Ikut

Saturday, April 30, 2011

CHAR HOR FUN


Salam pagi ahad 1 May 2011 dan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakan2 yang bekerja termasuklah para suri rumahtangga sepenuh masa macam chekiah hehehe..sem0ga kita semua akan lebih meningkatkan prestasi pekerjaan kita tak kiralah di bidang apa sekalipun.

Awal pagi ahad ni chekiah nak selitkan N3 makanan lunch tengahari semalam. Alahai kebelakangan ni jadual kerja rumah chekiah dah kelam kabut sikit. Hajat hati nak letak N3 mengikut masa dan hari yang sepatutnya tetapi kekadang terpeleot juga tak per lah janji ada juga N3 dari takder langsung kan!

Masakan yang chekiah sediakan untuk pertama kalinya (tak tahu naper berdebar masa nak masak resepi yang satu ni) ialah char hor fun (maaf maksudnya chekiah tak tau hehehe tahu makan sahaja). Masakan orang cina ni baru sahaja menjadi makanan peberet chekiah. Pertama kali try makan memang dah menambat selera dan di tempat chekiah tak banyak sangat tempat makan yang ada menyediakan masakan ini kalau ada pun agak jauh dari kediaman chekiah. Hasrat nak mencuba masakan ini di sebabkan plan nak pergi makan luar selalu tergendala sedangkan keinginan dah meluap luap so aper lagi cuba try test masak sendiri ler jawabnya dan Alhamdulillah menjadi dan puas makan. Kepada penggemar makanan cara masakan cina boleh ler mencuba yer!


Char Hor Fun
[versi chekiah]

Bahan-bahannya:-

Cara penyediaan kuew teow:-
1 sudu makan minyak bijan (sesame oil) + 2 sudu makan minyak masak
6 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
600 gm kuew teow (sebetulnya kena gunakan kuew teow yang lebar)

1. Panaskan minyak bijan + minyak masak..guna api perlahan
2. Campurkan kicap kacau rata dan masukkan kuew teow..balik2kan sehingga semua bersatu
3. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan

Bahan untuk kuah:-
3 sudu makan minyak
4 ulas bawang putih (di cincang)
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 keping dada ayam (di hiris isinya)
8-10 ekor udang (size mengikut kesukaan masing2)
5 biji bebola ikan (di belah 2)
4 ekor sotong basah (di potong bulat2)
4 batang filamen perasa ketam (di kerat 4 setiap satu)
1 pokok kecil sawi (di kerat)
1/2 batang karot (di hiris memanjang)
1 1/2 sudu makan tepung jagung + dengan sedikit air)
stock ayam@daging secukupnya
3-4 biji telur
garam & gula seandainya perlu mengikut kesesuian rasa masing2

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak..tumiskan bawang putih hingga wangi
2. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih..kacau sebati
3. Tambahkah 1 kiub pati ayam garam & gula (sekiranya perlu)
4. Masukkan isi ayam, sotong, karot & sedikit stock ayam@daging..masak hingga semuanya lembut
5. Masukkan bebola ikan, udang dan sawi..kacau
6. Masukkan stock ayam (bergantung sebanyak mana kuah yang anda suka tetapi penyediaan makanan ini tidak memerlukan kuah yang banyak so agak2 yer)
7. Bila mula mendidik campurkan bancuhan tepung jagung dan filamen ketam dan kacau sekejap
8. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan telur sebiji demi sebijik dan biarkan dia masak sekejap JANGAN di kacau
9. Setelah telur dah agak2 nak mengeras angkat dan curahkan ke atas kuew teow yang berada di dalam pinggan hidangan.
10.Sedia untuk di makan dan teramat lah sedapnya bila di layan bersama cili padi kicap..berasappp..!!!


Cili Kicap
beberapa tangkai cili padi..di potong ikut suka sizenya
kicap pekat
perahan air limau nipis (ikut nak masam camner)
hirisan bawang besar (di kecualikan)
~ satukan semua ~

nota chekiah :-
char hor fun ni harus di makan sewaktu masih panas2
penyediaan resepi di atas adalah untuk sukatan 600gm kuew teow (anggaran makan untuk 6-7 orang)
sekiranya disediakan untuk seorang makan maka hendaklah di adjust sukatan bahan2 yang perlu di masak occay!

