Thursday, March 31, 2011
SAMBAL SOTONG SUMBAT
Assalammualaikum dan selamat tengahari jumaat pada semua.
Sepagi hari ini keadaan cuaca masih mendung dan hujan turun renyai-renyai. Tengahari ni masak simple2 saja iaitu sayur lemak kubis, ikan goreng(wajib) dan 1 resepi baru masakan sotong. Di bawah ini chekiah sertakan resepi masakan sotong yang chekiah torai..rasanya memang sedap dan kepada yang sudi nak tambah koleksi masakan sotong boleh lah mencubanya.
Bahan Asasnya:-
500gm sotong basah
~ Rebus atau kukus sotong hingga masak..tuskan ~
Bahan-bahan yang perlu di sumbat di dalam sotong:-
50 gm kacang panjang*
20 gm kacang buncis*
1 batang carrot*
20 gm taugeh@kubis
1/2 kiub pati ikan bilis@ayam
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih..di cincang
~ bahan2 yang bertanda * di cincang dadu kecil2 ~
Cara Memasaknya:_
Panaskan minyak..tumis bawang putih hingga wangi
Masukkan sayur2an, kiub pati ikan bilis@ayam dan sedikit air..kacau hingga lembut..ketepikan
Bahan-Bahan Kisar (A):-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
8-10 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
Bahan Tumis:-
2 ulas bawang merah
2 batang serai di ketuk
2 sudu besar minyak masak
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Cara Menyediakannya:-
1. Sumbatkan sayur-sayuran ke dalam sotong..ketepikan
2. Panaskan minyak..tumis bahan tumis hingga garing
3. Masukkan bahan kisar (A) dan kacau sehingga naik baunya
4. Campurkan air asam jawa, garam & gula dan kacau sebati
5. Masukkan sotong berisi sayuran dan kacau sehingga sekali mendidih
6. Sedia untuk di hidangkan
*Selamat Mencuba*
Wednesday, March 30, 2011
SAMBAL HIJAU UDANG
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua..semoga hari ini kita beroleh kerahmatan dariNya insyaAllah..
Sekejap tadi sempat cuba resepi baru masakan udang..rasanya sedap dan semestinya berlainan sedikit dari masakan udang yang selalu di masak. Kepada yang ingin mencuba resepi masakan udang disini chekiah lampirkan resepinya :-
Bahan-bahannya:-
1 kg udang kertas..bersihkan..di belah belakang dan di goreng..ketepikan.
8 biji cili hijau..kisar
3 biji limau kasturi ..di perah jusnya
Bahan Di Kisar (A) :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan-bahan lain:-
3 batang serai ..di ketuk
garam dan gula pasir
5 sudu minyak masak
Bahan Hiasan :-
1 biji cili merah
1 tangkai daun ketumbar
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (A) sehingga garing
2. Masukkan serai, jus limau kasturi dan cili hijau yang di kisar
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya..biarkan sehingga masak
4. Apabila dan masak dan kuah agak pekat tuangkan ke atas udang
5. Sedia untuk di hidangkan
*Selamat Mencuba*
COLD COFFEE@COFFEE SHAKE
Bila cuaca panas apa yang kita inginkan? Selalunya minuman sejuk menjadi pilihan. Selain minuman sejuk dari asas minuman biasa kita kekadang teringin nak cari kelainan dalam melayan tekak kita yang sememangnya akan merasa lega kalau di hidangkan dengan minuman yang lain dari yang lain. Resepi coffee sejuk atau coffee shake ni adalah hasil dari minum di luar terutamanya minum di restaurant atau hotel so bila balik rumah mula ler mencipta dari kreativiti sendiri hehe
1 sudu teh kopi segera + 3 sudu air panas (kacau rata)
5 ketul ice cube
1 cawan susu segar@susu cair
1 scoop ice cream perasa vanilla
1 sudu makan air gula
~ kisar@blend semua hingga sebati dan berbuih ~
Taburkan serbuk kopi@koko di atas permukaan
dan boleh juga di letakkan tambahan scoop ice cream dia atasnya
SERAWA@PENGAT PISANG
Terlebih rajin pada petang ini sempat lagi buat seghawa@pengat pisang. Tergerak hati nak buat sebab ada lebihan pisang berangan yang beli 2 hari lepas. Sementara pisang tu masih lagi tegap keadaan bodynya lebih baik ler buat sesuatu sebab kalau nak makan dah tak lalu lagipun pisnag berangan ni berangin jadi selepas makan kena lah sapu minyak angin hehehe
