Ikut

Tuesday, May 29, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG BERSAMA BELIMBING BULUH


Assalammualaikum & salam hari Rabu


Pagi ini ingat cuaca akan kekal panas tup tup kul 11 kejap tadi hujan lebat mencurah tapi tak lama dalam sejam jer..ok lah tu kan skurangnya kurang sket bahang panas.
Lunch hari ini ada lauk feveret iaitu masak lemak udang bersama buah belimbing besi. Selalunya CK masak versi biasa2 jer tapi kali ini ada 2 penambahan. Pertama CK masukkan cili letup atau cili padi dalam bahan kisarnya dan yang keduanya plak CK letak daun kunyit kasi lagi happening gitu. 1st time projek versi cam gini dan hasilnya memang sedap giler...masa ngah mendidih atas dapur mengembak ngembak bauk aroma daun kunyit ni yang buat perut lapar awal dari waktunya. Bila dah ada penambahan dalam bahan resepi ni CK pun letak nama resepinya "Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Belimbing Buluh" huhuhu... panjang bebenor nama resepi. Jom tengok bahan2 & camner CK masak.

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG BERSAMA BELIMBING BULUH
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
500 gm udang..bersih dan toskan
beberapa biji belimbing buluh..ikut suka nak belah atau tidak
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit..terpulang nak carik atau nak hiris halus2
garam secukupnya
2 sudu besar minyak


Bahan Kisar:-
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai (ambil bahagian bawahnya sahaja)
8-10 biji cili padi

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah di kisar..kacau sehingga wangi
Masukkan udang, buah belimbing besi, santan..kacau rata. Lengkapkan rasa dengan garam secukupnya
*sekiranya anda tidak menggunakan belimbing buluh masukkan sekeping asam keping.


*Selamat Mencuba*

DALCA AYAM


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera


Disebabkan kerajinan melanda tahap maksima petang tadi sediakan nasi minyak, dalca ayam & ayam goreng berempah untuk dinner. Dah lama tak makan dalca terutamanya dalca ayam. Kalau dibandingkan antara 2, dalca daging lebih diminati dirumah CK. Sejujurnya CK pun suka apa2 saja masakan yang bahan asasnya ialah daging berbanding dengan ayam. Kalau kambing tu memang lah CK tak pernah masak langsung cuma ada lah sesekali "curi-curi" makan dirumah kenduri atau majlis2 yang menyediakannya.


Masakan seperti dalca ni selalunya digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi beriani dan nasi2"istimewa" yang lain. CK kalau diberi pilihan lebih suka makan dengan nasi putih saja sebab dengan cara tu jer dapat merasai kesedapan "sebenar" dalca. Kalau makan dengan nasi berperisa sudah pasti rasanya dah bercampur aduk. Apa2pun terpulang lah pada keselesaan selera atau tekak masing2 hehehe... Dalca juga sedap dijadikan cicahan roti canai dan segala mak nenek roti lebih2 lagi roti benggali :)


Resepi ni macam biasa versi CK sendiri dan sekiranya ada yang sudi nak mencuba dipersilakan. Dalca "mamak penang" ada kelainan sket dari dalca tempat lain iaitu penggunaan pisang abu. CK tak pasti kenapa letak pisang abu mungkin nak menyedapkan lagi agaknya. Sejak memula masuk dapur masa anak dara dulu CK dah tengok arwah emak masukkan pisang abu dalam dalca jadi apa lagi ceq pun follow lahhh..:)


DALCA AYAM
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
300gm ayam (kalau guna isi yg yang lekat kat tulang lagi mabeles)
200gm kacang dhal..dibersihkan dan direbus..1/2 blend halus 1/2 dalam keadaan asal
50 gm serbuk kari daging sebarang jenama kesukaan
4 cawan santan
1 biji tomato..belah 4
2 biji cili hijau..belah 2 tapi jangan sampai putus,,keluarkan bijinya
minyak masak
garam & serbuk perasa secukupnya
air secukup kegunaan


