Ikut

Sunday, August 14, 2011

BUAH MELAKA


Assalammualaikum dan selamat malam Ahad 14 August 2011

Salam Ramadhan hari yang ke-14 untuk semua rakan2.
Dah separuh bulan Ramadhan yang mulia ni kita terokai dan semoga segala ibadah kita akan diterima oleh yang maha Esa. Syukur diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan puasa sehingga ke hari ini.
Berbuka petang tadi apa lah agaknya juadah yang rakan2 sediakan? Semestinya juadah dan masakan yang hebat2 maklum ler hari ini hari minggu semua ahli keluarga berada di rumah semestinya hidangan yang di sediakan pun yang enak2 belaka.

Petang tadi chekiah sediakan buah melaka (hasil usaha sendiri). Beberapa hari yang lepas ada juga berbuka dengan juadah buah melaka ni tapi ianya di buat oleh jiran chekiah. Dia ikhlas tolong buatkan dan hantar 1 tupperware besar kat rumah, puas chekiah anak beranak makan. Kali ini chekiah pula yang hasilkan sendiri dan hantar pulak kat dia. 1st time try buat ofkos ler tak berapa mantap. Sebelum ni memang teringin nak buat tapi memikirkan pantang larang yang chekiah kena ikut terpaksalah membataskan projek pembuatan kuih yang manis2.

Apa2pun chekiah puas hati walaupun pada pandangan chekiah tak berapa sempurna namun bila ianya hasil tangan sendiri kepuasannya tetap ada.

Ditempat chekiah sejak dulu hingga sekarang masih digelar buah melaka walaupun kat tempat2 lain lebih dikenali dengan nama onde-onde. Kalau buah melaka di panggil onde-onde apa pula yang di gelar untuk onde-onde? selidik punya selidik chekiah dah dapat tahu bahawa kalau di tempat chekiah di panggil onde-onde di tempat lain di panggil kuih bom hehehe...!!!


Buah Melaka
sumber resepi : Masakan Popular Malaysia

Hidangan untuk 4-6 orang

8 helai daun pandan
230ml air
~ di kisar dan ditapis jadi air daun pandan + sedikit pewarna hijau (kalau suka)

250 gm tepung pulut
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar air kapur
2-3 camca besar air..jika perlu
120gm gula melaka (di potong kiub)
200gm kelapa parut putih + dengan sedikit garam halus

Cara Membuatnya:-
1. Campurkan tepung gandum dan air kapur ke dalam tepung pulut. Gaul sebati
2. Masukkan air daun pandan dan kacau rata sampai menjadi doh yang lembut.
    Tambah sedikit lagi air jiga perlu.
3. Buakan bebola kecil. Leperkan dan isi dengan sepotong gula melaka ditengahnya
4. Bentukkan semula menjadi bebola. Ulangi hingga habis semua adunan dan gula tadi
5. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kuih ke dalam air.
6. Apabila kuil timbul, itu menandakan ia telah masak dan boleh lah di angkat
7. Golekkan terus ke dalam kepala parut putih yang telah di gaul bersama garam.
8. Sedia untuk dihidangkan

* tips
kelapa parut hendaklah dikukus sebentar agar ia tahan lebih lama dan tidak cepat basi.

bahan2 untuk membuat buah melaka

doh yang telah siap untuk di bulat2kan


setelah di bebolakan di masukkan kedalam air mendidih

bila bebola telah masak dia akan automatik timbul

angkat dan terus golek2kan kedalam kelapa parut

ini lah hasilnya setelah selesai di salut kelapa parut

pandangan dr dalam...memang letak hirisan gula yang kecil2 sebab tak nak manis sangat

3 comments:

  1. favourite anak teruna mala ni :)

    ReplyDelete
  2. kuih buah melaka ni mmg di gemari ramai mala & saripah..senang membuatnya & bahan2 pun x banyak :)

    ReplyDelete