Ikut

Tuesday, June 28, 2011

KEK DURIAN


Malam tadi berkesempatan buat kek durian. 3 4 hari lepas masa meronda ronda kat laman blog kekawan ternampak resepi kek durian maklum ler sekarang kan musim durian. Selain dari makan durian begitu saja atau di gandingkan dengan pulut durian juga boleh dijadikan kek, muffin, apam dan minuman sejuk dan kalau nasib kurang baik dapat isi durian yang mangkaq (keras) boleh ler buat kuah durian, pengat@serawa...pada yang minat layan sambal dengan tempoyak mesti tak lepaskan peluang jadikan isi durian yang kurang elok rasanya sebagai tempoyak.

Rasa kek ni memang sedap dan begitu lemak sekali..baunya tak usah cite ler habis satu rumah di penuhi aroma durian. CK letak puree durian lebih dari sukatan jadi bertambah lembab ler kek ini.
Terima kasih pada puan empunya resepi dan izinkan CK tempek resepi kat sini untuk sesiapa saja yang ingin mencuba.

Kek Durian
sumber : Nshafeareen@resepi teratak mama
resepi asal : Kak Ida Bakery

Bahan2nya:-
250 g mentega
225 g gula kastor (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 camt esen vanila
4 biji telur
125 g puree durian [isi durian dilecek atau boleh saja campurkan sedikit susu dan blend sehingga halus)
200 g tepung naik sendiri } diayak
50 g tepung gandum }

Cara membuatnya:-
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga gebu.
Masukkan sebiji demi sebiji telur, putar hingga kembang.
Bubuh puri durian, tepung yang diayak dan kacau sebati.
Ratakan dlm tin 20 cm bulat yg dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
Bakar pada 170 C selama 40-50 min atau hingga masak.

kalau suka leh letak coklat cips atas kek tu..supaya nampak tambah berseri

*Selamat Mencuba*






SAMBAL KETAM BERTELUR


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi Rabu 29 June 2011

Ketika ni belum masak lagi cuma nak publish N3 lauk tengahari kelmarin. Keadaan line yang begitu slow kelmarin tak dapat nak uploadkan gambar.

Sambal ketam bertelur ni CK masak berdasarkan tayangan gambar seorang rakan blog itu hari. Memula tengok memang dah menawan selera sehingga bila ada jer ketam terus resepi ini yang CK laksanakan. Masakannya sama seperti kita masak sambal ketam biasa cuma bezanya di campur telur dan ianya kelihatan lebih menyelerakan. Resepinya CK C&P kat sini untuk panduan rakan2 yang ingin mencuba. Terima kasih kepada puan yang empunya resepi dan izinkan CK tempeknya plak di laman blog CK.

Sambal Ketam Bertelur
sumber : http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/2011/05/ketam-masak-sambal-telur.html

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dipotong dua setiap ekor
2 ulas bawang merah..hiris nipis
20 biji cili kering (*)
1 ulas bawang besar (*)
5 ulas bawang merah (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 biji buah keras (*)
1 batang serai - dihiris kasar2 (*)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir
Garam dan perisa secukupnya
2 sudu besar minyak - untuk menumis
3 biji telur Gred C - dipukul sedikit dengan garfu

Cara-cara :

01. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus.
02. Tumis hirisan bawang hingga kekuningan
03. Masukkan bahan2 yang telah dikisar masak hingga mendidih dan pecah minyak.
04. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan perisa. Kacau rata2.
05. Masukkan telur dan kacau supaya telur tersebut menjadi bertali2.
06. Masukkan ketam dan kacau rata2. Tutup kuali selama lebih kurang 5 minit - untuk keluarkan air ketam.
07. Kacau rata2 supaya semua ketam disaluti oleh kuahnya.
08. Rasakan masin dan manisnya. Tambah perisa, garam & gula jika perlu.
09. Masaklah sehingga ketam tersebut masak.
10. Sedia untuk di hidangkan

*Selamat Mencuba*













Sunday, June 26, 2011

PENANG vs PENANG

Aduyaiii mata dah pedih dan berair dan itu menandakan CK harus masuk tido dulu tapi nak paparkan N3 yang lama bertangguh akibat keadaan kamera yang sekejap ok sekejap tidak. N3 kali ini cerita tentang segmen baru di blog CK iaitu segmen "face 2 face" hehehe.. Ini 1st time segmen ini ditayangkan kira2 ini adalah edisi yang pertama.

