan tekak kita yang sememangnya akan merasa lega kalau di hidangkan dengan minuman yang lain dari yang lain. Resepi coffee sejuk atau coffee shake ni adalah hasil dari minum di luar terutamanya minum di restaurant atau hotel so bila balik rumah mula ler mencipta dari kreativiti sendiri hehe

1 sudu teh kopi segera + 3 sudu air panas (kacau rata)
5 ketul ice cube
1 cawan susu segar@susu cair
1 scoop ice cream perasa vanilla
1 sudu makan air gula
~ kisar@blend semua hingga sebati dan berbuih ~

Taburkan serbuk kopi@koko di atas permukaan
dan boleh juga di letakkan tambahan scoop ice cream dia atasnya

Monday, February 28, 2011

RASBERRY JUICE


Sejak kebelakangan ni cuaca panas teramat sangat. Seawal pagi jam 10 keadaan dah berbahang dan dengan secara tidak langsung kita akan cepat merasa letih tapi demi tugasan harian yang perlu kita laksanakan panas pun kena lah bertahan. Dalam keadaan cuaca panas yang selalu kita lakukan ialah lebih kerap mencari air minuman terutamanya yang boleh melega dan menyamankan tekak. Tengahari ni CheKiah sediakan air minuman perasa rasberry untuk keluarga. CheKiah letak 1 jug dalam peti sejuk senang untuk seisi rumah menikmatinya. Walaupun dalam keadaan cuaca yang bagaimana pun kita memang di galakkan banyak minum air kosong. Seorang dewasa perlu minum air kosong sebanyak 7-8 gelas sehari untuk mengganti pengaliran keluar air dari badan kita..ingat tu minum air kosong bebanyak baru badan kita akan rasa segar dan mantop hehe..

Saturday, February 26, 2011

WATERMELON SMOOTHIE


Bahan2nya :-

Bahan A:-
450 g isi tembikai merah atau tembikai kuning
5 camca besar susu pekat, air gula atau madu
3 cawan susu segar sejuk
1/4 cawan air masak
2 cawan ice cube
~~ satukan semua bahan dan kisar dengan kelajuan tinggi hingga sebati, halus & berbuih ~~

Bahan B:-
Ais kiub tambahan secukupnya
hirisan deco buah tembikai atau buah2an yang lain
~~ masukkan ice cube tambahan kedalam gelas dan tuangkan watermelon smoothies...hias dengan hirisan buah2an yang anda minat ~~

* Selamat Mencuba *

Sunday, December 19, 2010

SIRAP PAUTAN KASIH


Resepi sirap ni adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi yang bermurah hati kasi. Sewaktu pulang berhari raya di rumah arwah emak mertua dalam sesi makan ramai2 dia telah menunjuk ajar camana nak buat sirap yang mabeles ni. Selalunya sirap ini kita minum di rumah2 kenduri kawin dengan berbagai bagai warna. Pada mulanya tak tahu nak letak apa nama resepi ni tapi akhirnya wujudlah "sirap pautan kasih" sebab sekali minum pasti rasa macam nak berpaut kat jug sirap ni hehehe..

Sirap Pautan Kasih

Bahan-bahannya :-
2 kg gula pasir
1 botol kecil (330ml) sunquick perasa oren
1 1/2 botol esen pisang
pewarna hijau @ sebarang pewarna kegemaran
air secukupnya
limau nipis@kasturi (untuk xtra kesedapan)

Cara Membuatnya :-
Masak gula dan air
Setelah gula larut masukkan oren sunquick, esen pisang & pewarna
Kacau dengan penuh kemanjaan dan pastikan senyum terukir di bibir
Setelah nampak hampir mendidih matikan api dan sejukkan
Untuk menambahkan keenakan boleh juga di campur dengan perahan limau nipis@kasturi

Sukatan di atas untuk beberapa kali kegunaan sekiranya anda ingin mencuba boleh ler
adjust mengikut keperluan.

*Selamat Mencuba*