Ikut

Monday, February 28, 2011

ALMOND CHOCOLATE MUFFIN


Keinginan untuk buat & makan plain muffin hanya berperisa vanilla telah di buat dan kini tiba lah plak giliran muffin perisa chocolate. Kebetulan mangkuk kertas yang coraknya kaler coklat pun ada dalam simpanan jadi semangat nak buat lagi ler berkobar kobar sedondon gitu. Waktu tu juga terfikir nak masukkan lebihan coklat chip masa buat hiasan kek pisang & kek chocolate kukus dan dalam waktu yang sama nak habiskan badam yang masih tinggal ciput. Akhirnya terhasil lah muffin coklat badam ni..rasanya ofkos ler sedap berlemak. Alhamdulillah menjadi juga walaupun pada memulanya asyik debar2 jadi ke idak :)


Resepi di bawah ni chekiah dah x prasan sapa tuan/puan empunya sebab banyak sangat koleksi resepi muffin chocolate badam yang chekiah kumpul..apa2pun chekiah nak mohon izin pada yang empunya resepi & terima kasih di ucapkan :)

Bahan-Bahan
60 gm mentega cair
100 gm madu
125 gm susu cair
1 biji telur
130 gm tepung gandum )
1 sudu makan serbuk koko ) diayak
1 sudu teh soda bicarbonat )
1 sudu teh vanilla
20 gm kismis
50 gm chocolate chips
50 gm almond dibakar sebentar dan dicincang@di ramas
(tinggalkan sedikit untuk di tabur di atas muffin)

Cara Cara
1) Panaskan ketuhar 180 C. Alaskan acuan muffin dengan mangkok kertas. Atau sapukan acuan muffin dengan mentega.
2) Campurkan mentega cair,madu,susu cair ,vanilla dan telur.Kacau sehingga rata dan sebati.
3) Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikacau rata.
4) Masukkan chocolate chip, kismis & almond..kacau sehingga sebati.
5) Sendukkan adunan 3/4 kedalam acuan muffin atau mangkuk kertas.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
6) Jika menggunakan mangkok kertas yang kecil, bakar adunan selama12-15 minit atau sehingga masak.

** Selamat Mencuba **

RASBERRY JUICE


Sejak kebelakangan ni cuaca panas teramat sangat. Seawal pagi jam 10 keadaan dah berbahang dan dengan secara tidak langsung kita akan cepat merasa letih tapi demi tugasan harian yang perlu kita laksanakan panas pun kena lah bertahan. Dalam keadaan cuaca panas yang selalu kita lakukan ialah lebih kerap mencari air minuman terutamanya yang boleh melega dan menyamankan tekak. Tengahari ni CheKiah sediakan air minuman perasa rasberry untuk keluarga. CheKiah letak 1 jug dalam peti sejuk senang untuk seisi rumah menikmatinya. Walaupun dalam keadaan cuaca yang bagaimana pun kita memang di galakkan banyak minum air kosong. Seorang dewasa perlu minum air kosong sebanyak 7-8 gelas sehari untuk mengganti pengaliran keluar air dari badan kita..ingat tu minum air kosong bebanyak baru badan kita akan rasa segar dan mantop hehe..

Saturday, February 26, 2011

VANILLA MUFFIN


Bahan2nya :-
250 gm mentega
1/2 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan susu pekat + 1/2 cawan susu segar@susu cair..kacau sebati
1 camca besar esen vanilla

Cara Membuatnya:-
Putar mentega dan gula hingga putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji..terus putar hingga sebati dan kembang
Tukar laras pemutar ke perlahan..masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu
Masukkan esen vanilla dan kacau rata
Sudukan 3/4 dari bancuhan dalam papercup atau cup muffin yang keras
Hias ikut kreativiti masing2
Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak pada suhu oven 180C

*Selamat Mencuba*

LAKSAM


Bahan Laksam:-
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
4 cawan air
minyak untuk melenser

Cara Membuatnya:-
Campur kedua jenis tepung dan garam di dalam mangkuk
Masukkan sedikit demi sedikit air sambil di kacau hingga sebati
Lenser 2 atau 3 loyang berukuran 22 cm dengan minyak (chekiah guna tudung periok jer :)
Tuang sedikit bancuhan tepung untuk membentuk satu lapisan yang nipis
Kukus selama 2-3 minit atau hingga masak (panduan: nampak permukaan dah melembung dah masak ler tu)
Angkat dan gulongkan ketika masih suam2 sebab kalau sejuk ia akan retak atau pecah. Ulangi hingga bancuhan habis.