Dengan 4 biji pisang yang berbaki terhasillah seghawa@pengat pisang yang enak rasanya tapi terkilan sikit sebab stock sagu biji tidak ada kan best kalau ada sagu biji mata ikan tu pasti lebih enak dan kelihatan sagu tu pun berkilat kilat. Jom tengok resepinya pada yang berminat untuk mencuba :-
Bahan-bahannya:-
1 biji pisang tandung (pisang lelain pun boleh juga)
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka@kabung@geghek
4 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
Cara Membuatnya:-
1. Pisang di potong menyerong..ketepikan
2. Dalam periok didihkan santan, gula pasir, gula melaka & daun pandan.. kacau selalu agar santan tidak pecah minyak
3. Apabila mendidih masukkan hirisan pisang dan garam..masak lagi hingga sekali lagi mendidih dan tutup api
4. Sedia di hidangkan
*Selamat Mencuba*
RICH CHOCOLATE CAKE
Assalammualaikum dan selamat petang pada semua. Alahaiii seharian hari ini asyik hujan sekejap lebat sekejap renyai-renyai..langit mendung dan rasa-rasanya malam nanti pun akan hujan juga.
Hari ni awal-awal lagi sudah siapkan lauk pauk untuk makan tengahari. Selalunya macam tu lah kalau aura "R" datang awal-awal pagi dah mulakan tugas di dapur tapi kalau aura "M" datang alamat masuk dapur pun lewat dan lauk pauk pun yang ringkas-ringkas sahaja.
Sementara menunggu waktu petang sempat buat sebijik kek cokelat. Di rumah kalau buat kek tak suka letak icing atau cream aper lagi sarat dengan hiasan yang berbagai lagi ler kek tu tidak akan di sentuh. Selalu buat kek kosong jer tanpa di hiasi dengan sebarang dekorasi. Petang ni saja letak cairan cokelat masak di atas kek dan tabur gula urai (colour rice). Kebetulan benda2 nak hias ni memang dah beli sesiap tapi jarang guna dari terbuang begitu saja lebih baik di gunakan. Pada yang sudi nak mencuba di letakkan resepi di bawah ini :-
Bahan-bahannya :-
175 gm mentega
175 gm gula kastor
175 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
50 gm coklat masak ...di cincang halus
3 biji telur
Cara Membuatnya:-
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan di pukul lagi
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan chocolate masak...pukul sebati
4. Masukkan kedalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Untuk Topping :-
150 gm coklat masak di cairkan menerusi kaedah double boiling dengan api yang sederhana
Setelah kek sejuk sapukan topping dan taburkan sebarang hiasan mengikut kesukaan anda.
*Selamat Mencuba*
Monday, March 28, 2011
OPOR AYAM
Assalammualaikum..
Dah selalu dok prati jer resepi ni tapi tak sampai hajat lagi untuk mencuba sehingga lah tengahari tadi di sebabkan kekeringan idea nak masak maka terhasillah juga opor ayam ini. Pertama kali mencuba dan rasanya sedap lah juga cuma kurang pedas saja. Next percubaan mungkin leh derhaka sket dari resepi asal letak serbuk lada ker atau cili padi kasi berasap sket haha..
Resepi ni dapat dari buka masakan mana entah dah lupa maklum lah dah lama tersimpan tak buat2 juga. Menerusi beberapa blog hasil pencarian di google opor ni berasal dari Jawa Tengah Indonesia dan telah meluas ke merata tempat dan di gemari oleh ramai orang. Jom layan resepinya plak!
Opor Ayam
1 ekor ayam (di potong 8)
800 ml santan (dari 1 biji kelapa)
2 batang serai di titik
3 helai daun limau purut
2 sudu air asam jawa
garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar :-
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Bahan Di Mesin Halus :-
3 camca besar ketumbar biji (di sangai terlebih dahulu)
1 camca besar jintan manis (di sangai terlebih dahulu)
4 biji buah keras
Cara Memasaknya:-
Perap ayam dengan bahan kisar dan bahan yang di mesin halus selama 1 jam
Jerang santan, serai, daun limau purut, garam dan gula sampai mendidih
Masukkan air asam jawa dan ayam yang di perap
Kacau hingga mendidih dan ayam masak.
