Ikut

Sunday, December 11, 2011

SAYUR GORENG TAUGEH, KUCAI, UDANG & TELUR

Last minute punya decision terhasil lah sayur gorengan ekonomi. Lauk udang pun dah cukup untuk dinner malam karang tapi bila buka peti sejuk tengok ada baki taugeh dan kucai projek buat cucur udang 2 ari sudah apa lagi cepat2 keluarkan sebab kalau disimpan esok2 mesti rosak taugeh yang memang tak tahan lama bila disimpan. Disebabkan taugeh ada sejemput maka CK kawinkan dengan kucai tok kadinya adalah udang dan saksinya pulak ialah telur hahaha..Not bad bila kawinkan didalam kuali hasilnya mabeles walaupun dapat hanya semangkuk..jadilah kan dari terbuang membazir jer..

SAYUR GORENG TAUGEH, KUCAI, UDANG & TELUR
Resepi : CheKiah

BAHAN2NYA:-
2 cekak taugeh
2 cekak kucai
8-10 ekor udang hidup
2 biji telur

BAHAN KISAR:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar
sedikit belacan
1 sudu besar air asam jawa

1 sudu besar kicap cair
2 ulas bawang merah..dihiris nipis
garam secukup rasa
sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah hingga kekuningan
Masukkan bahan kisar, kicap cair, kacau sebati..masak sehingga naik bau
Masukkan udang dan masak sekejap..sesuaikan rasa
Bila nampak udang dah bertukar warna masukkan taugeh & kucai
Kacau sekejap kemudian buat lubang kat tengahnya dan masukkan telur
Bila telur dah agak mengeras boleh lah di kacau rata semuanya
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*

UDANG GORENG BEREMPAH


Lauk tambahan untuk dinner malam nanti. Lauk ayam masak merah dan daging goreng kunyit hanya tinggal sedikit jer lagi sebab CK bekalkan untuk anak teruna CK yang pulang ke asrama petang ni. Sudah jadi kebiasaan setiap petang ahad CK akan kalut bekalkan apa yang patut untuk dia bawa balik ke asrama. Udang goreng berempah ni CK sediakan setelah termenung sejenak dua jenak mencari idea nak masak style macamana. Sesekali layan lauk yang kuahnya pekat (orang penang kata kuah cap-cap) memang tak menjelakkan. Sebab yang lain kenapa CK sediakan masakan ni ialah kerana tak nak biar rasa kempunan bertapak di hati dan minda lelama. Alkisahnya baru2 ni gi makan nasi kandar dengan penuh rasa bersemangat nak order lauk udang berempah tapi mamak tu cakap sudah habis..uwaaaa cedeynya waktu tu tapi tak per malam karang CK boleh tibai puas2 hahaha..!!!


UDANG GORENG BEREMPAH
Resepi : CheKiah@chekiahcollections.blogspot.com

BAHAN A:-
500 udang besar@sederhana besar..bersih dan toskan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
~ Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak, perap 1/2 jam dan goreng sekejap atau 3/4 masak ~

BAHAN KISAR [B]:-
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau..belah buang bijinya terlebih dahulu

BAHAN TUMIS [C]:-
4 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..diketuk
2 tangkai daun kari

BAHAN D:-
50gm serbuk kari ikan dan udang Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tamato
sedikit air
~ Campur kesemuanya dan jadikan pes ~

1 biji bawang besar..dihiris bulat
garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan 4 sudu besar lebihan minyak menggoreng udang tadi
Tumiskan bahan C hingga perang dan wangi..masukkan bahan B
Masukkan bahan D dan kacau dengan api yang perlahan
Kacau sehingga naik minyak dan sekiranya agak kering boleh lah ditambah sedikit air
Masukkan bahan A, bawang besar, garam & gula secukupnya
Kacau sebati dia biarkan hingga kuah pekat
Siap untuk dihidangkan

*Selamat Mencuba*

rempah kena masak betul2 agar mendapat hasil masakan yang mabeles

dah ready masakan udang yang rempahnya bersalut pekat pada udang..jom makan!

BEGEDIL TAUHU


Assalammualaiku dan selamat petang minggu 11 December 2011.

Petang ni hujan lebat turun mencurah curah, keadaan langit mendung bermakna hujan akan turun dalam jangka masa yang lama, tak pasti plak hingga bila..kalau berlarutan hingga ke malam best juga pasti awal2 dah berada dalam selimut, lena dalam keadaan cuaca yang sejuk sedar2 dah pagi hehehe

Petang hujan2 ni apa lagi perut pun asyik minta di isi saja. Tengahari tadi lunch awal sekitar jam 12. Lunch makan nasi tomato, ayam masak merah & daging goreng kunyit jer.

