Thursday, March 31, 2011
SAMBAL SOTONG SUMBAT
Assalammualaikum dan selamat tengahari jumaat pada semua.
Sepagi hari ini keadaan cuaca masih mendung dan hujan turun renyai-renyai. Tengahari ni masak simple2 saja iaitu sayur lemak kubis, ikan goreng(wajib) dan 1 resepi baru masakan sotong. Di bawah ini chekiah sertakan resepi masakan sotong yang chekiah torai..rasanya memang sedap dan kepada yang sudi nak tambah koleksi masakan sotong boleh lah mencubanya.
Bahan Asasnya:-
500gm sotong basah
~ Rebus atau kukus sotong hingga masak..tuskan ~
Bahan-bahan yang perlu di sumbat di dalam sotong:-
50 gm kacang panjang*
20 gm kacang buncis*
1 batang carrot*
20 gm taugeh@kubis
1/2 kiub pati ikan bilis@ayam
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih..di cincang
~ bahan2 yang bertanda * di cincang dadu kecil2 ~
Cara Memasaknya:_
Panaskan minyak..tumis bawang putih hingga wangi
Masukkan sayur2an, kiub pati ikan bilis@ayam dan sedikit air..kacau hingga lembut..ketepikan
Bahan-Bahan Kisar (A):-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
8-10 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
Bahan Tumis:-
2 ulas bawang merah
2 batang serai di ketuk
2 sudu besar minyak masak
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Cara Menyediakannya:-
1. Sumbatkan sayur-sayuran ke dalam sotong..ketepikan
2. Panaskan minyak..tumis bahan tumis hingga garing
3. Masukkan bahan kisar (A) dan kacau sehingga naik baunya
4. Campurkan air asam jawa, garam & gula dan kacau sebati
5. Masukkan sotong berisi sayuran dan kacau sehingga sekali mendidih
6. Sedia untuk di hidangkan
*Selamat Mencuba*
Wednesday, March 30, 2011
SAMBAL HIJAU UDANG
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua..semoga hari ini kita beroleh kerahmatan dariNya insyaAllah..
Sekejap tadi sempat cuba resepi baru masakan udang..rasanya sedap dan semestinya berlainan sedikit dari masakan udang yang selalu di masak. Kepada yang ingin mencuba resepi masakan udang disini chekiah lampirkan resepinya :-
Bahan-bahannya:-
1 kg udang kertas..bersihkan..di belah belakang dan di goreng..ketepikan.
8 biji cili hijau..kisar
3 biji limau kasturi ..di perah jusnya
Bahan Di Kisar (A) :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan-bahan lain:-
3 batang serai ..di ketuk
garam dan gula pasir
5 sudu minyak masak
Bahan Hiasan :-
1 biji cili merah
1 tangkai daun ketumbar
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) sehingga garing
2. Masukkan serai, jus limau kasturi dan cili hijau yang di kisar
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya..biarkan sehingga masak
4. Apabila dan masak dan kuah agak pekat tuangkan ke atas udang
5. Sedia untuk di hidangkan
*Selamat Mencuba*
COLD COFFEE@COFFEE SHAKE
Bila cuaca panas apa yang kita inginkan? Selalunya minuman sejuk menjadi pilihan. Selain minuman sejuk dari asas minuman biasa kita kekadang teringin nak cari kelainan dalam melayan tekak kita yang sememangnya akan merasa lega kalau di hidangkan dengan minuman yang lain dari yang lain. Resepi coffee sejuk atau coffee shake ni adalah hasil dari minum di luar terutamanya minum di restaurant atau hotel so bila balik rumah mula ler mencipta dari kreativiti sendiri hehe
1 sudu teh kopi segera + 3 sudu air panas (kacau rata)
5 ketul ice cube
1 cawan susu segar@susu cair
1 scoop ice cream perasa vanilla
1 sudu makan air gula
~ kisar@blend semua hingga sebati dan berbuih ~
Taburkan serbuk kopi@koko di atas permukaan
dan boleh juga di letakkan tambahan scoop ice cream dia atasnya
