Ikut

Monday, September 19, 2011

SARDIN MASAK TAUYU

Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa 20 September 2011.

Pagi ni cuaca elok jer, sang suria dah mula memancarkan sinarnya tidak seperti kelmarin cahayanya di lindungi awan mendung. Breakfast CK minum secawan milo panas sahaja sebab memang jarang ambik sarapan.

Hari ini plan nak mengemas bekas2 kuih raya dan balang2 tempat simpan segala tepung2 dan bahan2 baking. Semuanya telah CK basuh dan jemur kat halaman rumah kasi kering betul2 baru disimpan untuk kegunaan tahun hadapan pulak, insyaAllah kalau dipanjangkan usia. Itu hari main masukkan dalam kotak segala saki baki bahan2 kuih dan kek tak sempat nak kemas, tutup kotak dan tolak masuk bawah meja letak alas meja kasi labuh taraaaaaaaaa...!!! xnampak ler semak hehehe...!!!. Itu hari memang tak sempat nak kemas sebab penat sangat2 lepas raya dah asyik kesana sini beraya pulak, lepas tu berpuasa enam. Minggu ni semua dah beres so boleh ler aktifkan sifat kerajinan hehehe..

Untuk lunch tengahari ni sediakan sardin masak tauyu dan telur dadar saja untuk anak dara bongsu yang akan pulang dari sekolah pada pukul 2:30 petang nanti. CK masak ringkas2 jer sebab kalau masak lebih2 banyak pulak masa yang terbuang kat dapur karang nak mengemas dah penat, maklum ler engine dah lama hehehe..

Orang2 utara lebih suka guna ayat tauyu dari kicap dan sebabnya tak tahu lah pulak CK. Sejak kecil hingga sekarang dan diteruskan oleh anak2 CK lebih selesa letak tauyu (disebut tokyu) dari kicap. Tersengih juga bila teringat usikan orang2 yang mula nak praktis sebut tokyu kekadang ada juga yang bergurau "tok you ker atau tok i?"


SARDIN MASAK TAUYU

1 tin sardin cap ayam (425gm)..nk guna jenama apa pun tak per

2 ulas bawang merah..hiris nipis2
2 ulas bawang putih..cincang
3 hiris halia..racik nipis memanjang
6 biji cili padi ( hiris atau sebiji2 )
2 sudu kicap pekat
2-3 sudu besar kicap manis( kalau nak kuah lebih boleh taruh kicap lebih )
1 sudu makan sos tiram.
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar..potong bulat2
1 biji cili merah..hiris menyerong

ikan sardin digoreng dengan api perlahan kasi garing sket baru powerrr..!!!

Cara membuatnya:-
1. Asingkan ikan sardin dari sosnya..jangan buang sos nanti leh buat kuahnya
2. Gorengkan ikan sardin sebentar sehingga kering airnya (hati2 sebab minyak leh letup dan mercik!)..ketepikan..
3. Panaskan 4 sudu minyak lebihan goreng ikan sardin, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi
4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos sardin tadi..kacau sebati (kalau nak lebih kuah tambah air sket)
5. Dah nampak kuah mendidih, masukkan ikan sardin, bawang besar, hirisan cili merah dan cili padi..sesuaikan rasa..
6. Masak sekejap dan matikan api.
7. Sedia dihidangkan..enak dimakan bersama nasi putih dan roti

* kesedapan masakan ni terletak juga pada brand sardin yang digunakan
* kicap pekat juga memainkan peranan. Ada sesetengah kicap pekat yang tak berapa hitam warnannya.

* Selamat Mencuba*

LAKSA PENANG LAGI...!!!


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat petang Isnin 19 September 2011.

Cuaca seharian hari ini seram-seram sejuk. Sejak awal pagi (kurang pasti kul brapa) hujan dah mencurah di bumi Georgetown. Bila hari dah cerah sereyat (berhenti) sekejap lepas tu tengahari hujan lagi dan waktu petang walaupun hujan dah berhenti tapi cuaca masih mendung menandakan bila2 masa saja hujan akan turun lagi...tak per lah hujan rahmat, kita sebagai hambaNya terima saja apa keadaan cuaca yang telah di tetapkan.

Hari ini memang dah plan hujan ker panas ker ribut ker nak masak laksa untuk makan tengahari sebab tekak tak berapa selera nak layan nasi (setelah selesai sudah berpuasa enam...lewat berpuasa enam tahun ni hehehe..). Hari ini beraya puasa enam lah CK, agak ketinggalan rayanya dari rakan2 yang lain..tak perlah janji masih dapat berpuasa enam di bulan Syawal ni.

Resepi ulang tayang untuk sapa2 yang berminat nak ngetes buat laksa Penang versi CK, siler2..


