Ikut

Monday, May 23, 2011

APAM PUTERI AYU


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Selasa 24 May 2011

Chekiah baru pulang dari pasar dan sempat lagi mengadap pc sekejap untuk postkan N3 apam si puteri ayu yang chekiah buat lewat malam tadi untuk di jadikan sarapapn pagi ni.

percubaan pertama yang menjadi sangat2

Kuih Puteri ayu ni memang kegemaran chekiah tetapi kebelakangan ni keadaan kuih yang di beli tidak lagi sesedap dulu. Isi apamnya kering berderai dan kelapa parutnya pulak berhampas tidak terasa lemak langsung. Sejak dulu memang teringin sangat nak buat sendiri tapi di sebabkan kebanjiran banyak resepi2 baru yang nak di cuba chekiah terlupa sekejap tentang si puteri ayu ni. Baru-baru ni semasa bertandang kerumah seorang blogger ternampak gambar dan resepi apam puteri ayu ni terus chekiah adakan bahan2nya dan malam tadi alhamdulillah selamat sudah projek "mengapam" (rosak bahasa hehe) dan rasa suka sangat2 sebab pertama kali mencuba dah menjadi. Terima kasih kepada pemilik resepi.

Memula nak mencuba buat apam ni entah berapa belas kali chekiah membaca bismillahhirrohmanirrohim kecut juga perut sebab fobia membuat apam mekar yang tak mekar dan merekah masih menghantui diriku hahaha tapi kali ini semangat lebih sikit kerana dah lama tak membeli apam puteri ayu ni kat luar.
2 warna pilihan hijau dan merah jambu (pink)


Selalunya chekiah perasan warna si apam puteri ayu ni di letakkan hijau dan kekadang ada juga yang memperbagaikan warnanya untuk menambahkan lagi keayuannya. Percubaan pertama chekiah memberanikan diri meletakkan warna hijau dan warna merah jambu (warna peberet) dan tersengih chekiah apabila siap mengukus keadaan kedua dua warnanya cantik dan menarik (masuk bakul angkat sendiri) dan dengan menggunakan acuan saiz berapa entah chekiah tak pasti dapatlah 48 biji.

Kalau dulu kuih2 kaedah mengukus tidak mendapat tempat sangat di hati tetapi dengan kejayaan membuat apam puteri ayu ni chekiah makin yakin untuk mencuba mengukus apam-apam yang lain dan apa saja kuih yang memerlukan cara mengukus...bak kata pepatah tak cuba mana nak tahu..jom tinjau resepi yang chekiah type semula dari blog autiesue sebab kat situ tak leh copy and paste hehehe

setalam penuh you!

Resepi : Mariam
sumber : http://auntiesukitchen.blogspot.com/

Apam Puteri Ayu
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
5 biji telur (saiz kecil) atau 3 biji telur saiz A
250 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(* di ayak sekali)
300 gm gula
2 sudu teh ovalette
250 ml santan (kalau guna santan kotak 200ml + 50ml air biasa)
pewarna hijau
2 sudu teh paste pandan
kelapa parut putih secukupnya (di gaul bersama sedikit garam dan tepung ubi)
sedikit minyak

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan kukusan
2. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. ketepikan
3. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu
4. Rendahkan kelajuan mixer, masukkan santan, tepung sedikit demi sedikit, paste pandan, pewarna hijau..pukul sebati
5. Masukkan adunan kedalam piping bag atau plastik biasa yang di gunting bucu bawahnya dan picit masuk kedalam acuan.
6. Kukuslah dalam anggaran 5-7 minit
7, Setelah di keluarkan dari kukusan tunggu dulu sehingga sejuk atau suam baru di tanggalkan dari acuan

* Sekiranya ingin membuat lebih dari 1 warna di peringkat langkah no.4 setelah masukkan tepung dan pukul sebati boleh lah di agihkan adunan kepada warna2 yang disukai
* Tujuan menyapu minyak pada acuan ialah untuk senang menanggalkannya dan juga akan menghasilkan kuih yang mengikut bentuk acuan
* Air kukusan mestilah 3/4 periuk dan dalam keadaan panas menggelegak semasa anda memasukkan kuih kedalamnya

1 adunan di atas chekiah dapat 48 bji dan bilangannya bergantung kepada saiz acuan

*Selamat Mencuba*

setelah siap di kukus

acuan yang di gunakan untuk membuat apam puteri ayu

MOTHER'S DAY

Selamat malam Isnin 23 May 2011

Sebelum masuk tidur nak alkisahkan sambutan Hari Ibu tempohari (8hb May 2011). Meskipun agak lewat bercerita disini tapi tak kisahlah nak cerita juga hehehe.

