Ikut

Saturday, April 30, 2011

CHAR HOR FUN


Salam pagi ahad 1 May 2011 dan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakan2 yang bekerja termasuklah para suri rumahtangga sepenuh masa macam chekiah hehehe..sem0ga kita semua akan lebih meningkatkan prestasi pekerjaan kita tak kiralah di bidang apa sekalipun.

Awal pagi ahad ni chekiah nak selitkan N3 makanan lunch tengahari semalam. Alahai kebelakangan ni jadual kerja rumah chekiah dah kelam kabut sikit. Hajat hati nak letak N3 mengikut masa dan hari yang sepatutnya tetapi kekadang terpeleot juga tak per lah janji ada juga N3 dari takder langsung kan!

Masakan yang chekiah sediakan untuk pertama kalinya (tak tahu naper berdebar masa nak masak resepi yang satu ni) ialah char hor fun (maaf maksudnya chekiah tak tau hehehe tahu makan sahaja). Masakan orang cina ni baru sahaja menjadi makanan peberet chekiah. Pertama kali try makan memang dah menambat selera dan di tempat chekiah tak banyak sangat tempat makan yang ada menyediakan masakan ini kalau ada pun agak jauh dari kediaman chekiah. Hasrat nak mencuba masakan ini di sebabkan plan nak pergi makan luar selalu tergendala sedangkan keinginan dah meluap luap so aper lagi cuba try test masak sendiri ler jawabnya dan Alhamdulillah menjadi dan puas makan. Kepada penggemar makanan cara masakan cina boleh ler mencuba yer!


Char Hor Fun
[versi chekiah]

Bahan-bahannya:-

Cara penyediaan kuew teow:-
1 sudu makan minyak bijan (sesame oil) + 2 sudu makan minyak masak
6 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
600 gm kuew teow (sebetulnya kena gunakan kuew teow yang lebar)

1. Panaskan minyak bijan + minyak masak..guna api perlahan
2. Campurkan kicap kacau rata dan masukkan kuew teow..balik2kan sehingga semua bersatu
3. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan

Bahan untuk kuah:-
3 sudu makan minyak
4 ulas bawang putih (di cincang)
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 keping dada ayam (di hiris isinya)
8-10 ekor udang (size mengikut kesukaan masing2)
5 biji bebola ikan (di belah 2)
4 ekor sotong basah (di potong bulat2)
4 batang filamen perasa ketam (di kerat 4 setiap satu)
1 pokok kecil sawi (di kerat)
1/2 batang karot (di hiris memanjang)
1 1/2 sudu makan tepung jagung + dengan sedikit air)
stock ayam@daging secukupnya
3-4 biji telur
garam & gula seandainya perlu mengikut kesesuian rasa masing2

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak..tumiskan bawang putih hingga wangi
2. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih..kacau sebati
3. Tambahkah 1 kiub pati ayam garam & gula (sekiranya perlu)
4. Masukkan isi ayam, sotong, karot & sedikit stock ayam@daging..masak hingga semuanya lembut
5. Masukkan bebola ikan, udang dan sawi..kacau
6. Masukkan stock ayam (bergantung sebanyak mana kuah yang anda suka tetapi penyediaan makanan ini tidak memerlukan kuah yang banyak so agak2 yer)
7. Bila mula mendidik campurkan bancuhan tepung jagung dan filamen ketam dan kacau sekejap
8. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan telur sebiji demi sebijik dan biarkan dia masak sekejap JANGAN di kacau
9. Setelah telur dah agak2 nak mengeras angkat dan curahkan ke atas kuew teow yang berada di dalam pinggan hidangan.
10.Sedia untuk di makan dan teramat lah sedapnya bila di layan bersama cili padi kicap..berasappp..!!!


Cili Kicap
beberapa tangkai cili padi..di potong ikut suka sizenya
kicap pekat
perahan air limau nipis (ikut nak masam camner)
hirisan bawang besar (di kecualikan)
~ satukan semua ~

nota chekiah :-
char hor fun ni harus di makan sewaktu masih panas2
penyediaan resepi di atas adalah untuk sukatan 600gm kuew teow (anggaran makan untuk 6-7 orang)
sekiranya disediakan untuk seorang makan maka hendaklah di adjust sukatan bahan2 yang perlu di masak occay!

*selamat mencuba*

5 comments:

  1. udang tu possing menggoda sungguh :)

    ReplyDelete
  2. slmt pagi kasihredha
    tu le kelebihan udang tu yg nak juga posing maut hingga trgoda org yg melihatnya hehehe

    ReplyDelete
  3. as-salam
    mmmm... rasa lapar la pulak tengok.kalau mkn panas2 sedap ni..

    ReplyDelete
  4. wslm ani..tpt skali mmg mknan yg 1 ni wajib mkn pns2 klau suam pun dah mula mengeras apatah lagi sejuk sbb penggunaan tepung jagung. tksh sudi jengah kt sini yer ani :)

    ReplyDelete
  5. Chekiah saya amik resepi ni nk Cuba masak utk Kuarga Kalau best nk buat niaga Mohon dihalalkan Ya

    ReplyDelete