Pada tengahari Selasa 21 June maka termeterilah satu pertemuan (ayattttttttttttt...!!! hehe) setelah asyik ber'sms' dan berchatting di wall facebook. Pertemuan antara Che Kiah dan Puan Mimi Azilina Abdul Rahman (tokey botol roti jala 3 muncung hehehe..(sapa2 nak order leh cari dia kat fb).

manis kan orangnya...siap tengah senyum simpul gitu

Dah lama plan nak berjumpa tapi asyik terhalang dan akhirnya walaupun nampak macam tak brapa menjadi CK usaha sampai jadi juga maklum ler kalau tak redah macam tu memang lambat pula lah nak berjumpa.

Malam isnin sebelum pertemuan ni CK berkesempatan berkunjung kerumah Mimi untuk mengambil botol2 yang CK order sebab kebetulan waktu tu dalam perjalanan pulang menghantar anak CK ke Balik Pulau jadi sekali harung lerrr..

tengah beri tumpuan dengan cerita panjang berjela Che Kiah hehe

Apa2pun pertemuan selasa hari tu memang rasa best sangat, rasa macam dah kenal lama padahal baru jer berkenal mesra. Pada Ck Mimi yang manis ni memang peramah orangnya dan sikap dia yang suka tersenyum betul2 membuat pertemuan hari tu bertambah bermakna. Terima kasih Mimi di atas kesudian berjumpa CK dan meluangkan waktu lunch semata mata untuk memenuhi permintaan CK. CK pun harap Mimi tak serik lah nak berjumpa CK lagi dan maaf segala gurauan atau kata2 yang tidak menyenangkan hati Mimi di pertemuan kita tu.

gambar untuk kenang2an..entah bila boleh berjumpa lagi yer Mimi

Pada masa2 akan datang siapalah pulak yang akan mengisi segmen face 2 face di blog CK ni. CK harap sangat2 dapat bertemu dengan rakan2 yang lain juga insyaAllah.

CARROT MILK JUICE


Assalammualaikum dan selamat malam Ahad 26 June 2011

Seharian sibuk buat kerja rumah ada ler keluar sekejap tengahari tadi pergi beli keperluan Angah untuk dibawa balik ke asrama petang nanti. Lewat petang CK 4 branak ke Balik Pulau untuk menghantar Angah. Dalam perjalanan pulang singgah makan nasi kandar di restauran Deen dekat Jelutong (tak dapat snap picture sebab bat3 kong lupa nak charge awal2). Jam 10:30 baru sampai dirumah dan tak tahu kenapa rasa dahaga sangat kemungkinan disebabkan oleh cuaca panas hari ini dan juga sebab kari nasi kandar yang begitu pedas sekali.
tak pasti plak jenis karot ni...saiznya kurus dan panjang

Tetiba teringat ada karot yang beli kat pasar 2 hari lepas. Tak tahu kenapa waktu tu terbeli banyak pulak (selalu beli 2 3 batang sahaja sebab anak2 tak brapa suka makan sayur). Idea CK datang begitu mendadak nak buat jus karot atau lobak merah ni. Macam biasa CK buah jus versi CK dan kali ini teringin nak minum jus karot campur susu dan inilah bahan2 yang digunakan :-


lobak merah atau karot
susu cair
air gula
sedikit halia
perahan limau nipis@limau kasturi
~ kisar semua hingga halus dan tapis..sedia untuk diminum ~

Friday, June 24, 2011

IKAN TONGKOL GORENG KICAP CILI PADI


Petang tadi CK masak penambahan lauk untuk makan malam ni. Rezeki malam ni ialah 4 ketul ikan tongkol lebihan CK masak gulai 2 hari lepas (belum post lagi hehe). Kalau hari tu masak gulai untuk malam ni CK masak goreng kicap cili padi, kebetulan baru jer beli cili padi selambak apa lagi leh ler bermewah mewah untuk resepi malam ni. Masakan kering2 macam ni memang disukai seisi rumah yer lah selalu kuah melaut sesekali layan masakan cap2 camni memang sedap tambaham berkumpul makan ramai2.