Sesuaikan rasa jika perlu
Bila kuah opor dah pekat boleh lah di angkat dan disajikan
*Selamat Mencuba*
Friday, March 25, 2011
LAKSA PENANG
laksa yang telah siap untuk di makan
Dua hari lepas chekiah dah buat sup dan hari ini untuk makan tengahari teringin plak nak makan laksa. Lama juga chekiah tak buat laksa dan kebetulan ada rakan facebook yang dah menayang masakan laksa utaranya maka lagi ler berkobar kobar semangat chekiah nak memasaknya. Orang yang suka atau fanatik dengan laksa pastinya akan di gelar hantu laksa hehehe tak semena mena dapat gelaran hantu lagi..kelakarrr betul...
Bila bercerita tentang laksa seperti yang kita semua tahu di setiap negeri ada jenis laksanya yang tersendiri. Di kawasan utara laksa asam adalah yang terpopular dan di tempat lain terutamanya di pantai timur kuah laksanya di sediakan dalam kategori kuah lemak...bila di kategorikan sebagai kuah lemak dah pastinya penggunaan santan pekat tidak dapat di elakkan dan ini membuat kita akan cepat merasa jemu tapi terpulanglah pada selera tekak masing2
laksa yang telah siap di celur
Laksa Penang
[versi chekiah]
1kg laksa basah di celur dengan air mendidih@1 pkt laksa kering di rendam & di rebus hingga lembut..toskan
Bahan Kuah:-
1 kg ikan sardin@curut@kembung
3-4 ulas asam keping
sedikit garam
~ rebus semua..asingkan ikan dan ketepikan air rebusan (digunakan untuk kuah)
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar isi ikan hingga halus dan di campur dengan air rebusan ikan..ketepikan ~
Bahan Kisar :-
1-2 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
sedikit belacan
4-5 sudu cili kering kisar
Bahan Untuk Di Masukkan Semasa Merebus (A) :-
2 cm halia (di ketuk)
2 batang serai (di ketuk)
1 cm lengkuas (di ketuk)
beberapa helai daun kesum (daun cenohom) di simpul
2 keping asam gelugor (asam keping)
garam secukup rasa
Bahan Hiasan:-
1 pokok kecil daun salad (di hiris)
1/4 biji nenas (di hiris)
7-10 biji cili padi (di hiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (di hiris halus)
1 batang timun (di hiris)
1 batang bunga kantan (di hiris)
1 pokok daun daun pudina (asingkan daun dari tangkai)
2 biji limau kasturi (di belah 2)
telur rebus (optional)
petis@otak udang (optional)
Cara Membuatnya:-
1. Masukkan bahan kisar & bahan (A) kedalam periok yang berisi air rebusan & isi ikan yang telah di kisar
2. Jerang atas dapur sambil di kacau selalu
3. Bila mendidih sesuaikan rasa dan biarkan mendidih sekejap baru matikan api.
4. Dalam mangkukmasukkan laksa dan bahan2 hiasan...kacau kuah laksa agar isi ikan naik keatas sebelum menyendukkan ke dalam mangkuk laksa
5. Sedia untuk di makan
*Selamat Mencuba*
Wednesday, March 23, 2011
DRAGON FRUIT PUDDING
Assalammualaikum...antara buah2an yang terdapat di Malaysia buah naga atau bahasa omputihnya dragon fruit yang chekiah jarang makan. Selalu perasan akan kewujudan buah yang satu ni di jual di merata tempat tapi entah selalu asyik menengok jer dari jauh tak pernah teringin pun nak membeli apatah lagi memakannya. Beberapa tahun yang lalu sewaktu mengikuti rombongan ke Negeri Sembilan barulah berkesempatan membeli dan memakannya itu pun di sebabkan ramai ahli2 rombongan yang berebut rebut membelinya maka chekiah pun menyelit ler sama membeli. Memula nengok isinya rasa cam tak tertelan tapi paksakan diri juga sebab nak tahu camner rasanya. Setelah masuk ke dalam mulut dan melalui tekak alahaiiii sedapnyaaa lebih2 lagi kalau menikmatinya dalam keadaan sejuk lagi mabeles. Semenjak hari tu memang dah rasa serasi dengan buah naga ni dan dah tahu yang buah naga ni ada 2 jenis..1 yang isinya bewarna putih dan 1 lagi yang isinya bewarna merah seroja.
