Ikut

Wednesday, September 28, 2011

SANDWICH TELUR REBUS

Assalammualaikum dan selamat malam. Tentu waktu ni ramai yang dah selesai makan malam tak kira lah bersendirian atau bersama ahli keluarga tersayang. Malam ni CK layan sandwich saja sebab tak der selera lah plak nak jamah nasi.

Sandwich yang CK sediakan ni telah diperkenalkan oleh arwah emak CK sejak dibangku sekolah lagi huhuhuhuuu lama tu dan sehingga sekarang CK sekeluarga masih tak jemu-jemu melayannya walaupun sekarang ni terdapat berbagai cara "moden" penyediaannya.

Teringat alkisah yang CK nak kongsi bersama rakan2 pengunjung. Pertengahan bulan itu hari dalam projek jalan-jalan beraya kerumah adik dan rakan2 facebook. Dalam perjalanan pulang dari Jerantut ke Gombak (antar anak CK balik hostel) singgah rehat di R&R kat situ (lupa sudah nama R&R ni). Macam biasa kat situ terdapat berbagai bagai makanan yang dijual lebih2 lagi dimusim perayaan Aidil-Fitri. Waktu tu dah tengahari perut tak berasa lapar pun sebab sebelum bertolak adik ipar CK telah sediakan meehun goreng dan roti canai segera untuk sarapan jadi kiranya masih kenyang lagi. Dalam tinjau2 disitu terdapat sebuah gerai menjual kuih muih yang menanik perhatian CK. Pilih punya pilih CK beli 2 3 jenis kuih muih untuk dimakan dalam perjalanan kalau lapar dan CK ada bertanya kepada perempuan si penjualnya "ada jual sandwich tak?" dengan terpinga pinga perempuan tu bertanya balik "apa tu kak?" dan kali ni CK pulak terkedu sebab rasanya cukup jelas sebutan CK takkan dia tak dengar kot. CK ulang menyebut "roti sandwich" dan perempuan tu menggeleng gelengkan kepalanya. CK tak pasti samada dia tak tahu atau tak dengar. Anak perempuan CK terus menjelaskan secara terperinci apa yang CK maksudkan. Tetiba perempuan tu menjerit dengan kuatnya "Ohhhh..yang tu kita orang panggil roti kapit telur, kapit ikan sardin.." dan kali ini CK dan anak pulak yang tercengang hehehehe...!!!

Resepi simple ni untuk panduan anak2 yang mungkin teringin nak sediakan sarapan sendiri sebelum pergi kesekolah atau sesekali nak prepare breakfast untuk parents dihujung minggu.


SANDWICH TELUR REBUS

BAHAN2NYA:-

Roti Sandwich ~ sebarang jenis & jenama
(CK guna wholemeal bread)

* Telur rebus..buang kulitnya
* Mayonis [xletak sbb xsuka]
* Garam
* Serbuk lada putih
* Sos Tomato
* Sos Cili
* mentega untuk disapu pada permukaan roti

Sayuran Sampingan:-
* Timun
*Tomato
*Salad
(xletak semua sayur sbb tak suka, nak rasa kesedapan inti dia bersama roti saja]

CARA MEMBUATNYA:-
* Lecek telur dengan garfu sehingga hancur
* Masukkan mayonese, garam, serbuk lada putih dan kedua dua jenis sos..kacau sebati
* Sapukan mentega diatas permukaan roti
* Susun daun salad
* Sapu adunan telur rata-rata
* Letakkan hirisan tomato dan timun kemudian tutup dengan sekeping lagi roti
* Sedia dihidangkan


telur rebus keras atau ditempat CK disebut teloq ghebuih keraih..hehe..!!!

telur yg di lenyek brsama garam, lada sulah, sos cili & sos tomato
kalau nak letak mayonese pun ok juga


terpulang samada nak lenyek kasar atau sampai lumat

sapu butter trlebih dahulu sebelum letak telur lenyek hehe..

kalau letak sayur2an lebih menarik..well nk wt camner spesis xlayan sayur mentah hehe

tudia skali anak CK susun bersayap mcm kapalterbang hehe..

