ikan goreng chekiah yang posing berderet
Mungkin ada di antara rakan pengunjung yang gelak atau sengih2 bila melihat N3 yang satu ini.Pada mulanya CheKiah pun tak nak letak post ikan goreng ni tapi ada juga anak-anak gadis terutamanya yang masih di bangku sekolah menanya CheKiah bagaimana nak menyediakan ikan goreng. Apa2pun kita sebagai orang dewasa patut membantu mereka agar mereka lebih bersemangat untuk rajin masuk ke dapur. Seingat CheKiah masa CheKiah dalam darjah 4 atau 5 CheKiah dah mula masak nasi, goreng ikan dan masak sayur tumis air. Kita orang dewasa yang mungkin sekarang dah cukup mahir masak memasak asalnya datang dari peringkat anak2 remaja yang baru bertatih menceburi dunia orang perempuan iaitu memasak.
Ikan Goreng
Bahan-bahannya :-
5 ekor ikan (sebarang ikan..di siang..di bersihkan dan di sejat atau di tos)
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng terendam
Cara Memasaknya :-
Gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit..ratakan keseluruh badan termasuk di bahagian belahan perut ikan agar bila masak nanti tak lah bahagian perut tu tak terasa garam kunyitnya.
Panaskan minyak di dalam non-stick pan (kuali biasa pun boleh saja)
Dengan api yang kecil pastikan minyak betul2 panas
Masukkan ikan sekor demi sekor ke dalam minyak
Biarkan sebentar sehingga nampak kuning keperangan atau kegaringan baru terbalikkan
Tunggu sebentar untuk proses yang sama di sebelah yang satu lagi
Setelah ikan itu masak angkat ler perlahan-lahan dan masukkan ke dalam pinggan@piring yang beralaskan tissue dapur untuk menyerapkan minyak yang terdapat pada ikan itu sebab kalau terlalu berminyak ikan akan rasa tidak enak.
Nota CheKiah :
Masa memasukkan ikan ke dalam minyak jangan sekali kali mencampakkannya takut minyak akan terpercik ke muka.
Jarakkan kedudukan ikan dalam kuali supaya mudah untuk terbalikkan
Pastikan ikan betul2 keperangan@garing sebelum di terbalikkan kerana ikan yang belum betul2 masak akan tertanggal isinya bila di terbalikkan.
Enak di makan sewaktu masih panas
** selamat mencuba **
Sunday, January 30, 2011
KERABU TAUGEH
KERABU TAUGEH
BAHAN2NYA [A]:-
1 cawan taugeh dibuang ekornya..dicelur sekejap
1 cawan timun dihiris nipis memanjang
1 kuntum bunga kantan..dihiris halus
segenggam daun pudina
1 inci halia..hiris halus memanjang
1 inci lengkuas..hiris halus
1 biji bawang besar ..potong dadu
1 batang serai hiris nipis2
1 cawan kerisik
garam dan gula secukup rasa
kisar halus jadikan sambal belacan [B] :-
2 biji cili merah
6-8 biji cili padi
sedikit belacan bakar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4-5 sudu air asam jawa
CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan A hinga semuanya bercampur
Masukkan bahan B, kacau sebati dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan
ROTI GULUNG SOSEJ
Sejak malam tadi memang ada nawaitu nak buat roti gulung sosej. Pepagi terlewat bangun maka keadaan sedikit kelam kabut namun akhirnya anak bongsu dan che abang dapat juga menjamah sebelum keluar pergi ke tuition dan kerja. Persediaannya tidak lah susah sangat tapi di sebabkan mengejar masa maka benda yang simple pun menjadi susah :)
Bahan-bahannya :-
10 keping roti digelek atau di tekan2 nipis (sebarang roti sandwich)
10 batang sosej ayam@daging (di rebus atau di celur dlm air panas sekejap)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur
mayonese (jika suka)
garam (jika perlu sebab sesetengah sosej memang tersedia masin)
bread crumb(serbuk roti) atau quaker oat (quaker oat slalu mejadi penyelamat bila kehabisan bread crumb)
minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam (deep fry)
Cara Membuatnya:-
pukul telur bersama serbuk lada hitam & sedikit garam
sapukan mayonese di atas roti dan letakkan sebatang sosej kemudian gulung
ambik gulungan roti golek di atas bancuhan telur angkat dan golek atas serbuk roti
masukkan gulunga roti yang sudah bersalut kedalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu (dalam keadaan api yang perlahan)
goreng lah sehingga keperangan..angkat dah letak di atas redai kueh untuk menyejatkan minyak yang menjerab
Roti Gulung Sosej
roti gulung sosej yang telah siap di masak