Sayur-sayuran :-
2 biji kentang..belah 4
1 biji terung bulat putih..belah 4
4 tangkai kacang panjang..potong (ikut suka panjang mana..hehe)
1 biji lobak merah..belah 2 dan potong panjang kecil2
1 biji pisang abu muda..kupas kulitnya tapi jangan buang kulit arinya..potong menyerong..rendam dalam air garam utk tanggalkan getahnya


Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar..belah 4
2 ulas bawang putih
2 hirisan halia


Bahan Tumis
3 sudu minyak sapi + 2 sudu mentega
2 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..di ketuk
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 pelepah daun kari..dilurut
1 helai daun pandan..disimpul


Bahan Taburan:-
daun ketumbar
bawang goreng


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak sapi + mentega...masukkan bahan tumis..kacau sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar halus & serbuk rempah daging serta sedikit air..kacau dan biarkan sehingga rempah terbit minyak. Setelah nampak permukaan rempah terapung minyak yang blup blup bolehlah masukkan kentang, pisang abu, lobak merah, terung & kacang panjang serta sedikit air(kalau nak cepat empuk tutup periuk). Apabila semua sayur2an telah empuk@lembut masukkan ayam, kacang dhal, santan dan garam..sesuaikan rasa..dengan api yang perlahan masak sehingga mendidih. Sebelum diangkat masukkan belahan tomato. Hidang dengan taburan daun ketumbar & bawang goreng buatan sendiri baru terangkat!


*Selamat Mencuba*

NASI MINYAK


Assalammualaikum & Selamat Malam


Hari ni layan nasi minyak atas permintaan anak2 yang berada dirumah sempena cuti sekolah penggal ke-II. Minggu pertama dok kat rumah sahaja insyaAllah minggu kedua kalau ada kelapangan dan kesempatan dapat lah gi jalan2 :)


Resepi nasi minyak ni simple saja versi CK. Tak selalu masak sebab anak2 lebih suka nasi tomato & nasi beriani cuma kali ini CK beralih resepi plak walaupun pada mulanya berhasrat nak masak nasi tomato. Bila aura rajin ada pada diri walaupun penat ku gagahi juga melaksanakan impian hehe..!!!


NASI MINYAK
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
3 cawan beras..cuci dan toskan
1 cawan susu cair
sedikit garam atau kiub pati ayam
segenggam daun pudina
sedikit kismis & badam (kalau suka)
air secukupnya untuk masak nasi


Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar..belah 4
1 ulas bawang putih yang besar saiznya
2 keping hirisan halia


Bahan Tumis:-
2 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar mentega
2 ulas bawang merah..dihiris nipis
2 ulas bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan..disimpulkan


Cara Memasaknya:-
Tenggekkan periuk nasi (bahagian dalamnya tau jangan pulak yang bahagian luar dengan plug2nya sekali). Cairkan minyak sapi dan mentega (keadaan api hendaklah sederhana besar). Tumiskan bahan tumis sekejap sebelum masukkan bahan kisar Kacau sebati hingga bawang kekuningan dan baunya wangi. Masukkan beras dan susu cair..kacau rata hingga sebati (jangan kacau lelama utk mengelakkan beras patah). Masukkan sedikit garam atau kiub pati ayam untuk dapatkan rasa. Campurkan air secukupnya dan pindahkan periuk nasi kedalam tempat memasaknya dan masaklah seperti biasa. Setelah nasi kering, taburkan daun pudina, kismis & badam dan tutup semula. Bila nasi dah masak boleh lah digembur untuk ratakan bahan taburan tadi


*Selamat Mencuba*

kejap jer nasi seperiuk licin

best juga makan bersama dalca ayam & ayam goweng berempah

Monday, May 28, 2012

KEK PISANG PERASA LEMON


Assalammualaikum dan selamat petang


Petang ni layan kek pisang untuk minum petang. Disebabkan kamera "chokia" kejap light dia on kejap off menyampah nak snap gambar jadi CK gunalah gambar lama (yang blum sempat ditayang lagi kat blog hanya tayang kat wall fb saja)