*****

Bahan Kuah:-
500gm ikan kembung (rebus..ambil isinya dan tumbuk)
1.5 - 2 liter santan (lbh kurang dari 2 biji kelapa)
2 keping asam gelugor
2 camca teh serbuk lada hitam
garam secukupnya
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
(* di kisar halus)

Cara Membuatnya:-
Jerang isi ikan, santan, bahan kisar dan asam gelugor..di kacau sehingga mendidih
Setelah mendidih masukkan serbuk lada hitam dan garam..renehkan sampai pekat..tutup api

Bahan Sampingan:-
6-7 biji cili merah di kisar dengan 2cm belacan yg di bakar dan garam

1/2 biji timun*
5 batang kacang panjang*
1 kuntum bunga kantan*
(* di hiris kecil)

20gm daun selom (di mayang)
100gm tauge (di buang ekornya)
1-2 biji limau nipis (di belah 4)

Cara Hidangan:-
Hiris menyerong atau bulat gulungan laksam tebal ikut suka dan letakkan ke dalam mangkuk
Hidangkan dengan bahan sampingan dan curahkan kuah ke atasnya

Resepi ni untuk 5-6 orang dan cara memasaknya mengikut versi chekiah berkemungkinan berbeza
dengan penyediaan orang2 pantai timur.

*Selamat Mencuba*

BUN GULUNG TUNA


Selain dari masakan yang di perturunkan oleh arwah emak, emak mertua, ipar duai dan saudara mara blog ini juga mempunyai segmen "cuba try test" dimana CheKiah mencuba resepi2 dari rerakan blog dan facebook. Terima kasih kepada semua tuan2, puan2, encik2 dan cik2 yang empunya resepi..minta halalkan resepi yang  telah CheKiah ambil dan buat dan maaf kadangkala CheKiah ubah mengikut kesesuaian semasa.
Resepi bun tuna ini CheKiah ambik dari blog DTS yang tuan empunyanya ialah Encik Mat Gebu dan resepinya CheKiah sertakan di sini..terima kasih Encik Mat semoga tetap gebus dan jangan pengsan lelama nanti hilang kegebuannya..jangan marah CheKiah melawak..

Bahan2 Doh :-
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner (xletak sbb xder)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara Membuat Doh :-
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega.
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON"
Tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

********

Bahan Inti Tuna :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (chekiah beli tuna mayonnaise light yg dah siap lecek + mayonese)
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1 biji cili merah..belah buang biji & racik halus2 (resepi asal tak letak)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuat tuna sandwich:-
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja
Canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan.
Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap.
Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi)
Tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam serta racikan cili merah.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya

DALCA DAGING

Bahan2nya :-
600 gm daging (isi + tulang)
ada 2 versi bab daging ni
1) rebus sehingga empuk dan guna air rebusan untuk d campur dengan santan sebagai kuah
2) di masukkan setelah rempah terbit minyak dan masukkan air dan rebus hingga empuk
Ada pendapat mengatakan bahawa sekiranya di rebus dahulu segala rasa rempah tidak sebati dengan daging.
Jadi buat lah pilihan yang bersesuaian.

60 gm kacang dal (di basuh, di rendam dan di kisar halus..kalau nak di rebus dan di lecek pun boleh)

Bahan Tumis:-
6 ulas bawang merah (di hiris nipis)
2 helai daun pandan (di simpul)
3 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Sampingan:-
5 sudu makan minyak masak
3 sudu makan minyak sapi
2 biji kentang (di belah 2 atau 4)
1 biji terung bulat putih atau ungu (belah 4)
1 biji lobak merah (belah kecil2)
5-6 batang kacang panjang (potong 1 inci panjang2)..chekiah tak letak sebab terlupa beli
1 biji pisang abu (di buang kulit hingga tinggal kulit arinya..belah menyerong)
1 biji tomato (di belah baji)
3 biji cili hijau (belah jangan sampai putus keluarkan bijinya)
1 peket kecil (25gm) rempah daging Alagappa's ( di dalam mangkuk campur dengan 5 sudu besar air dan kacau menjadi paste)
120ml santan