Petang ni memang dah berhajat nak buat bergedil tauhu. Beberapa hari lepas ada tengok rakan fb KakLong Lyn tayang bergedil tauhu buatannya, terliur lah plak tengok. Tauhu ni kalau tak dijadikan masakan pun CK suka goreng dan cicah ngan sos cili atau sos tomyam memang peberet lah. Resepi asal dari KakLong Lynn tp CK ubahsuaikan mengikut citarasa CK..terima kasih KakLong Lynn kerana mencetus idea untuk sediakan bergedil tauhu ni. Jom tengok camner CK projekkan tauhu ni hahaha...!!!


BERGEDIL TAUHU
Resepi : chekiahcollections.blogspot.com

BAHAN2NYA:-

6 keping tauhu..basuh, toskan hingga airnya kering dan lecek hingga hancur
400gm daging kisar..basuh dan toskan
1 biji bawang besar..diracik nipis dan halus
1 biji cili merah..diracik halus
1 biji cili hijau..diracik halus
4-5 biji cili padi..diracik halus (kalau nak pedas..tak letak pun tak mengapa)
secekak daun bawang
2 helai daun kari (ambik daunnya dan racik halus2)
1 sudu besar tepung kentang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam halus
1/2 kiub pati ayam (hancurkan)
2 biji telur (di kocok)
minyak untuk menggoreng

..campuran semua bahan2..

..waktu menggoreng kena hati2 takut berderai..

CARA MEMASAKNYA:-
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak.
Panaskan sedikit minyak (BUKAN goreng terendam)
Bentukkan adunan mengikut bentuk dan saiz yang disuka atau sudukan bulat2 kedalam minyak dan tekan sedikit biar leper
Biar bergedil masak dan kuning dibahagian bawahnya baru lah perlahan lahan terbalikkan..hati2 takut berderai
Setelah kedua dua bahagian kuning keperangan boleh lah diangkat dan diletakkan diatas tissue dapur
Biar sedikit sejuk sebelum dimakan bersama sebarang sos cicahan.

*Selamat Mencuba*

Friday, December 9, 2011

SOTONG GORENG TEPUNG


Dah lama tak layan sotong goreng tepung. Ada gak sekali dua dinner kat luar order sotong goreng tepung tapi biasalah kebanyakannya tidak menepati selera. Kebetulan ada stock sotong lebihan masak kari itu hari jadi malam ni meratah sotong goreng tepung versi sendiri.


SOTONG GORENG TEPUNG
Resepi : CheKiah

BAHAN2NYA:-
sotong dibersihkan, dipotong bulat2 dan ditoskan hingga kering airnya

BAHAN KISAR@TUMBUK:-
bawang merah
bawang putih
halia

tepung ubi kayu
tepung gorengan sebarang jenama
serbuk cili
telur..dikocok
sedikit garam halus
minyak secukupnya untuk goreng terendam


CARA MEMASAKNYA:-
Campurkan bahan kisar, serbuk cili dan sedikit garam halus..kacau sebati
Gaulkan pada sotong dan perap selama 1/2 - 1 jam
Panaskan minyak
Masukkan tepung ubi kayu dan sotong kedalam plastik atau bekas bertutup
Goncang sehingga sotong bersalut tepung
Keluarkan, celup kedalam telur dan salut dengan tepung gorengan
Masukkan kedalam minyak panas perlahan lahan
Goreng sehingga kuning keperangan atau sehingga masak
Sedia dihidangkan bersama sebarang sos cicahan pilihan

*Selamat Mencuba*

Sunday, December 4, 2011

NASI BRIYANI ADABI


Selain dari menggunakan resepi yang rempahnya di adun sendiri sekarang ni terdapat berbagai keluaran rempah untuk segala jenis masakan termasuklah aneka masakan nasi.

Malam tadi berkesempatan menerai nasi briyani menggunakan Rempah Briyani Adabi. Bahan2 dan cara memasaknya terdapat di belakang paket rempah jadi senanglah untuk mengikutinya.

Hasilnya memang tidak mengecewakan sedap dimakan bersama sebarang lauk kegemaran. Saranan CK rempah2 segera ni patut ler ada sepaket dua kat rumah agar bila ada tetamu yang datang mengejut tak der ler kita tergaruk garuk kepala yang tidak gatal lebih kelam kabut bila bahan2 yang diperlukan takder dalam simpanan. Jom tengok resepinya.


