Ikut

Friday, July 22, 2011

KEK 0RE0


Assalammualaikum dan salam sejahtera petang Jumaat 22 July 2011.

Baru sudah lunch nasi goreng campak2..pagi tadi keluar sekejap ada hal balik dah lewat dan penat jadi aura malas pun tetiba datang maka untuk makan tengahari chekiah ngan anak2 nasi goreng lah jawabnya dan Alhamdulillah habis sekuali hehehe

Petang semalam sempat buat kek oreo dan anak dara bongsu plak buat biskut chocholate chip M&M untuk di bawa makan bersama kawan2nya pagi tadi.



Terhasilnya kek oreo ni adalah disebabkan mendapat pemberian 1/2 kilo biskut oreo yang di beri oleh jiran. Selalu juga bila ka pasar jiran chekiah belikan anak2 dia bermacam macam biskut timbang kilo dan katanya tak mampu nak beli yang dalam paket kerna harganya mahal dan lagipun anak2 dia suka makan biskut mana langhat nak beli selalu. Tak kisah lah harganya murah atau mahal janji dapat memenuhi selera anak2.

Bila belek2 selunggok biskut oreo tetiba teringat akan resepi yang di tayang di blog Hann Abdul Razak tempohari. Resepi Hann dibuatnya dari Blueberry Ice Cream Oreo tapi chekiah buat dari biskut oreo biasa saja.

Rasa kek oreo ni memang sedap rasa manis, lemak kelat semua cukup hehehe..dan memang mendapat tempat di hati seisi rumah chekiah.

Kek 0reo
sumber : bisousatoi
C&P dr : Hann Abdul Razak@http://culinaryadventurejournal.blogspot.com

Bahan2nya:-
250gm mentega
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri ) ayak
1 sudu kecil baking powder )
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping biskut Oreo..dihancurkan bersama dengan krimnya..boleh juga digunakan Blueberry Ice Cream Oreo

Cara Membuatnya:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali biskut 0reo
2. Pukul selama 2 minit..jangan terlebih pukul
3. Masukkan biskut Oreo yang dihancurkan kedalam adunan dan kacau sekejap untuk sebatikannya.
4. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas cupcake
5. Bakar pada suhu 170C untuk selama 10-15 minits atau sehingga masak mengikut oven masing2.





Wednesday, July 20, 2011

ROTI JALA ANYAMAN TIKAR


Assalammualaikum dan selamat malam Rabu 20 July 2011.

Dah lewat malam baru chekiah berkesempatan nak masukkan N3 tuk hari ini. Siangnya memang tak masak pepe pun mkn karipap frozen yang di buat petang semalam...tak der selera nak makan nasi mungkin keadaan cuaca kebelakangan ni yang panas membahang menghilangkan selera nak makan nasi :)

Semenjak dua menjak ni di laman facebook rata2 orang tengah memperkatakan tentang roti jala anyaman tikar. 2 hari dah tumpuan chekiah asyik kepada topic yang satu ni.

tingin nk cicah kuah doyan tp tak der stock doyan kat umah..kari ayam pun kari ayam lah..

Kemunculan botol muncung 3 di industri pembuatan roti jala dan segala masakan yang sewaktu dengannya sedikit sebanyak membawa kesan di hati rakan2 facebook. Ramai yang bertanya chekiah tentang botol roti jala ni dan segala jawapan telah chekiah kasitau di wall fb chekiah.

Bila dah ramai yang berlumba lumba "menebar jala" sedikit sebanyak telah mendesak keinginan untuk sama2 membuatnya. Sebenarnya chekiah dah torai membuatnya sebelum pergi bercuti tempohari tapi mungkin di sebabkan resepinya yang tidak sesuai telah membuat roti jalan chekiah retak masa nak mengangkatnya mungkin di sebabkan rapuh.

ni lah botol 3 muncung yg digunakan utk menganyam roti tikar (memandai tukar nama hikhik..)

Untuk dinner malam ni chekiah buat sekali lagi dan ikut resepi lain plak hehehe. Orang yg chekiah attack kali ini ialah rakan baik chekiah iaitu Puan Shuhairi Shuhaini (Jue) yang pada pandangan chekiah telah berjaya sangat2 dalam pembuatan roti jala versi anyaman tikar. Ramai juga yang berjaya chekiah tengok so syabas pada semua yer!

Resepi chekiah ambik dari blog Puan Jue kita dan bukan saja resepi yang chekiah rembat malah video cara menganyam tikar roti ni pun chekiah ambik juga hahaha jangan marah yer Puan Jue dan harap halalkannya .

trlupa nk snap pic masa awal2 kepingan trakhir baru tingat..comotnyaaaa...hehehe..

