Ikut

Wednesday, August 17, 2011

KARI IKAN PARI


Assalammualaikum & selamat petang Rabu 17 August 2011

Hari ini sepagi mengemas sampai lenguh pinggang. Puas hati juga lah sebab banyak benda2 khazanah yang lama2 dengan berat hati telah chekiah singkirkan dari ruang rumah yang tidak besar. Chekiah pun tak pasti kenapa chekiah masih meyimpan benda2 yang tak di guna lagi, mungkin sayang agaknya tapi bila dah memikirkan ruang rumah mesti dalam keadaan yang sedap mata memandang maka dengan berat hatinya terpaksalah buang.

Aktiviti mengemas belum berakhir, baru tahap pertama iaitu membuang bahan2 yang tidak digunakan lagi, esok baru lah bermula proses mengemas yang sebenarnya, tak laghat chekiah nak buat kesemuanya dalam satu masa boleh demam chekiah lebih2 lagi chekiah memang alah dengan habuk dan debu, guna penutup hidung tu dah rasa rimas dan lemas pulak hehehe

Petang ni chekiah masak gulai atau kari untuk dijadikan menu utama berbuka maghrib nanti. Dah masuk hari ke-17 kita berpuasa maka di rumah chekiah juadah berbuka lebih kepada nasi dan lauk pauk kuih muih dah tak berapa di gemari sangat, kalau ada tak per kalau tak der pun tak per, waktu memula puasa dulu sekurangnya mesti ada 1 jenis kuih untuk di jamah terlebih dahulu sebelum mengadap pinggan nasi.

Chekiah masak gulai ikan pari setelah berfikir agak lama apakah jenis masakan yang belum lagi chekiah try test masak dengan ikan pari ni. Chekiah sengaja masak gulai ikan pari ni pekat2 sebab anak lelaki chekiah memang suka kuah yang pekat kalau di bandingkan dengan kuah yang agak cair...sesekali memenuhi permintaan dia kira ok lahhh kannn sebab selalunya dia berbuka dengan kawan2 di asrama.


Gulai@Kari Ikan Pari
[versi chekiah]

beberapa ketul ikan pari..dibasuh & di tuskan

Bahan tumis:-
5 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang putih..di hiris nipis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun karipuley (daun kari)

Bahan2 lain:-
50 gm rempah ikan (sebarang jenama)..boleh kurangkan kalau tak nak pekat
1 sudu makan serbuk cili
80-100gm santan pekat
5-6 sudu besar air asam jawa
1 biji terung bulat (belah empat)
1 biji tomato (belah empat)
4-5 tangkai daun cenohom (daun kesum) ..simpul
1 bunga kantan (belah empat)
2 biji cili hijau (dibelah tengah tp jgn putus & di buang bijinya)
garam secukupnya

Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang keperangan.
2. Masukkan rempah ikan, serbuk cili dan sedikit air..kacau seketika
3. Campurkan air asam jawa kacau dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan terung dan biarkan sekejap
5. Masukkan ketulan ikan pari dan cili hijau..kacau sebati
6. Campurkan santan, simpulan daun cenohom dan belahan bunga kantan serta garam
7. Kacau dan biarkan mendidih
8. Masukkan belahan tomato sebelum matikan api.
9. Sedia di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

ketulan ikan pari stlah di cuci & dituskan

stlh bahan tumis garing, masukkan rempah & serbuk cili, kacau selalu agar tdk melekat

stlah di masukkan santan..biarkan mendidih untuk seketika

bila dah mendidih sesuaikan rasanya

siap sudah untuk di gandingkan dengan nasi panas atau dengan sebarang roti

No comments:

Post a Comment