Ulang buat kek pisang versi ni sebab strukturnya lembut dan baunya harum. Selalu versi yang dolu2 ada letak esen pisang dan esen vanilla jadi baunya macam "menyengat" sket kepala otak dan mungkin sebab tu lah tak dpt nak layan lebih2 sekadar 1 2 keping saja. Satu lagi yang CK perasan versi sekarang ni tak nampak urat2 pisang kat kek tu sebab CK blend pisangnya tak lecek macam dolu. Kat rumah anak dara bongsu tu kalau dia nampak urat2 pisang baik pada kek, muffin atau lepat mesti dia tak nak makan. Kali ini CK terpaksa "bohong sunat" katakan letak perisa pisang tak letak pisang, baru dia laju jer capai dan makan, hehehe...!!!


Resepi ni hasil olahan CK dari banyak2 resepi yang CK belek hasil carian dari google. Terima kasih pada semua yang mungkin perasan ada bahagian2 adalah hasil resepi sendiri yer!


KEK PISANG PERASA LEMON
resepi : rakan2 blog
olahan : Che Kiah


Bahan2nya:-


200 gm pisang emas/berangan -lecek@blend
150 gm gula kastor (leh kurangkan ke130gm sekiranya tak suka manis)
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu kecil parutan kulit lemon
2 biji telur
1/2 sudu teh ovalette
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
125 ml susu segar
100 ml minyak


Cara Membuatnya:-
Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder...ketepikan
Gaulkan pisang, gula, air perahan lemon & kulit lemon sehingga sebati
Blend telur, ovalette & minyak hingga kembang dan masukkan kedalam mangkuk besar. Masukkan adunan pisang kedalam mangkuk yang berisi telur dan kacau rata. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Bakar sehingga masak

adunan yang telah siap menunggu untuk dibakar saja

buat separuh adunan saja sebab tu tak penuh loyang, buat bebanyak takut tak habis

dah siap dibakar, tunggu sejuk dulu baru di potong kalau tak akan berserabut :)

camnilah rupanya setelah dipotong...yg best xnampak urat2 pisang

sedap dimakan dengan kopi-O atau minuman panas yang lain..jemput semua!


Sunday, May 27, 2012

IKAN KEMBUNG SUMBAT SERUNDING KELAPA


Assalammualaikum


N3 sebelum masuk tidur ialah salah satu lauk lunch tengahari tadi iaitu ikan sumbat serunding kelapa. Tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni asyik mengidam nak makan makanan atau kuih muih yang ada kelapa, tak kiralah kat dalam ker salut kat luar ker janji kelapa hehehe...


Sebelum ni buat ikan sumbat guna ikan cencaru dan sumbat dengan sambal belacan biasa jer tapi kali ini guna ikan lain pulak. CK guna ikan kembung yang besar saiznya sebab pada pandangan CK mesti sedap ikan yang banyak isi digandingkan dengan serunding kelapa. Nampaknya 1st try tak  mengecewakan...memang sedap lebih2 lagi makan waktu tengahari sedang perut sakan berkeroncong. Sebenarnya encik somi lebih suka ikan cencaru disumbatkan sambal kelapa dari sambal belacan tapi entah tak pernah buat pun asyik ikut selera anak2 saja. Hari ini encik somi plak yang sengih sampai telinga sebab terhidang sudah ikan sumbat kelapa favourate dia.


IKAN KEMBUNG SUMBAT SERUNDING KELAPA
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
4 ekor ikan kembung bersaiz besar..bersihkan dan belah dibelakangnya
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
~ perapkan garam halus & serbuk kunyit pada ikan ~


minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


SERUNDING KELAPA
BAHAN2NYA:-
500gm kelapa parut putih
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak
1-2 helai daun kunyit (dihiris halus)


BAHAN KISAR:-
2 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih
5 batang cili padi
2 batang serai (racik halus)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup @ 1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 sudu besar udang kering@ikan bilis (rendam & basuh terlebih dahulu)


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam...kacau sehingga agak kering. Masukkan kelapa parut dan hirisan daun kunyit dan kacau sebati dan masak sehingga kering..sejukkan


Ambil seekor ikan dan masukkan serunding dibelahan belakangnya..buat sehingga habis. Goreng ikan dalam minyak panas sehingga masak. Sedia dihidangkan


*Ikan yang paling sesuai untuk resepi ini ialah ikan cencaru..lebih sedap dan lemak rasanya.