*selamat mencuba*

Friday, April 29, 2011

WATERMELON JUICE

hirisan tembikai yang menawan tekak di tengahari yang panas

Hari ini cuaca elok saja tak hujan lagi seperti dua hari yang lepas. Cuaca yang panas di tengahari ini chekiah terasa cam nak makan tembikai jadi bergegas lah ke pasaraya Giant yang berhampiran beli sebelah daripada tembikai sebab kalau beli sebijik pasti tak habis dan kalau di simpan akan terasa masam lah pulak. Separuh dari tembikai chekiah potong-potong dan sebelah lagi chekiah blend buat minuman..memang superb lah kebetulan isi tembikainya begitu manis tidak perlu di tambah air gula untuk membuat minuman...jemput minum semua..


*2 3 tahun lepas baru chekiah tahu sesetengah orang memanggil tembikai semangka..terima kasih kepada rakan dari singapura yang telah memberitahu chekiah.

juice tembikai juga tak kurang menyamankan tekak

MASAK LEMAK CILI PADI KETAM

Assalammualaikum dan selamat petang 30 April 2011.

Hari ni hari sabtu dan merupakan hari hujung minggu hari chekiah merehatkan badan dan minda tapi tak juga leh berehat disebabkan aktiviti mengemas takder cutinya kena berjalan seperti biasa cuma agenda memasaknya jer yang off dah hehehe..so disini chekiah kongsikan resepi2 minggu2 yang lalu yang tak sempat chekiah uploadkan. Dibawah ni chekiah nak kongsi resepi masak lemak cili padi ketam dengan kekawan.


Masak lemak apa saja sekalipun memang kekadang boleh menaikkan selera orang-orang seperti chekiah yang kerap memasak kari atau gulai maklum lah tinggal kat Penang ni sedikit sebanyak mempengaruhi cara penyediaan masakan dan 2 dari anak2 chekiah lebih gemar menikmati masakan gulai atau kari daripada masakan asam pedas dan singgang(orang utara panggey pindang). Selalunya chekiah hanya masak lemak biasa tanpa meletakkan cili padi atau chekiah panggey cili letup sebab kepedasannya leh buat kepala cam nak meletup hehehe..Kali ni chekiah masak lemak cili padi dan bahan utama yang chekiah gunakan ialah ketam sebab chekiah tengok ramai rakan2 yang postkan masak lemak cili padi ketam di wall facebook so itu hari merupakan giliran chekiah pulak yang menayang masakan chekiah..Resepi di bawah ini ialah versi chekiah so pada yang sudi nak mencuba di persilakan.

Masak Lemak Cili Padi Ketam
[versi chekiah]

Bahan-bahannya :-
7-8 ekor ketam bunga..kalau besar belah 2..dibersih dan di toskan
1 biji kelapa di ambil santannya

Bahan Tumis:-
2 sudu makan minyak
4 ulas bawang merah di hiris nipis
1 batang serai..di ketuk

Bahan kisar :-
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi (kalau nak lebih berasap telinga leh lah di tambah lagi)
1 1/2 inci kunyit hidup (kalau nak tambah kekuningan boleh di tambah kunyit serbuk)
1 batang serai
1 inci halia

1 keping asam keping@asam gelugor
garam, gula & serbuk perasa secukupnya

Cara Memasaknya:-
1) Panaskan minyak..tumiskan bahan tumis
2) Setelah bawang kekuningan dan wangi masukkan bahan2 kisar dan sedikit air
3) Kacau dan masak sehingga pecah minyak dan agak kering airnya
4) Masukkan ketam dan asam keping..kacau sebati
5) Masukkan santan dan biarkan mendidih
6) Tambahkan garam, gula & serbuk perasa secukupnya
7) Kacau, keluarkan asam keping dan matikan api
8) Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Thursday, April 28, 2011

KURMA DAGING

Assalammualaikum dan selamat petang khamis 28 April 2011

Macam biasa bila waktu petang2 begini baru chekiah ada kesempatan untuk mengadap screen pc kalau awal2 tadi memang tak sempat maklum ler urusan rumah tangga ni mana der punch card masuk dan keluar memanjang ada jer kerja yang perlu di bereskan.

