Ikut

Monday, May 23, 2011

APAM PUTERI AYU


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Selasa 24 May 2011

Chekiah baru pulang dari pasar dan sempat lagi mengadap pc sekejap untuk postkan N3 apam si puteri ayu yang chekiah buat lewat malam tadi untuk di jadikan sarapapn pagi ni.

percubaan pertama yang menjadi sangat2

Kuih Puteri ayu ni memang kegemaran chekiah tetapi kebelakangan ni keadaan kuih yang di beli tidak lagi sesedap dulu. Isi apamnya kering berderai dan kelapa parutnya pulak berhampas tidak terasa lemak langsung. Sejak dulu memang teringin sangat nak buat sendiri tapi di sebabkan kebanjiran banyak resepi2 baru yang nak di cuba chekiah terlupa sekejap tentang si puteri ayu ni. Baru-baru ni semasa bertandang kerumah seorang blogger ternampak gambar dan resepi apam puteri ayu ni terus chekiah adakan bahan2nya dan malam tadi alhamdulillah selamat sudah projek "mengapam" (rosak bahasa hehe) dan rasa suka sangat2 sebab pertama kali mencuba dah menjadi. Terima kasih kepada pemilik resepi.

Memula nak mencuba buat apam ni entah berapa belas kali chekiah membaca bismillahhirrohmanirrohim kecut juga perut sebab fobia membuat apam mekar yang tak mekar dan merekah masih menghantui diriku hahaha tapi kali ini semangat lebih sikit kerana dah lama tak membeli apam puteri ayu ni kat luar.
2 warna pilihan hijau dan merah jambu (pink)


Selalunya chekiah perasan warna si apam puteri ayu ni di letakkan hijau dan kekadang ada juga yang memperbagaikan warnanya untuk menambahkan lagi keayuannya. Percubaan pertama chekiah memberanikan diri meletakkan warna hijau dan warna merah jambu (warna peberet) dan tersengih chekiah apabila siap mengukus keadaan kedua dua warnanya cantik dan menarik (masuk bakul angkat sendiri) dan dengan menggunakan acuan saiz berapa entah chekiah tak pasti dapatlah 48 biji.

Kalau dulu kuih2 kaedah mengukus tidak mendapat tempat sangat di hati tetapi dengan kejayaan membuat apam puteri ayu ni chekiah makin yakin untuk mencuba mengukus apam-apam yang lain dan apa saja kuih yang memerlukan cara mengukus...bak kata pepatah tak cuba mana nak tahu..jom tinjau resepi yang chekiah type semula dari blog autiesue sebab kat situ tak leh copy and paste hehehe

setalam penuh you!

Resepi : Mariam
sumber : http://auntiesukitchen.blogspot.com/

Apam Puteri Ayu
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
5 biji telur (saiz kecil) atau 3 biji telur saiz A
250 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(* di ayak sekali)
300 gm gula
2 sudu teh ovalette
250 ml santan (kalau guna santan kotak 200ml + 50ml air biasa)
pewarna hijau
2 sudu teh paste pandan
kelapa parut putih secukupnya (di gaul bersama sedikit garam dan tepung ubi)
sedikit minyak

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan kukusan
2. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. ketepikan
3. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu
4. Rendahkan kelajuan mixer, masukkan santan, tepung sedikit demi sedikit, paste pandan, pewarna hijau..pukul sebati
5. Masukkan adunan kedalam piping bag atau plastik biasa yang di gunting bucu bawahnya dan picit masuk kedalam acuan.
6. Kukuslah dalam anggaran 5-7 minit
7, Setelah di keluarkan dari kukusan tunggu dulu sehingga sejuk atau suam baru di tanggalkan dari acuan

* Sekiranya ingin membuat lebih dari 1 warna di peringkat langkah no.4 setelah masukkan tepung dan pukul sebati boleh lah di agihkan adunan kepada warna2 yang disukai
* Tujuan menyapu minyak pada acuan ialah untuk senang menanggalkannya dan juga akan menghasilkan kuih yang mengikut bentuk acuan
* Air kukusan mestilah 3/4 periuk dan dalam keadaan panas menggelegak semasa anda memasukkan kuih kedalamnya

1 adunan di atas chekiah dapat 48 bji dan bilangannya bergantung kepada saiz acuan

*Selamat Mencuba*

setelah siap di kukus

acuan yang di gunakan untuk membuat apam puteri ayu

5 comments:

  1. cantikkk...
    biasa saya buat warna hijau.
    Bila tengok warna pink, cantik juga yek...sweet

    ReplyDelete
  2. tu lah..chekiah cuba letak pink kaler peberet mnjadi plak sweet dia

    ReplyDelete
  3. puan kay..mkn puteri ayu ni..jgn lupe control ayu tauu..jgn gejoloh hahahha..

    ReplyDelete
  4. mmg puan jue stiap kali bila je nk msk mulut cpt2 ayukan diri then sustainnn hehe dok keraih kat situ sambey sengih2 ayu haha gelojoh dak ler tp ganaz tu ada lah sket2 huahuahua..

    ReplyDelete