Malam tadi untuk dinner tersedialah roti jala dan kari ayam dan sekejap saja dah licin..Alhamdulillah. Percubaan kali ni pun macam tak berapa mantap boleh lah dan insyaAllah akan mencuba lagi kasi lagi happening hehe..

ini lah timbunan anyaman roti tikar yg telah siap tunggu untuk di gulung

Roti Jala
sumber resepi : Puan Shuhairi Shuhaini

Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
4 sdb santan
Secubit garam
2 1/2 cwn air
2 sdb minyak masak
1 sdk pewarna kuning
Minyak utk mengris kuali
2 helai daun pandan..carik2 & simpul..guna untuk gris kuali leper

Cara2nya..
1. Satukan semua bhn2 dlm pengisar n kisar shingga semua sbati.
2. Rehatkn adunan selama 20 mnt. Tuang adunan dlm botol muncung tiga.
3. Pnskn kuali leper, griskn sdkt minyak n tuangkan adunan dlm botol, buat seperti tikar.
4. Bila roti jala kelihatan seperti pucat n kering, angkat n lipatkan ato gulungkan.
5. Ulang proses yg sama shingga selesai. Siap, hdgkn bsama kuah kari atau kuah manis.

ini lah hasil projek menganyam roti tikar menggunakan botol plastik muncung 3..


video ihsan dari Puan Shuhairi Shuhaini (Puan Jue) terima kasih yer dear!

Tuesday, July 19, 2011

APAM SWEETIE


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat petang hari Selasa 19 July 2011.

Tengahari tadi sementara menunggu anak pulang dari sekolah untuk lunch bersama chekiah sempat "mengapam" resepi baru yang telah lama tersimpan dalam koleksi masakan chekiah. Untuk percubaan pertama chekiah buat separuh adunan saja sebab anak2 kat rumah bab apam2 ni tak berapa minat.
Setelah siap Apam Sweetie ni chekiah nampak rendah sangat dan rasa nyesal lah plak tak buat 1 adunan penuh, kalau tak akan lebih tinggi dan menarik.


Resepi asal apam ni chekiah dapat dari Aku Zack dan nama resepi yang di kasinya ialah Apam Indon tapi chekiah tukar menjadi Apam Sweetie..maaf yer Zack akak men tukar2 plak hehehe..dan minta izin kak kay C&P resepinya disini yer!


Apam Sweetie
nama asal : Apam Indon
sumber resepi : http://sukesukemasak.blogspot.com/

Bahan-Bahan:
5 biji telur
1 camt. ovalette
1/2 camt. esen vanila
300 gm tepung gandum
270gm gula caster
250ml santan atau susu segar
1/2 camt baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna dan 3 jenis perisa

Cara Membuatnya:
Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris).
Ayakkan tepung bersama-sama dengan baking powder dan ketepikan.
Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama-sama dengan tepung dan baking powder)
Pukul telur bersama-sama dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna +perisa yang disukai sambil dikacau rata.
Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil.
Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
Lakukan sehingga habis ketiga-tiga adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.

Friday, July 15, 2011

PUDING PISANG CHOCOLATE


Dah jam 12 malam chekiah masih mengadap screen hehehe
selepas letak N3 yang terakhir ni mesti masuk tidur sebab memang mata dah terlalu letih.

Puding Pisang Chocolate ni merupakan projek nak habiskan stock pisang yang esok atau lusa pasti akan bertambah ranum dan kulitnya akan bertukar menjadi hitam. Lebihan pisang raja telah chekiah jadikan hiasan puding chocolate dan projek ini telah di laksanakan pada lewat petang tadi dan di sebabkan chekiah dah tak sabar nak tengok hasilnya maka chekiah pun keluarkan dari peti sejuk dan semasa mengeluarkannya dari loyang terjadilah sedikit keretakan sebab ianya belum betul2 keras hehehe..inilah akibatnya kalau dah tak sabar. Selepas posing dan di ambil gambarnya puding ini telah di masukkan semula kedalam peti sejuk untuk di makan pada tengahari esoknya sebab dah malam tak nak lah layan sebab dah tentu rasanya sejuk sangat.

pandangan dari atas. susunan kepingan pisang pun memainkan peranan juga

Resepi asalnya chekiah godek2 dari google dan terima kasih pada puan empunya resepi. Maaflah chekiah udah derhaka mengubahsuai resepi asal mengikut citarasa chekiah.

ni bentuk lain plak tapi masih resepi yang sama

Puding Pisang Chocolate
[versi chekiah]

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung@tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
2@3 sudu besar butter (terlupa letak..klau letak mesti berkilat punya)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
beberapa biji pisang rastali@raja
~kukus bersama kulit selama 2 minit..tanggalkan kulit, potong bulat2 sederhana tebal..ambil bahagian tengah..bahagian tepi cincang halus~

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Masukkan cincangan pisang kedalam adunan dan kacau sekata
4. Susun potongan pisang di dalam loyang@acuan
5. Tuangkan adunan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
6. Sejukkan sebentar sebelum di masukkan kedalam peti sejuk
7. Hidangkan dalam keadaan sejuk.

*Selamat Mencuba*

C&P dr : http://www.potretkasih.com/tag/resepi-puding-coklat-sedap/
sumber asal : http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/02/rich-chocolate-pudding.html

bentuk potongan kena ikut susunan pisang tak boleh main sebarang potong hehe..

