Ikut

Tuesday, June 21, 2011

GARLIC BREAD


Kalau dah ada post tentang mushroom soup mestilah ada juga post untuk garlic bread atau panggilan melayunya roti bawang putih. Masa 1st time torai dulu search google memang banyak sangat versi akhirnya campur semua versi olah apa yang patut maka wujudlah resepi seperti yang di bawah. Meskipun tak lah semantap seperti yang di jual di kedai2 tapi setakat merasa kenikmatan roti bawang putih buatan sendiri kira ok lahhhh...

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

1 batang french loaf@roti perancis

Mentega Bawang Putih:-
(*) 2 camca besar mentega biasa
(*) 3 ulas bawang putih, diparut
(*) 1/2 biji cili hijau..basuh belah & keluarkan bijinya..cincang halus
(*) secubit serbuk aregano
(*) secubit garam
(* semua bahan2 ini di satukan dan kacau sebati)

gandingan sehati sejiwa, garlic bread & mushroom soup

Cara Penyediaannya :-

Hiris roti secara menyerong ketebalan ikut kesukaan masing2
Sapu di atas setiap hirisan roti dengan "mentega bawang putih"
Susun dalam tin pembakar dan bakar ler dengan api yang perlahan
hingga keadaan roti kuning keemasan tapi kena perhatikan jangan
lalai sebab roti perancis ni cepat garing..kalau nak panggang atas
non-stick pan pun boleh juga.

** kalau tak gemar kepedasan cili hijau boleh digantikan dengan
meletakkan cincangan daun parsley & sedikit serbuk lada hitam.
** kalau menggunakan mentega biasa boleh ler di letakkan sdkt garam
tapi kalau menggunakan salted butter tak perlu letak garam nanti akan
terlebih masin.

4 comments:

  1. akak suka sgt garlic bread ni
    cicah pula dengan mushroom soup...perrrgghh

    CK, ni email akak
    kasihredha@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. tu ler kasih sesekali pekena menu camni teruja gak tekak melayannya :)

    tkasih yer kasi email address

    ReplyDelete
  3. mala, desakan anak2 suatu wktu dulu buat CK klm kbt menorai buat wlaupun xsmpurna mcm kat kedai tp alhamdulillah anak2 suka :)

    ReplyDelete