Ikut

Thursday, June 2, 2011

BILA ADA KESEMPATAN MEMBELI

Awal pagi semalam atau kemarin ada terima panggilan rakan dari Johor yang sedang berada di Kuala Lumpur. Borak punya borak dapat tahu yang dia ada singgah ke kedai Bake With Yen untuk mencari barang2 keperluan bakingnya. Tetiba teringat 9hb May itu hari masa dalam rangka menghantar anak ke kampusnya di Gombak sempat juga pergi mencari kedai pembekal yang terkenal di kalangan orang-orang yang suka memasak terutamanya membuat kuih dan kek.


Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu
Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 – 8060 1828
Fax: 03 – 8061 0828

Pertama kali mencari memang rasa macam dah nak fade-up. Dengan berpandukan alamat yang chekiah dapati dari laman sesawang kedai tu kita orang siap guna GPS dan tak tahu mana silapnya tak jumpa juga...selepas berlegar legar berdekatan dengan Giant dan selepas bertanya orang baru lah dapat menjejaki kedai pembekal ni. Huhhh...tempatnya takder ler berdepan dengan Giant dia ketepi sikit dengan Giant berhampiran dengan Public Bank. Lebih kurang sejam mencari baru berjumpa maklum ler 1st time tapi sekarang dah tahu senang ler bila nak pergi tuju terus jer tanpa buang2 masa lagi hehehe..

Dekat area Kuala Lumpur memang ada beberapa outletnya tapi chekiah berhajat sangat nak pergi ke kedai utamanya nak tengok tempatnya camner. Masuk jer ke dalam kedai tu terlopong chekiah tengok serba mak nenek barang2 keperluan untuk membuat kuih, kek & mendeco terdapat disitu. Bahan-bahan asas masakan juga ada di jual di samping loyang atau acuan yang beraneka jenis. Kalau nak tahu boleh ler pergi sendiri tengok bagai nak gila di buatnya hehehe

Disebabkan banyak masa terbuang mencari kedai maka waktu nak membeli dah tak cukup sebab hari dah beransur petang karang nak pulang ker Selayang meraba-raba pulak. Ini lah barang2 yang sempat chekiah capai dan dalam hati mestilah berkata kata "ada kesempatan, cukup fulus mesti datang lagi" hehehe

turn-table & loyang@acuan baru yang di miliki


paper cups, minyak jagung, baking brush, mangkuk lompang & redai kuih


ceri merah, hijau dan decorating sugar


jam nenas, serbuk koko, chocolate chips, tepung pizza & tepung cup cake 

Wednesday, June 1, 2011

CUCUR CICAH

cucuq cicah@takua ghendang
yg di hidangkan brsama kuah kacang + ubi keledek

Alhamdulillah hari ini rezeki bertambah dengan pemberian cucuq cicah oleh jiran sebelah. Tengahari tadi selain dari meratah sayur campur le-moist benda alah ini lah juga yang chekiah belasah hehehe. Cuaca panas membuatkan selera makan hilang entah kemana jadi makan apa saja yang boleh mengenyangkan.

Di George Town tempat chekiah tinggal ni cucuq cicah memang merupakan salah satu makanan peberet orang2 tempatan dan juga pengunjung2 yang datang bercuti di Pulau Pinang. Rata-rata yang menjual makanan yang satu ini ialah orang india muslim (mamak). Kelembutan cucuqnya dan kelemakan kuah kacang atau sosnya memang rasa tak puas makan sepinggan. Waktu dulu cucuq cicah di hidangkan bersama hirisan timun dan takua(tahu) tetapi sekarang mungkin harga timun mahal maka hanya di sediakan hirisan cucuq dan takua saja. Tempat yang popular untuk mendapatkan cucuq cicah yang sedap ialah di Juaimurah (jualmurah) berhampiran dengan pasar Chowrasta (tempat menjual jeruk buah pala yang terkenal)...dan makin terasa sedapnya bila di iringi dengan air sirap sarbat selasih memang betul2 menyamankan..

cucuq yg isinya dicmpur dgn udang, tauge & daun bawang
di srtakan juga brsama takua(tahu)goreng


kepekatan kuah kacang yg tdk begitu pds membuatkan kita asyik menikmatinya

MANGGO LASSI


Sedar tak sedar hari dah petang...cuaca masih panas tapi tidak lah berbahang seperti tengahari tadi. Selepas zohor tadi chekiah sediakan Manggo Lassi iaitu sejenis minuman sejuk berasaskan mangga dan di campur dengan yogurt. Rasanya masam2 manis dan berkrim. 1st time buat Alhamdulillah mendapat sambutan dari anak-anak.