Ikan Tongkol Goreng Kicap Cili Padi

Bahan A :-
4 ketul ikan tongkol
1 asam keping
1 inci lengkuas
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula melaka

Bahan B :-
1 labu bawang besar..dihiris
2 ulas bawang putih- hiris
4-5 biji cili padi- dipotong pendek2

Bahan Sos C :-
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam@putih
garam secukup rasa

Cara Memasaknya:-

Masukkan bahan A kedalam periuk, letak sedikit air tapi tak perlu tenggelam ikan. Tutup periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.

Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan

Tumiskan bahan B sehingga naik bau.

Masukkan bahan C. Kacau sebati dalam 1-2 minit.Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan ikan tadi

Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar serata.

Sedap dimakan ketika masih panas-panas

ORANGE MOUSSE


Assalammualaikum dan selamat petang hari Jumaat 24 June 2011

Tengahari tadi ternampak ada 4 biji limau sunkist dalam peti sejuk, dok fikir2 nak buat aper janji yang simple2. Pikiaq punya pikiaq akhirnya teringin nak buat mousse yang memang belum pernah cuba buat sekali pun. Search google cari resepi yang mudah dan bersesuaian akhirnya dapat lah 1 resepi yang mudah dan CK olah sikit sebab resepi ni resepi omputih ada letak 2 jenis wine jadi CK abaikan bab wine.

Sebenarnya CK memang tak tahu apa tu mousse sehinggalah ternampak beberapa resepi mousse dari wall puan jue (kak kek) dan dalam hati tertanya-tanya bagaimana agaknya rasa mousse ni dan perasan juga kebanyakan mousse di buat dari bahan asasnya buah2an kira ok lah tu seandainya terdapat sesetengah orang yang memang susah nak ambil buah dalam menu pemakanan seharian.

Bila sendiri buat dan sendiri rasa alahaiii memang sedap betul tapi kena layan berulang ulang kalau sekali harung pasti rasa jelak juga. Dibawah ni CK sertakan resepi dan kepada yang sudi mencuba mesti akan rasa berbaloi. Jom kita perati resepinya.


Orange Mousse

Bahan2nya:-

3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
125 gm gula kastor (bahagikan kepada 50gm dan 75gm)
1 sudu besar tepung jagung
250 ml jus perahan oren
1 biji limau (parut ambil kulitnya)
sedikit garam


Cara Menyediakannya:-

1. Masukkan kuning telur di dalam mangkuk bersama gula (50 gm) dan pukul menggunakan pengadun elektrik sehingga berkrim.
2. Masukkan tepung jagung dan parutan kulit limau..pukul lagi..
3. Tuangkan jus oren sedikit demi sedikit kedalam adunan dan gaul rata
4. Tuangkan campuran ke dalam kuali non-stick dan masak perlahan-lahan dengan api yang rendah, sentiasa kacau dengan senduk kayu sehingga adunan mula mengelembung dan pekat. Keluarkan dari kuali panas dan biarkan sejuk selama 20-25 minit. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan permukaan mengeras
5.Pukul telur putih dengan secubit garam, perlahan lahan taburkan gula selebihnya (75 gm) dan terus pukul sehingga berkrim dan ringan
6.Tuangkan campuran putih telur ke dalam sos oren yang telah agak sejuk dan kacau sebati
7.Masukkan kedalam sebarang bekas pilihan dan sejukkan untuk lebih kurang 1 jam di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan

Thursday, June 23, 2011

JACKFRUIT MUFFIN


Assalammualaikum dan salam sejahtera petang Khamis 23 June 2011

Seharian kemarin tak sempat nak upload apa2 N3 kat blog sebab "tak der mood" hehehe...biasalah kekadang bahan ada tapi semangat plak tak dak. Petang ni ada sedikit kelapangan CK segerakan letak resepi masakan kemarin kalau tak ramai rakan2 fb yang asyik bertanya resepi dah letak ker Che Kiah kesian dia orang jengah sini cari resepi tak jumpa2 padahal CK blum letak lagi hehe..sepatutnya CK tahu yang harus letak kat blog dulu baru masukkan ke wall fb tapi tu lah kebelakangan ni asyik ikut sempat saja.