Makan tengahari tadi hidangan utama ialah kurma daging. lama benar tak masak kurma daging selalu masak kurma ayam saja sesekali nak gak merasa keenakan kurma daging yang sudah pasti ada beza kesedapannya. Macam biasa cara penyediaan masakan kurma chekiah mesti pekat berpalut tak letak banyak kuah kerana sejak dulu pemahaman chekiah tentang masakan yang satu ni ialah kuah dia mesti pekat sama gak dengan masak lemak kalau letak kuah banyak atau cair akan kehilangan aura nama masakan tu dah masuk ke dalam kategori kari atau gulai...tapi ikut selera masing2 lah kan samada nak letak banyak kuah atau sebaliknya the choice is yours perghhh sesekali chekiah skipping omputih anak mata hitam trus bertukar menjadi biru kehijauan hahaha.. jom belek resepi kurma daging versi chekiah.


Kurma Daging
Bahan-bahan :-
600 gm daging isi tanpa lemak..di hiris sederhana nipis di basuh dan di toskan

4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
75 gm serbuk rempah kurma anika jenama
2 biji kentang setiap satu di belah 4
1 biji tomato di belah baji
2 biji cili hijau
1/2 batang karot potong ikut suka
santan pekar dari 1 biji kelapa
air secukupnya

Bahan-bahan tumis:-
4 ulas bawang merah di hiris nipis
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntuk bunga lawang
3 ulas bunga lawang
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan di simpul

Bahan-bahan kisar:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 biji cili hijau


Cara memasaknya:-
Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali atau periok.
Tumis bahan-bahan tumis hingga garing dan berbau wangi
Masukkan bahan kisar dan rempah dan sedikit air...kacau sehingga masak dan terbit minyak
Campurkan daging dan air kacau dan tutup untuk empukkan daging.
Setelah daging hampir empuk masukkan pula kentang dan karot...masak lagi hingga kentang dan karot lembut
Masukkan santan dan cili hijau..biarkan mendidih seketika sebelum di masukkan potongan tomato
Setelah mendidih dan kuah agak pekat boleh lah di matikan api.

*Selamat Mencuba*

Tuesday, April 26, 2011

PULUT DURIAN

satu set hidangan lengkap pulut durian

Assalammualaikum dan selamat petang hari selasa 26 April 2011.

Chekiah baru jer selesai layan pulut durian kejap tadi. Orang tengahari makan nasi chekiah makan pulut durian. Sebenarnya hidangan pulut durian ni tuk makan petang tapi lambat sangat tunggu petang kunjung tiba chekiah test power ler makan dulu hehehe. Lewat pagi tadi chekiah dah sediakan nasi goreng campak2 tuk makan pagi dan terus ke tengahari jadi pulut durian ni lajak sampai ke petang lah.

Minggu sudah semasa kunjunga chekiah kerumah adik chekiah di Sungkai kami telah di hidangkan dengan pulut durian juga tapi tu lah makanan ni jenis makan sekali tak puas dia kena makan berulang ulang atau makan sehingga isi buah dah takder tinggal kulitnya baru leh stop hahaha...
Hari ni kebetulan ada stock durian yang beli semalam masih berbaki apa lagi chekiah kukus pulut dan perah santan aje lerrr. Kemarin chekiah meratah begitu saja semata mata untuk merasa kenikmatan, keenakan dan kelemakan raja buah ni.

Penyediaan pulut durian ni senang saja tapi kepada yang baru nak mengetes makan pulut durian boleh lah tengok penjelasan di bawah ni untuk panduan


isi durian yang merupakan bahan utama dalam penyediaan pulut durian


pulut yang perlu di basuh, di rendam dan di kukus


perahan santan pekat yang perlu di campur sedikit garam dan masak sehingga sekali mendidih
untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada perut (kembung perut)


gula pasir untuk menambahkan kemanisan rasa pulut durian


untuk mendapatkan kesedapan & keenakan plut durian ini isi duriannya mestilah dari jenis yang terbaik barulah superb!