MAKARONI BAKAR


Juadah yang chekiah sediakan untuk minum petang hari ini ialah makaroni bakar. Minggu lepas untuk berbuka chekiah telah buat untuk pertama kalinya tetapi ternyata cepat lah pulak licin dan hari ini anak2 minta buat lagi dan kebetulan bahan2 masih ada berbaki maka terlaksanalah permintaan anak2 dan juga diri sendiri hehehe...

Selalu chekiah sediakan makaroni goreng ataupun makaroni sup tomato tapi kali ni akibat asyik belek resepi dari rakan facebook puan intan mas ayu terus berkenan di hati untuk mencuba. Rasanya memang lah sedap dan macam biasa begitu mengenyangkan tambah best bila letak parutan atau potongan cheese lebih2.

Terima kasih kepada intan mas ayu yang sudi kongsi resepi di wall fb nya. Macam biasa chekiah adjust serba sket dari resepi asal. Kepada peminat2 makaroni apa kata mencuba cara bakar plak untuk merasa kelainan dari segi rupa dan rasa :)

sebelum dibakar

                                                            setelah dibakar

Makaroni Bakar
sumber asal resepi : Intan Mas Ayu

Bahan2nya:-

300 gm makaroni - direbus sampai kembang
500 gm isi ayam/daging cincang@daging kisar
2 cawan cheese monzarella/cheddar (di potong ikut suka @ di parut
30 gm butter
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah@serbul lada hitam
1 sudu teh oregano/italian mix herbs (jika suka)
1 kiub pati ayam
4 sudu besar rempah kari daging (ikut kepedasan masing2)
4 biji telur (di kocok)
mix vegetables (jika suka)
Garam secukup rasa

Bahan kisar halus :-
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.


CARA MEMASAK :

1. Panaskan butter dan tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan rempah kari daging dan sedikit air kacau sebati dan masak hingga pecah minyak
3. Masukkan isi ayam@daging cincang dengan sedikit air dan masak hingga empuk
4. Masukkan lada sulah, serbuk oregano, susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati.
5. Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.
3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan campurkan telur yang telah di kocok dan kacau sehingga semuanya sebati dan rata.
4. Bahagikan adunan makroni dan cheese kepada 2 bahagian
5. Ratakan separuh dari makaroni di dalam loyang..susun separuh hirisan cheese atau tabur di atasnya kemudian masukkan separuh lagi makroni sehingga penuh loyang dan tabur sekali lagi di permukaannya dengan cheese
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna keperangan.
7. Setelah masak boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum memotong untuk dihidangkan

*Selamat Mencuba*

MEE KARI LAGI


Assalammualaikum Warohmatullahiwabarokatuh!
Salam sejahtera dan selamat petang hari Jumaat 15 Julai 2011.

I'M Back..!!!
Setelah sekian lama menyepikan diri petang ini chekiah kembali menjengah blog kesayangan dengan penuh rasa kerinduan terhadap rakan2 dan pengunjung setia laman blog ini. Kehilangan chekiah bukan ler kemana-mana cuma pergi bercuti sambil menziarahi sedara mara serta kekawan facebook.

Setelah sesiap menyapu sampah sarap dan sawang dan mengelap habuk2 yang agak tebal di blog ni chekiah publishkan masakan pertama setelah pulang dari bercuti.

Mee kari ... ni kali kedua dalam hidup chekiah menyediakan mee kari yang kebelakangan ni chekiah perasan merupakan makanan peberet encik somi. Baru-baru ini semasa dalam perjalanan ke Gombak singgah rehat dan makan di R&R. Encik Somi telah memesan mee kari untuk makan tengahrinya tetapi mengadu tak puas sebab rasanya tak sedap dan bahan-bahan topping plak tak seberapa. Melihat kekecewaan di raut mukanya membuat chekiah berazam bila pulang nanti nak sediakan mee kari yang sedap untuknya. Hari ini baru berkesempatan menyediakannya dan Alhamdulillah mendapat pujian yang bertalu talu darinya dan anak2 pun berulang ulang makan.

Kali pertama percubaan chekiah memang terdapat banyak kekurangan dari segi bahan2 tapi kali ni kiranya all out lerrr..


Bahan-Bahan:-
1 kg mee kuning (di celur)
50 sen taugeh (di celur)
Seringgit sawi (di celur)
1/4 kobis (di celur)
sedikit daum kesum@daun cenohom (di simpul)
1 btg bunga kantan (di belah 4@ di hiris kasar)

600gm daging@ayam (dipotong ikut suka)
600g udang (di rebus)
(kulit udang jangan di buang, cuci sekali, rebus & dikisar halus, tapis ambik airnya)
400gm isi kerang (di rebus ambik airnya)

10 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
2 peket serbuk kari daging
5 sudu makan cili giling
sedikit jus asam jawa

2 keping tahu (goreng & potong nipis)
2 keping kek ikan (fish cake) di potong
6 biji bebola ikan (fish ball) di belah
6 keping filamen ketam (di potong)

santan pekat (dari 2 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Untuk Hiasan:
-------------------
5 biji telur di rebus (belah 2 atau 4)
daun bawang
daun pudina
limau kasturi
Cili api
Cili merah
Bawang goreng