roti gulung sosej yang sedia untuk di makan
TAKUA@TAUHU SUMBAT
Sejak kecil sudah memanggil tauhu sebagai takua..bila dah bersekolah baru tahu ada panggilan lain untuktaukua iaitu tauhu..apa pun panggilannya ia tetap benda yang sama.
Di rumah tauhu selalu di goreng di makan begitu saja atau di cicah bersama sos..kekadang goreng buat sambal dan yang selainya adalah bahan pelengkap bagi hidangan mee, koay teow dan bihun.
Kebetulan teringin nak buat sendiri tauhu sumbat sebab selalunya membeli atau ada jiran2 yang bagi untuk di rasa. Bila sekolah cuti baru lah ada sedikit kelapangan untuk masak resepi2 yang berlambak menanti giliran untuk di cuba. Hari ini beli 10 keping tauhu untuk di buat tauhu sumbat dan sambal takua
10 keping tauhu
1 camt serbuk kunyit
1 camt garam halus
minyak untuk menggoreng
1/2 biji timun (buang empulur & di cincang halus)
1/4 biji sengkuang (di cincang halus)
200 gm tauge (dibuang ekor & di celur)
Bahan Sos :-
5 biji cili merah (di buang biji)*
3 ulas bawang putih*
(* di kisar halus)
50 ml cuka makan
garam secukupnya
3 camb kacang tanah di goreng & di tumbuk (kehalusannya ikut suka)
2 camb bijan di goreng tanpa minyak sekejap
Cara Membuatnya:-
Tauhu di potong menyerong (3 segi)..kelar di bahagiah tengah tapi jangan sampai putus
Lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga keperangan. Angkat dan tuskan.
Satukan timun, sengkuang dan tauge..sumbat ke dalam tauhu..ketepikan
Cara Membuat Sos:-
Gula, cuka dan garam di jerang di atas api yang perlahan hingga pekat
Bubuh cili dan bawang putih yang di kisar kedalamnya..kacau sebati.
Susun tauhu yang telah di sumbat di dalam pinggan dan cicah dengan sos yang di tabur dengan kacang tanah dan bijan.
Resepi di atas untuk penyediaan 10 keping tauhu sekiranya anda ingin mencuba dlm kuatiti yang sedikit anda boleh ler sesuaikan sukatan bahan2 yang diperlukan

Takua@Tauhu Sumbat
kepingan takua@tauhu yang telah di goreng kekuningan
Bahan-bahannya :-10 keping tauhu

MASAK LEMAK UDANG
Memang dah lama benar teringin nak gandingkan udang dan belimbing buluh dalam masak lemak tapi payah sungguh nak dapatkan belimbing buluh sehinggalah hari ini bila ke pasar ada 1 gerai yang menjual ulam ulaman dan hasil tanaman kampung yang lainnya termasuk belimbing buluh. Akhirnya dapat juga menyediakan masak lemak udang dengan belimbing buluh.
belimbing buluh dan udang basah
500 gm udang
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci serai*
5 biji cili padi* (berkecuali)
1 helai daun kunyit (diracik) (berkecuali)
2 cawan santan
1 keping asam gelugur@beberapa biji belimbing buluh
sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak
Cara Memasaknya :-
Udang di siang (ikut patern memasing)
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang telah di kisar..kacau sehingga wangi
Masukkan santan, daun kunyit (kalau suka) asam keping@belimbing buluh dan udang ...lengkapkan rasa dengan garam dan gula
*sekiranya anda menggunakan belimbing buluh tak perlu masukkan asam keping.
resepi ini adalah versi chekiah dan mungkin cara masakannya tidak sama antara satu sama lain
Masak Lemak Udang

bahan kisar dan santan

Subscribe to:
Posts (Atom)