Tengahari tu anak-anak chekiah berpakat untuk belanja chekiah makan. Pilih punya pilih akhirnya persetujuan di capai makan kat restaurant nasi kandar terkenal di Jalan Cambell iaitu Hamidiyah Restaurant. Kat sini yang pemes ialah nasi beriani ayam dan murtabak. Memula ingat nak makan kat kedai Line Clear di Jalan Penang tetapi disebabkan cuaca terlalu panas maka Restauran Hamidiyah yang di pilih kerana ada penghawa dingin sedangkan di Line Clear ada hotcon hehehe.

Semua sepakat nak makan nasi beriani ayam sebab waktu paginya tidak berkesempatan breakfast. Nasi beriani ayam 1 set bersama dalca dan acar timun campur nenas. Sebelum makan macam biasalah nak snap gambar sebagai kenangan dan di bawah ini chekiah sertakan gambar2 yang menceritakan telatah anak-anak chekiah..jom tengok :-














Apa2pun terima kasih bebanyak kepada ketiga tiga anak ibu Fatin Amalina, Muhammad Muhaimin dan Nurul Farahin di atas ingatan sempena hari ibu...ibu sayang sangat kat kakak, angah dan junjun..

BANNER BLOG


Petang tadi setelah selesai urusan kat dapur terus mengadap screen dengan sedikit rasa frust sbb projek muffin tak menjadi (rasa mmg sedap giler cuma penampilan jer yang cam terover plak hehehe)

Sedang melayan perasaan yang cam tak best tetiba tengok ada banner yang berjudul atas nama chekiah di desktop pc. Dengan penuh tanda tanya chekiah pun klick...huhuhu terkejut lah sekejap terbeliak mata nengok ada banner blog chekiah. Dan2 perasaan kuciwa terpelanting di ganti dengan perasaan happy sangat2.

Al-kisahnya chekiah ada minta pertolongan anak angkat chekiah yang tinggal bersama buatkan banner blog yang chekiah rasa waktu tu macam dah tak menarik maklum ler selalu ronda2 ke blog orang lain nampak semuanya molek2 belaka. Selepas beberapa hari chekiah pun terlupa akan hal ni hinggalah petang tadi dia buat kejutan betul kat chekiah.

Di kesempatan ini chekiah nak ucapkan ribuan terima kasih daun keladi kepada Cik Izzati Aziz & temannya yang bersusah payah siapkan banner tuk blog chekiah ni...jasa kamu berdua akan tetap chekiah kenang.

KUIH SIPUT

dah siap goreng..bila masa saja dah boleh krup..krupp..

Assalammualaikum..selamat petang Isnin 23 May 2011

Petang ni rasa sedikit penat kerana laksanakan 2 projek sekaligus. Projek pertama kira ok lah kalau tak ok sikit2 boleh di kira ok lah juga hehehe tapi projek kedua hurmmm tidak begitu memuaskan hati tapi tidak terlalu putus asa sangat sebab ada keinginan untuk mencuba dalam waktu yang terdekat.

gulungan pun kira ok lah sebab dah lama tak gentel kuih siput ni

Projek pertama takder lah susah sangat. Baru2 ini chekiah kan ada buat karipap@epok2 dan reja-reja atau lebihan tepung masih ada tersimpan dalam peti sejuk. Tak sangka setelah di balut dengan plastik kemas2 dan di simpan masih leh bertahan tidak berkulat. Malam tadi chekiah terjumpa papan tuk buat kuih siput jadi chekiah gunakan lebihan doh karipap buat kuih siput dapat lah sebalang penuh habuan untuk kunyah2 sewaktu menonton tv.


Kuih siput ni adalah antara kuih tradisional yang seangkatan dengan kuih loyang, peyek, kuih tiram, kuih sepit (love letter) dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, ianya kategori kuih-kuih lama yang memang popular pada era 70an di zaman chekiah kecik-kecik dulu.

