Ikut

Friday, March 25, 2011

LAKSA PENANG

laksa yang telah siap untuk di makan

Assalammualaikum semua. Keadaan cuaca kebelakangan ni kat mana2 pun asyik hujan dan di pantai timur dan selatan di sesetengah tempat telah di landa banjir. Area rumah chekiah di GeorgeTown sejak beberapa hari ni di sebelah petang hujan lebat hingga lah ke pagi esoknya. Dalam keadaan cuaca yang sejuk2 seram begini memang perut asyik terasa lapar dan pilihan tekak ialah makanan yang berkuah atau sup sekurangnya dapat memanaskan badan.

Dua hari lepas chekiah dah buat sup dan hari ini untuk makan tengahari teringin plak nak makan laksa. Lama juga chekiah tak buat laksa dan kebetulan ada rakan facebook yang dah menayang masakan laksa utaranya maka lagi ler berkobar kobar semangat chekiah nak memasaknya. Orang yang suka atau fanatik dengan laksa pastinya akan di gelar hantu laksa hehehe tak semena mena dapat gelaran hantu lagi..kelakarrr betul...

Bila bercerita tentang laksa seperti yang kita semua tahu di setiap negeri ada jenis laksanya yang tersendiri. Di kawasan utara laksa asam adalah yang terpopular dan di tempat lain terutamanya di pantai timur kuah laksanya di sediakan dalam kategori kuah lemak...bila di kategorikan sebagai kuah lemak dah pastinya penggunaan santan pekat tidak dapat di elakkan dan ini membuat kita akan cepat merasa jemu tapi terpulanglah pada selera tekak masing2

laksa yang telah siap di celur

Laksa Penang
[versi chekiah]

1kg laksa basah di celur dengan air mendidih@1 pkt laksa kering di rendam & di rebus hingga lembut..toskan

Bahan Kuah:-
1 kg ikan sardin@curut@kembung
3-4 ulas asam keping
sedikit garam
~ rebus semua..asingkan ikan dan ketepikan air rebusan (digunakan untuk kuah)
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar isi ikan hingga halus dan di campur dengan air rebusan ikan..ketepikan ~

Bahan Kisar :-
1-2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
sedikit belacan
4-5 sudu cili kering kisar

Bahan Untuk Di Masukkan Semasa Merebus (A) :-
2 cm halia (di ketuk)
2 batang serai (di ketuk)
1 cm lengkuas (di ketuk)
beberapa helai daun kesum (daun cenohom) di simpul
2 keping asam gelugor (asam keping)
garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
1 pokok kecil daun salad (di hiris)
1/4 biji nenas (di hiris)
7-10 biji cili padi (di hiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (di hiris halus)
1 batang timun (di hiris)
1 batang bunga kantan (di hiris)
1 pokok daun daun pudina (asingkan daun dari tangkai)
2 biji limau kasturi (di belah 2)

telur rebus (optional)
petis@otak udang (optional)

Cara Membuatnya:-
1. Masukkan bahan kisar & bahan (A) kedalam periok yang berisi air rebusan & isi ikan yang telah di kisar
2. Jerang atas dapur sambil di kacau selalu
3. Bila mendidih sesuaikan rasa dan biarkan mendidih sekejap baru matikan api.
4. Dalam mangkukmasukkan laksa dan bahan2 hiasan...kacau kuah laksa agar isi ikan naik keatas sebelum menyendukkan ke dalam mangkuk laksa
5. Sedia untuk di makan

*Selamat Mencuba*



No comments:

Post a Comment