Manggo lassi ni menarik perhatian chekiah sewaktu berkunjung ke blog kasihredha minggu lepas dan tetiba chekiah teringat malam sebelumnya sewaktu chekiah tengah makan di sebuah restaurant bersama suami muncul seorang minah saleh yang membuat pesanan manggo lassi. Chekiah sempat menjeling tengok camner rupa dan warna manggo lassi tu sebab selama ini pernah dengar nama tapi tak pernah tengok rupa apatah lagi rasanya.


Dari hasil pencarian di youtube dapatlah juga chekiah melaksanakan hasrat tekak yang teringin sangat nak merasa minuman manggo lassi. Pagi tadi sewaktu ke pasar chekiah telah membeli mangga yang jenisnya chekiah tak pasti. Saiznya besar macam mangga siam dan warna kulitnya tidak begitu kuning namun rasa isinya manis tak perlu di letakkan air gula@madu (chekiah tak leh minum yang manis2). Peniaga buah mangga tu menawarkan 3kg untuk RM10/- jadi chekiah pun beli 3kg bukan sekadar nak membuat manggo lassi tapi nak juga makan mentah buah mangga yang memang nampak menyelerakan.


inilah mangga yang 3kg = RM10/- meskipun kaler kulitnya pucat tapi rasanya mabeles

Cara menyediakan manggo lassi:-

hirisan manggo tin atau manggo segar
madu @ air gula
yougurt
secubit garam (optional)
ice cube
~ kisar semua sehingga hancur dan berbuih ~


Rasanya selain dari mangga minuman lassi ni juga boleh di buat dari buah2an yang lain dan itulah yang akan chekiah lakukan nanti untuk mendapat kelainan dari segi rasa..insyaAllah..

SAYUR CAMPUR TUMIS LE-MOIST


Assalammualaikum, salam hari Rabu 01 June 2011

Cuaca panas sehari dua ni membuatkan tak der selera nak makan nasi dan sebagai ganti goreng sayur dan makan untuk alas perut. Lama chekiah tak masak sayur campur dan tetiba rasa macam nak makan sayur campur goreng yang lembab2 gitu hehehe. Selalunya chekiah buat sayur campur di sebabkan stock sayur2an ada serba sedikit tetapi sekiranya selera nak makan dah datang tak perlu tunggu stock sayur2an tinggal sikit.

Kat rumah chekiah tak kisah lah sediakan apa saja gorengan sayur mesti mendapat sambutan berbanding dengan sayur masak tumis air atau rebus. Chekiah plak dedua pun suka sebab kalau selalu2 makan sayur goreng cemuih juga.

Kali ni chekiah sediakan resepi sayur campur goreng le-moist. Nak tergelak bila di letakkan ayat "le-moist" kat belakang resepi ni. Asalnya chekiah buat sayur campur goreng biasa tetapi agak kekeringan jadi chekiah masukkan telur menjadikan sayur chekiah lembab, sedikit berkuah dan rupa parasnya berlemoih(comot)..dari situ lah resepi sayur ini mendapat nama.


Bahan2nya:-
kobis
bunga kobis
lobak merah
daun bawang
isi ayam
bebola ikan@ketam
sosej
tepung jagung
telur
1 kiub pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan tumis:-
bawang putih
bawang putih
halia muda
~ hiris nipis semua bahan ~

Cara Memasaknya:-
Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali
Tumis bahan tumis hingga wangi
Masukkan sedikit air dan kiub pati ayam..kacau
Masukkan isi ayam dan kacau sekejap hingga lembut
Campurkan kesemua sayur dan kacau rata
Masukkan sosej & bebola
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan campur ke dalam sayur
Pecahkan telur di tengah2..biar sekejap kemudian kacau sebati dengan sayur
Biar sekejap sebelum matikan api..sedia di hidangkan

Sunday, May 29, 2011

KUETIAU GORENG PENANG


Hari ini awal-awal dah siap masak lauk untuk lunch tetiba anak dara bongsu yang nak pergi ke kelas tambahan tak nak makan nasi pulakkkk katanya dia nak makan apa2 jer selain dari nasi maka bergegas lah chekiah selongkar peti sejuk maka ini lah hasilnya. Kuetiau goreng ini bukan saja di makan oleh si anak tapi dengan emak2nya sekali tumpang sekaki hahaha nasib baik belum masak nasi lagi sebab lepas zohor baru chekiah akan masak nasi biar lauk siap awal-awal dulu.

kuetiau goreng Penang style

Cuaca yang panas kekadang membuatkan kita hilang selera nak makan nasi maka mulalah berkisah menyediakan makanan lain yang juga boleh mengenyangkan. Lama tak goreng kuetiau style camni. Selalunya chekiah goreng letak cili dan pastikan akan bewarna merah tapi style camni banyak guna segala mak nenek kicap jadi warnanya lebih kepada sedikit kehitaman..apa2pun selesai sudah sepinggan kuetiau chekiah makan bersama anak kejap tadi.


Kuetiau Goreng Penang
[sumber : Buku Masakan Popular Malaysia]

Bahan2nya :-
400 gm kuetiau
100 gm udang basah (di buang kulit & urat belakangnya)
100 gm kerang (di rebus dan kupas ambik isinya)..tak letak sebab anak2 tak suka
2 ulas bawang putih..di cincang
200 gm tauge (di buang ekor)
sedikit daun kucai (di potong memanjang)
2 pokok sawi (di potong memanjang)
2 biji telur
2 camca besar minyak

Bahan perasa:-
1 camca besar sos tiram
1 camca kecil sos ikan
1 sudu kecil kicap cair
sedikit serbuk perasa

Cara Memasaknya:-
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kuning keemasan.
2. Masukkan udang dan goreng atas api besar untuk seketika
3. Kemudian masukkan kuetiau dan gaul rata untuk 1-2 minit
4. Selepas itu, masukkan kerang, tauge, sawi dan kucai..masak atas api sederhana besar selama 3-5 minit
5. Tambah bahan perasa dan kacau hingga sebati
6. Masih dalam kuali, ketepikan kuetiau, pecahkan telur di tengah2 kuali dan goreng hancur
7. Gaulkan sebati kuetiau dengan telur hancur
5. Sendukkan ke dalam pinggan dan hidang panas-panas

*Selamat Mencuba*

IKAN CENCARU BELAH BELAKANG


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Isnin 30 May 2011.

Hari ini merupakan hari pertama minggu terakhir di bulan May dan percutian sekolah penggal yang kedua telah pun bermula sejak sabtu 28 May. Bila anak-anak tidak ke sekolah selalunya mereka meminta untuk kita para-para ibu memasak masakan yang mereka gemari. Petang semalam pergi menziarah jiran yang sedang mengomel ngomel bab ni. Masa ni lah para2 ibu yang mempunyai ramai anak tergaru garu kepala yang tidak gatal memikirkan penyediaan masakan untuk memenuhi selera anak-anak. Kedua anak-anak chekiah yang sedang berada di rumah tidak lah begitu cerewet dalam bab makanan ni. Hari ini kebetulan ada stock ikan cencaru maka masakan yang satu ni lah yang chekiah buat sebab masakan yang lelain "tak jalan", kalau ada masakan ni sejenis lauk pun sudah memadai..itulah pukulan ikan belah belakang di rumah chekiah. Bila melihat ikan belah belakang ni tetiba teringat anak dara sulung chekiah yang sedang menyelesaikan short semesternya di Gombak sebab dia memang suka sangat2 ikan belah belakang buatan mami dia..

Ikan cencaru mengikut ensiklopedia bebas dalam bahasa inggerisnya Torpedo Scad dan bahasa saintifiknya di kenali sebagai Megalaspis cordyla. Ikan ini berkulit keras dan sedikit berlemak jadi dia amat sesuai di buat ikan sumbat. Chekiah cuba juga memperbagaikan masakan ikan cencaru ni tapi masih sedap lagi di sumbat sambal di belakangnya. Gelaran masakan ini berlainan di setiap tempat, di tempat chekiah lebih di kenali sebagai ikan belah belakang atau ikan bareback dan di tempat lain orang memanggilnya ikan sumbat atau ikan jaket. Ada juga rakan chekiah menggelarkan ikan ni seksi sebab terbelah belakangnya hehehe..

Chekiah terpanggil untuk publish masakan harian di blog ni atas permintaan beberapa orang adik-adik yang katanya berkenan dengan masakan2 chekiah. Masakan harian chekiah tak lah sehebat pakar2 masakan tetapi ada juga yang meminta mamcam2 resepi dari chekiah terutamanya adik2 yang baru saja berjinak jinak dengan dunia masakan dan ada juga 2 orang adik2 yang baru saja bergelar isteri dan suami2 mereka adalah orang utara manakala dia orang pulak orang Kelantan dan Pahang jadi mereka berminat untuk mencuba masakan utara untuk di hidang pada suami mereka. Apa2pun chekiah ucapkan terima kasih di atas keperihatinan adik2 ni semua terhadap masakan chekiah.


Ikan Belah Belakang
[versi chekiah]

Bahan-bahan :-

5 ekor ikan cencaru sederhana [di cuci dan dibelah dibelakang]
garam
kuyit
~ gaul garam dan kunyit pada ikan dan ketepikan ~

Bahan Sambal:-
2 batang serai [racikkan]
1-2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10-12 tangkai cili kering
sedikit belacan
5-6 cili padi (kalau suka lebih pedas)
2 sudu makan air asam jawa@ perahan sebiji limau kasturi
~ mesyin kesemuanya ~

Bahan2 lain:-
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

1. Dengan api yang sederhana, panaskan 2 sudu minyak dalam kuali
2. Masukkan sambal..kacau selalu sehingga airnya sedikit kering..angkat dan sejukkan
3. Bila dah sejuk sumbatkan sambal di belakang dan celahan perut serta kepala ikan..
4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ikan
5, Gorenglah hingga garing di kedua dua belah ikan
6. Kautkan sambal yang terkeluar dari ikan semasa menggoreng bersama sedikit minyak dan curahkan di atas ikan
6. Angkat dan letak di dalam pinggan sedia untuk di hidangkan

* versi chekiah menggoreng sambal terlebih dahulu sebelum di sumbatkan kedalam belahan belakang ikan di perolehi semasa chekiah melihat tukang masak sebuah kedai makan menyediakan ikan belah belakang dan chekiah rasa sesuai juga di ikuti sebab sambal yang di goreng terlebih dahulu untuk keringkan sedikit airnya lebih kemas bila di sumbat dibelakang ikan. Dulu arwah emah chekiah gunakan cara menyumbat sambal yang baru di mesyik dan air dari sambal tu menitik di sekeliling dan bila di masukkan kedalam minyak yang panas dia akan mengeluarkan percikan minyak yang banyak. Apa2pun terpulanglah pada keselesaan masing2.

* Sejak dulu anak-anak suka sangat dengan minyak yang bercampur seredak sambal yang terkeluar sewaktu menggoreng ikan sebab tu chekiah akan curahkan sedikit ke atas ikan untuk membuat keadaan ikan sedikit lembab. Arwah emak mertua chekiah akan menyediakan sambal yang lebih jadi selepas menggoreng ikan dia akan meninggalkan sedikit minyak dalam kuali dan akan menggoreng lebihan sambal sehingga garing kehitaman dan di letakkan sambal itu di atas ikan dan sambal ini lah yang menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucu hehehe...

*Sambal untuk di sumbat juga sedap kalau di campur dengan kelapa parut dan daun kunyit. Sambal begini di   gemari oleh encik somi tapi yang lelain lebih berminat dengan sumbatan sambal saja. Chekiah pernah  
letakkan racikan bunga kantan menggantikan penggunaan air asam jawa atau air limau kasturi dan rasanya juga enak malah berbau wangi.

sambal yang akan di sumbatkan pada belahan belakang ikan

setelah di sumbat dengan sambal..sedia untuk di goreng

dah siap di goreng

FRUIT ORANGE CAKE


Mata dah pedih ngantuk sudah...sebelum masuk tidur publish N3 ni dulu. Aduyai minggu ni minggu oren sedunia semua berasaskan oren hehe..Hari ni bertandang ke rumah jiran di kasinya 5 biji limau sunkist katanya malas dah nak kopek(tanggalkan kulit) sebab tu di kasinya kepada jiran-jiran.

Balik kerumah buka lemari dan peti sejuk tengok semua bahan yang di perlukan ada jadi berprojek buat kek lah pulak. Chekiah buat 2 adunan maksudnya 2 biji kasi kat puan yang kasi limau sebiji dan untuk makan di rumah sebiji. Terperanjat juga dia sebab beri limau dapat kek limau, tersengih lah dia kesukaan. Kek oren ni biasa2 jer resepinya cuma chekiah tambah campurkan sekali buah2an campuran dalam kotak (ada baki separuh paket dalam peti sejuk). Rasanya memang best juga bila tergeget bahagian buah2an tu rasa manis2 masam. Resepi ni chekiah dapat dari rakan facebook juga. Terima kasih kepada cikgu Azidah kerana sudi berkongsi resepi.

Fruit Orange Cake

Bahan A :-
250 mentega buttercup
220 gula
1 sudu makan ovallet
1/2 sudu teh garam.

Bahan B :-
4 biji telur (A)

Bahan C :-
280 gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
~ satukan keduanya dan ayak 3x ~

Perasa:-
1 biji limau sunkist..kulitnya di parut dan ambil jusnya
(parut kulit jangan sampai ke selaput putih nanti akan pahit)
2 sudu makan sanquik
50 ml susu cair
@1 sudu makan susu tepung/horlick di bancuh dengan sedikit air
1 kotak kecil buah campuran (kalau suka)

Cara Membuatnya:-
Griskan acuan dengan mentega dan alaskan dasar acuan dengan kertas tracing..griskan juga mentega atas kertas
Putar bahan A hingga kembang..masukkan (telur) dan pukul lagi hingga berkrim
Masukkan bahan C dan bahan perasa..kacau perlahan lahan hingga sebati
Tuangkan adunan kedalam acuan
Bakar 180' selama 1 jam atau sehingga masak mengikut kesesuaian oven masing2

*Selamat Mencuba*