Thursday, June 9, 2011
SWEETY LAICY LASSI
Alhamdulillah selamat sudah berbuka untuk hari ini. Keadaan cuaca mendung ingatkan nak hujan tapi tak juga hujan mungkin malam karang. Kalau hujan malam nanti best juga sebab leh tarik selimut sampai ke dagu.
Petang ni berbuka simple2 jer. Macam biasa makan nasi putih dengan kari kepala ikan merah, sambal takua(sambal tahu) dan ikan goreng. Minuman petang ni anak CK yang juga turut berpuasa menorai buat lassi sebab itu hari dia tengok CK buat cam senang aja. Kebetulan ada separuh lagi yogurt dan lebihan laici dalam tin jadi berbuka tadi minum lassi laici. Menurut anak CK kalau blend yogurt dan laici camtu jer nampak tak menarik jadi dia telah meletakkan setitik pewarna merah untuk menambah kecantikan warna lassi tu. Bila di letakkan hanya setitik pewarna merah maka warna nya bertukar menjadi merah jambu muda dan anak CK telah meletakkan nama lassinya Sweety Laici Lassi..ok lah tu janji sedap dan yg bestnya bila nyum nyum buah laici yang di buat hiasan. Campuran air laici dan yogurt telah menghasilkan rasa masam2 manis yang tersendiri. Apa2pun terima kasih pada JunJun kerana sediakan minuman berbuka petang tadi.
Kat rumah sekarang tak leh ada susu cair dan yogurt mesti ada saja anak2 CK yang nak buat air sedap2, kalau dulu bila CK buat baru dia orang merasa tapi sekarang bahan2 dah ada tunggu tinggal rajin atau malas saja. Apa2pun kira ok ler tu leh buat minuman sedap sendiri sekurangnya ada juga kebolehan dalam bidang membuat minuman sejuk.
Labels:
Aneka Minuman Sejuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nakkkkkk
ReplyDeleteslurpppp
nampak sedap! nak sikit.. :)
ReplyDelete