Ikut

Saturday, September 17, 2011

AYAM MASAK PADANG


Alahaiii dah tengah malam rupanya, ingatkan masih awal lagi boleh ler buat karangan tapi mata pun dah kuyu dan dah menguap entah keberapa kali nak karangan apanya kan?

Siang hari tadi ada tetamu datang beraya kerumah tapi sedih lah tak dapat nak snap picture kerana handphone tengah charge bat3 sedangkan kamera dah masuk "wad" hurmmm...takder rezekiiii...

Dinner malam tadi sempat snap picture yang tak sepertinya tapi yang jelas sekeping ni jer hehehe.. Antara masakan malam tadi ialah ayam masak padang. Tak tahu kenapa resepi di beri nama begitu tapi mungkin masakan ni popular di tanah seberang terutamanya daerah Padang, Indonesia.
Resepi CK selongkar dari dapur teman2 blogger dan CK olah apa yang patut. Rasa masakannya sedap tak der ler pedas sangat sebab menggunakan santan dan susu. Ck teringin nak mencuba masak paru atau kelempung menggunakan resepi ni.

AYAM MASAK PADANG
[versi chekiah]

Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
300 ml santan (mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki)
100 ml susu cair
garam dan sedikit gula
1 keping asam gelugur

Bahan tumis:-
2 sudu besar minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi
1 batang serai (diketuk)
2 kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan (simpul)

Bahan-bahan kisar :
5 tangkai cili merah
8-10 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara Memasaknya :-
Panaskan minyak+minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau dan masak sehingga terbit minyak
Masukkan ayam dan sedikit air, biarkan ayam empuk dan ia mendidih sebentar.
Masukkan santan dan susu cair, balik2kan ayam dan kacau hingga semua berpalut.
Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.

2 comments: