Ikut

Monday, May 16, 2011

ASAM TUMIS SARDIN


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Jumaat 13 May 2011.

Huhuhu jam sudah menunjukkan pukul 12:17 pagi chekiah masih mengadap screen pc dan sebelum masuk tido uploadkan dulu N3 yang terakhir.

Pada malam ini chekiah teringin benar nak makan sedikit nasi@roti bersama sambal sardin jadi chekiah pun jalankan projek menyediakan masakannya tapi tetiba teringat petua masak sardin yang di beri oleh salah seorang jiran. Katanya kalau nak masak sardin cuba goreng dahulu ikan nya kemudian baru lah masak jer apa jenis masakan yang di sukai. Secara otomatik chekiah dan2 menukar sambal sardin menjadi asam tumis sardin hehehe biasalah chekiah ni kekadang rancang nak masak lain tetiba last minit leh tukar resepi tapi masih lagi menggunakan bahan2 yang sama.

Asam Tumis Sardin
[versi chekiah]

BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin
1 biji bawang besar..potong bulat
1 biji cili merah..di hiris serong
1 biji cili hijau .. di hiris serong
1 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

Bahan tumbuk kasar:-
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi

Cara Memasaknya:-

1. Asingkan ikan dari kuah sardin...panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sardin sekejap..angkat ketepikan
2. Tumiskan bahan tumbuk di dalam baki minyak menggoreng ikan tadi hingga naik bau
3. Masukkan air asam jawa, bawang besar, cili merah & hijau..kacau hingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan sos sardin dan ikan sardin serta garam dan gula
5. Masak sehingga kuah agak pekat dan bolehlah di angkat & di hidangkan
6. Sesuai di makan bersama nasi dan sebarang roti

* Selamat Mencuba *

No comments:

Post a Comment