Cara Memasaknya :-
Panaskan minyak masak + minyak sapi
Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau
Dah naik bau semerbak masukkan bahan kisar dan kacau sekejap sebelum masukkan paste rempah dan sedikit air
Dengan api perlahan kacau rempah hingga pecah minyak
Masukkan daging dan air (agak2) dan tutup untuk empukkan daging..cucuk dengan garfu untuk memastikan daging empuk
Setelah daging empuk masukkan kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & pisang abu..kacau sebati sehingga semuanya empuk
Masukkan kacang dal yang telah di kisar kacau sebati sekejap dan masukkan santan..dengan api perlahan kacau dan biar mendidih
Akhir sekali masukkan belahan cili muda dan tomato..sesuaikan rasa secukupnya sebelum matikan api.

* Selamat Mencuba *

FILAMEN KETAM BERSALUT


Bahan-bahannya:-
1 paket jejari ketam (crabstick)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kari
1/3 cawan tepung jagung
Sebiji telur di kocak sebati – ni saya tambah
Breadcrumbs secukupnya – saya tambah
minyak untuk goreng terendam

Cara-Cara:-
Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
Celupkan di dalam telur, dan golekkan di dalam bekas yang mengandungi breadcrumbs.
Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak
kekuningan dan berserbuk.
Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....

* Selamat Mencuba *

TEMOSA


Bahan2nya :-

kulit tembosa:-
4 mug tepung gandum
1/2 mug minyak panas
1/2 sudu teh garam
air secukupnya

uli semuanya hingga menjadi doh yg lembut ~ ketepikan

Inti:-
5-6 ekor ikan kembung (di rebus bersama sedikit garam)
4 sudu makan santan
4-5 biji cili padi
1 biji cili merah (buang biji & cincang)
1 pokok kucai (di potong ikut suka)
2 ulas bawang besar (di mayang)
3 biji telur (di rebus & di potong bulat2) ..chekiah tak letak sebab terlupa hehe
1 sbesar minyak masak
minyak untuk menggoreng temosa
garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-
1. setelah ikan di rebus, asingkan tulang dan tumbuk isi ikan
2. panaskan 1 sbesar minyak dan masukkan bawang..goreng sampai layu
3. masukkan isi ikan, santan, garam, cili merah, cili padi dan kacau sebati sehingga kering
3. canai tepung & terap bulat2 mengikut ketebalan dan saiz kesukaan masing2
4. masukkan inti, letakkan sekeping telur rebus di atas dan lapiskan sekeping lagi kulit tembosa dan kelim kemas-kemas.
5. gorenglah dalam minyak yang banyak hingga keperangan
6. sedia untuk di hidangkan dan enak di makan bila2 masa.

*Selamat Mencuba*

TALAM SERI MUKA


Bahan-bahannya:-

Lapisan Bawah:-
700 gm pulut..rendam 6 jam
600 ml santan
1/2 tsp garam

toskan beras pulut ..masukkan dalam loyang 10 x 10 yng dialas plastik.
masukkan santan yng dicampur garam..kukus hingga pulut kembang..bila dah masak tekan bagi padat.

Bahagian Atas:-
100 gm tepung custard
800 ml santan (yang dicampur dengan jus air pandan)
300 gm gula
2 bj telur
1/2 tsp garam halus
1 tsp perasa pandan
pewarna hijau
20 gm tepung gandum

Cara Membuatnya :-

satukan kesemua bahan..kacau dan tapis
masak atas api hingge naik wap
tuang keatas lapisan bawah tadi...kukus selame 20 minit.

***untuk mengelakkan adunan atas masuk kedalam pulut..letak hanye sesenduk dulu..ratakan..bila dah keras baru tuangkan semua.