LAKSA PENANG
[versi chekiah]

1kg laksa basah di celur dengan air mendidih@1 pkt laksa kering di rendam & di rebus hingga lembut..toskan

Bahan Kuah:-
1 kg ikan sardin@curut@kembung
3-4 ulas asam keping
sedikit garam
~ rebus semua..asingkan ikan dan ketepikan air rebusan (digunakan untuk kuah)
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar isi ikan hingga halus dan di campur dengan air rebusan ikan..ketepikan ~

Bahan Kisar :-
1-2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
sedikit belacan
4-5 sudu cili kering kisar

Bahan Untuk Di Masukkan Semasa Merebus (A) :-
2 cm halia (di ketuk)
2 batang serai (di ketuk)
1 cm lengkuas (di ketuk)
beberapa helai daun kesum (daun cenohom) di simpul
2 keping asam gelugor (asam keping)
garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
1 pokok kecil daun salad (di hiris)
1/4 biji nenas (di hiris)
7-10 biji cili padi (di hiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (di hiris halus)
1 batang timun (di hiris)
1 batang bunga kantan (di hiris)
1 pokok daun daun pudina (asingkan daun dari tangkai)
2 biji limau kasturi (di belah 2)

telur rebus (optional)
petis@otak udang (optional)

Cara Membuatnya:-
1. Masukkan bahan kisar & bahan (A) kedalam periok yang berisi air rebusan & isi ikan yang telah di kisar
2. Jerang atas dapur sambil di kacau selalu
3. Bila mendidih sesuaikan rasa dan biarkan mendidih sekejap baru matikan api.
4. Dalam mangkukmasukkan laksa dan bahan2 hiasan...kacau kuah laksa agar isi ikan naik keatas sebelum menyendukkan ke dalam mangkuk laksa
5. Sedia untuk di makan

*Selamat Mencuba*


laksa yang telah siap dicelur 


ikan yang sedang direbus untuk diambil isinya..dikisar dan dibuat kuah


untuk menambah kepekatan & kesedapan CK masukkan juga ikan sardin dalam tin


bahan2 ni diketuk sahaja tak perlu dikisar sebab kalau dikisar akan bau terlalu cengih dan rasanya akan pedaq (payau) << pendapat CK lah..terpulanglah pada keselesaan masing2

daun2 yang sempat CK snap yang tak sempat sebab bat3 nset kong hehehe..!!!

baru nak jerang kuah sebab tu gambar tak nampak blurrr sebab wap kuah blum naik daaaa..!!!

masa toping baru nmpak bahan2 yg tak sempat ambik gambar awalnya

Jom jemput makan, mai nak suapkan hehehe...!!!

Sunday, September 18, 2011

ALMOND LONDON


Pening juga nak hias biskut ni agar nampak lain sket dari selalunya. Kat dapur rakan2 macam2 cara yang telah di pamirkan. Trend sekarang cara menghiasnya dengan meletakkan badam diluar atau lebih tepat diatas biskut dan di zigzagkan dengan chocolate putih. Hiasan letak "hati" kecil bewarna warni ni adalah dari idea kedua dua anak dara CK.

ALMOND LONDON

Bahan2nya:-
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
120 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
160 biji badam - dipangang

Cawan kertas secukupmnya

Untuk menyalut biskut:-
Coklat masakan secukupnya
Sebarang taburan hiasan yang di gemari

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas.
Taburkan hiasan yang digemari dan biarkan ia mengeras. Boleh juga dihias mengikut kreativiti masing2. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

adunan ni setelah di uli lembut saja senang untuk dibentukkan nanti

badam yang telah dipanggang..ada juga yang terover panggang hehehe..

setelah dimasukkan badam dan digentel membujur

S..I..A..P..!!!

HIRISAN POPIA PEDAS


Kudapan ni buat dalam 2 versi, satu pedas dan satu manis tapi gambar versi manis tak jelas lah pulak jadi tayang yang pedas saja. Ramai rakan2 kat facebook itu hari asyik buat hirisan popia pedas dan manis jadi CK simpan resepi buat untuk hidangan hari raya. Apa jenis kudapan yang perlu banyak masa untuk meyediakannya memang best kalau dibuat beramai ramai tak der ler rasa boring sangat lebih2 lagi pada bulan puasa mau tersengguk sengguh nak siapkannya hehehe..

Waktu ni selesai sudah hirisan popia ni sebab biskut raya yang manis2 tidak lah digemari sangat pada hari raya melainkan kudapan yang dicari. Biskut adalah tinggal serba sedikit lagi banyak sudah diangkut oleh kakak pulang ke Gombak.


HIRISAN POPIA PEDAS

Bahan A
1 paket kulit popia
3 camca besar tepung gandum
sedikit air
(tepung gandum n air dibancuh pekat seperti adunan jemput2 untuk dijadikan sebagai gam)

Bahan B
15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(ketiga- tiga bahan ini dikisar halus)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)

kulit popia yang telah siap digulung
Cara Membuatnya :-
1)gulung kulit popia hingga habis dan gam hujungnya dengan bancuhan tepung tadi
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi...

setelah digunting menyerong

siap masuk bekas kedap udara

NIPS FAMOUS AMOS


Biskut yang satu ni anak dara bongsu yang buat. Ok lah kan masa dia ngah buat ibu dia sempat betulkan pinggang rehat seketika sebab dia jenis yang tak suka orang tolong semua dia nak buat sendiri.