Ikan yang banyak isi memang sesuai untuk di "operate" belakangnya..hehehe..!!!

serunding kelapa yang tidak brapa pedas sbb anak2 tak tahan makan pedas mcm emaknya :)

proses masukkan serunding kelapa kedalam belahan belakang ikan..selagi muat masukkan ok!



ambek ko sampai sendat dan ketat ai masukkan isinya...sampai termonyeh  hehehe...!!!!

gorenglah sehingga garing baru lah enak untuk dimakan


dah ready untuk dibelasah...yang penting ghedak2 mesti kasi angkut sama hehe..!!!

TELUR MATA MASAK SOS


Assalammualaikum & Selamat Malam.


Cuaca seharian hari ini panas terik. Sejak awal pagi Ck banyak membasuh & mencuci. Hari ni tahap kerajinan lebih dari biasa so selain membasuh baju (washing machine yang buat hehe..) CK juga mencuci parit belakang rumah dan menyental lantai dihadapan gate yang sedikit berlumut. Bila cuaca panas terik kejap sahaja semua jemuran, cucian dan sentalan kering.


Lunch makan biasa2 jer, nasi putih, kerang rebus cicah air asam, ikan kembung sumbat serunding kelapa & telur mata masak sos. Telur mata masak sos ni adalah edisi mengajar anak dara bongsu. Cuti kali ni CK kerah dia masak simple2 apa saja yang dia tahu. Selain dari rebus kerang dan buat air asam dia belajar buat telur mata kerbau masak sos. Katanya tak der lah payah mana pun kan so next time dia plak yang nak buat sendiri, Alhamdulillah...kena lentur dari sekarang tapi tu pun ikut mood dia juga, kalau dia pun malas mengalahkan CK hurmmm beli lauk kedai lah jawabnya hehehe...!!!


Rasanya semua orang dah tahu resepi simple ni tapi mungkin juga ada seperkara dua step atau bahan yang tak serupa. Ini adalah resepi yang CK biasa masak sejak masa anak dara dulu. Terima kasih untuk bunda CK yang tak jemu2 perturunkan segala ilmu.


TELUR MATA MASAK SOS
resepi : Che Kiah


Bahan2nya:-
4 biji telur ayam..digoreng menjadi telur mata kerbau
1 biji bawang besar..dipotong kasar bentuk bulat
1 biji tomato..dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam, gula & serbuk perasa secukupnya
hirisan cili merah & hijau atau cili padi (optional)
2 sudu besar minyak


BAHAN KISAR:-
1 sudu besar cili kering kisar@cili boh
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping hirisan halia


Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili, bawang besar, tomato dadu dan sedikit air.
Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sehingga sedikit pekat dan masukkan telur mata kerbau dan balik2kan agar kuahnya menyerap kedalam telur. Siap dihidangkan


*Selamat Mencuba*

ada mcm2 style goreng telur mata, kat rumah anak2 lebih suka telur kuningnya tak keras..goyang2 gitu :)

penyediaan kuah yang samada disiram diatas telur atau masukkan sekejap telur kedalam kuah 

siap sudah..kuah trpulanglah nak sedikit ker nak banjir ker hehe...!!!

Saturday, May 26, 2012

KERABU TAUGEH BERSAMA ULAM RAJA DAN KERANG


Assalammualaikum dan selamat malam


Sebelum beradu nak masukkan N3 yang satu ni sebab nak kurangkan edisi N3 tertunggak hehehe...!!!


Siang hari tadi sibuk mengemas & menyiang ikan2 & membersih ayam dan daging untuk stock minggu hadapan jadi CK anak beranak makan maggi goreng sebagai alas perut sementara menanti dinner. Sejak petang semalam tekak asyik tingin nak makan kerabu taugeh dengan kerang sehingga malam tadi nak tido pun dok terbayang bayang hahaha...!!!


