Ikut

Friday, June 10, 2011

SAMBAL TOKUA (TAHU) BERKACANG


Petang semalam tak sempat nak publish N3 yang terakhir. Selain dari kari kepala ikan merah ada juga CK sediakan sambal tahu atau di utagha tahu lebih di kenali sebagai tokua. Cara masakannya sama saja dengan sambal tahu biasa cuma tambahannya ialah kacang tumbuk kasar2 yang di tabur di atas sambal dan bila di gaul sebati sambal akan menjadi lemak berkacang. Di bawah ni CK letakkan cara2 menyediakannya menerusi gambar.

tahu basah di basuh dengan lemah lembut takut pecah...toskan

di belah 2 atau 4 ikut kesukaan masing2 dan di gaul dengan garam halus

di goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan

setelah kuning angkat dan ketepikan...mulakan proses masak sambal pulak

tumis hirisan bawang merah dan serai yang telah di ketuk hingga wangi

masukkan bahan kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak

dah pecah minyak leh ler masukkan tahu dan kacau sebati..biar seketika

waktu ni boleh ler di lengkapkan segala perasa..biarkan kuahnya kering sedikit

dah ready boleh ler di taburkan kacang tumbuk kasar2 takmo lumat2 nti larut dalam kuah

penyediaan sambal semestinya kuah berpalut kepada bahan utama..ingat tu hehe..

apa lagiiii...jom layannnnz..

No comments:

Post a Comment