Dok prati dia ni ada juga minat bab2 buat biskut dan kek then bawa gi sekolah jamu kawan2. Percubaan pertama suatu waktu dulu dia tak puas hati sebab bila masak biskut jadi leper dan kembang walaupun letak 1/2 sudu teh jer adunan atas dulang pembakar. Kali ini CK dah tahu kat mana silapnya. Sewaktu sesi pukul gula, mentega, telur & esen vanilla guna jer senduk kayu tak perlu guna mixer sebab mixer akan buat adunan terlalu kembang kerana gula dah hancur sehancurnya sebab tu ler kembang melebarrr bila masak.


Nips Famous Amos

Bahan2nya:-

75 gm butter
75 gm gula halus (kalau tak nak manis kurangkan)
50 gm walnut cincang @ sebarang kacang yang disukai
50 gm chocolate chips
1 biji telur
175 gm tepung berserbuk penaik (self raising flour)
(boleh juga gunakan tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
75 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam halus


Cara Membuatnya:-
Pukul gula, mentega, telor, dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 yang lain dan adun sebati
Sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar dan hias dengan chocolate nips
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven)

*****
sumber : rakan facebook..dah tak ingat siapa..apa2pun terima kasih yer!

Saturday, September 17, 2011

SAMBAL TELUR


Tengahari ni masak simple2 dan campak2 saja sebab tinggal sorang kat rumah anak2 keluar ke rumah terbuka rakan2 dia orang dan encik somi pulak bekerja (overtime). Sejak 2 hari lepas asyik teringat nak makan sambal telur maka tertunai sudah. CK layan sambal telur ngan ikan goreng saja dah cukup tak perlu lauk pauk yang lelain.


Sambal Telur
[versi chekiah]

4-5 biji telur ayam

3 ulas bawang merah..hiris nipis untuk menumis
1 batang serai .. diketuk
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan air asam jawa
1 ulas bawang besar..potong bulat2

Bahan Kisar:-
5 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan


Cara Memasak:-

Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah & serai yang diketuk
Bila dah wangi masukkan bahan kisar & air asam jawa.
Masak hingga naik minyak.
Tambah sedikit air dan hirisan bawang besar, kacau biar mendidih
Pecahkan telur ke dalam kuah dan jarakkan antara satu sama lain
Perlahankan api dan masak hingga telur agak keras atau separuh keras mengikut citarasa masing2.
Sedia dihidangkan

* boleh juga buat telur mata dan masukkan kedalam kuah setelah kuah mendidih tapi CK lebih suka layan style macam gini
* biarkan telur betul2 keras sebelum mengalihnya agar telur putih tidak berselerak.

BISKUT SUJI CORNFLAKES


Assalammualaim dan selamat tengahari Ahad 18 September 2011

Satu lagi tayangan lewat biskut raya CK. Nama biskut ni Biskut Suji Cornflakes. Resepi asal CK rembat dari dapur CMG dan olah sket2 harap CMG tak marah. Biskut ni memang sedap dan terasa sangat kelemakan minyak sapi dan sujinya..memang kombinasi yang sesuai gitu. Dulu selalu juga CK beli dari Cosway biskut ni sebab anak dara bongsu memang suka makan dan waktu tu memang tak beringinan langsung nak cari resepi dan cuba buat. Baru2 ni pun hasrat hati nak beli saja untuk dihidangkan tetapi waktu tu stock pulak habis kena tunggu 3 4 hari lagi maka masa tu berdetak dihati nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadi dan tinggal sedikit saja lagi saki baki yang tinggal.

Waktu buat semekut ni kondisi kamera masih ok jadi dapat ler snap banyak gambar untuk ditayangkan. Terima kasih pada CMG yang sudi berkongsi resepi yang gebus macam tuan dia hehehe dan izinkan CK tuk C&P disini untuk panduan rerakan yang lain.


Biskut Suji Cornflakes
sumber resepi asal Biskut Suji dr blog CMG

Bahan2nya :-
200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

Bahan Salut :-
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

doh yang siap di uli hingga mendapat kelembutan yang sesuai untuk diterap

Cara Membuatnya :-)
Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata.
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan sebati.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C,
selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan.


kalau xnak gentel bulat2 boleh jer diterap gunakan penerap kesukaan

dah berderet siap sedia untuk dibakar

sesudah dibakar...sejukkan sebentar sebelum disalut

proses menyalut kasi gebus sket

dah siap disalut bolehlah di masukkan kedalam bekas kedap udara atau kedalam mulut hehe..

biskut yang walaupun xcntik rupa paras tapi marbeles sedapnya...
masuk lif tekan sendiri lah nampaknya hahaha..