Tengahari tadi dah jalan edisi mengemas dan menyiang dan menyimpan barang2 dapur untuk minggu depan so jadi penat lah sudah maka tak jadi lah nak buat kerabu yang diidamkan. Selepas solat asar entah camner macam ada kekuatan luar biasa hinggap pada diri maka terus projek buat juga kerabu taugeh. Semasa menjalankan projek terkejut tergempak leh plak CK senyum sendiri, dalam hati berkata "aduhhh, macam orang mengandung lah plak teringin tak hengat dunia, muehehe...!!!


Alhamdulillah sebelum manghrib siap sudah semangkuk besar kerabu taugeh + ulam raja dan kerang. Ulam raja CK campur sekali lebihan dari berulam dengan sambal belacan kelmarin. Kali ni buat tak ikut resepi sesiapa, buat macam selalu yang arwah emak CK (allahyarham Halijah Bt Man) buat. Selalu pun bkn tak nak buat tapi entah bila mula nak masak ikut resepi arwah emak mesti airmata mengalir sedih tu yg jarang2 ikut sebijik macam arwah emak CK buat. Masa dinner berebut rebut anak lelaki dan encik somi makan maklum ler rasanya memang lain dari selalu yang CK buat. Apa2pun selesai sudah  semangkuk besar kerabu taugeh+ulam raja+kerang.


KERABU ULAM RAJA CAMPUR TAUGEH SERTA KERANG
resepi : Ibunda Halijah Bt Man


BAHAN2NYA [A]:-
1 cawan taugeh dibuang ekornya..dicelur sekejap
1 ikat daun ulam raja..dihiris
1 cawan isi kerang
1 kuntum bunga kantan..dihiris halus
1 inci halia..hiris halus memanjang
1 inci lengkuas..hiris halus memanjang
1 biji bawang besar ..potong dadu nipis
1 batang serai hiris nipis2
1 cawan kerisik
garam dan gula secukup rasa


BAHAN YANG DIKISAR HALUS [B] :-
2 biji cili merah
6-8 biji cili padi
sedikit belacan bakar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering@ikan bilis (rendam dahulu sekejap)..CK xltk sbb xder stock
4-5 sudu air asam jawa@air limau nipis@limau kasturi


CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan A hinga semuanya bercampur
Masukkan bahan B, kacau sebati dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan

bahan asas kerabu, taugeh, ulam raja & isi kerang


bahan2 yang perlu dihiris nipis memanjang, bwg besar, halia, serai, lengkuas, serai & bunga kantan.
kerisek, garam dan gula termasuk dlm bahan2 sampingan :)

bahan2 ni semua hendaklah dikisar atau ditumbuk lumat

campur semuanya & adun biar serata dan sekata,,,jgn lupa sesuaikan rasanya yer!

dah siap untuk di hidangkan...meratah pun enak juga tau!

SAGU KELAPA


Assalammualaikum.


Sejak kebelakangan ni bukan sahaja cuaca yang tidak menentu tapi kehadiran CK dilaman blog ni dah macam semekut chipsmore kejap ada kejap ghaib hehehe...Kebelakangan ni tak selalu sangat free nak mengadap screen cuma semenjak ada "hobby baru" dah macam terabai lah plak nak bersantai santai depan komputer. Sesekali "wujud" mungkin lebih selesa tapi rasanya kalau tak slalu ada pun xder yang perasan kot, maklum ler CK ni bkn ler pemes sangat mcm sesetengah bloggers. It's ok yang penting tak tinggal langsung arena blog ni sudah lah kan!