Tak semua orang minat makan buah durian begitu juga lah dengan anak-anak chekiah tapi chekiah dan encik somi anytime layan jerrr. Setiap kali menikmati pulut durian chekiah pasti teringat pada arwah emak mertua dan arwah adik ipar chekiah. Mereka berdua merupakan peminat pulut durian juga. Bayangkan sekali kita orang berkumpul di rumah emak mertua lebih kurang 1 ranjang buah durian kampung  yang akan menjadi mangsa. Arwah adik ipar chekiah bernama Rozie akan mengukus pulut dalam kuatiti yang banyak. Sebelum makan kami semua (terutamanya para somi dan ahli keluarga lelaki) begitu teruja untuk membelah buah-buah durian yang selalunya arwah emak mertua chekiah yang bernama Puan Rogayah akan memesan terlebih dahulu dari pemborong buah durian maklum lah nak borong 1 ranjang besar. Setelah buah-buah durian terbelah maka masing-masing merasa gembira memilih isi buah yang elok & cantik untuk di makan bersama pulut dimana isi2 yang keras atau mangkaq akan di ketepikan untuk di buat kuah durian untuk di cicah bersama roti atau di campur bersama bubur kacang. Walaupun sekarang kedua duanya telah kembali ke rahmatullah kenangan riuh rendah dan gelak ketawa sewaktu menikmati pulut durian akan tetap segar di ingatan chekiah.

Nota chekiah:-
Santan - Ada setengah orang menyediakan santan pekat mentah untuk hidangan ini tapi chekiah ikut petua arwah emak chekiah yang akan menjerang sekejap santan untuk sekali mendidih kerana katanya kalau makan mentah akan kembung perut sebab seperti yang kita semua tahu pulut adalah makanan yang berangin jadi untuk stabilkan angin dalam pulut maka santan hendaklah di didih sekejap supaya tak kembung perut tapi kalau orang yang perutnya telah sedia buncit rasanya no hal kot menikmati santan mentah hehehe..

Selain dari menggunakan santan chekiah juga pernah makan pulut durian menggunakan air garam untuk menggantikan santan dan ini elok untuk sesiapa yang ingin mengurangkan kalestrol tapi rasanya tidak lah selemak kita menggunakan santan pekat. Chekiah belum pernah lagi torai test gunakan susu cair dan insyaAllah kalau ada rezeki sediakan pulut durian chekiah akan cuba plak dengan susu cair.

Gula - gula di gunakan semata mata untuk menaikkan atau menerbitkan rasa manis durian tetapi sekiranya isi durian yang ada telah sedia cukup manis dan lemaknya tak perlulah di letakkan gula lagi.

Kepada penggemar buah durian selamat menikmatinya tak kira lah dalam bentuk apa sekali penyediaan atau masakannya.


Sunday, April 24, 2011

AISKRIM


Cuaca petang di tempat tinggal chekiah semenjak dua menjak ni asyik panas berbahang hingga kedinginan dari alat penghawa dingin dan kipas pun kurang terasa. Orang dulu-dulu selalu percaya sekiranya keadaan panas berbahang begini tandanya hari akan hujan tapi bila chekiah perhatikan kekadang betul kekadang tak betul hehehe apa2pun kuasa turunnya hujan bukan terletak pada keadaan cuaca tapi kepada maha pencipta alam maya ini.

Tengah bergolek depan tv dengan anak-anak tetiba terdengar bunyi lagu "panddle pop.." dari penjual aiskrim yang lalu di hadapan rumah apa lagi "menerpa"(meluru) lah chekiah bersama anak-anak ke luar rumah untuk membeli aiskrim dan hasilnya tudiaaa sekali beli hehehe. Chekiah kalau membeli aiskrim mesti beberapa jenis untuk disimpan di dalam freezer untuk di layan bila2 terasa dahaga. Congak pi mai pi mai semuanya beharga RM17.30. Untuk anak-anak chekiah kasi sorang 1 jer tak leh lebih2 tak elok untuk gigi...emak lebih takper hahaha..jom makan aiskrim.

