Ikut

Showing posts with label aneka masakan makanan laut. Show all posts
Showing posts with label aneka masakan makanan laut. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

SAMBAL KETAM BERTELUR


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi Rabu 29 June 2011

Ketika ni belum masak lagi cuma nak publish N3 lauk tengahari kelmarin. Keadaan line yang begitu slow kelmarin tak dapat nak uploadkan gambar.

Sambal ketam bertelur ni CK masak berdasarkan tayangan gambar seorang rakan blog itu hari. Memula tengok memang dah menawan selera sehingga bila ada jer ketam terus resepi ini yang CK laksanakan. Masakannya sama seperti kita masak sambal ketam biasa cuma bezanya di campur telur dan ianya kelihatan lebih menyelerakan. Resepinya CK C&P kat sini untuk panduan rakan2 yang ingin mencuba. Terima kasih kepada puan yang empunya resepi dan izinkan CK tempeknya plak di laman blog CK.

Sambal Ketam Bertelur
sumber : http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/2011/05/ketam-masak-sambal-telur.html

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dipotong dua setiap ekor
2 ulas bawang merah..hiris nipis
20 biji cili kering (*)
1 ulas bawang besar (*)
5 ulas bawang merah (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 biji buah keras (*)
1 batang serai - dihiris kasar2 (*)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir
Garam dan perisa secukupnya
2 sudu besar minyak - untuk menumis
3 biji telur Gred C - dipukul sedikit dengan garfu

Cara-cara :

01. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus.
02. Tumis hirisan bawang hingga kekuningan
03. Masukkan bahan2 yang telah dikisar masak hingga mendidih dan pecah minyak.
04. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan perisa. Kacau rata2.
05. Masukkan telur dan kacau supaya telur tersebut menjadi bertali2.
06. Masukkan ketam dan kacau rata2. Tutup kuali selama lebih kurang 5 minit - untuk keluarkan air ketam.
07. Kacau rata2 supaya semua ketam disaluti oleh kuahnya.
08. Rasakan masin dan manisnya. Tambah perisa, garam & gula jika perlu.
09. Masaklah sehingga ketam tersebut masak.
10. Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*













Tuesday, May 24, 2011

SOTONG GORENG TOMATO


Assalammualaikum dan selamat petang Selasa 24 May 2011

Aduyaiii tak pasti kenapa susah sangat nak sign-in blog chekiah ni dan rasa-rasanya line tak berapa occay kot. Pagi tadi masa upload N3 apam puteri ayu pun merangkak rangkak nak appear kat wall blog bayangkan pagi chekiah upload tengahari baru dapat lihat. Takpa lah sesekali meragam tak menjadi hal mungkin pihak blogspot tengah mengemaskinikan apa yang patut.

sotong size cinoni pun kira ok lah juga 

Tengahari tadi masak simple2 jer..masak asam tumis sardin & telur goreng sebab sememangnya begitu pagi di mana chekiah pergi ke pasar balik tak sempat nak masak yang happening sebab fikiran dok ingat akan ikan, udang, sotong & ayam yang di beli. Sesetengah orang masukkan semuanya dulu kedalam freezer bila nak masak baru lah nak siang tapi peel chekiah lain suka clear semua maksudnya siang dan basuh lepas tu masukkan dalam freezer bila tiba waktu untuk masak keluarkan saja tanpa nak siang2 lagi lagipun takder ler freezer berbau..lain padang lain lah pulak belalangnya kan..

Goreng sotong tomato ni chekiah sediakan untuk tambahan lauk malam ni sebab telur goreng dah habis yang tinggal sedikit sardin dan mungkin kejap lagi chekiah masak tumis air sawi. Hari ini kat pasar dapat beli sotong yang saiz cinoni (kecil) saja yang besar2 tak der dan kebanyakan ikan-ikan yang di jual pun tak segar maklum lah dah beberapa hari di masukkan dalam kotak airbatu. Sekarang kan hujan tak menentu jadi tak ramai ler yang ke laut. Chekiah beli lah apa yang patut untuk stock 2 3 hari.

kalau dapat sotong yang besar2 memang walla lah rasanya

Resepi ini chekiah ambik dari majalah rasa tahun 2009. Dalam ruangan memperkenalkan McCormick Cajun Seasoning ada disertakan resepi sotong masak tomato ni jadi chekiah ikut jer sebab bahan2nya tak banyak dan senang untuk menyediakannya. Disebabkan chekiah tak der McCormick Cajun Seasoning chekiah gunakan Lea & Perrins Seasoning.

rasanya masam2 masin manis tak pedas...mmg sesuai untuk yang tidak suka masakan pedas