Menerusi laman facebook selalu nampak rakan2 letakkan N3 berbagai juadah yang berasaskan buah naga ni dan yang menarik minat chekiah ialah resepi dari rakan baik dan rakan bergurau chekiah iaitu puan Shuhairi Shuhaini yang lebih mesra di panggil Jue. Chekiah dengan tak malunya hehehe telah mencuba membuat puding buah naga ni dan rasanya memang enak dan nyaman saja bila di nikmati dalam keadaan cuaca panas rasa nyaman dan dinginnya tekak tidak terkata. Terima kasih Jue kerana sudi kongsi resepi...sayang Jue...
Bahan2nya:-
625 ml air
4 1/2 sdb gula pasir
2 helai daun pandan
5 gm serbuk agar2
1/2 sdk esen vnla
150 gm isi buah naga jenis merah + 125 ml air - dkisar
200 ml susu cair
Cara2nya..
1. Dlm periuk, satukn air, gula, daun pandan n serbuk agar2, kacau hingga larut n masak dgn api sdrhna sambil dkacau slalu hingga mdidih, masukkn esen vnla n kacau rata.
2. Alih periuk dr api, keluarkn daun pandan. Tuang puree buah naga td n kacau dgn whisk hingga rata, kemudian masukkn susu cair, kacau hingga sbati. Isi dlm bekas sesuai n biarkn sejuk sbntr.
3. Simpan dlm peti sejuk slama 1 jam atau hingga keras.
RENDANG DAGING
Assalammualaikum semua..terima kasih di atas kunjungan rakan2 ke blog chekiah yang serba kekurangan ini. Di harap segala perkongsian di laman blog ini sedikit sebanyak dapat membuat anda selesa dan sekiranya ada masakan2 chekiah yang menarik perhatian dan rasa dah kecap2 air liur tu siler lah mencuba semoga dapat menepati citarasa keluarga rakan2 semua.
chekiah adalah seorang peminat rendang..tak kira ler rendang apa pun semuanya akan dapat perhatian mata dan tekak chekiah. Kat rumah selalu chekiah sediakan rendang ayam, daging dan kerang sahaja tapi anak2 lebih gemar makan rendang ayam kalau di bandingkan dengan daging dan kerang.
Baru-baru ini terpanggil untuk mencuba resepi rendang daging yang di sertakan oleh rakan-rakan blogger dan chekiah telah mencuba rendang daging hasil dari resepi rakan di blog My Resepi dan chekiah mohon tepek kan disini resepinya yer cik/puan melati
Rendang Daging
resepi : melati
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/133
Bahan-bahan:-
1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
****Bahan Kisar**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***Bahan Mayang ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara Membuatnya:-
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
Saturday, March 12, 2011
KETAM GORENG BEREMPAH
1kg ketam bunga
serbuk kunyit
serbuk jinta manis
garam
minyak untuk mengoreng
~ gaul semua kecuali minyak dan goreng sekejap ~
Bahan A:- (Kisar Halus)
15-20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 btg serai
2 biji cili hijau (belah buang biji)
2 biji tomato sedang
Bahan B:
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
garam n gula secukup rasa
Bahan Sampingan:-
3 ulas bawang merah (hiris)
4 sudu besar rempah kari ketam
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun bawang & saderi (hiris)
Cara Memasaknya:-
Dengan mengunakan lebihan minyak yang menggoreng ketam tumis hirisan bawang merah dan daun kari hingga naik bau
Masukkan bahan kisar (A) dan sedikit air..kacan dengan api perlahan sehingga terbit minyak
Masukkan serbuk rempah kari ketam dan kacau lagi hingga agak kering baru lah masukkan bahan B..kacau sebati
Masukkan ketam dan kacau sekejap..masukkan hirisan daun bawang & saderi gaul serata dan boleh di angkat.