SERAWA@PENGAT PISANG
Terlebih rajin pada petang ini sempat lagi buat seghawa@pengat pisang. Tergerak hati nak buat sebab ada lebihan pisang berangan yang beli 2 hari lepas. Sementara pisang tu masih lagi tegap keadaan bodynya lebih baik ler buat sesuatu sebab kalau nak makan dah tak lalu lagipun pisnag berangan ni berangin jadi selepas makan kena lah sapu minyak angin hehehe
Dengan 4 biji pisang yang berbaki terhasillah seghawa@pengat pisang yang enak rasanya tapi terkilan sikit sebab stock sagu biji tidak ada kan best kalau ada sagu biji mata ikan tu pasti lebih enak dan kelihatan sagu tu pun berkilat kilat. Jom tengok resepinya pada yang berminat untuk mencuba :-
Bahan-bahannya:-
1 biji pisang tandung (pisang lelain pun boleh juga)
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka@kabung@geghek
4 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
Cara Membuatnya:-
1. Pisang di potong menyerong..ketepikan
2. Dalam periok didihkan santan, gula pasir, gula melaka & daun pandan.. kacau selalu agar santan tidak pecah minyak
3. Apabila mendidih masukkan hirisan pisang dan garam..masak lagi hingga sekali lagi mendidih dan tutup api
4. Sedia di hidangkan
*Selamat Mencuba*
RICH CHOCOLATE CAKE
Assalammualaikum dan selamat petang pada semua. Alahaiii seharian hari ini asyik hujan sekejap lebat sekejap renyai-renyai..langit mendung dan rasa-rasanya malam nanti pun akan hujan juga.
Hari ni awal-awal lagi sudah siapkan lauk pauk untuk makan tengahari. Selalunya macam tu lah kalau aura "R" datang awal-awal pagi dah mulakan tugas di dapur tapi kalau aura "M" datang alamat masuk dapur pun lewat dan lauk pauk pun yang ringkas-ringkas sahaja.
Sementara menunggu waktu petang sempat buat sebijik kek cokelat. Di rumah kalau buat kek tak suka letak icing atau cream aper lagi sarat dengan hiasan yang berbagai lagi ler kek tu tidak akan di sentuh. Selalu buat kek kosong jer tanpa di hiasi dengan sebarang dekorasi. Petang ni saja letak cairan cokelat masak di atas kek dan tabur gula urai (colour rice). Kebetulan benda2 nak hias ni memang dah beli sesiap tapi jarang guna dari terbuang begitu saja lebih baik di gunakan. Pada yang sudi nak mencuba di letakkan resepi di bawah ini :-
Bahan-bahannya :-
175 gm mentega
175 gm gula kastor
175 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
50 gm coklat masak ...di cincang halus
3 biji telur
Cara Membuatnya:-
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan di pukul lagi
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan chocolate masak...pukul sebati
4. Masukkan kedalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Untuk Topping :-
150 gm coklat masak di cairkan menerusi kaedah double boiling dengan api yang sederhana
Setelah kek sejuk sapukan topping dan taburkan sebarang hiasan mengikut kesukaan anda.
*Selamat Mencuba*
Monday, March 28, 2011
OPOR AYAM
Assalammualaikum..
Dah selalu dok prati jer resepi ni tapi tak sampai hajat lagi untuk mencuba sehingga lah tengahari tadi di sebabkan kekeringan idea nak masak maka terhasillah juga opor ayam ini. Pertama kali mencuba dan rasanya sedap lah juga cuma kurang pedas saja. Next percubaan mungkin leh derhaka sket dari resepi asal letak serbuk lada ker atau cili padi kasi berasap sket haha..
Resepi ni dapat dari buka masakan mana entah dah lupa maklum lah dah lama tersimpan tak buat2 juga. Menerusi beberapa blog hasil pencarian di google opor ni berasal dari Jawa Tengah Indonesia dan telah meluas ke merata tempat dan di gemari oleh ramai orang. Jom layan resepinya plak!