Sotong Goreng Tomato
sumber : Majalah Rasa Ogos 2009

Bahan2nya:-
400 gm sotong..di bersihkan dan dipotong bulat2
1 biji bawang besar - di hiris nipis
1 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
1 biji cili benggala hijau - di hiris memanjang
5 sudu makan sos tomato
1 sudu makan minyak jagung (untuk menumis)
4 sudu teh tepung jagung
3 sudu teh sebarang seasoning McCormick Cajun Seasoning atau Lea & Perrins Seasoning
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng sotong

Cara Memasaknya:-
1. Gaul sotong dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng perlahan..ketepikan.
2. Kemudian panaskan minyak jagung, tumis cili benggala dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan garam dan McCormick Cajun Seasoning@Lea & Perrins Seasoning. Kacau rata dan kaup balikkan.
4. Akhir sekali masukkan sos tomato dan sotong. Biarkan seketika.
5. Sedia untuk di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

Wednesday, May 11, 2011

UDANG MENTEGA BERPERISA


Aduyai sekejap jer jam sudah menunjukkan pukul 12:38 awal pagi hari khamis 12 May 2011.

Mungkin waktu ni ramai teman2 chekiah dah hanyut belayar entah kemana mana hehehe..selamat berehat dan sem0ga di buai mimpi2 yang indah. chekiah pun kejap lagi dah nak masuk tido..mata dah berat.


Untuk N3 yang terakhir malam ni chekiah nak kongsi resepi udang mentega berperisa yang memang dah lama teringin nak masak dan makan. Resepi ni chekiah dapat dari buku masak Masakan Popular Malaysia lama dulu. Masa mengemas ngemas kabinet buku terjumpa resepi ni jadi memang nak kena segerakan projek masak resepi ni sebab takut hilang lagi resepinya.


Hasrat nak makan udang mentega atau owang putih kata butter prawn hasil dari selalu jengah kat blog rakan facebook iaitu Puan Jue yang dah pun menayang masakan ni jadi apa lagi makin teruja nak mencuba pulak. Terima kasih Puan Jue kerana menyuntik semangat chekiah untuk segera mencubanya. Untuk 1st time ni chekiah follow resepi koleksi chekiah dan maybe next time chekiah akan follow pulak style Puan Jue.

Pada pandangan chekiah lah udang masak cara camni elok sangat kalau di ratah begitu saja sebab kuit udang pun dah jadi rangup di salut oleh campuran butter dan kuning telur. Bau tumisan bawang putih dan daun kari lebih menaikkan selera untuk menjamahnya dan ianya sesuai di makan waktu panas2 baru aromanya menyusuk nyusuk hidung..itu yang tak tahannn...


Udang Mentega Berperisa
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
600 gm udang sederhana besarnya..potong sesungutnya tapi jangan buang kulit..basuh dan tuskan
minyak secukupnya untuk menggoreng udang
3 sudu besar susu segar@susu cair
3 biji telur..ambil kuningnya
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih..di cincang
8 biji cili padi..di ketuk2
2 pelepah daun kari

Bahan Perap:-
1 biji telur..ambil kuningnya
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam halus
~ gaul sebati ~

Cara Memasaknya:-
1.Perap udang dengan bahan perap dan biarkan untuk kira-kira 15-20 minit
2.Pijarkan minyak, goreng udang hingga kekuningan..angkat dan tuskan
3.Campurkan susu dan kuning telur..kocok hingga sebati
4.Dalam kuali panas cairkan mentega
5.Tuangkan campuran susu dan kuning telur dan kacau dengan garfu untuk mendapatkan butiran halus
6.Masukkan cincangan bawang putih, cili padi, daun kari dan udang
7.Gaul rata sekejap atas api
8.Angkat dan hidangkan panas2

*Selamat Mencuba*

Saturday, May 7, 2011

GULAI SOTONG


Assalammualaikum dan selamat malam sabtu 7 May 2011

Kesibukan melanda diri yesterday hehehe hingga tak sempat nak uploadkan N3 masakan tengahari semalam atau kemarin. Dah lama chekiah tak masak gulai sotong..selalu masak sambal, goreng minyak atau kicap dan goreng celup tepung. Sekali ni bila beli sotong awal2 lagi chekiah dah set di minda nak masak gulai tak nak ubah2 lagi hehehe dan akhirnya terhasil juga masakan yang memang menjadi peberet chekiah apalah berselera ler makan hingga bertambah tambah nasi..lari sudah sesi kurangkan makan..tak per tak per sesekali hehe

Untuk masakan gulai seeloknya dapatkan sotong yang sederhana besarnya kalau terlalu besar bila dah masak rasa macam liat lah plak dan kalau dapat yang ada telur lagi ler sedap sebab kelemakan telur sotong membuat rasa gulai sotong ni lebih vogue hehehe..

Gulai Sotong
[versi chekiah]

Bahan-bahan yang di perlukan:-
600 gm sotong sederhana besarnya..siang, cuci dan toskan

Bahan Tumis:-
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang merah .. di hiris nipis
2 helai daun kari
1 batang serai..di ketuk

Bahan Kisar:-
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 inci halia

Bahan-bahan lain:-
50 gm rempah kari udang sebarang jenama
1 sudu makan serbuk cili
3 biji kentang sederhana besar..setiap satu di belah dua
600 ml santan
2 biji cili hijau

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga kuning dan wangi
2. Masukkan bahan kisar dan rempah serta sedikit air..kacau dan biarkan pecah minyak
3. Masukkan kentang dan air dan biar hingga kentang empuk
4. Setelah kentang empuk, masukkan sotong dan cili hijau kacau sebati dan biarkan sekejap
5. Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa
6. Biarkan kuah mendidih hingga sedikit pekat barulah matikan api
7. Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Friday, April 29, 2011

MASAK LEMAK CILI PADI KETAM

Assalammualaikum dan selamat petang 30 April 2011.

Hari ni hari sabtu dan merupakan hari hujung minggu hari chekiah merehatkan badan dan minda tapi tak juga leh berehat disebabkan aktiviti mengemas takder cutinya kena berjalan seperti biasa cuma agenda memasaknya jer yang off dah hehehe..so disini chekiah kongsikan resepi2 minggu2 yang lalu yang tak sempat chekiah uploadkan. Dibawah ni chekiah nak kongsi resepi masak lemak cili padi ketam dengan kekawan.


Masak lemak apa saja sekalipun memang kekadang boleh menaikkan selera orang-orang seperti chekiah yang kerap memasak kari atau gulai maklum lah tinggal kat Penang ni sedikit sebanyak mempengaruhi cara penyediaan masakan dan 2 dari anak2 chekiah lebih gemar menikmati masakan gulai atau kari daripada masakan asam pedas dan singgang(orang utara panggey pindang). Selalunya chekiah hanya masak lemak biasa tanpa meletakkan cili padi atau chekiah panggey cili letup sebab kepedasannya leh buat kepala cam nak meletup hehehe..Kali ni chekiah masak lemak cili padi dan bahan utama yang chekiah gunakan ialah ketam sebab chekiah tengok ramai rakan2 yang postkan masak lemak cili padi ketam di wall facebook so itu hari merupakan giliran chekiah pulak yang menayang masakan chekiah..Resepi di bawah ini ialah versi chekiah so pada yang sudi nak mencuba di persilakan.

Masak Lemak Cili Padi Ketam
[versi chekiah]

Bahan-bahannya :-
7-8 ekor ketam bunga..kalau besar belah 2..dibersih dan di toskan
1 biji kelapa di ambil santannya

Bahan Tumis:-
2 sudu makan minyak
4 ulas bawang merah di hiris nipis
1 batang serai..di ketuk

Bahan kisar :-
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi (kalau nak lebih berasap telinga leh lah di tambah lagi)
1 1/2 inci kunyit hidup (kalau nak tambah kekuningan boleh di tambah kunyit serbuk)
1 batang serai
1 inci halia

1 keping asam keping@asam gelugor
garam, gula & serbuk perasa secukupnya

Cara Memasaknya:-
1) Panaskan minyak..tumiskan bahan tumis
2) Setelah bawang kekuningan dan wangi masukkan bahan2 kisar dan sedikit air
3) Kacau dan masak sehingga pecah minyak dan agak kering airnya
4) Masukkan ketam dan asam keping..kacau sebati
5) Masukkan santan dan biarkan mendidih
6) Tambahkan garam, gula & serbuk perasa secukupnya
7) Kacau, keluarkan asam keping dan matikan api
8) Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Saturday, April 23, 2011

SPICY FRIED CRAB

Assalammualaikum dan salam hari minggu 24/4/2011 untuk semua..
selamat berehat dan bersantai kepada rakan2 yang menjadikan hujung minggu sebagai hari untuk manja2kan diri. Hujung minggu ni chekiah dah plan nak mengemas apa yang patut dan nak masak untuk makan tengahari kalau selalunya hari sabtu dan ahad hari "off day" chekiah...jangan tak tahu full time housewife pun wajar di beri cuti supaya dapat merehatkan badan dan minda agar segar kembali bila masuk ke dapur semula pada hari isnin nanti hehehe...