Jackfruit muffin atau melayunya muffin nangka telah lama CK idam nak buat. Dulu tak pernah terlintas dek minda buah nangka ni boleh dijadikan kuih selain dari makan mentah begitu saja atau nangka muda dimasak lemak atau gulai. Sekali tu tengok rakan fb CK iaitu Puan Jue atau kak kek kita tu buat teringin pulak nak tahu macam mana rasanyer bila dah jadi muffin. Hasrat tu simpan agak lama juga lah hingga lah baru2 ini semasa dalam perjalanan menghantar Angah ke ICT Balik Pulau singgah di sebuah gerai menjual buah2an. Macam2 jenis buah2an potong yang di jual tetiba CK ternampak buah nangka dan2 teringat akan muffin nangka. Semalam tercapai sudah hasrat hati dan rasa seronok sebab muffin tu sedap sangat walau ada sedikit kepelikan yang melanda fikiran. Mengikut resepi CK letak gula pasir halus bila dah masak selama 25 minit warna muffin menjadi coklat seolah olah di letak gula perang..apa2pun semua dah selesai Alhamdulillah..

Muffin Nangka
sumber asal : http://www.tiffinbiru.com/2011/02/muffin-nangkapromot-blog-20-akhir.html

Bahan2nya:-
100 gram mentega
2 biji telur gred A
65 gram gula halus
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
50 ml susu segar + 100 gm isi nangka..kisar halus
50 gm isi nangka..di potong dadu kecil
sedikit esen nangka (jika suka)

Panaskan oven pada suhu 175C, alas muffin pan dengan papercup yang sesuai atau guna kan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar yang dikisar bersama isi nangka.
Kacau rata. Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang didadu tadi.
Gaul rata dengan spatula. Isikan 3/4 penuh dalam mangkuk yg disediakan.
Bakar 25 minit hingga keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan

ulas nangka yang fresh2 ni lah buat pandangan ku tak tahannnnnnnn...

adunan yang telah siap disediakan tinggal nak masukkan dalam mangkuk kertas

dah masukkan dalam mangkuk kertas siap untuk dibakar.
terlupa plak nak snap pic letak filling

yang dah siap dibakar tunggu untuk di makan

inilah rupanya strawberry fruit filling yg meleleh leleh nak tonjolkan diri

inilah penyudah muffin nangka che kiah

Tuesday, June 21, 2011

GARLIC BREAD


Kalau dah ada post tentang mushroom soup mestilah ada juga post untuk garlic bread atau panggilan melayunya roti bawang putih. Masa 1st time torai dulu search google memang banyak sangat versi akhirnya campur semua versi olah apa yang patut maka wujudlah resepi seperti yang di bawah. Meskipun tak lah semantap seperti yang di jual di kedai2 tapi setakat merasa kenikmatan roti bawang putih buatan sendiri kira ok lahhhh...

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

1 batang french loaf@roti perancis

Mentega Bawang Putih:-
(*) 2 camca besar mentega biasa
(*) 3 ulas bawang putih, diparut
(*) 1/2 biji cili hijau..basuh belah & keluarkan bijinya..cincang halus
(*) secubit serbuk aregano
(*) secubit garam
(* semua bahan2 ini di satukan dan kacau sebati)

gandingan sehati sejiwa, garlic bread & mushroom soup

Cara Penyediaannya :-

Hiris roti secara menyerong ketebalan ikut kesukaan masing2
Sapu di atas setiap hirisan roti dengan "mentega bawang putih"
Susun dalam tin pembakar dan bakar ler dengan api yang perlahan
hingga keadaan roti kuning keemasan tapi kena perhatikan jangan
lalai sebab roti perancis ni cepat garing..kalau nak panggang atas
non-stick pan pun boleh juga.

