Ikut

Showing posts with label Aneka Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Aneka Kudapan. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

CORN FLAKES HONEY CUP


Boleh dikatakan sekarang ni kat semua rumah ada dihidangkan kudapan ini maklum ler rasanya yang sedap lemak manis2 gitu memang menarik perhatian mata dan tekak tetamu yang datang, bukan saja tetamu tapi ahli2 keluarga pun suka mengunyahnya krupp krapp krupp krappp...

Tahun ni cuba try test resepi yang ada tertempek kat belakang kotak corn flakes brand Nestle yang dibeli, rasanya sama jer dengan yang selalu CK buat tapi tak per lah macam mana pun ok!


CORN FLAKES HONEY CUP
sumber : Belakang Kotak Corn Flakes

Bahan2nya:-

A - 200 gm mentega atau margerin
150 gm gula
4 camca besar madu

1 1/2 camca kecil esen vanilla

B - 200 gm Nestle Corn Flakes
100 gm kacang badam (dibakar dan di hiris memanjang..beli siap pun ada)
100 gm kismis kuning@hitam
60 gm ceri merah .. dicincang
60 gm ceri hijau .. dicincang

Cara Membuatnya:-

1. Cairkan bahan A di dalam periuk sehingga pekat
Matikan api dan masukkan esen vanilla

2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau sebati dan tuangkan kedalam bahan A

3. Gaul rata

4. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas yang kecil dan letakkan di dalam dulang pembakar

5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 10-18 minit atau hingga kuning keemasan

6, Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

C&P resepi dari belakang kotak ni jerrr..

bahan2 yang perlu dicairkan

bahan2 kering yang perlu dicampur dan digaul rata


hirisan ceri merah dan hijau untuk menambah warna kasi ceria hehe..

kesemua bahan2 disatukan sebelum di campur dengan bahan2 yang dicairkan


dah sebati semuanya tunggu untuk di masukkan kedalam mangkuk kertas

S I A P    S U D A H...!!!

Sunday, September 18, 2011

HIRISAN POPIA PEDAS


Kudapan ni buat dalam 2 versi, satu pedas dan satu manis tapi gambar versi manis tak jelas lah pulak jadi tayang yang pedas saja. Ramai rakan2 kat facebook itu hari asyik buat hirisan popia pedas dan manis jadi CK simpan resepi buat untuk hidangan hari raya. Apa jenis kudapan yang perlu banyak masa untuk meyediakannya memang best kalau dibuat beramai ramai tak der ler rasa boring sangat lebih2 lagi pada bulan puasa mau tersengguk sengguh nak siapkannya hehehe..

Waktu ni selesai sudah hirisan popia ni sebab biskut raya yang manis2 tidak lah digemari sangat pada hari raya melainkan kudapan yang dicari. Biskut adalah tinggal serba sedikit lagi banyak sudah diangkut oleh kakak pulang ke Gombak.


HIRISAN POPIA PEDAS

Bahan A
1 paket kulit popia
3 camca besar tepung gandum
sedikit air
(tepung gandum n air dibancuh pekat seperti adunan jemput2 untuk dijadikan sebagai gam)

Bahan B
15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(ketiga- tiga bahan ini dikisar halus)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)

kulit popia yang telah siap digulung
Cara Membuatnya :-
1)gulung kulit popia hingga habis dan gam hujungnya dengan bancuhan tepung tadi
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi...

setelah digunting menyerong

siap masuk bekas kedap udara

Monday, May 23, 2011

KUIH SIPUT

dah siap goreng..bila masa saja dah boleh krup..krupp..

Assalammualaikum..selamat petang Isnin 23 May 2011

Petang ni rasa sedikit penat kerana laksanakan 2 projek sekaligus. Projek pertama kira ok lah kalau tak ok sikit2 boleh di kira ok lah juga hehehe tapi projek kedua hurmmm tidak begitu memuaskan hati tapi tidak terlalu putus asa sangat sebab ada keinginan untuk mencuba dalam waktu yang terdekat.

gulungan pun kira ok lah sebab dah lama tak gentel kuih siput ni

Projek pertama takder lah susah sangat. Baru2 ini chekiah kan ada buat karipap@epok2 dan reja-reja atau lebihan tepung masih ada tersimpan dalam peti sejuk. Tak sangka setelah di balut dengan plastik kemas2 dan di simpan masih leh bertahan tidak berkulat. Malam tadi chekiah terjumpa papan tuk buat kuih siput jadi chekiah gunakan lebihan doh karipap buat kuih siput dapat lah sebalang penuh habuan untuk kunyah2 sewaktu menonton tv.


Kuih siput ni adalah antara kuih tradisional yang seangkatan dengan kuih loyang, peyek, kuih tiram, kuih sepit (love letter) dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, ianya kategori kuih-kuih lama yang memang popular pada era 70an di zaman chekiah kecik-kecik dulu.

Kuih siput masih juga popular sekarang ini walaupun kebanjiran biskut2 moden seperti almond london, tiramisu, macarons dan pelbagai jenis cookies yang lain. Ini kerana keenakan dan rasanya yang tersendiri menyebabkan kuih siput masih tetap menjadi kudapan pilihan ramai.


setelah di gentel siap untuk di goreng

Lebihan doh yang chekiah buatkan kuih siput tak der penambahan bahan hanya rasa lembut, lemak dan sedikit masin. Seperti yang kita tahu kulit karipap hanya menggunakan margerin, air bercampur sedikit garam untuk mengadunnya jadi itulah juga rasa kuih siput chekiah. Selalunya chekiah buat kuih siput yang berperisa pedas atau manis tapi ni rasa asli apa2pun yang penting chekiah tak nak membazir sekurangnya dapat jadikan lebihan yang selalu di buang sebagai kudapan.


kuih siput yg mmg enak di makan beramai ramai & merupakan kudapan yang tak jemu di makan

Kekadang kalau nak cepat di tambah pula aura malas yang datang secara tiba-tiba maka chekiah gunting saja lebihan doh karipap tu ikut sempat jer janji cepat habis cepat goreng dan cepat kemas dapur..biasalah kan kalau memanjang dok kat dapur rasa cam cepat jer malam hehe..Bila dah di gunting ikut sempat jadilah cam gambar kat bawah ni macam2 rupa bentuk ada janji sedap dan cepat habis..

bila rajin jadi lah kuih siput tapi bila aura "M" melanda gunting camni ler jawabnya hehe