GULAI DAGING

Bahan-bahannya:-

600gm daging isi + tulang + lemak + tetel
1 paket (25gm) serbuk kari daging Alagappa's
1 paket (25gm) serbuk kari daging babas
2 biji kentang (belah 4)
1/2 batang carrot (potong ikut suka)
3 biji cili hijau (belah dua tapi jangan putus..buang biji)
2 biji tomato yang sedang besarnya (potong baji)
garam
100gm santan

Bahan Tumis:-
3 sudu makan minyak sapi
4 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disimpul)
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

Bahan Kisar :-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasaknya:-
Dalam periok atau kuali panaskan minyak masak + minyak sapi
Tumiskan bahan tumis hingga wangi..masukkan bahan kisar kacau sebati..
Masukkan kedua jenis rempah + sedikit air..kacau selalu supaya tidak melekat..masak hingga naik minyak
Masukkan daging reneh sampai empuk..baru campurkan kentang dan carrot..kacau sebati dan masak hingga kentang + carrot empuk
Tambah cili hijau dan santan..kacau sebati..tambahkan garam secukup rasa
Biarkan mendidih dan masukkan tomato.

*Selamat Mencuba*

WATERMELON SMOOTHIE


Bahan2nya :-

Bahan A:-
450 g isi tembikai merah atau tembikai kuning
5 camca besar susu pekat, air gula atau madu
3 cawan susu segar sejuk
1/4 cawan air masak
2 cawan ice cube
~~ satukan semua bahan dan kisar dengan kelajuan tinggi hingga sebati, halus & berbuih ~~

Bahan B:-
Ais kiub tambahan secukupnya
hirisan deco buah tembikai atau buah2an yang lain
~~ masukkan ice cube tambahan kedalam gelas dan tuangkan watermelon smoothies...hias dengan hirisan buah2an yang anda minat ~~

* Selamat Mencuba *

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Bahan-bahannya:-
Bahan A:-
500 gm udang basah (kopek kulit ikut suka camner pun..bersih & toskan..chekiah bogelkan jer senang nk makan hehe)
petai (ikut suka banyak mana..belah dah basuh)

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang merah (di hiris)
1 inci serai (bahagian yang buncit..ketuk2 sket kasi pecah jgn sampai hancur)
3 sudu besar minyak

Bahan Kisar:-
10-15 tangkai cili kering (keluarkan biji..rendam dgn air panas atau rebus kasi lembut)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Bahan Sampingan:-
2 sudu besar air asam jawa
1 biji bawang besar (di potong roda)
garam & gula secukupnya

Cara Memasaknya:-
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan A..kacau hingga naik bau serai
- Masukkan bahan kisar & sedikit air..kacau sehingga naik minyak (api pelan)
- Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya dan kacau lagi
- Bila dah pecah minyak masukkan petai dan biarkan sekejap dan masukkan udang serta bawang roda
- Kacau sebati sebentar..dan matikan api
- Sedia di hidangkan

*nak kongsi pesan arwah emak chekiah
yang di namakan sambal tumis tak sepatutnya kuah melaut..sambal kena berpalut atau "bertaut" dengan isinya
tapi sekiranya anda ingin "menimba" atau "berenang" boleh ler anda masukkan sedikit pati santan hehe..

*Selamat Mencuba*

SOTONG GORENG BERCILI


Bahan-bahannya:-

500gm sotong sederhana besar (kalau yang besar boleh ler potong 2 atau 3)
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan serbuk kunyit
6 sudu makan minyak
~ Gaul sotong dengan garam dan kunyit..goreng selama 15 saat..keluarkan sotong dan tinggalkan baki minyak untuk menumis ~

Bahan2 Kisar:-
5 sudu makan cili kering kisar
1 biji bawang besar
2 ulang bawang putih
1 inci halia

Bahan2 Sampingan:-
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan sos tomato
garam dan gula
1 biji bawang besar (potong roda)
1 biji cili merah (hiris memanjang)
1 biji cili hijau (hiris memanjang)

Cara Memasaknya:-
1. Dengan baki minyak menggoreng sotong tumiskan bahan kisar..kacau hingga terbit minyak..
2. Masukkan sotong, kerisik dan sos tomato..goreng hingga sebati sekiranya kering tambah beberapa sudu air..
3. Sesuikan rasa dengan garam (jika perlu) dan gula
3. Setelah sebati masukkan hirisan bawang besar roda, cili merah, cili hijau..kacau dan matikan api