Ikut

Showing posts with label Aneka Roti Dan Bun. Show all posts
Showing posts with label Aneka Roti Dan Bun. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

GARLIC BREAD


Kalau dah ada post tentang mushroom soup mestilah ada juga post untuk garlic bread atau panggilan melayunya roti bawang putih. Masa 1st time torai dulu search google memang banyak sangat versi akhirnya campur semua versi olah apa yang patut maka wujudlah resepi seperti yang di bawah. Meskipun tak lah semantap seperti yang di jual di kedai2 tapi setakat merasa kenikmatan roti bawang putih buatan sendiri kira ok lahhhh...

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

1 batang french loaf@roti perancis

Mentega Bawang Putih:-
(*) 2 camca besar mentega biasa
(*) 3 ulas bawang putih, diparut
(*) 1/2 biji cili hijau..basuh belah & keluarkan bijinya..cincang halus
(*) secubit serbuk aregano
(*) secubit garam
(* semua bahan2 ini di satukan dan kacau sebati)

gandingan sehati sejiwa, garlic bread & mushroom soup

Cara Penyediaannya :-

Hiris roti secara menyerong ketebalan ikut kesukaan masing2
Sapu di atas setiap hirisan roti dengan "mentega bawang putih"
Susun dalam tin pembakar dan bakar ler dengan api yang perlahan
hingga keadaan roti kuning keemasan tapi kena perhatikan jangan
lalai sebab roti perancis ni cepat garing..kalau nak panggang atas
non-stick pan pun boleh juga.

** kalau tak gemar kepedasan cili hijau boleh digantikan dengan
meletakkan cincangan daun parsley & sedikit serbuk lada hitam.
** kalau menggunakan mentega biasa boleh ler di letakkan sdkt garam
tapi kalau menggunakan salted butter tak perlu letak garam nanti akan
terlebih masin.

Friday, June 17, 2011

ROTI GORENG PEDAS


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi sabtu 18 June 2011

Pagi ni sebelum keluar rumah sempat sediakan roti goreng pedas untuk anak2 kat rumah. Anak2 CK tidak begitu gemar roti yang berperisa manis atau lemak jadi inilah yang terfikir oleh CK untuk sarapan diaorang.

Resepi asal adalah dari Puan Noorma Noor kawan fb yang baru2 ini telah berkongsi resepinya dengan rerakan yang lain jadi CK letakkan resepi ni di sini untuk panduan rakan2 yang lain pulak. Terima kasih Noorma sedap sungguh rasa roti goreng pedas ni. Kebetulan di samping sardin yang di jadikan inti CK juga ada sedikit stok tuna jadi CK buat 2 perasa untuk merasa perbezaannya. Rasanya kedua dua inti pun sedap juga jadi terpulang lah kepada rakan2 semua nak letak inti apa yang bersesuaian dengan selera anda.

roti sandwich yang dipotong kulit tepinya. potonglah shape camna yg di sukai

yg inti kaler gelap tu sardin & yg cerah tu tuna..sapu ats setiap kpng roti sblm digoreng

Roti Goreng Pedas

Bahan2nya:-
Roti sandwich secukupnya..buang tepinya

Bahan A:-
1 tin besar sardin sebarang jenama..keluarkan ikan, buang tulang & perutnya dan lecek halus
1 labu bawang besar..di potong dadu
1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah..di cincang halus
1 pokok kecil daun bawang & daun sup...racik halus2
serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 biji telur
minyak secukupnya untuk menggoreng
~ Gaul rata semua bahan2 di atas...ketepikan ~

Bahan untuk menyalut roti:-
5-6 biji telur
sedikit garam dan serbuk lada putih
~ campur semua dan kocok sebati ~

roti berinti tuna stlah siap di goreng

Cara Membuatnya:-

Letakkan bahan A di atas setiap keping roti (macam buat sandwich)
Tekan-tekan inti di atas roti...buat hingga habis
Celupkan roti yang ada inti di atasnya kedalam telur dan pastikan kesemua bahagian roti bersalaut telur
Goreng hingga kuning keemasan di kedua dua belah roti
Angkat dan toskan di atas tisu dapur sebelum di hidangkan bersama sos kegemaran

* Selain dari inti sardin boleh juga di letakkan inti daging@ayam bercampur kentang, udang, cincangan sosej dll
* Bahagian tepi kalau suka boleh di potong kecil2 dan di masukkan dan di kacau sebati bersama bahan2 A

*Selamat Mencuba*

roti berinti sardin stlah siap digoreng

kulit tepi roti akhirnya dicampur baki telur dan digoreng..elak pembaziran

Wednesday, June 8, 2011

CHOCOLATE HAZELNUT BUNS


Malam tadi selepas berbuka kelam kabut CK mengadun doh untuk buat bun yang satu ni hehehe. Dah lama teringin nak layan bun panas2 untuk merasa kelembutannya. Waktu berbuka tak der selera nak makan nasi jadi mula lah mereka benda2 yang boleh mengenyangkan. Dah lama resepi ni berada dalam list percubaan CK jadi kebetulan baru jer membeli stock barang2 baking maka lancar lah projeknya.

doh yg siap di adun dan perlu di biarkan sebentar

CK adun awal2 malam tadi sebab doh nyer perlu di perap selama 2 jam jadi bila tiba masa untuk membakar hari dah agak lewat malam juga tapi waktu membakarnya lebih kurang 15-20 minit tak der ler buat CK berjaga hingga ke awal pagi.



