Ikut

Thursday, May 19, 2011

I FOLLOW SINAR FM


Assalammualaikum, selamat siang hari Jumaat 20 May 2011.

Jam 10 pagi tadi cam biasa masuk ke dapur untuk memasak dan macam selalunya melangkahnya kaki ke ruang dapur dengan secara automatiknya jari akan menekan punat radio dan terdengarlah lagu-lagu menerusi siaran kegemaran chekiah iaitu SinarFm dan beberapa minit kemudian terdengar suara dj peberet chekiah memberi salam menandakan waktu tu adalah giliran dia bertugas dari jam 10pagi-2ptg (sekiranya tidak ada waktu ketelanjuran). Ayat yang chekiah suka dengar dari dj kesayangan chekiah ni ialah "terima kasih Khrill, KE, SY dan gerombolannya yang telah melepaskan copong ini kepada Kak Bedah) hehehe...chekiah sampai leh hafal ayat wajib Puan Abby Fana yang setiap pagi menemani chekiah memasak. Celoteh berinformasi dia memang best, tip-top dan gurauan selamba dia juga kekadang buat chekiah senyum dan sengih sorang2.

Dj kesayanganku Habsah Omar@ Abby Fana


trio sinar pagi : Khairil Rashid, Saleh Yaacob & Kak Engku Raja Azura

Dari pembacaan sms oleh Aby menerusi sagmen "sembang sinar" chekiah perasan ada berita yang chekiah macam tertanya tanya. Nak confirm berita yang kurang pasti tu chekiah melayari laman sesawang kat tenet dan chekiah dah dapat kesahihannya. Menerusi laman sesawang murai.com.my tertera jelas berita yang chekiah pun sama2 tumpang gembira. Yesss...radio sinar tersenarai lagi sebagai radio no.1 di Malaysia. Chekiah minta izin pada pihak warga murai.com.my nak copy paste letak cite & picture tentang berita ni di sini & di harap tak marah yer kita sama2 kongsi berita.

*****

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9683&c=2&s=3

19 MEI 2011: Tahniah Murai Batu ucapkan buat radio Sinar FM kerana sekali lagi telah terpilih sebagai stesen radio Melayu No. 1 yang menjadi pilihan rakyat Malaysia menerusi survey yang dibuat oleh AC Nielsen untuk 3 penggal berturut-turut.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diraih oleh Sinar FM ini bukan lagi terletak pada nasib semata-mata tetapi kerana bahan, isi kandungan serta muzik yang dihidangkan kepada pendengar.

Begitu juga dengan corak penyampaian deejay-deejay mereka yang cukup menghiburkan khususnya daripada trio Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura atau Kak Engku.

Tidak dilupakan juga dengan deejay-deejay Sinar FM lain iaitu Abby Fana, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin. yang selama ini sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sinar FM terus menjadi pilihan pendengar mereka.

Apa yang menarik, menerusi survey AC Neilsen ini, Sinar FM telah berjaya mengumpulkan jumlah pendengar seramai 4.2 juta. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana stesen radio lain termasuklah radio daripada bahasa lain.

Atas sebab itu, Sinar FM turut mencatatkan rekod sebagai radio No.1 yang memiliki jumlah pendengar yang cukup ramai di seluruh Malaysia. Tahniah sekali Murai Batu ucapkan lagi buat seluruh team Sinar FM.

Murai Batu percaya orang kuat Sinar FM iaitu Pak Tam beserta barisan deejaynya yang lain pasti sedang tersenyum lebar meraikan kejayaan Sinar FM ketika ini.

Harapan Murai Batu, Sinar FM akan terus menyajikan bahan yang berinformasi tetapi menghiburkan beserta dengan kandungan muzik yang hebat serta memenuhi citarasa semua pendengar.

No comments:

Post a Comment