** kalau tak gemar kepedasan cili hijau boleh digantikan dengan
meletakkan cincangan daun parsley & sedikit serbuk lada hitam.
** kalau menggunakan mentega biasa boleh ler di letakkan sdkt garam
tapi kalau menggunakan salted butter tak perlu letak garam nanti akan
terlebih masin.

MUSHROOM SOUP


Assalammualaikum dan selamat malam Selasa 21 June 2011.

Sempat lagi rasanya nak tayang N3 tuk hari ni sebelum masuk tido. Seawal pagi tadi dah bz kesana sini bermula dari pergi spital jam 7 pagi -10:30 pagi (pemeriksaan rutin 3 bulan sekali), balik terkejar kejar ke Thye Huat (kedai hardware) beli cermin muka, extension plug, kunci & mangga almari (keperluan Angah yang dah mula bergelar pelajar ICT bermula kemarin). Tengahari berpeluang berjumpa dengan rakan fb Mimi Azilina Abdul Rahman (Cik Mi,(tokey botol roti jala hehe..jangan marah gurau noo...sapa2 nak order botol plastik roti jala paten tikar trend baru sekarang leh cari Puan Mimi). Jam 2:30 sampai rumah dalam keadaan yang letih apa lagi cari bantal lah hehehe.

Bangun petang lapor lah plak dok pikiaq nak sediakan apa untuk dinner, nak siapkan lauk pauk malas lah plak nak makan nasi jadi akhirnya buat mushroom sup dan roti bawang putih..ok lah tu janji konyang!


SUP CENDAWAN

Bahan2nya:-

250 gm cendawan butang segar (bukan yang dalam tin)
3/4 (di hiris kasar) 1/4 di dadu halus

700 ml air
300 ml susu cair
1 kiub pati ayam (sebarang jenama)
1 biji bawang besar (didadu kasar)
1 ulas bawang putih (di cincang halus)
2 1/2 camca besar mentega
2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
daun parsley di cincang halus untuk hiasan

Cara Membuatnya:-
Panaskan mentega dalam kuali non-stick, kuali biasa atau periuk
Masukkan 3/4 cendawan tadi dan goreng hingga layu
Setelah cendawan layu masukkan bawang besar dadu dan bawang putih cincang..kacau sebati seketika
Kemudian masukkan tepung gandum kacau sebati dan masukkan susu cair & air.
Kacau selalu hingga agak pekat dari mulanya baru masukkan kiub pati ayam
Masak lah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan matikan api ketepikan hingga suam
Setelah suam masukkan kedalam pengisar dan kisar halus
Tuangkan sup yg di kisar ke dalam kuali semula dan nyalakan api
Masukkan baki cendawan 1/4 tadi, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa..kacau sehingga pekat
Bila menghidang taburkan cincangan daun parsley & sedikit serbuk lada hitam dan teramat ler sesuai
di makan bersama roti bawang putih (garlic bread) & roti jenis yang lain juga...makan begitu saja pun
best juga lebih2 lagi dalam keadaan suam di waktu hujan :)

**cendawan butang di basuh & di buang kulit arinya..kemudian biar kering dulu sebab kenyalnyer cendawan
jenis butang ni menjerab air..kalau lambat nak kering lap jer ngan tuala bersih.
**slalu bila makan sup cendawan kat luar warna sup nampak putih mukin jenis cendawan lain yang di gunakan
tapi kalau yang namanya cendawan butang tak dapat lari dari mendapat sup yang kalernyer gelap sket..apa2pun
citarasanya tetap mantop sedap

*Selamat Mencuba*

Saturday, June 18, 2011

ALAHAI SATAY!


Nama Restaurant : Ah'Basri Asian Satay
Ah'Basri Food Sdn Bhd
D'piazza Mall
Bayan Baru
Penang

Cite sal N3 tertunggak lah plak hehe.

Story ni memang dah betul2 lama rasanya 2 bulan lepas hahaha sekarang baru teringat nak berkisah disini tu pun sebab tetiba teringat akan kelembutan satay yang disajikan disitu. Waktu tu memang terlupa bawa kamera jadi sempat snap 2 pinture jer tu pun menggunakan handphone, tapi tu lah 1 daripada picture pulak kelabu tak jelas. Kalau bawa kamera mestilah story ni on blog wall tepat pada masanya hehe..

