Ikut

Wednesday, May 4, 2011

KEK PISANG MARBLE SUSU


Assalammualaikum dan selamat tengahari 5 May 2011

Cuaca pagi ni di tempat chekiah tidak berapa panas maka tidak terasa kehangatannya. Sejak malam tadi dah berkira kira nak buat kek pisang marble susu yang dah lama chekiah tak membuatnya maklum ler asyik menorai resepi2 baru sehingga terlupa akan kek yang sememangnya chekiah suka sangat makan.

Al-kisahnya 2 ari lepas teringin nak beli pisang berangan nak buat pengat@serawa tetapi hari tu kat pasar kehabisan pulak pisang berangan jadi chekiah beli ler sesikat pisang emas. Keadaan pisang emas tu masih segar dan keras isinya. Di sebabkan agak sibuk tak menjadi juga pengat@serawa dan sehingga hari ini pisang tu dah ranum dan sesuai untuk di buat kek marble susu.

Pepagi dah bersemangat nak baking hingga waktu masak tuk makan tengahari tertunda ke petang. Rutin masak tengahari dah bertukar kerana pepagi anak dara sulong chekiah dah masak maggi goreng sekuali sebab tu masih kenyang hingga tak terfikir nak masak lauk pauk untuk lunch layan baking kek dulu.

kek yang sedia untuk di bakar

Kek ni memang sedap dan lembut dan kali ini chekiah lebihkan sukatan pisangnya untuk merasa kesedapan isi pisang tu sebab selalunya chekiah letak kurang...maka lebih rasa adunan tepung dari pisang. Sukatan asal 3-4 biji tapi chekiah letak 9 biji hehe..

keadaan kek selepas di keluarkan dari oven

Kek Pisang Marble Susu
[versi chekiah]

Bahan-bahan:-

6-8 biji pisang emas yang ranum
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kalau tak nak manis leh kurangkan
1/2 cawan susu cair + 1 sudu besar susu pekat
3 biji telor
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen pisang
1 sudu kecil coklat emulco + 1 sudu kecil serbuk koko
1/2 cawan chocolate rice@chocolate chips@kismis
secubit garam

Cara-caranya:-
Sediakan loyang yang di sapu mentega dan alas dengan tracing paper tabur sedikit tepung
Satukan tepung, baking powder dan bikarbonat soda..ayak..ketepikan
Lenyek pisang dan garam..ketepikan.
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan lenyekan pisang dan minyak masak dikacau sebati
Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu dan esen pisang..kacau sebati menggunakan spatula.
Ambil 2 senduk adunan kek dan campurkan dengan coklat emulco dan serbuk koko..kacau hingga rata..ketepikan.
Masukkan 1/2 adunan asal kedalam loyang..taburkan chocolate rice@chocolate chips@kismis dan curahkan 1/2 dari adunan chocholate
Ulang proses di atas sekali lagi. Setelah selesai boleh ler marblekan kek dengan menggunakan lidi atau chopstick. Lorek lah sesuka hati anda.
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga masak
Sejukkan kek atas redai sebelum di potong.

*Selamat Mencuba*

sedia untuk di ngap nyum..nyum..!!

2 comments:

  1. wahhhhh,,,cantekkkkk la ckay.......mesti sedap kan

    ReplyDelete
  2. mmg sdp maklong sbb ckiah ltk extra pisang :)

    ReplyDelete