Dah seminggu anak dara sulung chekiah ada di rumah, dia cuti semester so macam2 masakan yang chekiah masakan untuk memenuhi selera dia maklumlah masa kat hostel tak dapat nak makan makanan seperti di rumah.

Hari ini chekiah sediakan ketam goreng bercili..sebab masakan ni jer yang di minati oleh anak2 chekiah kalau masak masakan lain dia orang tak berapa nak "terkam" maka tergolek golek lah ketam tu sayang pulak almaklumlah ketam bukannya murah kan...

Resepinya chekiah sertakan sekali lagi walaupun sebelum ini chekiah dah pernah kasi tapi tak palah kasi banyak kali pun bukan nak luak pun, jom belek resepinya:-


Spicy Fried Crab

600 gm ketam..bersih dan toskan

Bahan tumis (A):-
4 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah .. di hiris nipis
3 pelepah daun kari .. lurutkan ambik daun saja

Bahan kisar (B):-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Kisar (C):-
1 batang serai
2 biji cili hijau
5 biji cili padi (dikecualikan)
1 biji tomato

Bahan rempah (D):-
50 gm rempah kari ketam sebarang jenama
2 sudu makan serbuk cili

Bahan sampingan :-
garam dan gula
1 bi ji tomato (di belah 4)
daun sup dan daun bawang

Cara memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik garing.
2. Masukkan bahan B dan kacau lagi hingga naik bau.
3. Campur bahan C kacau seketika dan masukkan bahan D... masukkan garam dan gula secukup rasa
4. Masak dengan api yang sederhana sehingga terbit minyak
5. Bila rempah dah pecah minyak masukkan ketam, kacau rata dan biar sekejap
6. Sebelum angkat masukkan hirisan daun bawang dan daun sup serta belahan buah tomato
7. Sedia di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Thursday, March 31, 2011

SAMBAL SOTONG SUMBAT


Assalammualaikum dan selamat tengahari jumaat pada semua.
Sepagi hari ini keadaan cuaca masih mendung dan hujan turun renyai-renyai. Tengahari ni masak simple2 saja iaitu sayur lemak kubis, ikan goreng(wajib) dan 1 resepi baru masakan sotong. Di bawah ini chekiah sertakan resepi masakan sotong yang chekiah torai..rasanya memang sedap dan kepada yang sudi nak tambah koleksi masakan sotong boleh lah mencubanya.

Bahan Asasnya:-
500gm sotong basah
~ Rebus atau kukus sotong hingga masak..tuskan ~

Bahan-bahan yang perlu di sumbat di dalam sotong:-
50 gm kacang panjang*
20 gm kacang buncis*
1 batang carrot*
20 gm taugeh@kubis
1/2 kiub pati ikan bilis@ayam
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih..di cincang
~ bahan2 yang bertanda * di cincang dadu kecil2 ~

Cara Memasaknya:_
Panaskan minyak..tumis bawang putih hingga wangi
Masukkan sayur2an, kiub pati ikan bilis@ayam dan sedikit air..kacau hingga lembut..ketepikan

Bahan-Bahan Kisar (A):-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
8-10 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

Bahan Tumis:-
2 ulas bawang merah
2 batang serai di ketuk
2 sudu besar minyak masak

2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Cara Menyediakannya:-
1. Sumbatkan sayur-sayuran ke dalam sotong..ketepikan
2. Panaskan minyak..tumis bahan tumis hingga garing
3. Masukkan bahan kisar (A) dan kacau sehingga naik baunya
4. Campurkan air asam jawa, garam & gula dan kacau sebati
5. Masukkan sotong berisi sayuran dan kacau sehingga sekali mendidih
6. Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Wednesday, March 30, 2011

SAMBAL HIJAU UDANG


Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua..semoga hari ini kita beroleh kerahmatan dariNya insyaAllah..

Sekejap tadi sempat cuba resepi baru masakan udang..rasanya sedap dan semestinya berlainan sedikit dari masakan udang yang selalu di masak. Kepada yang ingin mencuba resepi masakan udang disini chekiah lampirkan resepinya :-


Bahan-bahannya:-
1 kg udang kertas..bersihkan..di belah belakang dan di goreng..ketepikan.
8 biji cili hijau..kisar
3 biji limau kasturi ..di perah jusnya

Bahan Di Kisar (A) :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan lain:-
3 batang serai ..di ketuk
garam dan gula pasir
5 sudu minyak masak

Bahan Hiasan :-
1 biji cili merah
1 tangkai daun ketumbar

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) sehingga garing
2. Masukkan serai, jus limau kasturi dan cili hijau yang di kisar
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya..biarkan sehingga masak
4. Apabila dan masak dan kuah agak pekat tuangkan ke atas udang
5. Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*