Saturday, April 23, 2011

SPICY FRIED CRAB

Assalammualaikum dan salam hari minggu 24/4/2011 untuk semua..
selamat berehat dan bersantai kepada rakan2 yang menjadikan hujung minggu sebagai hari untuk manja2kan diri. Hujung minggu ni chekiah dah plan nak mengemas apa yang patut dan nak masak untuk makan tengahari kalau selalunya hari sabtu dan ahad hari "off day" chekiah...jangan tak tahu full time housewife pun wajar di beri cuti supaya dapat merehatkan badan dan minda agar segar kembali bila masuk ke dapur semula pada hari isnin nanti hehehe...

Dah seminggu anak dara sulung chekiah ada di rumah, dia cuti semester so macam2 masakan yang chekiah masakan untuk memenuhi selera dia maklumlah masa kat hostel tak dapat nak makan makanan seperti di rumah.

Hari ini chekiah sediakan ketam goreng bercili..sebab masakan ni jer yang di minati oleh anak2 chekiah kalau masak masakan lain dia orang tak berapa nak "terkam" maka tergolek golek lah ketam tu sayang pulak almaklumlah ketam bukannya murah kan...

Resepinya chekiah sertakan sekali lagi walaupun sebelum ini chekiah dah pernah kasi tapi tak palah kasi banyak kali pun bukan nak luak pun, jom belek resepinya:-


Spicy Fried Crab

600 gm ketam..bersih dan toskan

Bahan tumis (A):-
4 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah .. di hiris nipis
3 pelepah daun kari .. lurutkan ambik daun saja

Bahan kisar (B):-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Kisar (C):-
1 batang serai
2 biji cili hijau
5 biji cili padi (dikecualikan)
1 biji tomato

Bahan rempah (D):-
50 gm rempah kari ketam sebarang jenama
2 sudu makan serbuk cili

Bahan sampingan :-
garam dan gula
1 bi ji tomato (di belah 4)
daun sup dan daun bawang

Cara memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik garing.
2. Masukkan bahan B dan kacau lagi hingga naik bau.
3. Campur bahan C kacau seketika dan masukkan bahan D... masukkan garam dan gula secukup rasa
4. Masak dengan api yang sederhana sehingga terbit minyak
5. Bila rempah dah pecah minyak masukkan ketam, kacau rata dan biar sekejap
6. Sebelum angkat masukkan hirisan daun bawang dan daun sup serta belahan buah tomato
7. Sedia di hidangkan

*Selamat Mencuba*

Thursday, April 21, 2011

MEE HOON GORENG BASAH

Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Alhamdulillah berkesempatan kita bersua di laman blog chekiah lagi. Petang ni chekiah berkesempatan menyediakan sejenis lagi masakan iaitu mee+bihun goreng basah-basah gitu. Selalu kaedah yang di gunakan ialah goreng kering, rebus atau berkuah tapi petang ni goreng basah-basah pulak..selalu asyik kata nak buat nak buat tapi tak buat2 juga hehehe.. di bawah ni chekiah sertakan resepi versi chekiah untuk kekawan yang sudi mencuba.


MeeHoon Goreng Basah
Bahan-bahannya:-

400 gm mee kuning..di basuh sekejap toskan
200 gm bihun..direndam hingga lembut & di toskan

2 ekor sotong..di basuh dan di potong bulat2
1 keping dada ayam..ambik isinya sahaja
6 ekor udang basah sederhana besarnya

3 pokok sawi.. di basuh dan di potong
segenggam tauge..di buang ekornya
1 biji tomato..di belah 4

2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang putih..di cincang halus
2 sudu besar pes cili kering

1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 cawan air panas
garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Cili Jeruk :-
cuka
gula & garam
cili hijau@ cili padi
~ potong cili hijau@cili padi menyerong dan rendamkan kedalam cuka bersama gula dan garam ~

Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan cincangan bawang putih hingga sedikit garing
Masukkan sotong, isi ayam, udang dan pes cili kering..masak lagi sehingga empuk
Campurkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat, air dan garam, gula serta serbuk perasa secukupnya..kacau rata
Masukkan sawi, taugeh, tomato, mee dan bihun dan kaup balikkan sehingga semuanya sebati
Sekiranya agak kering boleh lah di tambah sedikit air agar meehon dalam keadaan yang basah
Dah masak hidangkan dengan di hiasi taburan bawang goreng, daun bawang, daun sup & hirisan cili merah dan hijau
Enak di makan sewaktu suam dan lebih enak lagi kalau di gandingkan dengan cili hijau@cili padi jeruk

