Ikut

Sunday, May 29, 2011

IKAN CENCARU BELAH BELAKANG


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Isnin 30 May 2011.

Hari ini merupakan hari pertama minggu terakhir di bulan May dan percutian sekolah penggal yang kedua telah pun bermula sejak sabtu 28 May. Bila anak-anak tidak ke sekolah selalunya mereka meminta untuk kita para-para ibu memasak masakan yang mereka gemari. Petang semalam pergi menziarah jiran yang sedang mengomel ngomel bab ni. Masa ni lah para2 ibu yang mempunyai ramai anak tergaru garu kepala yang tidak gatal memikirkan penyediaan masakan untuk memenuhi selera anak-anak. Kedua anak-anak chekiah yang sedang berada di rumah tidak lah begitu cerewet dalam bab makanan ni. Hari ini kebetulan ada stock ikan cencaru maka masakan yang satu ni lah yang chekiah buat sebab masakan yang lelain "tak jalan", kalau ada masakan ni sejenis lauk pun sudah memadai..itulah pukulan ikan belah belakang di rumah chekiah. Bila melihat ikan belah belakang ni tetiba teringat anak dara sulung chekiah yang sedang menyelesaikan short semesternya di Gombak sebab dia memang suka sangat2 ikan belah belakang buatan mami dia..

Ikan cencaru mengikut ensiklopedia bebas dalam bahasa inggerisnya Torpedo Scad dan bahasa saintifiknya di kenali sebagai Megalaspis cordyla. Ikan ini berkulit keras dan sedikit berlemak jadi dia amat sesuai di buat ikan sumbat. Chekiah cuba juga memperbagaikan masakan ikan cencaru ni tapi masih sedap lagi di sumbat sambal di belakangnya. Gelaran masakan ini berlainan di setiap tempat, di tempat chekiah lebih di kenali sebagai ikan belah belakang atau ikan bareback dan di tempat lain orang memanggilnya ikan sumbat atau ikan jaket. Ada juga rakan chekiah menggelarkan ikan ni seksi sebab terbelah belakangnya hehehe..

Chekiah terpanggil untuk publish masakan harian di blog ni atas permintaan beberapa orang adik-adik yang katanya berkenan dengan masakan2 chekiah. Masakan harian chekiah tak lah sehebat pakar2 masakan tetapi ada juga yang meminta mamcam2 resepi dari chekiah terutamanya adik2 yang baru saja berjinak jinak dengan dunia masakan dan ada juga 2 orang adik2 yang baru saja bergelar isteri dan suami2 mereka adalah orang utara manakala dia orang pulak orang Kelantan dan Pahang jadi mereka berminat untuk mencuba masakan utara untuk di hidang pada suami mereka. Apa2pun chekiah ucapkan terima kasih di atas keperihatinan adik2 ni semua terhadap masakan chekiah.


Ikan Belah Belakang
[versi chekiah]

Bahan-bahan :-

5 ekor ikan cencaru sederhana [di cuci dan dibelah dibelakang]
garam
kuyit
~ gaul garam dan kunyit pada ikan dan ketepikan ~

Bahan Sambal:-
2 batang serai [racikkan]
1-2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10-12 tangkai cili kering
sedikit belacan
5-6 cili padi (kalau suka lebih pedas)
2 sudu makan air asam jawa@ perahan sebiji limau kasturi
~ mesyin kesemuanya ~

Bahan2 lain:-
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

1. Dengan api yang sederhana, panaskan 2 sudu minyak dalam kuali
2. Masukkan sambal..kacau selalu sehingga airnya sedikit kering..angkat dan sejukkan
3. Bila dah sejuk sumbatkan sambal di belakang dan celahan perut serta kepala ikan..
4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ikan
5, Gorenglah hingga garing di kedua dua belah ikan
6. Kautkan sambal yang terkeluar dari ikan semasa menggoreng bersama sedikit minyak dan curahkan di atas ikan
6. Angkat dan letak di dalam pinggan sedia untuk di hidangkan

* versi chekiah menggoreng sambal terlebih dahulu sebelum di sumbatkan kedalam belahan belakang ikan di perolehi semasa chekiah melihat tukang masak sebuah kedai makan menyediakan ikan belah belakang dan chekiah rasa sesuai juga di ikuti sebab sambal yang di goreng terlebih dahulu untuk keringkan sedikit airnya lebih kemas bila di sumbat dibelakang ikan. Dulu arwah emah chekiah gunakan cara menyumbat sambal yang baru di mesyik dan air dari sambal tu menitik di sekeliling dan bila di masukkan kedalam minyak yang panas dia akan mengeluarkan percikan minyak yang banyak. Apa2pun terpulanglah pada keselesaan masing2.

* Sejak dulu anak-anak suka sangat dengan minyak yang bercampur seredak sambal yang terkeluar sewaktu menggoreng ikan sebab tu chekiah akan curahkan sedikit ke atas ikan untuk membuat keadaan ikan sedikit lembab. Arwah emak mertua chekiah akan menyediakan sambal yang lebih jadi selepas menggoreng ikan dia akan meninggalkan sedikit minyak dalam kuali dan akan menggoreng lebihan sambal sehingga garing kehitaman dan di letakkan sambal itu di atas ikan dan sambal ini lah yang menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucu hehehe...

*Sambal untuk di sumbat juga sedap kalau di campur dengan kelapa parut dan daun kunyit. Sambal begini di   gemari oleh encik somi tapi yang lelain lebih berminat dengan sumbatan sambal saja. Chekiah pernah  
letakkan racikan bunga kantan menggantikan penggunaan air asam jawa atau air limau kasturi dan rasanya juga enak malah berbau wangi.

sambal yang akan di sumbatkan pada belahan belakang ikan

setelah di sumbat dengan sambal..sedia untuk di goreng

dah siap di goreng

3 comments:

  1. che kiah, sy pun suka sgt ikan belah belakang ni. 1st time mkn pun masa kat penag rumah mak mertua.lps tu, setiap kali beli ikan cencaru mesti msk belah belakang ni.

    di goreng hangus2 sikit lagi sedapkan. mkn dengan nasi putih panas2 dah cukup, xperlu syur2 lain...

    ReplyDelete
  2. btul tu ksh. masa goreng tu habih smua jiran2 dpt bau smrbakkk...ikn belah blkg ni rupa paras x lawa hitam tp hati baikk wooo leh wt kita menambah nambah nasi hehehe

    ReplyDelete
  3. Tp ade partner sejenis kuah... Sy ske makan dgn masak lemak...

    ReplyDelete