TELUR LADA HITAM
10 biji telur rebus
Bahan Di Tumbuk Kasar:-
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji lada hitam
Bahan Di Hiris:-
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya
5 sudu besar Minyak masak
Cara Memasaknya:-
Goreng telur rebus hingga kekuningan. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali
Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan ketumbar, jintan manis dan halia hingga kekuningan dan wangi
Masukkan air dan kacau perlahan lahan
Kemudian masukkan lada hitam, garam, cili kering dan daun kari.
Masak selama 2-3 minit
Akhir sekali masukkan telur rebus..kacau rata dan sebati
Siap untuk di hidangkan
Thursday, March 10, 2011
PUFF SARDIN
Dulu selalu beli saja kat bakery atau cake house puff sardin dan juga puff2 yang lain tapi sekarang semenjak mengenali page Kongsi Resepi (KR) di laman sosial Facebook chekiah dah mula cuba try test atau singkatannya mengetes mana2 resepi yang berkenan di hati..kalau nak ikut mencuba semua resepi kat situ mau ketaq lutut chekiah hehe. Memang banyak sungguh perkongsian resepi di page tu. Dari KR juga chekiah mengenali rerakan yang sama minat memasak cam chekiah.
Memula nak buat puff sardin ni gigil juga yer ler takut2 tak menjadi sedangkan harapan chekiah setinggi gunung nak merasai hasil buatan sendiri. Sepanjang proses pembuatan mulut kumat kamit berdoa agar hasilnya menjadi seb baik lagi chekiah tak sembur puhh kiri puhh kanan hehehe..
Sunday, March 6, 2011
SEDAP KE???
Selalu bila melalui jalan Dickens (berhampiran Polis Headquaters..belakang Mydin) mesti mata chekiah tertoleh toleh melihat sebuah kereta sorong yang menjual snek seperti samosa, cekodok besar, masalavadey dan beberapa jenis lagi snek2 yang lebih di kenali di kalangan masyarakat India. Dalam hati selalu berkata "sedapnya nampak jualan tu semua bila nak boleh beli ni.." sebab selalu melalui jalan tu untuk ke sesuatu destinasi dan tidak sempat nak berhenti takut terlambat.
Samosa Ayam, Kentang Dan Sardin..setiap 1 berharga RM1.00
Akhirnya tengahari tadi sempat singgah sebentar.. apa lagi beli ler 2 jenis snek yang di minati iaitu samosa dan masalavadey. Samosa beli yang intinya sardin, ayam dan kentang manakala masalavadey macam biasalah di buat dari kacang dal.
Pandangan dalaman samosa berintikan ayam
Dulu chekiah hanya biasa makan karipap saja tak terbiasa makan snek yg di namakan samosa tapi sekarang dah makin selalu makan. Chekiah selalu beli saja belum ada kesempatan membuatnya walaupun rasanya takder banyak beza dengan membuat karipap keduanya perlu di isi inti. Kalau dulu samosa ni hanya di letakkan kentang dan kekadang di campurkan dengan sayur dan kacang peas tetapi sekarang macam karipap juga samosa di letakkan dengan macam2 inti mengikut kesesuaian selera masing2.
Setelah makan ketiga-tiga samosa ni komentnya "boleh lah tahan". Rasanya lebih sedap kalau di buat sendiri. Inti yang di letakkan lebih kurang sama dan tidak terdapat pun isi ayam atau sardin cuma ada ler sedikit rasa rempah ayam.
Inilah salah satu lagi snek kegemaran chekiah iaitu Masala Vade atau Masala Vada. Bentuknya bulat hasil dari kepalan tepung dal yang di campur dengan kacang dal dan bahan2 rempah yang boleh menaikkan selera kita sewaktu dia masih dalam gorengan. Masala Vade yang chekiah beli ni agak keras dan hanya sedap bila di makan waktu masih panas tetapi chekiah pernah menikmati Masala Vade yang walaupun dah sejuk tapi masih terasa lembut isinya.
Masala Vade atau Masala Vada yang setiap satu berharga 50sen
Rasa kepedasan isinya memang sedap tambahan di letak hirisan cili hijau yang apabila di geget pedasnya boleh ler tahan hehehe..Masala Vade ni akan lebih enak kalau di lebihkan kacang dal dari tepung kerana seperti yang kita tahu terlebihnya tepung akan menjadikan isinya keras.
