Ikut

Tuesday, July 19, 2011

APAM SWEETIE


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat petang hari Selasa 19 July 2011.

Tengahari tadi sementara menunggu anak pulang dari sekolah untuk lunch bersama chekiah sempat "mengapam" resepi baru yang telah lama tersimpan dalam koleksi masakan chekiah. Untuk percubaan pertama chekiah buat separuh adunan saja sebab anak2 kat rumah bab apam2 ni tak berapa minat.
Setelah siap Apam Sweetie ni chekiah nampak rendah sangat dan rasa nyesal lah plak tak buat 1 adunan penuh, kalau tak akan lebih tinggi dan menarik.


Resepi asal apam ni chekiah dapat dari Aku Zack dan nama resepi yang di kasinya ialah Apam Indon tapi chekiah tukar menjadi Apam Sweetie..maaf yer Zack akak men tukar2 plak hehehe..dan minta izin kak kay C&P resepinya disini yer!


Apam Sweetie
nama asal : Apam Indon
sumber resepi : http://sukesukemasak.blogspot.com/

Bahan-Bahan:
5 biji telur
1 camt. ovalette
1/2 camt. esen vanila
300 gm tepung gandum
270gm gula caster
250ml santan atau susu segar
1/2 camt baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna dan 3 jenis perisa

Cara Membuatnya:
Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris).
Ayakkan tepung bersama-sama dengan baking powder dan ketepikan.
Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama-sama dengan tepung dan baking powder)
Pukul telur bersama-sama dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna +perisa yang disukai sambil dikacau rata.
Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil.
Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
Lakukan sehingga habis ketiga-tiga adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.

2 comments:

  1. kak menariknya... nanti boleh cuba ni..
    ita suka sangat makan apam...

    ReplyDelete