Opor Ayam
1 ekor ayam (di potong 8)
800 ml santan (dari 1 biji kelapa)
2 batang serai di titik
3 helai daun limau purut
2 sudu air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar :-
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Bahan Di Mesin Halus :-
3 camca besar ketumbar biji (di sangai terlebih dahulu)
1 camca besar jintan manis (di sangai terlebih dahulu)
4 biji buah keras
Cara Memasaknya:-
Perap ayam dengan bahan kisar dan bahan yang di mesin halus selama 1 jam
Jerang santan, serai, daun limau purut, garam dan gula sampai mendidih
Masukkan air asam jawa dan ayam yang di perap
Kacau hingga mendidih dan ayam masak.
Sesuaikan rasa jika perlu
Bila kuah opor dah pekat boleh lah di angkat dan disajikan
*Selamat Mencuba*
Friday, March 25, 2011
LAKSA PENANG
laksa yang telah siap untuk di makan
Dua hari lepas chekiah dah buat sup dan hari ini untuk makan tengahari teringin plak nak makan laksa. Lama juga chekiah tak buat laksa dan kebetulan ada rakan facebook yang dah menayang masakan laksa utaranya maka lagi ler berkobar kobar semangat chekiah nak memasaknya. Orang yang suka atau fanatik dengan laksa pastinya akan di gelar hantu laksa hehehe tak semena mena dapat gelaran hantu lagi..kelakarrr betul...
Bila bercerita tentang laksa seperti yang kita semua tahu di setiap negeri ada jenis laksanya yang tersendiri. Di kawasan utara laksa asam adalah yang terpopular dan di tempat lain terutamanya di pantai timur kuah laksanya di sediakan dalam kategori kuah lemak...bila di kategorikan sebagai kuah lemak dah pastinya penggunaan santan pekat tidak dapat di elakkan dan ini membuat kita akan cepat merasa jemu tapi terpulanglah pada selera tekak masing2
laksa yang telah siap di celur
Laksa Penang
[versi chekiah]
1kg laksa basah di celur dengan air mendidih@1 pkt laksa kering di rendam & di rebus hingga lembut..toskan
Bahan Kuah:-
1 kg ikan sardin@curut@kembung
3-4 ulas asam keping
sedikit garam
~ rebus semua..asingkan ikan dan ketepikan air rebusan (digunakan untuk kuah)
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar isi ikan hingga halus dan di campur dengan air rebusan ikan..ketepikan ~
Bahan Kisar :-
1-2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
sedikit belacan
4-5 sudu cili kering kisar
Bahan Untuk Di Masukkan Semasa Merebus (A) :-
2 cm halia (di ketuk)
2 batang serai (di ketuk)
1 cm lengkuas (di ketuk)
beberapa helai daun kesum (daun cenohom) di simpul
2 keping asam gelugor (asam keping)
garam secukup rasa
Bahan Hiasan:-
1 pokok kecil daun salad (di hiris)
1/4 biji nenas (di hiris)
7-10 biji cili padi (di hiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (di hiris halus)
1 batang timun (di hiris)
1 batang bunga kantan (di hiris)
1 pokok daun daun pudina (asingkan daun dari tangkai)
2 biji limau kasturi (di belah 2)
telur rebus (optional)
petis@otak udang (optional)
Cara Membuatnya:-
1. Masukkan bahan kisar & bahan (A) kedalam periok yang berisi air rebusan & isi ikan yang telah di kisar
2. Jerang atas dapur sambil di kacau selalu
3. Bila mendidih sesuaikan rasa dan biarkan mendidih sekejap baru matikan api.
4. Dalam mangkukmasukkan laksa dan bahan2 hiasan...kacau kuah laksa agar isi ikan naik keatas sebelum menyendukkan ke dalam mangkuk laksa
5. Sedia untuk di makan
*Selamat Mencuba*
Subscribe to:
Posts (Atom)