*Selamat Mencuba*

Friday, April 15, 2011

CUCUR BADAK


Assalammualaikum dan selamat pagi sabtu.
Syukur alhamdulillah di beri kesempatan untuk kesekian kalinya bertemu lagi kita di dada laman blog chekiah ni..harapan chekiah semoga semua rakan2 chekiah beroleh dalam keadaan sihat sejahtera dan di permudahkan segala laluan dalam menjalani liku2 kehidupan yang penuh pancaroba.

Pagi ni chekiah tanpa fikir panjang melaksanakan keinginan yang dah berputik (ayatttt cam tanam pokok bunga lah plak hehe) 2 3 hari lepas. Keinginan nak makan cucur badak atau orang utara lebih selesa memanggilnya dengan panggilan cucuq badak. Teringat masa kecil dulu selalu tertanya tanya kenapa nama cucur yang satu ni cam tak best saja..badak pulak tu tak comey langsng tapi pada pandangan sendiri mungkin di sebabkan saiz dan rupa kuenya yang sebegitu tapi chekiah kalau menyediakan cucur ni lebih suka buat sederhana besar tak der ler besar cam yang kita beli kat luar tu..biasalah orang berjual mesti nak kena buat saiz mengikut harga. Keinginan nak buat sendiri cucur ni pertama tamanya di sebabkan kelembutan kulit cucur yang kalau beli pasti sudah keras dan liat sangat2 tak terasa ubinya dan satu lagi yang paling tak best ialah inti atau serunding yang di letakkkan adalah hampas kelapa yang kering tak der rasa lemaknya pun. Apa2pun hasil buatan sendiri lebih sedap dari segenap segi betul tak??? Macam biasa kepada yang sudi2 nak cuba try test resepi versi chekiah ni boleh lah ikut resepi yang di bawah :-


Cucur Badak
[Versi CheKiah]

Bahan-bahannya :-
500 gm ubi keledek yang telah di rebus, di toskan dan di lecek lumat
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
1 camca besar gula
~ satukan semua dah gaul sebati..ketepikan ~

Bahan-bahan inti@serunding kelapa:-
1 cawan kelapa parut muda - ambil putih sahaja
sedikit minyak
1 helai daun kunyit di hiris halus (di kecualikan..sekadar untuk menaikkan kewangian)
10 ekor udang basah di potong kasar dan di gaul dengan 1 sudu teh serbuk jintan manis
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :-
2 camca besar cili kering - dikisar
1 cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
segenggam udang kering

Panaskan minyak..tumiskan bahan kisar dan masak hingga harum dan sedikit garing.
Masukkan udang basah dan sedikit air dan masak lagi.
Masukkan kelapa parut bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kelapanyaer masak dan airnyer kering.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit..kacau dan tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Cara Menyediakan Cucur Badak:-
Jemput sedikit adunan tepung..bulat2kan..kemudian leperkan di atas tapak tangan
Masukkan sesudu teh inti kelapa dan tutup sehingga mendapat kembali adunan yang bulat
Setelah di bulatkan tekan sedikit untuk meleperkan bagi membezakan bentuk cucur badak dan cucur kodok :)
Buat semua hingga selesai dan di galakkan membuat dalam saiz yang sama baru nampak cun :)
Gorenglah dalam minyak yang sederhana panasnya
Setelah kulit cucur badak kekuningan baru lah di angkat dan sedia untuk di hidangkan.

