Ikut

Showing posts with label Aneka Lempeng. Show all posts
Showing posts with label Aneka Lempeng. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

LEMPENG PISANG


Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu 21 September 2011.

Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah terang benderang sudah pasti semua baju kat penyidai (ampaian) akan kering. Seharian semalam keadaan panas tidak begitu menyengat dan keadaan baju2 yang disidai tidak begitu kering betul jadi hari ni "perangat" (panaskan semula).

Dinner malam tadi dan breakfast pagi ni layan lempeng pisang sempoi. Kebetulan hari isnin tu hari beli pisang berangan untuk dimakan mentah begitu saja tapi tak terhabis pulak so fikir2 nak buat aper dengan lebihan pisang tu. Hasil jalan2 ke dapur kawan2 maka tercetus idea untuk membuat lempeng pisang. Terliur tengok lempeng pisang di dapur Puan Wana Yusuf@Potret Kasih membangkit semangat untuk kedapur mencuba sendiri.

Resepi Puan Wana CK pasan memang lain sedikit dari resepi yang selalu CK & orang lain buat tapi mungkin disetengah tempat cara pembuatan lempeng begitu. Sejak kecil CK hanya kenal lempeng yang adunannya tepung, isi pisang yang dilecek, gula dan garam. Kelainan yang menarik minat CK untuk mencuba ialah dengan meletakkan telur dan hirisan@potongan pisang semasa membakar@menggoreng seolah olah ada inti pisang didalam lempeng itu.

CK mohon izin Puan Wana untuk tempekkan resepi kat sini mana tahu ada rakan2 yang lain ingin mencuba membuat lempeng sempoi ni. Rasanya memang sedap lebih2 lagi bila tengah kunyah tergeget hirisan pisan mabeles lahhh...!!!


LEMPENG PISANG
resepi : puan wana@http://www.potretkasih.com/

BAHAN2NYA:-

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong bulat atau menyerong
sedikit butter atau minyak
secubit garam

CARA MEMBUATNYA:-

1. Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick….
3. Susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
4. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
5. Balikkan., masak seketika dan angkat!

*****

CARA CK MEMBUATNYA:-
2. Panaskan butter dalam kuali non-stick
3. Sendukkan sedikit adunan tepung dan masukkan kedalam kuali leperkan senipis yang boleh
4. Susun hirisan@potongan pisang diatasnya sebelum menuang adunan tepung menutupi hirisan pisang

pisang perangan yg CK gunakan, kalau nak guna pisang lain pun oraight jerrr..!!!

adunan tepung, pisang lecek, garam, gula, telur dan air

pisang yang dihiris nipis

nak susun pisang macam mana pun ikut suka anda

tuang adunan tepung menutupi hirisan tepung

pandangan dalam lempeng...nampak kan hirisan pisang?

taraaaaaa...!!! sudah ready!

Friday, November 5, 2010

LEMPENG KELAPA / GHOTI NYOQ


Lempeng Kelapa

bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
santan secukupnya
minyak@mentega
garam


Cara Membuatnya :-
Satukan semua bahan di atas kecuali, santan & garam. Kacau rata.
Masukkan sedikit garam kedalam santan & kacau hingga garam larut.
Tuang santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan
yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2.
Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak@mentega.
Tuang 1/2 senduk adunan ke dalam pan dan leperkan dengan belakang
senduk perlahan lahan hingga mendapat ketebalan atau kenipisan yang serata.
Masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan
biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak@mentega pada permukaan
lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama
sambal tumis atau kari.

* Selamat Mencuba *