Dah selalu tenggelam timbul maka ada lah n32 yang tertunggak dan bila ada sedikit masa kelapangan CK tempekkan jer lah kat dada blog ni sebab memang nak kena letak untuk menepati niat asal adakan blog ni semata mata buat rujukan anak cucu dimasa akan datang..huhuhu..anak masih belajar dah berkisah hal cucu CK ni kan...x per lah insyaAllah bila masanya tiba adalah cucu itu pun kalau masih dipanjangkan usia :)


Sagu kelapa ni rasanya ramai yg suka menikmatinya. Rasa manis sagu bersalut kelapa parut yang rasa sedikit masin membuatkan kita gemar memakannya. CK pun suka makan tapi sejak diistiharkan tidak boleh melayan lebih2 makanan yang masin, manis dan berlemak maka aktiviti membuat kuih muih yang sebegitu rupa ada sedikit "down" lah. Seingat CK sejak kecil kuih ni CK jarang panggil sagu kelapa tapi lebih dikenali sebagai "sagu golek" maklum ler selepas dipotong dimasukkan kedalam bekas yang berisi kelapa dan digoyang2kan bekas tu untuk meratakan kelapa pada sagu maka per lagi kenalah golek2kan badan juga hehehe...!!!



SAGU KELAPA
sumber :syahmi@http://www.myresipi.com/top/detail/1628


Bahan-bahannya:-
1 cawan sagu (basuh dan tos)
1 cawan gula
2 cawan air
sedikit esen ros (CK tambah)
Pewarna yang disukai
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam


Cara-cara membuatnya:-
Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna & esen ros
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
Siap untuk dihidangkan.


*resepi ini untuk sagu yang asli yang asalnya tidak berwarna

skrg ni terdapat sagu yang telah sedia berwarna...tksh pd CIKMIE kerana sudi beli tuk CK kat MYDIN
jadi tak perlu lagi masukkan pewarna semasa memasaknya

setelah dibasuh sagu hendaklah ditoskan untuk keringkan airnya

keadaan sagu setelah dimasukkan kedalam air yang telah dilarukan gula didalamnya

bila sagu dah bertukar warna boleh lah masukkan kedalam bekas untuk disejukkan

bila sagu dah sejuk blh ler di potong atau dibentukkan sebelum disalut kelapa parut campur sdkt garam

ready untuk dingap!...lbh enak kalau disejukkan dalam esbok, nyaman jer tekak!

Tuesday, May 22, 2012

SANDWICH TELUR DADAR


Assalammualaikum & selamat pagi Rabu


Awal pagi ni (4:45 pg) bagun tuk bersahur. Termenung sekejap memikirkan apa nak makan. Tekak dah tak brapa lalu nak makan nasi. Terpandang roti Gardenia atas meja terus menjelma ilham nak buat sandwich. Tetiba teringat malam hari Ahad tempohari CK berkesempatan pergi pasar malam di Balik Pulau. Sewaktu meninjau ninjau barang2 jualan kat situ CK ternampak gerai menjual "Kebab Thai". CK singgah dan beli 2 keping 1 perasa ayam & 1 perasa sardin. Enak juga rasanya bila dilayan lebih2 lagi sewaktu perut tengah berkeroncong. Masa menunggu salah seorang penjualnya membungkus pesanan, CK sempat tengok cara2 membuatnya. Pagi ni bila CK buat sendiri CK olah mengikut keselesaan & kesesuian sendiri. Perkara pertama yang CK olah ialah nama resepinya hehehe... Resepi asal intinya dibuat dari daging@ayam cincang & diletakkannya sayur segar. CK sesuaikan dengan apa saja bahan yang ada dalam esbok. Jom tengok resepi simple ni. 


SANDWICH TELUR DADAR
sumber : chekiahcollection.blogspot.com


BAHAN2NYA:-
Inti:-
2 3 batang sosej ayam!@daging (potong dadu)
2 ulas bawang merah..cincang
1 ulas bawang putih..cincang
sdkt garam halus
sdkt serbuk lada hitam@putih
mixed vegetables secukupnya
1 sudu besar mentega@minyak masak


Cara Menyediakan inti :-
Panaskan mentega@minyak
Goreng sekejap sosej ayam@daging..angkat ketepikan
Dengan baki minyak, tumis cincangan bawang merah & bawang putih hingga layu
Masukkan mix vege, garam & serbuk lada, kacau rata & sesuaikan rasa
Akhir sekali campurkan sosej dan kacau sebati..ketepikan


Bahan2 Lain:-
beberapa keping roti sandwich
mayonese
kepingan keju
sos cili & sos tomato
sedikit minyak
telur


Cara Menyediakan Sandwich:-
Panaskan sedikit minyak dalam pan
kocok telur & masukkan kedalam pan..dadarkan telur
letakkan sekeping roti sandwich kedalam telur
masukkan 2 sudu besar inti..ratakan atas roti
letakkan mayonese, sos tomato & sos cili..ratakan
letak sekeping lagi roti diatasnya
kemudian lipat telur atas roti dan balikkan
setelah kedua dua belah kuning keperangan boleh lah di angkat
sedia di hidangkan


*Selamat Mencuba*

Friday, May 18, 2012

BENGKANG PANDAN


Bengkang pandan atau lebih dikenali sebagai bingka dan ada juga yang sebut kuih bakar. Walau pun apa panggilannya ianya tetap kuih tradisional yang sama, yang enak di makan bila2 masa.


Baru2 ni teringin sangat nak makan bengkang pandan atau kat utara ni lebih dikenali sebagai bengkang gandum. Balik dari pasar singgah kat gerai beli 3 ketul untuk nak lepaskan hajat tekak tapi alahai baru geget sedikit dah rasa tidak enak langsung bak kata orang penang tawaq hebiaq jauh sekali untuk merasa lemaknya. 2 hari selepas tu CK projek buat sendiri. Dulu masa memula mengenali laman sosial fb terjumpa banyak resepi bengkang pandan dan CK telah mencuba salah satu dari resepinya. Waktu tu memang berharap sangat ianya akan suksess tapi malang seribu kali malang bengkang gandum tu runtuh (berlobang ditengah) dan isi nya mendap didasarnya. Belek sekali lagi resepi sambil bertanya rakan2 yang dah pernah berhasil membuatnya. Dia orang pun heran sebab resepi yang CK follow ada letak baking powder. Kuciwa tak payah cakap lah tapi bila di fikir kembali bagus juga jadi cam gitu sekurangnya dapat pengalaman. Sejak kejadian tu memang jadi fobia tengok kuih bengkang ni, rasa macam serik lah pulak hehehe


Percubaan baru2 ni tak kurang juga kerisauan dihati namun CK tawakal ajer lah. Alhamdulillah hasilnya menjadi dan CK rasa sungguh puas hati hingga hilang rasa fobia nak ulang membuatnya di lain kali..insyaAllah!


Resepi ini CK ambil dr rakan fb iaitu Ana Ina dan CK ingin berkongsi resepi yang mudah disini. Terima kasih Ana Ina kerana sudi berkongsi resepi. Jom tinjau resepinya.


BINGKA PANDAN (BENGKANG PANDAN)
sumber resepi : Ana Ina (fb)


BAHAN2NYA:-
4 cawan santan (CK guna 2 cwn santan & 2 cwn susu cair)
4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan gula
sedikit garam
1 cawan air perahan pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit minyak utk sapu pada acuan (CK guna minyak sapi)


CARA MEMBUATNYA:-
Blendkan semua bahan2 diatas,kemudian tapis
Tuangkan kedalam loyang yg telah disapu ngan sedikit minyak
Taburkan bijan diatasnyer
Bakar pada suhu 180' selama 1 jam@sehingga masak

antara bahan2, tepung, santan+susu cair. air daun pandan dan telur + gula

proses mengadun gula, telur, tepung & air daun pandan 

hasil mengadun dengan whisk masih lagi trdapat tepung yang bergentel & adunan msh tidak serata



inilah hasilnya bila adunan di blend...bahan2nya menjadi lebih serata

campurkan sedikit pewarna hijau untuk menambah cantikkan lagi warna bengkang


warna adunan setelah bercampur dengan sedikit pewarna hijau

masukkan adunan kedalam loyang kesukaan

pada yang suka bolehlah taburkan bijan@lenga diatas permukaan bengkang

di peringkat pertengahan keadaan bengkang naik terjungkit & tersenget :)

proses pembakaran...keadaan masih cool lagi

bila dah dikeluarkan dr oven & dah agak sejuk menurun pulak dia ishk..ishk..ishk..!!!


dah siap..jom makan sama2..bismillahhirrahmanirrohim...!!!