Ikut

Sunday, December 19, 2010

DAGING GORENG GARAM KUNYIT

                                          Daging Goreng "Harimau Menangis"

DAGING GORENG GARAM KUNYIT

500gm isi daging..dipotong sederhana tebal
1 1/2 sudu kecil kunyit
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
~ gaul semua dan perap seketika ~

BAHAN KISAR:-
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

4 sudu besar minyak
2 biji bawang besar potong lereng
1 biji cili merah..dihiris menyerong
1 biji cili hijau..dihiris menyerong
beberapa tangkai cili padi..diketuk
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi
Masukkan perapan daging dan sedikit air kacau sebati dan masak sehingga daging lembut@empuk
Masukkan hirisan cili merah, hijau dan cili padi serta garam & serbuk perasa (kalau suka) ..sesuaikan rasanya
Kacau sebati dan matikan api
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*

SUP KEPALA IKAN GERUT-GERUT



SUP KEPALA IKAN GERUT-GERUT

2 biji kepala ikan gerut sederhana besarnya
3-4 cawan air
1 bunjut sup ikan adabi
2 keping asam gelugor/asam keping
garam secukup rasa
1 sudu kecil biji lada hitam
sedikit bawang goreng
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup

BAHAN TUMIS:-
2 sudu besar minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dihiris nipis memanjang macam macis
1 batang serai diketuk

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang kuning dan wangi
Masukkan air dan bunjut dan kacau sebati dan biarkan mendidih
Masukkan kepala ikan, asam keping, garam dan biji lada hitam
Biar mendidih atau sehingga kepala ikan bertukar warna menjadi putih atau masak
Masukkan kedalam mangkuk dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng
Sedia dinikmati

*Selamat Mencuba*

SAMBAL BELACAN


SAMBAL BELACAN
[versi chekiah]

BAHAN2NYA:-
5 biji cili merah..dipatah2kan agar mudah untuk menumbuk
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan yang telah dibakar
air asam jawa atau perahan limau kasturi
sedikit garam dan gula
sedikit udang kering [kalau suka)

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Masukkan kesemua bahan KECUALI air asam jawa kedalam lesung batu dan tumbuk sehingga halus
Campurkan air asam jawa atau perahan limau kasturi..kacau sebati dan masukkan kedalam bekas yang sesuai. Sedia dihidangkan bersama ulam2man dan enak juga dilayan bersama ikan kering pilihan

*Selamat Mencuba*

NASI GORENG SOTONG



Nasi goreng sotong ni selalu juga CheKiah dengar akan kesedapannya tetapi bila makan di kedai terutamanya kedai makanan siam rasanya biasa sahaja cuma kelainannya di letakkan sotong tapi pada cuti sekolah tahun lepas adik ipar CheKiah yang telah pulang bercuti dari Langkawi telah menyediakannya dengan begitu enak sekali maklum ler sotong yang di gunakan adalah hasil tangkapan suaminya sendiri. Kemanisan sotong yang baru betul2 membawa kelainan dari segi rasa pada nasi goreng sotong. Terima kasih kepada Adik Mah yang sudi memasak untuk kami sekeluarga pada hari itu.

Nasi Goreng Sotong
Bahan-bahannya:-

1 pinggan nasi putih yang di sejukkan terlebih dahulu
5 ekor sotong yang sederhana besarnya (di potong 2)
3 ulas bawang putih (di cincang)
1 ulas bawang besar (di cincang)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan (kalau tak der letak jer 1 sudu teh garam halus)
4-5 biji cili padi (di potong pendek2@diketuk sebijik2)
1 biji telur
2 sudu makan minyak

Cara-cara:

Bersihakan sotong, buang kulit (ikut suka), potong, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu kemudian masukkan bawang putih goreng hingga wangi
Masukkan sotong, sos tiram, sos ikan@garam, cili padi dan kacau sebati..biar sekejap sehingga sotong lembut
Masukkan nasi kacau rata..buat lubang tengah nasi dan pecahkan telur dan kacau menjadi telur hancur
Gaul semua hingga sebati..padamkan api dan sedia untuk di hidangkan

Nota CheKiah:-
Untuk memasak nasi goreng yang tidak berketul dan melekit sebaiknya sukatan air semasa memasak nasi hendaklah di kurangkan sedikit agar mendapat nasi yang agak berderai.
Sebaiknya 1/2 jam sebelum menggoreng keluarkan nasi dari periok dan kiraikan di dalam pinggan supaya dia sejuk dan memudahkan untuk menggorengnya nanti.