Kuih siput masih juga popular sekarang ini walaupun kebanjiran biskut2 moden seperti almond london, tiramisu, macarons dan pelbagai jenis cookies yang lain. Ini kerana keenakan dan rasanya yang tersendiri menyebabkan kuih siput masih tetap menjadi kudapan pilihan ramai.


setelah di gentel siap untuk di goreng

Lebihan doh yang chekiah buatkan kuih siput tak der penambahan bahan hanya rasa lembut, lemak dan sedikit masin. Seperti yang kita tahu kulit karipap hanya menggunakan margerin, air bercampur sedikit garam untuk mengadunnya jadi itulah juga rasa kuih siput chekiah. Selalunya chekiah buat kuih siput yang berperisa pedas atau manis tapi ni rasa asli apa2pun yang penting chekiah tak nak membazir sekurangnya dapat jadikan lebihan yang selalu di buang sebagai kudapan.


kuih siput yg mmg enak di makan beramai ramai & merupakan kudapan yang tak jemu di makan

Kekadang kalau nak cepat di tambah pula aura malas yang datang secara tiba-tiba maka chekiah gunting saja lebihan doh karipap tu ikut sempat jer janji cepat habis cepat goreng dan cepat kemas dapur..biasalah kan kalau memanjang dok kat dapur rasa cam cepat jer malam hehe..Bila dah di gunting ikut sempat jadilah cam gambar kat bawah ni macam2 rupa bentuk ada janji sedap dan cepat habis..

bila rajin jadi lah kuih siput tapi bila aura "M" melanda gunting camni ler jawabnya hehe

Sunday, May 22, 2011

HADIAH DARI TEMAN

Assalammualaikum dan selamat malam 22 May 2011

Dah lewat malam..sebelum masuk tidur nak masukkan N3 yang dah lama tertangguh sebab gambar2 yang di ambil berada dalam kamera kawan jadi semalam baru sempat dapatkan gambar2 yang berkenaan dengan chekiah.

Selama bergiat dalam laman sosial facebook ni chekiah dah mempunyai ramai kawan-kawan dari seluruh negeri di Malaysia  malah luar dari Malaysia pun ada lah sorang dua. Selama menjalinkan persahabatan berbagai perkara telah di kongsi bersama seperti pandangan, cerita2 semasa, resepi masakan dan juga apa saja yang boleh merapat dan memesrakan lagi hubungan.

Antara rakan-rakan ni ada juga yang tersangat baik hati sudi mengirimkan hadiah untuk chekiah. Ribuan terima kasih daun keladi lah chekiah ucapkan di atas ingatan ikhlas mereka.

botol serbaguna kiriman dari seorang teman. terima kasih untuknya
sebab skrg tak pasti kenapa tak dapat berhubung denganya


botol serbaguna ni boleh membantu memudahkan banyak kerja
yang sebelum ni agak sukar tuk melakukannya

Pemberian kedua datangnya dari seorang teman yang berada di selatan. Terharu sangat rasa bila menerima pemberiannya padahal tak mengharap apa2 sudah memadai dengan kebaikan, kemesraan dan keceriaan yang di hulurkan sekurangnya sedikit sebanyak dapat mewarnai kehidupan chekiah. chekiah akan simpan bebaik semua pemberian kawan-kawan sebagai tanda menghargainya.

sampul yang menimbulkan sedikit kekeliruan waktu menerimanya hehe


kotak yang comey ni membuatkan chekiah teruja nak tahu isinya


taraaaa..!!! akhirnya inilah isinya..barang perhiasan yg comey, cute dan cantik sangat..i like

MANGGA Oh MANGGA

tinjau2 sekilas pandang tengok bermacam macam jenis buah2an yang di jual

Petang minggu ni selain dari uploadkan N3 masakan chekiah terpanggil untuk berkisah tentang apa saja yang terdetik di minda sewaktu chekiah mengadap screen computer ni. Selain dari memasak sesekali suka juga pergi berjalan jalan tengok tempat orang tak kisahlah tempat tu jauh ker dekat sebelah rumah ker hehe..yang pasti apa yang terjadi semasa dalam perjalanan chekiah ingin abadikan di laman blog agar dapat di jadikan kenangan sepanjang hayat insyaAllah.

dalam dok prati ternampak gantungan buah mangga ni

Selalu bila pergi bercuti dalam perjalanan kita mesti akan berhenti di R&R untuk solat, tuk berehat dan untuk mengalas perut yang mungkin pada waktu tu dah minta di isi. Sambil-sambil itu sudah pasti kita akan meluaskan pandangan kita melihat tempat dan keadaan2 yang mungkin baru bertama kali kita melihatnya. Ada banyak kisah2 menarik dan tak kurang yang tak begitu best bila kita pergi bercuti atau berjalan ke tempat orang. Semua kejadian2 ini menambah koleksi kenangan kita dan mungkin juga ada kejadian atau perkara yang mematangkan fikiran kita..pengalaman hidup akan terjadi seiring dengan perjalan seharian kita.