nota chekiah:-
* tidak pasti dari mana asal usul nama cucur ni tapi berkemungkinan dari saiznya yang besar2 kot :)
* orang-orang dulu terlalu mementingkan penyediaan kue yang kemas lebih2 lagi saiz kue hendaklah sama besarnya kerana dari situ sedikit sebanyak dapat di nilaikan
karektor orang yang membuatnya. Arwah emak chekiah kalau buat kue tak sama saiznya akan di tegur dan di beritahu betapa pentingnya penyediaan kueh yang bukan
saja sedap di makan tapi sedap di pandang :)
* sekarang cara penyediaan inti atau serunding kelapa telah di pelbagaikan dengan meletakkan gula kabung@gula merah untuk mengimbangi rasa pedas dan manis tapi
inti asli yang pedas masih tetap jadi pilihan.
* cara penyediaan cucur badak versi chekiah ni meletakkan udang basah di dalam inti@serunding kelapa tidak seperti yang di ajar oleh arwah emak chekiah meletakkan sekor
udang di atas permukaan setiap cucur badak untuk menambah tarikan orang yang melihat..ya ampun maaf mak kiah dah menderhaka mengubah cara penyediaannya..

* Selamat Mencuba*

BERIANI AYAM


Assalammualaikum & selamat malam hari jumaat..dah 11:45 minit malam.
Alahai dah lama rasanya tak jengah kat blog kesayangan chekiah ni..dah berabuk pun dan banyak N3 yang belum di kemaskinikan.

Ramai yang bertanya kemana chekiah tetiba ghaib..macam cite halimunan plak leh ghaib2kan diri. Chekiah tak kemana mana cuma kesihatan terpeleot seket..akibat suka lalai makan ubat hehehe tapi sekarang alhamdulillah keadaan dah makin pulih badan pun makin segar dan minda pun makin tenang dan damai gitu.

Di kesempatan ini chekiah ingin mengucapkan ribuah terima kasih di atas keperihatinan kekawan chekiah yang tercari cari untuk bertanya kabar. Chekiah rasa terharu dengan kesungguhan kekawan terutamanya di laman sosial facebook chekiah..tak sangka ramai juga yang merindui dan menyayangi chekiah. Kepada yang telefon dan sms tu minta maaf bebanyak lah kalau tak dapat layanan atau balasan sebab bila kepala dah pening dan badan dah sakit bukan kata nak jawab telefon dan sms nak buka mata pun tak terdaya. Terima kasih sekali kepada semua dan sesungguhnya chekiah sayang sangat kat u all semua muashhhhhhhhhh..!!!

Dah lama tak jengah dapur abuk dan sawang pun berserat di merata rata hahaha tapi ok lah kan puan empunya dapur sakit dapat lah dapur pun berehat juga kalau tak dia asyik berkhidmat tanpa mengira penat dan lelah.

Resepi pertama yang telah chekiah torai setelah sihat ni ialah ayam masak beriani. Selalu bila di sebut beriani di gambaran kita akan terbayang sepenuh pinggan dengan nasi yang kaler kuning keorengan dan selonggok atasnya ada seketul ayam siap dengan dalca & kerabu@jelatah timun, nenas dan bawang. Sekarang ini anggapan tu tak patut lagi berada di fikiran kita sebab macam rakan-rakan yang belum tahu (macam chekiah juga lah) ayam beriani ada lah sejenis masakan yang menggunakan rempah beriani macam masak nasi beriani juga. Ni kali pertama chekiah mencuba dan rasanya not bad kata omputih dan ianya menepati citarasa chekiah yang dalam projek (huhu macam lah ada tender nak projek2 plak hehe) memperbagaikan masakan selain dari masakan yang biasa2 kita jamah hari-hari. Resepi di bawah ini untuk panduan sesiapa yang nak mencuba.


Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam ~ di bersihkan dan di potong 10

Bahan Tumis:-
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
5 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

Bahan Kisar:-
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan-bahan sampingan:-
100 gm rempah beriani
100 gm tomato puri
1 tin susu cair
2 biji cili merah (di belah dua)
1 biji buah tomato (di belah dua)
sedikit kacang peas
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumis bahan2 tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan sedikit air..goreng hingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan tomato puri, tomato biji dan susu cair.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
5. Taburkan kacang peas, belahan cili merah dan daun ketumbar..masak lagi untuk seketika.
6. Siap untuk di hidangkan.

* sesuai di makan bersama sebarang nasi dan aneka roti pilihan anda
* sekiranya anda kehabisan susu cair anda juga boleh gantikan dengan santan

*Selamat Mencuba*

Wednesday, April 6, 2011

BEGEDIL DAGING


Assalammualaikum selamat pagi dan salam sejahtera di pagi hari khamis 7/4/2011.
Semoga semua rakan2 sihat diberi Allah kesihatan yang memuaskan agar dapat melaksanakan tugasan harian dengan penuh ceria dan bersemangat.