Bila dah siap di adun doh perlu di potong mengikut saiz yang di sukai. CK potong dan timbang semua sama besar iaitu 30gm dan di bulatkan lalu letakkan dalam tin pembakar, di tutup dengan tuala dan perlu di biarkan selama lebih kurang 2 jam.


Selepas di bakar beginilah rupanya. Keluar dari oven terus CK layan 3 4 biji hahaha...betapa lembutnya bun ni di temani oleh segelas teh-0 perasa peach huhhhhhh nyamannya baru terasa kenyang sikit. Kebetulan anak-anak yang sedang menonton tv pun sama2 makan 2 3 biji seorang maka tinggallah separuh lagi untuk breakfast pagi ni.


Kelembutan bun ni memang membuat kita tak puas menikmatinya tambahan rasa sedap chocolate chipsnya dan juga kelemakan hazelnut. 1st try yang tidak mengecewakan dan berbaloi meletakkan hazelnut sebab sebelum ni anak-anak CK memang tidak begitu gemar dengan segala kekacang yang di masukkan kedalam resepi roti atau bun.


Chocolate Hazelnut Buns

[hidangan untuk : 5-6 orang]

Bahan2nya:-
600 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil garam
95 gm gula
50 gm kacang hazel cincang
60 gm mentega (pada suhu bilik)
12 gm yeast
250 ml air
60 ml susu segar@susu cair
200 gm chocolate chips
50 gm tepung untuk menguli
1 biji telur di kocok bersama 2 sudu makan air

Cara Membuatnya:-

Dalam mangkuk pengisar campurkan tepung, serbuk koko, gula, garam, mentega, yeast & air
Mula memukul dengan speed yang perlahan selama 4 minit dan sekiranya agak kering masukkan sedikit susu
Campurkan chocolate chips, hazel nuts dan baki susu
Pukul hingga doh sebati dan tidak melekat di mangkuk pengisar
Taburkan tepung di ats permukaan meja penguli atau papan pencanai
Uli doh untuk sebati dan lembutkan adunan
Bulatkan doh dan tutup dengan tuala untul 5-10 minit
Bahagiakn doh kepada 2 bahagia
Ambil 1 bahagian, gulung memanjang dan potong kepada bahagian yang sama besar
Asingkan bahagian doh dan rool setiap satu kepada bentuk bun
Gunakan jari untuk membulatkan adunan bun
Letak setiap bun kedalam tray pembakar dan jarakkan antara satu sama l ain
Tutup dengan tuala sekurangnya 2 jam atau lebih elok semalaman untuk proses pengembangan bun
Dengan pisau taja turis garisan di atas setiap bun dan sapu telur di permukaannya
Bakar pada suhu 180 celcius untuk selama 15 minit atau sehingga masak
Sedia di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

Friday, May 20, 2011

ROTI BAKAR BERINTI

sedia untuk di makan

Assalammualaikum..selamat pagi hari Sabtu 21 May 2011.

Keadaan cuaca pagi ni suram...hujan rintik2 sejak bila tak plak pasti. Kalau ikutkan hati mau saja berselubung selimut atas katey tetapi bila mengingatkan ada "projek" yang nak di laksanakan (dah 2 hari terbengkalai) maka cepat bingkas dari tempat peraduan bersedia untuk memulakan tugasan di hari yang baru.

Pasti ada rakan2 yang bekerja hari ini bercuti hujung minggu dan pastinya ada yang mengambil kesempatan tido lagi maklumlah di hari2 bekerja terpaksa bangun awal apatah lagi hari ini anak-anak tidak bersekolah maka makin enak melayan tido hehehe

Pagi ni bangun jer terasa lapar lah plak...menung kejap apa yang perlu di sarapkan tuk melenyapkan nyanyian macam2 genre dari perut. Masuk jer dapur baru pasan ada separuh lagi baki roti Gardenia yang esok merupakan tarikh luputnya apa lagi ligat minda berfikir nak buat apa dengannya. Fikir punya fikir akhirnya ini lah yang dapat di sediakan.

Dirumah chekiah sarapan yang pedas lebih di gemari dari yang manis jadi pilihan sarapan pagi ni sudah pasti mendapat sambutan dari anak-anak..apa2pun yang melegakan hati ialah bila melihat sepinggan roti bakar berinti chekiah licin maka tidak lah membazir begitu saja.