NASI BRIYANI ADABI
Sumber : Pembungkus Serbuk Rempah Adabi

BAHAN2NYA:-
3 cawan beras Basmati
3 cawan air
30gm Rempah Briyani Adabi
40gm minyak sapi
40gm minyak masak
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan (disimpul)
8gm daun ketumbar
8gm daun pudina
1 biji buah tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dibelah 2)
25gm garam Adabi (letak garam biasa)
4gm serbuk perasa MSG Adabi (tak letak ..gantikan dengan kiub pati ayam)
3gm gula
1/2 sudu makan pewarna kuning telur
50gm gajus@janggus (digoreng tanpa minyak)

BAHAN KISAR:-
40gm bawang merah
20gm bawang putih
15gm halia


CARA MEMASAK:-
Panaskan minyak masak dan campurkan minyak sapi ke dalam periuk nasi
Tumis bahan kisar selama 2-3 minit
Kemudian masukkan Rempah Briyani dan kacau sehingga wangi
Tuang susu cair, daun pandan, daun ketumbar, daun pudina dan air.
Kacau sehingga mendidih
Masukkan beras basmati, cili merah, cili hijau, garam, gula dan kiub pati ayam
Gaul rata tutup periuk dan biarkan nasi masak
Bila nasi dah kering masukkan pewarna kuning telur dan gajus yang telah digoreng@panggang
Gaul nasi hingga sebati, tutup periuk biarkan seketika.
Sedia dihidangkan dengan lauk pauk kegemaran

*Selamat Mencuba*

** Cara diatas ialah dengan memasak terus menggunakan periuk nasi elektrik
Anda juga boleh memasak langkah2 terawal sebelum masukkan beras didalam kuali atau periuk
setelah masukkan susu dan beras boleh lah anda tuangkan semua kedalam periuk nasi elektrik
dan terus mengikut langkah2 yang berikutnya.


Saturday, December 3, 2011

AYAM GORENG KICAP MASAM MANIS


Assalammualaikum dan selamat malam.

Selalunya masak ayam goreng kicap memenuhi permintaan anak2 yang tidak pernah jemu2 memakannya. Malam ni masih lagi sediakan ayam goreng kicap tapi tambah sos tambahan kasi masam manis sikit rasanya. Ingatkan anak2 tak perasan akan kelainan rasanya rupa2nya citarasa tekak mereka lebih prihatin sebab baru sesuap jer masuk kedalam mulut mereka dah bertanya. Apa pun yang ditambah asalkan masih kekalkan goreng kicap tetap mereka layan sampai licin.

Resepi dibawah ni adalah peninggalan arwah emak CK. Kekadang cuba try test masak guna resepi orang lain tetapi semuanya tak menepati citarasa anak2 jadi sehingga saat dan ketika ini resepi ni lah yang akan di laksanakan. Resepi asasnya memang mudah cuma untuk kali ini penambahan bahan2 membuatkan resepinya macam banyak plak bahan yang diperlukan. Jom tengok resepinya.


AYAM GORENG KICAP MASAM MANIS
Resepi : ChE KiaH

BAHAN A
1 ekor ayam..bersih, potong mengikut size kesukaan dan toskan
2 sudu besar serbuk kunyi
1 sudu besar garam halus
1 sudu makan serbuk jintan manis
~ Perap semua selama 1/2 - 1 jam..goreng tiga suku masak ~

BAHAN B
3 biji ubi kentang..dipotong bulat sederhana tebal, basuh dan toskan
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
~ Gaul semuanya dan goreng hingga masak dan keperangan ~

BAHAN KISAR C
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN HIRISAN D
2 biji bawang besar..hiris bulat sederhana tebal
2 biji tomato..hiris bulat sederhana tebal
1 biji cili merah..hiris menyerong
1 biji cili hijau...hiris menyertong
beberapa biji cili padi..diketuk

KICAP CAMPURAN E
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos pelam
1 sudu besar gula

BAHAN SAMPINGAN
2 sudu besar minyak
1 batang serai diketuk
1/2 kiub pati ayam


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak, tumis bahan C dan serai hingga wangi
Masukkan bahan E dan sedikit air..kacau sebati dan masak sekejap (kalau nak berkuah lebihkan air)
Campurkan bahan D, A, B dan kiub pati ayam
Sesuaikan rasa dan kacau sehingga semuanya sebati
Bila bahan hirisan dah agak layu boleh lah di angkat
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*