Ikut

Wednesday, May 11, 2011

KEK JAMBU BATU


Assalammualaikum dan selamat malam hari Rabu 11 May 2011

Makan per malam ni? slalunya waktu malam kita lebih suka makan yang ringan2 dan ada juga yang tak makan sebab sedang berdiet...so selamat berdiet semoga suksess mendapat berat badan yang di inginkan. Di waktu malam begini chekiah masih lagi mengadap screen sebab masih banyak N3 yang hendak di uploadkan semuanya berkaitan dengan apa yang terjadi sewaktu chekiah tidak mengadap screen selama 2 hari baru-baru ini

Kek jambu batu ini chekiah buat pada petang hari Ahad baru-baru ini tetapi tak sempat nak uploadkan kerana dah tergesa gesa nak gerak ke Kuala Lumpur. Idea nak buat kek ini datangnya apabila menengok picture kek apple dari teman facebook Puan Rosmasuzana. Kebetulan bahan-bahan yang di perlukan semuanya telah sedia ada cuma bahan utamanya iaitu epal hijau yang tidak ada so waktu tu ada lebihan 3 biji jambu batu tanpa biji yang di beri oleh tetamu chekiah yang datang ke rumah jadi akhirnya chekiah tukarkan epal hijau dengan jambu batu. Terima kasih Puan Ros di atas resepi asasnya.

kek sedia untuk di bakar

Masa proses nak membuatnya memang ada sedikit keraguan maklum lah kalau di fikir2kan rasanya jarang orang menggunakan jambu batu atau guava untuk di buat kek. Apa2pun chekiah redah jer kalau tak cuba mana nak tahu sedap ker tidak kan?

kek setelah di masak

Sedikit sejarah tentang jambu batu atau jambu biji. Mengikut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, Jambu batu yang nama saintifiknya Psidium guajava adalah dari golongan Myrtaceae dan dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Jambu batu banyak terdapat di gerai buah2an dan juga di pasar2.

kek sedia untuk di makan..baca bismillah dulu yer!

Setelah di makan chekiah dapati yang rasa kek ni tak lah teruk sangat cuma memula tu cara mengunyah selow2 sebab nak sesuaikan dengan lidah yer lah selalu kita makan buah jambu ni dengan cara cicah ngan kuah rojak, dengan serbuk asam dan kekadang kita buat jus jadi kali ni bila di olah menjadi kek mestilah ianya merupakan satu rasa yang baru namun akhirnya rasa tak rugi membuatnya sebab kemanisan kek terasa lebih enak bila waktu menggigit ketulan isi jambu batu rasa masam2 manis. Keadaan kek ni memang lah tak smooth, permukaannya tak rata berbenjol benjol sebab di dalamnya terdapat ketulan2 isi buah jambu dan bila di potong pandangan sisinya pun berlopak lopak dan ada juga keadaan di mana terdapat lubang kerana isi jambunya telah tanggal dari isi kek hehehe apa2pun cam kata rakan chekiah godah jerrrr janji sodap!

Kek Jambu Batu
[versi chekiah]

2 biji jambu batu yang tidak berbiji..buang kulit dan potong dadu kecil (kalau jambu yang berbiji buangkan biji dengan sudu)
2 biji putih telur yang di pukul hingga berbuih dan putih

Bahan2 yang perlu di pukul:-
2 biji kuning telur
1 cawan gula
3/4 cawan susu cair + 1 sudu makan susu pekat
3/4 cawan minyak
2 sudu teh esen vanilla
4 sudu makan jus jambu
beberapa titis pewarna merah jambu (terpulang nak merah tahap camner ok)

Bahan kering:-
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh garam

sebarang hiasan untuk taburan di permukaan kek

Gris keseluruhan loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak dan gris juga di atas kertas minyak..ketepikan.
Satukan bahan2 kering kedalam bahan yang di pukul...kacau rata
Masukkan potongan jambu batu dan putih telur dan kacau perlahan lahan
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan sebarang hiasan di atasnya mengikut kesukaan masing2 dan kalau tak tabur pun tak mengapa
Bakar dengan suhu 175 degrees C selama 30-35 minit atau sehingga masak mengikut oven masing2.

2 comments:

  1. wah kek jambu batu???1st time jumpa ni...kreatif sungguh...

    ReplyDelete
  2. tu ler kasih ibu udah ngak tau nak apakan saki baki jambu batu yg ada. cicah ngan kuah rojak & serbuk asam sudah, buah jus sudah jadi akhirnya menorai test wat kek plak..rupa mmg x cntik tp rasa mabeles jugak :) ada nawaitu nk test power wat muffin@cup cake ngan jambu air plak hehe

    ReplyDelete