Ikut

Monday, August 22, 2011

MEE KUAH


Assalammualaikum

Sejak tengahari hingga sekarang dah petang hujan masih lagi membasahi bumi Georgetown. Terasa sejuk dan selesa sikit dalam usaha chekiah membereskan kerja2 rumah yang hampir siap. Semalam dan awal pagi tadi mengecat pintu dapur, kalau orang lain sehari dah siap tapi biasalah chekiah kan buat dalam mode slow motion hehe

Petang sabtu itu hari chekiah tunaikan hasrat tekak yang teringin nak makan mee kuah atau ditempat lain lebih dikenali sebagai mee bandung walaupun yang membuatnya adalah orang Malaysia bukan orang Bandung Indonesia hehe..Alkisahnya 3 hari sebelum tu pergi pasar ramadhan ada beli mee goreng basah..nampak sedap siap beli 2 bungkus kesudahannnya sebungkus pun makan tak habis sebab tak rasa ape2 tawaq hebiaq (ayat orang penang kalau tawar tahap maksima). Agaknya si penjual terlupa letak garam sebab tu tekak tak leh terima langsung, kenalah masuk semula dalam kuali dan adjust rasa dan tambah sedikit bahan2 yang ada kat rumah, barulah habis mee tu.

Resepi mee kuah ni adalah hasil dari pemberian arwah emak chekiah. Masih chekiah ingat sekali tu masa menolong emak menyediakan mee kuah ni emak suruh ambil kertas dan pen, tanpa bertanya terus pergi ambil dan kasi emak dan emak senyum..kata emak "ceq lah tulis resepi mak nak bagi ni mana tau 1 hari emak takdak teringin nak makan dah boleh masak sendiri" masa tu chekiah terus peluk emak erat2 sambey menangis sebab chekiah sedih sangat emak kata macam tu. Akhirnya emak pujuk suruh salin juga resepi ni untuk kemudahan di masa akan datang.

Al-kisahnya belum berakhir. Sekiranya chekiah makan mee kuah di kedai atau di mana-mana chekiah tak terasa apa2 tapi kalau chekiah makan mee kuah yang chekiah buat sendiri pasti ada air mata yang menitik, sebelum makan chekiah mesti sediakan tissue takut airmata menitik kedalam mee kuah maka akan bertambah lagi ler masin dan kuahnya. Chekiah sedih sebab mee kuah lah masakan yang terakhir arwah emak sediakan untuk juadah berbuka puasa sebelum dia meninggal dunia. Kebelakangan ni chekiah selalu berfikir bila waktu chekiah teringin nak makan mee kuah rasanya lebih kepada chekiah rindu sangat2 kat arwah emak chekiah.


Mee Kuah@Mee Bandung
[versi chekiah]

1 kg mee kuning, basuh sekejap dan tuskan

Bahan2 Rebusan:-
500 gm daging isi campur tulang..di rebus hingga daging empuk..kluarkan isi daging dan simpan air rebusan
500 gm udang basah..kupas kulitnya dan bahagikan isi udang kepada 3 bahagian
ketepikan 2 bahagian dari isi udang
rebus 1 bahagian isi udang dengan air..dah masak kaut udang ketepikan (kisar halus)
masukkan kulit udang (basuh dahulu) kedalam air rebusan udang tadi dan rebus untuk dapatkan air rebusan kulit udang
sekiranya rajin boleh ler anda kisar kulit udang sekejap dan tapis untuk dapatkan pati air udang.
Campurkan kedua dua air rebusan daging dan udang..kacau atas api sekejap hingga sekali mendidih..ketepikan

Bahan Kisar A :-
15-20 tangkai cili kering
2 labu sederhana bawang besar
5 ulas bawang putih
(sangai sekejap dalam kuali kesemua bahan dan kisar halus...masak atas api sehingga kering..ketepikan)

Bahan Kisar B (kisar kering) :-
1 cawan kacang tanah (goreng dengan 1 sudu makan minyak, buang kulitnya dan kisar halus)
1/2 cawan bijan@lenga (sangai dan kisar halus)

Bahan C :-
1 ketul besar ubi keledek atau kentang (rebus dan lecek halus)


Bahan Sayur2an:-
2 pokok sawi..potong panjang2
1 cawan tauge..buang ekor
2 biji tomato (belah 4)

Bahan2 Lain:-
1 tin kecil tomato sup (sebarang jenama)
5 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah .. hiris halus
2 ulas bawang putih .. cincang halus
1 sudu makan cuka
garam, gula, serbuk perasa atau kiub pati ayam



Bahan Hiasan :-
keping takua@tahu..goreng dan hiris nipis2
isi daging yang di rebus tadi..hiris nipis2
daun bawang & daun sup..hiris halus
hirisan bawang besar..kalau suka
hirisan cili merah
bawang goreng
hirisan limau nipis
telur rebus (di belah atau di hiris nipis)


Cara Membuatnya:-
Panaskan minyak dalam kuali..tumiskan hirisan bawang merah dan cincangan bawang putih hingga layu
masukkan udang basah dan kacau sebati. Masukkan bahan A (ikut kepedasan yang di sukai..lebihan cili boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang)
kacau hingga semuanya rata dan tambah sedikit air rebusan kacau dan campur bahan A dan bahan B, sup tomato, isi udang yang di kisar halus.
masukkan air rebusan mengikut banyak mana kuah yang di sukai, tambah garam, gula, serbuk perasa atau kiub pati ayam serta cuka..sesuaikan rasanya.
bila kuah dah mendidih masukkan sawi, tauge dan tomato kacau sekejap sebelum masukkan mee
bila mee dah mula agak kembang sedikit boleh ler matikan api
masukkan ke dalam pinggan atau mangkuk dan hiaslah mengikut citarasa masing2

*Selamat Mencuba*

2 comments:

  1. kak cheq pun suka mee kuah ,tak sama dengan tempat lain kan kak,kalau arwah ayah cheq pun boh buh tomato soup kimball best ,tapi tak buh keledek,kalau keledek dia buat mee rebuih

    ReplyDelete
  2. tu kaaaa...!!! tiap2 tmpt x sama penyediaannya wlaupun nama sama. saja ltk sket keledek kasi pekat bkn ltk banyak takut pkt mcm kuah mee ghebuih mamak plak.

    ReplyDelete