Ikut

Monday, September 5, 2011

JUADAH DI PAGI HARI RAYA


Assalammualaikum dan salam sejahtera di petang Isnin 4 September 2011, 6 Syawal 1432 Hijrah.

Seminggu sudah kita berada di bulan Syawal dan kemeriahan Aidilfitri masih di raikan dimana-mana saja walaupun hari ini merupakan hari pertama rakan2 kita yang bekerja memulakan tugasan selepas lama pulang bercuti raya di kampung halaman masing2.

Mood hari raya tambah bersemarak apabila menghadiri undangan rumah terbuka yang akan bermula hujung minggu ini ataupun sudah bermula sejak hari pertama berhari raya. Semoga semua rakan2 yang berkunjung dan yang menganjurkan majlis rumah terbuka akan gembira bersama meraikan kawan-kawan dan menjamu selera dengan berbagai bagai juadah yang di sediakan.

Pertama kali CK nak letakkan apa saja yang terjadi...apa saja yang menjadi hidangan di hari raya kali ini sebab di tahun2 yang lepas blog CK tak di aktifkan lebih kepada hidup segan mati tak mahu hehehe..

Tujuan CK mengaktifkan semula blog ini ialah dengan tujuan untuk dijadikan panduan dan pembacaan santai anak cucu nanti (anak masih blum tamat belajar dah bercita cita nak bercucu hehe..). Besar lah harapan CK agar anak cucu CK akan menafaatkan apa saja menerusi laman blog ini walaupun di ketika itu kecanggihan dunia IT lebih dari sekarang.

Di bawah ni adalah juadah2 yang sempat CK sediakan untuk keluarga di pagi hari raya baru-baru ini. Semua juadah ini adalah makanan dan masakan kegemaran encik somi dan anak-anak.

ketupas daun palas yang menjadi kesukaan kesemua ahli keluarga. CK hingga skrg xpandai nak membuatnya maka CK order saja untuk tidak rasa terkilan di hati. Ketupat palas ni berharga sebiji 50sen. CK order 50 biji cukup sekadar untuk di makan di pagi raya sebab selepas itu CK sekeluarga akan pulang berhari raya di rumah arwah emak mertua bersama adik2 ipar, anak menakan (anak buah) dan sanak saudara. Di rumah arwah emak mertua selalunya ketupat daun palas yang mereka gemari ialah yang di letakkan kacang duduk sedangkan CK kurang minat sedikit dengan ketupat yang macam tu.

rendang ayam yang di gandingkan sebagai cicahan ketupat daun palas merupakan masakan wajib di kebanyakan rumah2 dan begitu jugalah di rumah CK. Anak2 CK semua minat dengan rendang ayam kalau dibandingkan dengan rendang daging. Rendang ayam tiap2 tahun CK sediakan lebih dari masakan yang lain sebab waktu malam dan keesokan harinya anak2 CK akan tibai dengan nasi putih atau nasi tomato yang CK masak pulak..

selain dari rendang ayam tahun ini untuk pertama kalinya CK juga menyediakan rendang kerang menggantikan rendang daging. CK sediakan dalam kuantiti yang sikit saja sebab hanya CK sorang saja yang layan ketupat bersama rendang kerang ni sedangkan yang lelainya akan hanya makan dengan nasi putih yang pastinya bukan disediakan pada hari raya sebab lazimnya pada hari raya aneka jenis nasi yang lain yang lebih istimewa akan mengambil tempat.

nasi impit juga ada CK sediakan sebab ni adalah makanan peberet encik somi. macam biasa CK beli nasi impit segera balik rebus saja. anak2 CK tak minat sangat kalau dibandingkan dengan ketupat daun palas. di rumah CK xpernah ada lemang sebab faham2 sajalah cara nak sediakannya renyah sikit dan kalau beli pun selalu tidak bernasib baik dapat yang kat luar jer elok kat dalam masih mentah. bila pergi beraya ke rumah sedara mara di kampung2 kekadang tu dapat lah juga merasa makan lemang.

kalau dah ada nasi impit mestilah kena sediakan kuah kacangnya kan? di rumah CK encik somi lebih gemar makan nasi impit dengan kuah kacang yang di campur dengan daging. bila dia pergi pasar pasti dia akan cari daging batang pinang untuk dimasukkan kedalam kuah kacang. seperti yang kita tahu daging batang pinang ialah bahagian daging yang paling lembut.. hanya encik somi dan CK saja yang layan nasi impit dengan kuah kacang ni anak2 memang tak minat langsung. encik somi selain cicah nasi impit dengan kuah kacang berdaging dia juga akan layan nasi impit dengan rendang ayam dan gulai ayam.


selain dari juadah wajib di pagi hari raya roti yang satu ni pun tidak ketinggalan juga. roti ni di gelar roti benggali atau roti tawar (walaupun yang menjualnya ialah mamak india muslim bukan orang benggali@punjabi pun). kebanyakan rumah2 di penang ni mesti nak pekena roti benggali juga dan CK kurang pasti kenapa tapi itulah sejak kecil hingga sekarang dirumah CK pun dah jadi kemestian ada roti benggali (roti gardenia tak jalan sebab rasanya yang sedikit manis tak kena gaya dengan sebarang kuah yang pedas sedangkan roti benggali ni tawar lebih sesuai kata anak2 CK). anak2 CK pun dah terbiasa jamah roti benggali dengan kuah ayam jadi tak tau lah plak di masa akan datang samada anak cucu CK nanti akan teruskan tradisi menyediakan roti benggali untuk makanan pagi raya, wallahhualam..!!!

gulai ayam untuk di cicah dengan roti benggali.. gulai ayam CK terpaksa sediakan dalam keadaan kuah yang banyak sebab anak2 CK cara mereka makan mesti akan merendam roti kedalam kuah sehingga kering kuah diserap roti dan kalau dia orang rajin mereka akan membakar roti agar sedikit garing baru di cicah dengan gulai ayam.

Itulah makanan2 yang selalu terhidang di meja makan di pagi hari raya. Walaupun masakannya tidak lah sehebat masakan yang terdapat di hotel atau restauran namun CK puas hati menyediakannya dengan penuh rasa kasih sayang untuk di makan suami dan anak-anak. Tersengih CK sampai telinga bila nengok dia orang makan dengan berseleranya dan waktu tu hilang rasa penat menyediakannya. InsyaAllah kalau di panjangkan usia kita akan menikmati kegembiraan menjamu selera di pagi hari raya di tahun hadapan dan tahun2 yang akan datang..amin..

2 comments:

  1. salam aidilfitri buat kak kiah & family:)))

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri minal walfaizin gak buat sha & kluarga..msti kalut sha sediakan mcm2 mskan yg mantop best2 belaka :)

    ReplyDelete