Nama mangga ni ialah mangga udang. 1 kg = RM12.
Sebijik ni lbh dr 1 kg & harganya RM15

Nak cita sal buah pelam atau lebih sinonim di panggil buah mangga. Sekarang ni ramai orang yang asyik bercerita tentang mangga@pelam harum manis yang pemes di sebelah utara terutamanya di Perlis. Mangga yang menarik perhatian chekiah sewaktu berhenti rehat di R&R Bukit Gantang baru-baru ini (9 May 2011..hantar anak ke kampusnya di Gombak) ialah yang di beri nama Mangga Udang. Mendengar nama buah mangga ini teringat akan lirik lagu "Jali-Jali":-

"palinglah enak si mangga udang
pohonnya tinggi, buahnya jarang
palinglah enak si orang bujang sayang
kemana kemana tiada yang larang"

ini dia rupa mangga udang setelah di kupas...
warnanya yang kekuningan buat teruka nak makan

Memang berbaloi beli buah mangga udang ni sebab isinya lembut, lemak dan manis rasanya. 1st time chekiah jumpa terus beli sebiji sekurangnya dalam hidup ini pernah juga merasa apa yang di panggil mangga udang dan rasa2nya kalau jumpa lagi nak beli lagilah sebab rasanya yang tak masam buat chekiah terbayang bayang hehehe..

saiz biji buah mangga udang yg beratnya melebihi 1kg

Apa2pun bila kita berkesempatan menemui buah2an tempatan atau buah2an yang di import beli dan makan saja untuk merasa perbezaannya, yang pasti buah2an tempatan tidak kurang enaknya dan amalam memakan buah2an memang bagus untuk pencernaan usus kita..serat buah2an juga baik untuk mengelakkan sembelit.

setelah di hiris dapat lah sepinggan besar isinya
best ni kalau makan ramai-ramai

GEDUK UBI KELEDEK


ssalammualaikum..selamat petang minggu (Ahad) 22 May 2011.

CheKiah baru saja selesai segala kerja rumah baru lah sempat nak mengadap screen pulak.
Dua hari lepas chekiah ada mengatakan hujung minggu iaitu hari ini nak mencuba 2 resepi yang chekiah berkenan untuk di cuba minggu ini so Alhamdulillah dah selesai dan salah satu dari kuih yang chekiah cuba dah pun habis..anak-anak dan encik somi pun suka dan kuih yang satu lagi masih berbaki sedikit lagi.

Resepi pertama iaitu Geduk Ubi Keledek chekiah ambik dari majalah Rasa 2009. Bila di teliti resepinya agak mudah dan tak perlu banyak bahan dan kebetulan bahan2 yang di perlukan ada dalam simpanan maka akhirnya terlaksana juga nak membuatnya.


Bila di fikirkan rasanya resepi ni bukan berasal dari utara dan tak pasti plak kalau kat daerah utara kuih macam ni di panggil apa. Arwah emak chekiah pernah buat ala-ala camni tapi semuanya di campur sekali di goreng dan di panggil cucuq ubi tapi yang chekiah cuba petang ni bancuhan tepung di salut kat luar dan yang pasti bila kopak isinya berderai sebab takder tepung kat dalamnya..apa2pun memang sedap dan lembut dan yang paling best rasa lemak, manis dan sedikit masin.

Kuih ini nampaknya di minati oleh seisi rumah jadi chekiah masukkan dalam senarai juadah berbuka puasa nanti hehehe tahun ni kalau di beri kesempatan sihat dan tak der aral melintang chekiah nak masak masakan baru tak kira lah dari lauk pauk dan kuih muih untuk juadah berbuka semata mata untuk memahirkan diri mencuba sesuatu yang baru. Untuk yang sudi mencuba jom tengok resepinya.

Geduk Ubi Keledek

Bahan2nya:-
1 kg ubi keledek
250 gm kelapa parut putih (lebih sedap kelapa muda parut)
gula sucukup rasa
garam secukup rasa
100 gm tepung gandum
150 ml air atau secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-
1. Rebus ubi keledek hingga lembut kemudian lenyek halus
2. Gaul dengan kelapa parut, gula dan garam secukup rasa..bentukkan bulat-bulat
3. Bancuh tepung gandum dengan air dan kepekatannya macam nak buat goreng pisang
4. Panaskan minyak dalam kuali
5. Celupkan bebola keledek tadi kedalam tepung dan masukkan kedalam minyak panas
6. Goreng hingga kuning keemasan barulah di angkat
7. Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba

ubi keledek yang telah siap di lenyek


bancuhan tepung dan air untuk menyalut bebola keledek sebelum di goreng


bebola keledek


dah siap untuk di makan

geduk ubi keledek