CK cuba cari laman sesawangnya tapi kuar ayat "coming soon". Mungkin diketika cerita tentang restauran ni tersadai kat sini restauran tu telah pun berpindah tempat sebab waktu makan itu hari ada terdengar juga ownernya berbual dengan salah sorang pelanggan mengatakan bahawa tempat waktu tu tak ramai pengunjung maklum ler bangunan baru. Nanti kalau berpeluang pergi ke restauran ni lagi bolehlah snap picture banyak2.

Dari nama restauran mestilah dapat di jangka bahawa mesti ada bermacam macam jenis satay kat sini kan. Memang betul tersenarai berbagai perasa satay yang disediakan tapi yang menariknya ada juga set nasi bersama satay, maksudnya daging satay tu dijadikan lauk bersama berbagai jenis nasi kat situ. Nasinya plak mak datuk memang lembut dan sedap dan boleh di makan begitu saja.

Malam tu CK dan encik somi memilih nasi lemak satay ayam dan satay daging. Saiz sataynya pun besar dan sememangnya dapat mengenyangkan perut dan yang paling buat CK teringat ingat ialah kuah kacangnya dimana struktur kacang di mesyin halus cukup berpalut bila di golek2kan satay kedalamnya.

Harap2 dapat lagi pergi ke restauran ni..insyaAllah.

Friday, June 17, 2011

ROTI GORENG PEDAS


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi sabtu 18 June 2011

Pagi ni sebelum keluar rumah sempat sediakan roti goreng pedas untuk anak2 kat rumah. Anak2 CK tidak begitu gemar roti yang berperisa manis atau lemak jadi inilah yang terfikir oleh CK untuk sarapan diaorang.

Resepi asal adalah dari Puan Noorma Noor kawan fb yang baru2 ini telah berkongsi resepinya dengan rerakan yang lain jadi CK letakkan resepi ni di sini untuk panduan rakan2 yang lain pulak. Terima kasih Noorma sedap sungguh rasa roti goreng pedas ni. Kebetulan di samping sardin yang di jadikan inti CK juga ada sedikit stok tuna jadi CK buat 2 perasa untuk merasa perbezaannya. Rasanya kedua dua inti pun sedap juga jadi terpulang lah kepada rakan2 semua nak letak inti apa yang bersesuaian dengan selera anda.

roti sandwich yang dipotong kulit tepinya. potonglah shape camna yg di sukai

yg inti kaler gelap tu sardin & yg cerah tu tuna..sapu ats setiap kpng roti sblm digoreng

Roti Goreng Pedas

Bahan2nya:-
Roti sandwich secukupnya..buang tepinya

Bahan A:-
1 tin besar sardin sebarang jenama..keluarkan ikan, buang tulang & perutnya dan lecek halus
1 labu bawang besar..di potong dadu
1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah..di cincang halus
1 pokok kecil daun bawang & daun sup...racik halus2
serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 biji telur
minyak secukupnya untuk menggoreng
~ Gaul rata semua bahan2 di atas...ketepikan ~

Bahan untuk menyalut roti:-
5-6 biji telur
sedikit garam dan serbuk lada putih
~ campur semua dan kocok sebati ~

roti berinti tuna stlah siap di goreng

Cara Membuatnya:-

Letakkan bahan A di atas setiap keping roti (macam buat sandwich)
Tekan-tekan inti di atas roti...buat hingga habis
Celupkan roti yang ada inti di atasnya kedalam telur dan pastikan kesemua bahagian roti bersalaut telur
Goreng hingga kuning keemasan di kedua dua belah roti
Angkat dan toskan di atas tisu dapur sebelum di hidangkan bersama sos kegemaran

* Selain dari inti sardin boleh juga di letakkan inti daging@ayam bercampur kentang, udang, cincangan sosej dll
* Bahagian tepi kalau suka boleh di potong kecil2 dan di masukkan dan di kacau sebati bersama bahan2 A

*Selamat Mencuba*

roti berinti sardin stlah siap digoreng

kulit tepi roti akhirnya dicampur baki telur dan digoreng..elak pembaziran