Tuesday, September 27, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH


Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu 28 September 2011

Sebelum n3 ni CK ada tayang nasi ayam hujan panas dan ada juga selit ayam goreng simple yang anank2 CK layan makan bersama nasi tu dan ada rakan CK yang minta resepi ayam goreng yang interprem tu. Sebenarnya CK ni gemar juga mengumpul resepi ayam goreng yang berbagai versi dan kekadang CK olah mengikut kesesuaian sendiri maklum ler anak2 CK gemar makan atau meratah ayam goreng.

Untuk tidak menghampak permintaan puan 'S' CK sertakan disini resepinya dan diharap puan 'S' tidak tertunggu tunggu (cian dia 2 3 kali sms tanya tentang resepi ni).


AYAM GORENG BEREMPAH
[versi chekiah]

1 ekor ayam [dipotong ikut suka]
4 susu besar rempah kari daging [sebarang jenama]
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar tepung gorengan ayam
2 sudu besar yogurt
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas

ayam yang perlu diperap untuk sejam dua nak kasi semua rempah meresap kedalam isi ayam

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
3. Sedia dihidangkan


goreng dalam minyak yang banyak kalau guna deep fryer lagi sesuaii..

siap digoreng

ayam goreng CK dengan nasi hujan panas

Sunday, September 25, 2011

NASI AYAM HUJAN PANAS


Ni projek hari sabtu itu hari, jamu anak teruna CK yang pulang bercuti hujung minggu. Selalu buat nasi ayam biasa2 saja tapi kali ni tukar buat versi hujan panas pulak. Sebenarnya mood nak tayang kat wall blog ni memang down sangat sebab kamera yang masuk "wad" tak balik2 lagi teruk agaknya sakit sampai kena tahan lebih lama tak tahu ler bila dischargenya.

Resepi kat bawah ni versi ringkas CK buat nasi ayam dan bila tukar style ke hujan panas CK hanya letak sedikit sahaja pewarna sebab tak nak lah warnanya teghang benderang karang terkejut pulak anak2 CK nak makan so warnanya sedang2 gitu biar nampak sweet. Kalau dikatakan nasi ayam ofkos lah kena ada sup, sambal dan kicapnya tapi untuk kali ini anak teruna CK kata "ibu tak perlu susah2 buat semua tu yang penting ibu masak nasi yang boleh dilayan begitu saja". Resepi nasi adakalanya boleh dilayan begitu saja hanya cukup dengan sedikit lauk sebab nasinya sudah terasa kesedapan yang tersendiri.


NASI AYAM HUJAN PANAS

BAHAN2 NASI:-

Beras - di basuh dan ditoskan airnya

BAHAN KISAR:-
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia -
~ kisar semua atau boleh juga dihiris ~

BAHAN TUMIS:-
mentega
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga

BAHAN2 LAIN:-
kiub pati ayam
pewarna pilihan
secubit garam
daun pandan (simpul)
air biasa atau air rebusan ayam - ikut sukatan beras


CARA MEMASAKNYA:-
Masukkan mentega ke dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau sekejap
Masukkan air@air rebusan ayam, kiub ayam dan garam..kacau
Masukkan beras dan simpulan daun pandan kedalam periuk nasi, tutup dan tunggu hingga nasi masak.
Setelah nasi hampir masak masukkan beberapa titis pewarna kesukaan di permukaan nasi dan tutup semula periuk nasik dan biar nasi betul2 masak.
Setelah nasi masak karis atau kacau rata sehingga pewarna yang di titiskan tadi bercampur aduk.
Sedia dihidangkan dengan ayam yang digoreng mengikut citarasa masing2

TAHU MASAK SOS MASAM MANIS


Siang hari ni tak masak untuk lunch sebab tinggal sorang saja kat rumah so pagi tadi pergi pasar beli bahan mentah untuk keperluan seminggu. Dalam proses kosongkan peti sejuk ternampak 3 keping tahu (lebihan topping goreng mee lakna petang semalam) so fikir punya fikir nak buat aper akhirnya tercipta satu resepi spontan hasil dari campak2. CK masak tahu ni untuk dikasikan kepada jiran sebab kalau disimpan lebih lama masam pulak tahu tu, kalau nak kasi macamtu rasa tak selesa pulak jadi CK masak sesiap hantar rumah jiran dan dia orang siap boleh makan tanpa banyak fikir lagi nak buat apa.

Resepi simple ni 1st time buat dan nampaknya dengan secara tidak langsung menambahkan lagi koleksi resepi CK. Keadaan macam ni bukan muncul selalu kekadang punya lah fikir nak masak aper sampai pening kepala dan ada ketikanya senang jer tangan main campak2 siap 1 masakan hehe..


TAHU MASAK SOS MASAM MANIS
[versi chekiah]

BAHAN2NYA:-

2-3 keping tahu putih (dipotong dadu)
2 biji cili hijau (dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
6 tangkai cili padi (dipotong pendek)

BAHAN TUMIS:-
2 sudu makan minyak
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dicincang)

BAHAN SOS:-
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos cili
1 sud makan sos ikan
1 sudu makan gula
~ campur semua dan kacau ~

CARA MEMASAKNYA:-

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan sos dan kacau sehingga sebati
Campurkan bahan2 yang dipotong dadu dan kacau rata
Biar sekejap, sesuaikan rasa dan matikan api
Sedia dihidangkan.

* Sekiranya kurang masin anda boleh tmbahkan garam sebab sos ikan telah tersedia masin
* Tahu  boleh digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak. Mungkin CK akan masak versi tahu goreng terlebih dahulu pulak dilain masa, insyaAllah.



PARU MASAK PADANG


Assalammualaikum, salam sejahtera dan semoga semua rakan2 sihat sejahtera hendaknya.

Kali ni nak cite sal masakan padang lagi. Alahaiii sejak sediakan ayam masak padang itu hari dalam hati ni asyik teringat dan terasa pulak nak gunakan paru untuk masak resepi yang sama. Akhirnya hajat tercapai sudah bila baru2 ni encik somi belikan paru yang sememangnya kat rumah CK sapa pun tak menggemarinya kecuali CK. Kuantiti yang dibeli pun tak banyak sket jer cukup lah tuk makan CK sorang.

Baru sekarang ni CK terikut ikut panggil paru sebab kalau dulu masa arwah ayah dan emak CK ada tak pernah terdengar pun istilah paru. yang disebut sebut ialah kelempung. Sekarang ni baru lah CK tahu yang kelempung tu adalah paru.

Kalau dulu arwah emak CK selalu sediakan masakan yang kami kenali sebagai "masak cabai hidup" (nama resepi di ambil dari bahan yang paling banyak digunakan) tapi sekarang baru perasan resepi yang selain dari tu di gelar "masak padang"

Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas:-
"Masakan Padang adalah nama yang digunakan untuk menyebut segala jenis masakan yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Semua jenis masakan ini lebih populer dengan sebutan masakan Padang"


PARU MASAK PADANG

Bahan2nya:-

Bahan-A
500gm paru (dibershkan dan direbus hingga empuk, kemudian potong ikut size kesukaan..sebaiknya sederhana nipis)
2 helai daun limau purut (dimayang halus atau koyak2kan saja)
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
2 biji tomato (belah 4)
1 keping asam gelugur
Garam & Gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-B (Dikisar)
10 biji cili api [ikut tahap ketahanan pedas]
20 tangkai cili kering..buangkan biji dan rendam dalam air panas untuk lembutkannya
1 inch halia
1 inch lengkuas
1 inch kunyit hidup
2 labu sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Bahan Tumis C :-
2 batang serai (diketuk)
3-4 sudu besar minyak masak
8-10 biji bawang merah..dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan-C hingga bawang keperangan dan naik bau.
Masukkan bahan-B dan sedikit air...kacau dan masak sehingga pecah minyak
Masukkan hirisan paru dan kacau sebati dan biarkan masak seketika
Masukkan santan, daun limau purut, belahan tomato, asam gelugur dan garam serta gula
Masak sehingga kuah pekat dan bergaul sebati dengan dengan paru.
Bila dah agak kering kuahnya bolehlah matikan api
Sedia dihidangkan.

*SeLaMaT MeNcUbA*







Tuesday, September 20, 2011

LEMPENG PISANG


Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu 21 September 2011.

Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah terang benderang sudah pasti semua baju kat penyidai (ampaian) akan kering. Seharian semalam keadaan panas tidak begitu menyengat dan keadaan baju2 yang disidai tidak begitu kering betul jadi hari ni "perangat" (panaskan semula).

Dinner malam tadi dan breakfast pagi ni layan lempeng pisang sempoi. Kebetulan hari isnin tu hari beli pisang berangan untuk dimakan mentah begitu saja tapi tak terhabis pulak so fikir2 nak buat aper dengan lebihan pisang tu. Hasil jalan2 ke dapur kawan2 maka tercetus idea untuk membuat lempeng pisang. Terliur tengok lempeng pisang di dapur Puan Wana Yusuf@Potret Kasih membangkit semangat untuk kedapur mencuba sendiri.

Resepi Puan Wana CK pasan memang lain sedikit dari resepi yang selalu CK & orang lain buat tapi mungkin disetengah tempat cara pembuatan lempeng begitu. Sejak kecil CK hanya kenal lempeng yang adunannya tepung, isi pisang yang dilecek, gula dan garam. Kelainan yang menarik minat CK untuk mencuba ialah dengan meletakkan telur dan hirisan@potongan pisang semasa membakar@menggoreng seolah olah ada inti pisang didalam lempeng itu.

CK mohon izin Puan Wana untuk tempekkan resepi kat sini mana tahu ada rakan2 yang lain ingin mencuba membuat lempeng sempoi ni. Rasanya memang sedap lebih2 lagi bila tengah kunyah tergeget hirisan pisan mabeles lahhh...!!!


LEMPENG PISANG
resepi : puan wana@http://www.potretkasih.com/

BAHAN2NYA:-

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong bulat atau menyerong
sedikit butter atau minyak
secubit garam

CARA MEMBUATNYA:-

1. Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick….
3. Susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
4. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
5. Balikkan., masak seketika dan angkat!

*****

CARA CK MEMBUATNYA:-
2. Panaskan butter dalam kuali non-stick
3. Sendukkan sedikit adunan tepung dan masukkan kedalam kuali leperkan senipis yang boleh
4. Susun hirisan@potongan pisang diatasnya sebelum menuang adunan tepung menutupi hirisan pisang

pisang perangan yg CK gunakan, kalau nak guna pisang lain pun oraight jerrr..!!!

adunan tepung, pisang lecek, garam, gula, telur dan air

pisang yang dihiris nipis

nak susun pisang macam mana pun ikut suka anda

tuang adunan tepung menutupi hirisan tepung

pandangan dalam lempeng...nampak kan hirisan pisang?

taraaaaaa...!!! sudah ready!

CORN FLAKES HONEY CUP


Boleh dikatakan sekarang ni kat semua rumah ada dihidangkan kudapan ini maklum ler rasanya yang sedap lemak manis2 gitu memang menarik perhatian mata dan tekak tetamu yang datang, bukan saja tetamu tapi ahli2 keluarga pun suka mengunyahnya krupp krapp krupp krappp...

Tahun ni cuba try test resepi yang ada tertempek kat belakang kotak corn flakes brand Nestle yang dibeli, rasanya sama jer dengan yang selalu CK buat tapi tak per lah macam mana pun ok!


CORN FLAKES HONEY CUP
sumber : Belakang Kotak Corn Flakes

Bahan2nya:-

A - 200 gm mentega atau margerin
150 gm gula
4 camca besar madu

1 1/2 camca kecil esen vanilla

B - 200 gm Nestle Corn Flakes
100 gm kacang badam (dibakar dan di hiris memanjang..beli siap pun ada)
100 gm kismis kuning@hitam
60 gm ceri merah .. dicincang
60 gm ceri hijau .. dicincang

Cara Membuatnya:-

1. Cairkan bahan A di dalam periuk sehingga pekat
Matikan api dan masukkan esen vanilla

2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau sebati dan tuangkan kedalam bahan A

3. Gaul rata

4. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas yang kecil dan letakkan di dalam dulang pembakar

5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 10-18 minit atau hingga kuning keemasan

6, Keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 20 minit sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

C&P resepi dari belakang kotak ni jerrr..

bahan2 yang perlu dicairkan

bahan2 kering yang perlu dicampur dan digaul rata


hirisan ceri merah dan hijau untuk menambah warna kasi ceria hehe..

kesemua bahan2 disatukan sebelum di campur dengan bahan2 yang dicairkan


dah sebati semuanya tunggu untuk di masukkan kedalam mangkuk kertas

S I A P    S U D A H...!!!