SIRAP PAUTAN KASIH


Resepi sirap ni adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi yang bermurah hati kasi. Sewaktu pulang berhari raya di rumah arwah emak mertua dalam sesi makan ramai2 dia telah menunjuk ajar camana nak buat sirap yang mabeles ni. Selalunya sirap ini kita minum di rumah2 kenduri kawin dengan berbagai bagai warna. Pada mulanya tak tahu nak letak apa nama resepi ni tapi akhirnya wujudlah "sirap pautan kasih" sebab sekali minum pasti rasa macam nak berpaut kat jug sirap ni hehehe..

Sirap Pautan Kasih

Bahan-bahannya :-
2 kg gula pasir
1 botol kecil (330ml) sunquick perasa oren
1 1/2 botol esen pisang
pewarna hijau @ sebarang pewarna kegemaran
air secukupnya
limau nipis@kasturi (untuk xtra kesedapan)

Cara Membuatnya :-
Masak gula dan air
Setelah gula larut masukkan oren sunquick, esen pisang & pewarna
Kacau dengan penuh kemanjaan dan pastikan senyum terukir di bibir
Setelah nampak hampir mendidih matikan api dan sejukkan
Untuk menambahkan keenakan boleh juga di campur dengan perahan limau nipis@kasturi

Sukatan di atas untuk beberapa kali kegunaan sekiranya anda ingin mencuba boleh ler
adjust mengikut keperluan.

*Selamat Mencuba*

IKAN KICAP MANIS


Selalunya bila berkumpul beramai ramai dirumah arwah emak mertua mesti ada saja berbagai bagai makanan yang disediakan. Kebetulan adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi apabila pulang selalu membawa ikan, udang dan sotong yang besar2 (hasil tangkapan dan mencandat suaminya). Bila dah ramai2 makan aper pun sedap dan selalunya kami pakat2 menyediakan hidangan yang simple2 tapi sedap. Resepi ini hasil dari pemantauan kedua dua adik ipar apabila mereka menjamu selera disebuah restauran. Rasanya memang sedap lebih2 lagi kalau masak menggunakan ikan yang segar.


IKAN GORENG KICAP MANIS

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan yang sederhana besar (sebarang ikan kesukaan)
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu kecil garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan2 Sos:-
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu makan sos tomato
2 camca sudu kecil gula
garam & serbuk perasa (sekiranya perlu sebab sos ikan telah tersedia masin)
~ campur semua dan kacau rata...ketepikan~

Bahan2 Kisar:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering kisar

Bahan2 Hiasan:-
daun bawang..dihiris halus
cili merah ..dihiris halus (kalau suka)
cili padi ..dihiris halus
bawang putih dicincang & di goreng
hirisan limau nipis (kalau suka)

Cara Membuatnya:-
1. Goreng ikan sehingga tiga suku masak..angkat dan ketepikan
2. Guna 3 sudu minyak dari menggoreng ikan dan tumis bahan kisar hingga wangi
3. Setelah itu masukkan bahan sos dan sedikit air kacau rata dan masak biar hingga mendidih
4. Masukkan ikan dan balik2kan agar mesra dengan kuah dan masak sehingga kuah sedikit pekat
5. Letakkan ikan di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang putih goreng
6. Sedia dihidangkan

* Selamat Mencuba *

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN2NYA:-

250gm sotong ...bersihkan, dipotong bulat2 dan ditoskan
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
~ Gaul semua dan perap 20-30 minit ~

3 ulas bawang merah..dihiris nipis
2 ulas bawang putih...dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang...dipotong dalam 1 inci
1 biji tomato di belah 4
Minyak untuk menumis.

CARA PENYEDIAANNYA:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan sotong dan kacau dan biarkan sekejap
3. Bila nampak sotong dah mengecut dan airnya dah agak kering masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang
4. Kacau sehingga semuanya rata dan padamkan api
5. Sedia dihidangkan

* SelamaT MencubA *

Friday, December 17, 2010

JELLY KELAPA


1 peket serbuk agar2 (13gm)
1 1/2 mug gula (ikut citarasa manis masing2)
5 mug air
5 mug air kelape muda berserta isinya
1/2 s/t garam halus
2 helai daun pandan di simpul

Cara Membuatnya:-
Masak air, agar2, gula dan daun pandan
Kacau sentiasa hingga agar2 dan gula hancur
Masukkan air kelapa beserta isinya dan garam halus
Padamkan api dan boleh lah di masukkan kedalam bekas atau acuan
Biar dahulu pada suhu bilik sebelum di masukkan kedalam peti sejuk
Enak di makan waktu cuaca panas