Pagi ni untuk kedua kalinya chekiah menyediakan begedil daging dan kali ini dengan kuantiti yang lebih dari itu hari. 1st time menorai memang buat setengah sukatan sahaja sebab cuak(ragu-ragu) juga mana tahu tidak menepati selera ahli keluarga. Pagi ni chekiah buat 1 1/2 sukatan...biar makan sampai termonyeh (jelak@muak) kata orang utagha..


Sebelum percubaan pertama memang dah 2 3 kali buat tapi menggunakan kaedah ubi kentang yang di rebus dan di lecek tapi sekarang dah mencuba versi kentang di goreng dan di tumbuk@smash. Kelainan yang ketara ialah ianya lebih wangi dan lebih sedap. Resepi di bawah ni chekiah garap@olah semula dari beberapa resepi yang chekiah terjah di blog rakan2 yang lain semata mata untuk mendapatkan citarasa chekiah sendiri.

400gm daging lembu kisar (CK guna brand RamLy)
7-8 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cwn tepung kentang
1 kiub pati ayam maggi@knorr
1 sudu teh serbuk lada putih atau hitam
2 biji telur + sdkt garam (di kocok)
10 biji bawang merah di hiris dan di buat bawang goreng
3 tangkai daun bawang + 2 tangkai daun sup (di mayang halus)
1 biji cili merah (di mayang halus)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Membuatnya :-
Daging dicincang halus dan di goreng dengan sedikit minyak sehingga airnya kering..kacau selalu agar daging tidak bergentel
Bila air daging dah kering campurkan kiub ayam + serbuk lada..kacau sebati dan ketepikan
Potong kentang nipis2 dan goreng hingga lembut (jgn sampai garing)
Angkat dan toskan..bila dah agak sejuk keringkan sisa minyak yg lekat kat kentang dengan tissue dapur
Tumbuk kentang hingga lumat (kalau ada cara lain boleh ler anda gunakan)
Dalam bekas masukkan daging, kentang, tepung kentang, bawang goreng, daun bawang & daun sup serta cili merah
Gaul rata semua dan sesuaikan rasa mengikut citarasa tekak anda
Kepalkan sedikit adunan menjadi bulat dan kemudian leperkan mengikut saiz kesukaan masing2
Panaskan minyak dalam kuali
Celup begedil dalam telur dan goreng lah dalam keadaan api yang sederhana besarnya
Bila dah nampak kulit luar begedil sedikit kekuningan boleh lah di angkat
Siap untuk di hidangkan bersama sebarang sos atau pencicah kegemaran puan2

*Selamat Mencuba*

AYAM GORENG REMPAH BERBAWANG


Assalammualaikum dan selamat petang hari rabu 6/4/2011.
Tengahari ni cuaca panas seperti dua tiga hari lepas..agaknya musim hujan dah berlalu tapi tak tahu lah kot nanti hujan semula..walau apa pun keadaan cuaca di tempat kita sepatutnya kita bersyukur di atas segala pemberianNya.

Hari ini anak teruna ku masak nasi goreng sahaja..sedap juga nasi goreng cina buatannya..chekiah plak goreng ayam berempah buat meratah dan juga untuk di makan waktu malam nanti..resepi ni chekiah dapat dari blog yang mana pun dah lupa..apa2pun terima kasih pada yang empunya resepi di atas perkongsiannya..sedap ayam ni hingga menjilat jari yer lahh dah meratah menggunakan jari hehehe

Bahan-bahannya
1 ekor ayam – dipotong
1 biji telur
3sudu makan tepung jagung

Bahan-bahan yang di hiris:-
2 biji bawang besar
1 sm halia
3 biji bwg putih
4 tangkai cili kering

1 sudu makan rempah garam masala
1 sudu makan serbuk cili kering
1 sudu makan t serbuk kunyit
1½ sudu makan gula
3 helai daun kari
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:-
Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
Perap ayam selama 1-2 jam.
Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.