Penyediaan roti ni senang saja tapi tu lah kekadang bila aura "M" dah melanda diri benda2 yang senang pun di anggap susah. Sejak dulu chekiah berpendapat kalau sejak awal pagi kita dah mula rajin2kan diri insyaAllah sikap itu akan berpanjangan sehingga ke akhir harinya hehehe..

roti sandwich di potong kulit tepinya
jgn buang kulit nti akn di masukkan dlm kocokan tlur

bahan2 yang di perlukan untuk membuat inti


pnskan sdkt minyak, tms bwg pth, mskkan kcng pnjng & karot, sdkt air, kacau sebentar


kocok telur, srbk pati ayam, srbk lada & kulit tepi roti yg di potong kecil2


cmpurkan kocokan tlr ke dlm kuali biar sekejap dan kacau rata

stlh inti sebati matikan api..msk inti jgn trlalu kering biar sdkt lmbab

leperkan roti dgn roller, mskkan inti, lipat 3segi, ltk sdkt air ditepi, tekan dengan garfu utk menutupnya

bakar dalam ketuhar atau non-stick pan
& boleh juga di goreng dgn minyak yg sdkt


* Anda juga boleh meletakkan cincangan daging, ayam, sosej atau sebarang bebola @ fillamen ketam di    dalam inti.
* Sekiranya suka sebelum letakkan inti anda boleh menyapu permukaan roti dengan cili atau tomato
sos maupun mayonis

*Selamat Mencuba*

Thursday, May 19, 2011

ROTI CANAI

roti canai yang baru dimasak

Assalammualaikm, selamat petang hari khamis 19 May 2011.

Georgetown baru saja panas setelah sejak subuh tadi (kalau tak silap ler sbb pagi tadi tido blum hujan lagi) hujan turun dengan lebatnya dan beransur tengahari dah bertukar menjadi renyai-renyai.

2 hari lepas terfikir nak buat roti canai tapi keinginan nak makan karipap lebih kuat maka buatlah karipap mendahului roti canai dan Alhamdulillah petang ni baru dapat makan roti canai buatan sendiri pulak asyik memanjang jer "mamakkkk...!!! roti kosong dua(1 tak kenyang 2 cukup kenyang hehehe) kuah taruh atas kasi banjir" hehehehe...petang ni sendiri jadi "mamak" sendiri juga "order" tapi tak nak lah kuah taruh atas biarlah kuah taruh asing nampak sopan sikit hehehe...

Resepi roti canai ni memang terdapat beberapa versi koleksi chekiah tapi chekiah cuba try test resepi yang dah lama chekiah simpan tak juga buat2 dan chekiah dapat resepinya dari buku Masakan Popular Malaysia.

Seawal jam 7 chekiah dah menguli adunan tepungnya dan petang ni jam 2 baru lah dapat melaksanakan resepi yang satu ni. Kebetulan hari ini chekiah masak gulai(kari) ikan bawal yang akan chekiah gandingkan dengan roti canai. Resepinya tak lah susah sangat dan cara-cara nak membuatnya pasti kita dah boleh agak camana dek selalu dok peghati mamak roti canai membuatnya.


Roti Canai
[versi chekiah]
sumber resepi : Buku Resepi Masakan Popular Malaysia

Bahan2nya:-
600 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 biji telur...di pukul
125 ml susu segar@cair
125 ml air
225 gm minyak sapi@magerine

Cara Membuatnya:-
1. Satukan tepung, garam dan gula..gaul rata
2. Campurkan telur, susu dan diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Uli doh selama 10-15 minit hingga lembut dan licin..jika masih keras basahkan tangan dengan sedikit air kemudian uli lagi.
4. Bahagikan doh kepada 7-8 biji bebola. Lumur dengan minyak sapi@margerine.
5. Letakkan dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembab.
6. Perap selama 5 jam atau semalaman (untuk mendapat roti canai yang lembut)
7. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tarik sekeliling senipis yang boleh..lipat kedua dua tepinya ke dalam kemudian gulungkan menjadi bulatan.
8. Leperkan semula hingga selebar 20 sentimeter
9. Panaskan kuali leper kemudian sapu minyak dan goreng
10.Terbalikkan dan masak lagi sehingga garing dan keperangan.

Saturday, February 26, 2011

BUN GULUNG TUNA


Selain dari masakan yang di perturunkan oleh arwah emak, emak mertua, ipar duai dan saudara mara blog ini juga mempunyai segmen "cuba try test" dimana CheKiah mencuba resepi2 dari rerakan blog dan facebook. Terima kasih kepada semua tuan2, puan2, encik2 dan cik2 yang empunya resepi..minta halalkan resepi yang  telah CheKiah ambil dan buat dan maaf kadangkala CheKiah ubah mengikut kesesuaian semasa.
Resepi bun tuna ini CheKiah ambik dari blog DTS yang tuan empunyanya ialah Encik Mat Gebu dan resepinya CheKiah sertakan di sini..terima kasih Encik Mat semoga tetap gebus dan jangan pengsan lelama nanti hilang kegebuannya..jangan marah CheKiah melawak..

Bahan2 Doh :-
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner (xletak sbb xder)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara Membuat Doh :-
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega.
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON"
Tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

********

Bahan Inti Tuna :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (chekiah beli tuna mayonnaise light yg dah siap lecek + mayonese)
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1 biji cili merah..belah buang biji & racik halus2 (resepi asal tak letak)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuat tuna sandwich:-
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja
Canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan.
Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap.
Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi)
Tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam serta racikan cili merah.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya