Ikut

Showing posts with label Aneka Masakan Sup. Show all posts
Showing posts with label Aneka Masakan Sup. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

MUSHROOM SOUP


Assalammualaikum dan selamat malam Selasa 21 June 2011.

Sempat lagi rasanya nak tayang N3 tuk hari ni sebelum masuk tido. Seawal pagi tadi dah bz kesana sini bermula dari pergi spital jam 7 pagi -10:30 pagi (pemeriksaan rutin 3 bulan sekali), balik terkejar kejar ke Thye Huat (kedai hardware) beli cermin muka, extension plug, kunci & mangga almari (keperluan Angah yang dah mula bergelar pelajar ICT bermula kemarin). Tengahari berpeluang berjumpa dengan rakan fb Mimi Azilina Abdul Rahman (Cik Mi,(tokey botol roti jala hehe..jangan marah gurau noo...sapa2 nak order botol plastik roti jala paten tikar trend baru sekarang leh cari Puan Mimi). Jam 2:30 sampai rumah dalam keadaan yang letih apa lagi cari bantal lah hehehe.

Bangun petang lapor lah plak dok pikiaq nak sediakan apa untuk dinner, nak siapkan lauk pauk malas lah plak nak makan nasi jadi akhirnya buat mushroom sup dan roti bawang putih..ok lah tu janji konyang!


SUP CENDAWAN

Bahan2nya:-

250 gm cendawan butang segar (bukan yang dalam tin)
3/4 (di hiris kasar) 1/4 di dadu halus

700 ml air
300 ml susu cair
1 kiub pati ayam (sebarang jenama)
1 biji bawang besar (didadu kasar)
1 ulas bawang putih (di cincang halus)
2 1/2 camca besar mentega
2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
daun parsley di cincang halus untuk hiasan

Cara Membuatnya:-
Panaskan mentega dalam kuali non-stick, kuali biasa atau periuk
Masukkan 3/4 cendawan tadi dan goreng hingga layu
Setelah cendawan layu masukkan bawang besar dadu dan bawang putih cincang..kacau sebati seketika
Kemudian masukkan tepung gandum kacau sebati dan masukkan susu cair & air.
Kacau selalu hingga agak pekat dari mulanya baru masukkan kiub pati ayam
Masak lah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan matikan api ketepikan hingga suam
Setelah suam masukkan kedalam pengisar dan kisar halus
Tuangkan sup yg di kisar ke dalam kuali semula dan nyalakan api
Masukkan baki cendawan 1/4 tadi, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa..kacau sehingga pekat
Bila menghidang taburkan cincangan daun parsley & sedikit serbuk lada hitam dan teramat ler sesuai
di makan bersama roti bawang putih (garlic bread) & roti jenis yang lain juga...makan begitu saja pun
best juga lebih2 lagi dalam keadaan suam di waktu hujan :)

**cendawan butang di basuh & di buang kulit arinya..kemudian biar kering dulu sebab kenyalnyer cendawan
jenis butang ni menjerab air..kalau lambat nak kering lap jer ngan tuala bersih.
**slalu bila makan sup cendawan kat luar warna sup nampak putih mukin jenis cendawan lain yang di gunakan
tapi kalau yang namanya cendawan butang tak dapat lari dari mendapat sup yang kalernyer gelap sket..apa2pun
citarasanya tetap mantop sedap

*Selamat Mencuba*

Monday, June 13, 2011

SUP SAYUR CAMPUR


Pagi semalam setelah balik dari pasar terus bersihkan peti sejuk. Dalam proses pembersihan dalam tempat mengisi sayur terpandang 2 3 jenis saki baki sayur jadi kumpulkan semua lalu masakan sup dan untuk lebih menyedapkannya campur bebola udang, fucuk dan suun. Anak teruna CK memang minat sayur yang di campur dengan fucuk dan suun. Dengan terhasilnya sup saki baki sayur tu maka dapatlah di elakkan pembaziran sebab sekarang ni kesedaran bab2 berjimat perlu di sematkan di minda selalu hehehe..


Sup sayur sebegini juga selalu CK sediakan bila ada ahli keluarga tak sihat dan kurang selera untuk makan. Selalunya CK masukkan sedikit nasi dalam sup sayur dan makan semasa masih suam sekurangnya boleh kebahkan demam sebab dalam sup CK masukkan sedikit serbuk lada hitam.

Resepi asal memerlukan banyak lagi bahan2 tetapi CK pada waktu tu hanya ada beberapa bahan sahaja jadi itulah saja yang dapat CK gunakan untuk menyediakan sup sayur campur ni.


Sup Sayur Campur

Bahan2nya:-
3 camB minyak
2 cm halia muda (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
100 gm isi ayam (dipotong dadu)
100 gm isi udang
5 biji sebarang bebola (belah 2)
600 ml air rebusan ayam
1 batang lobak merah (di hiris)
100 gm sawi (di hiris 3 cm)
100 gm kubis bulat (di hiris kasar)
8 batang jagung muda (dibelah 2, dihiris 3 cm)
100 gm cendawan butang (di belah 2)
1 paket kecil suun
2 keping fucuk (di patah2kan..direndam utk lembutkannya)
garam dan serbuk lada hitam@lada sulah secukupnya

Hiasan:-
hirisan daun bawang dan daun sup
bawang goreng

Cara Memasaknya:-

1. Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan isi ayam dan kacau selama 3 minit
3. Bubuh pula isi udang, bebola, lobak merah, jagung muda dan air rebusan ayam
4. Apabila lobak dan jagung muda separuh empuk, masukkan sawi, kubis dan fucuk
kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan pula cendawan butang , suun, garam dan serbuk lada. Apabila suun lembut boleh lah di
angkat.
6. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.