APPLES ROLL TART

Selamat Malam..dah nak masuk hari yang baru CK masih dok mengadap screen, awal tadi nengok tv sekarang baru ghasa nak belek2 screen.

Belek punya belek ada 1 lagi sekut ghaya dan 1 lagi kudapan yang lupa nak tayang hehehe...

Tiap tahun semekut ni buat versi biasa2 jaaa...gentel2 jam letak kat tengah adunan dan gulung sapu teluq dan bakar tapi tahun ni buat perubahan sikit dari segi warna dan intinya. Hasrat hati nak tengok semekut yang kaler ungu tapi tak tau pasai apa last minute kaler jadi hijau, magik tu hahaha...

Bertukarnya hasrat nak buat blueberry tart ke apple tart sebab asyik dok prati blog Puan Jue yang dok tayang tart kaler ijo (peberet kaler dia, kata dia ijo nyaman tp yg CK tau org kata lah kan ijo tu cemburu hehe..). 1st time mengolah jam tart ni memang ler macam kekok sebab tu tak begitu menjadi macam Puan Jue yang stended mantop hasil buatan biskut dan kek nya. Lain kali nak kena try test buat lagi kan practice make perfect (ayat sedapkan hati hehe..)

Jom tengok resepi dan hasil buatan CK yang ala kadar saja tak sempurna macam rakan2 yang dah memang pro2 belaka.


APPLES ROLL TART
sumber : http://juicycafe.blogspot.com/2011/08/tat-gulung-epal.html

Bahan2 doh :-
250 gm butter
50 gm gula aising - ayakkn
2 kuning telur
1 sdk perasa epal (gantikan dgn jus epal)
Beberapa titik pwarna hijau
Secubit garam
350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung* - *satukan n ayak

Cara2nya..
1. Pukul butter n gula aising hingga berkrim.
2. Masuk kuning telur, perasa epal, pewarna hijau n garam, pukul biar sebati.
3. Masukkn adunan tepung sdkt2, pukul n uli shingga menjadi doh.
4. Masukkn doh dlm acuan tat, pamkan doh n terbalikkn bahagian bunga jalur tat itu ke bahagian bawah,
kalau masa nk pam terlalu ketat sgt, tmbhkan butter 1 sudu besar utk melembutkan lg doh n melicin doh ketika mengepam,
buat sehingga doh menjadi licin ketika mengepam.
5. Letakkn inti jem yg telah dbulat2kan n gulung, potong bahagian yg lebih.
6. Susun tat atas loyang yg telah dlenser dgn sdkt butter, buat shingga abis.
7. Bakar dlm oven yg telah dpnskan dgn suhu 170C selama 20 mnt.

adunan kaler ijo lembut...memula payah juga nak sesuaikan dengan mata akhirnya ok juga!

Cara CheKiah:-
4. Masukkan doh kedalam acuan nestar, pamkan doh sambey tarik acuan dari atas kebawah mengikut panjang yang disukai
Letakkan inti jam yang telah dibulat2kan dan gulung hingga ke penghujungnya.

*****

Bahan2 inti (jam) :-
4 biji epal hijau - buang kulit - parutkn
1 cwn air
1 cwn gula
200 gm inti nenas

Cara2nya..
1. Masukkn epal, air n gula dlm kuali, pnskan n biar mdidih.
2. Masukkn inti nenas, gaul rata n sebati, kacau inti dgn kerap shingga btol2 kering.
3. Angkat inti n sejukkn sblm dguna.
4. Ambil sdkt inti, kepal2kan menjadi bulat2 kecil, ini utk menyenangkan supaya tangan tdk melekit n bole trus dletak d ats doh.

*****

Hiasan:-
100 gm coklat putih
1 sdk hyfat

Cara2nya..
1. Cairkan coklat n hyfat secara double boiler.
2. Masukkn dlm piping bag n bole zigzag kan atas tat epal sebagai hiasan.


Jam nenas yang dicampur parutan epal memang mabeles rasanya

ni lah acuan nestar dah berzaman peninggalan arwah emak CK yg msh CK gunakan

ni lah hasilnya. cuba juga zigzag chocolate putih atehnya tapi comot sgt segan nak tayang