Ikut

Sunday, December 11, 2011

UDANG GORENG BEREMPAH


Lauk tambahan untuk dinner malam nanti. Lauk ayam masak merah dan daging goreng kunyit hanya tinggal sedikit jer lagi sebab CK bekalkan untuk anak teruna CK yang pulang ke asrama petang ni. Sudah jadi kebiasaan setiap petang ahad CK akan kalut bekalkan apa yang patut untuk dia bawa balik ke asrama. Udang goreng berempah ni CK sediakan setelah termenung sejenak dua jenak mencari idea nak masak style macamana. Sesekali layan lauk yang kuahnya pekat (orang penang kata kuah cap-cap) memang tak menjelakkan. Sebab yang lain kenapa CK sediakan masakan ni ialah kerana tak nak biar rasa kempunan bertapak di hati dan minda lelama. Alkisahnya baru2 ni gi makan nasi kandar dengan penuh rasa bersemangat nak order lauk udang berempah tapi mamak tu cakap sudah habis..uwaaaa cedeynya waktu tu tapi tak per malam karang CK boleh tibai puas2 hahaha..!!!


UDANG GORENG BEREMPAH
Resepi : CheKiah@chekiahcollections.blogspot.com

BAHAN A:-
500 udang besar@sederhana besar..bersih dan toskan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
~ Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak, perap 1/2 jam dan goreng sekejap atau 3/4 masak ~

BAHAN KISAR [B]:-
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau..belah buang bijinya terlebih dahulu

BAHAN TUMIS [C]:-
4 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..diketuk
2 tangkai daun kari

BAHAN D:-
50gm serbuk kari ikan dan udang Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tamato
sedikit air
~ Campur kesemuanya dan jadikan pes ~

1 biji bawang besar..dihiris bulat
garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan 4 sudu besar lebihan minyak menggoreng udang tadi
Tumiskan bahan C hingga perang dan wangi..masukkan bahan B
Masukkan bahan D dan kacau dengan api yang perlahan
Kacau sehingga naik minyak dan sekiranya agak kering boleh lah ditambah sedikit air
Masukkan bahan A, bawang besar, garam & gula secukupnya
Kacau sebati dia biarkan hingga kuah pekat
Siap untuk dihidangkan

*Selamat Mencuba*

rempah kena masak betul2 agar mendapat hasil masakan yang mabeles

dah ready masakan udang yang rempahnya bersalut pekat pada udang..jom makan!

2 comments:

  1. kite baru wat jugak smlm.. tp lain sikit resepinya, hehe..

    ReplyDelete