Saturday, March 5, 2011
GULAI@KARI IKAN BAWAL
Tengahari kemarin (semalam) berkesempatan sediakan 3 hidangan lauk pauk untuk makan tengahari dan baru sekarang dapat postkan kat wall blog. Dah lama tak masak gulai atau kari asyik masak masakan simple dan campak2 saja sehinggalah anak-anak bersuara "ibu..dah lama tak masak gulai yer!" jadi per lagi masak lah chekiah memenuhi selera anak-anak. Chekiah pasan anak-anak chekiah kalau gulai yang di beli mesti dia orang tak berapa suka sebab biasalah kebanyakan gerai2 berhampiran dengan rumah chekiah (di tengah2 bandaraya Georgetown) adalah kepunyaan India Muslim (mamak) dan seperti yang kita tahu gulai mamak berkuahkan air asam bukannya santan jadi keenakannya kureng sket tapi ada juga gulai mamak yang begini sedap rasanya dan tak cepat rasa muak/jemu/jelak/cemuih (tudiaaa banyak nyer nama yang berlainan maksudnya sama).
ikan bawal hitam yang sederhana besarnya
Sejak celik2 mata (wahhh ayat dolu2..) chekiah kenali ayat gulai hinggalah semakin umur meningkat baru terbiasa dengan panggilan kari.. Orang2 utara lebih biasa memanggil gulai dari kari dan rasanya panggilan kari lebih kepada ayat mamak (india muslim) tapi keduanya sama juga walaupun cara masakannya berlainan sedikit mengikut versi masing2.
Bahan tumis rempah & serbuk cili
Kebolehan memasak gulai ini chekiah perolehi dari hasil melihat arwah emah chekiah masak dulu. Waktu tu chekiah hanya di benarkan menolong menyiapkan bahan2 untuk di masak sebab arwah emak lebih suka chekiah habiskan masa dengan belajar & membuat kerja sekolah. Hasil dari pemerhatian, penilitian & pertanyaan akhirnya chekiah berjaya menambat hati isi keluarga dengan masakan gulai versi chekiah. Chekiah tetap beranggapan bahawa setiap hasil air tangan seseorang tu akan membawa rasa yang berlainan walaupun masak masakan yang sama.
Air asam jawa & santan
Bahan sampingan untuk menyedapkan gulai. Terung(xder bendi), cili hijau dan tomato
Bahan-bahannya :-
(A)
2 ekor ikan bawal hitam yang sebesar tapak tangan..siang, bersih dan toskan
(kalau besar elok di potong 2)
Bahan Tumis (B):-
5 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah (di hiris nipis)
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan lain (C) :-
1 peket (25gm) rempah kari ikan (sebarang jenama)
1 sudu besar serbuk cili
1 camca besar garam
~ campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes)
Bahan-bahan lain :-
100 gm santan
3 camca besar air asam jawa
5 biji bendi atau 1 biji terung putih (belah 4)
1 biji bawang besar (belah baji)
1 biji tomato (belah baji)
3 biji cili hijau (di belah jangan sampai putus..keluarkan bijinya)
2 tangkai daun bawang (potong anggaran 1 inci)
Cara memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali@periok
Tumiskan bahan tumis hingga kekuningan dan naik bau
Perlahankan api dan masukkan bahan2 C..kacau rata selalu agar tidak hangus
Setelah terbit minyak masukkan air asam jawa dan kacau
Masukkan terung@bendi, ikan, cili hijau & 1/2 cawan air..biarkan seketika
Masukkan santan dan kacau perlahan lahan agar ikan tidak hancur
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa, bawang besar, daun bawang & tomato
Siap di hidangkan..
** Selamat Mencuba **
Friday, March 4, 2011
BELI APA TU...???
Kekadang bila ada kelapangan pada tengahari sabtu chekiah akan pergi mengambil anak dara kecil chekiah dari kelas tambahan. Seandainya chekiah sampai lewat rasanya keadaan boleh terkawal tetapi sekiranya chekiah sampai awal maka ini lah keadaannya..keadaan di mana chekiah akan masuk tinjau barang2 jualan di 7 eleven berdekatan..setakat tinjau2 sambil menyegarkan badan sekejap dengan kesejukan penghawa dingin di situ sambil beli 1 2 barang ok ler tapi tinjauan chekiah selalunya melebihi sepuluh hinggit itu yang tak boleh tahan hahaha..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)