Ikut

Sunday, December 11, 2011

SAYUR GORENG TAUGEH, KUCAI, UDANG & TELUR

Last minute punya decision terhasil lah sayur gorengan ekonomi. Lauk udang pun dah cukup untuk dinner malam karang tapi bila buka peti sejuk tengok ada baki taugeh dan kucai projek buat cucur udang 2 ari sudah apa lagi cepat2 keluarkan sebab kalau disimpan esok2 mesti rosak taugeh yang memang tak tahan lama bila disimpan. Disebabkan taugeh ada sejemput maka CK kawinkan dengan kucai tok kadinya adalah udang dan saksinya pulak ialah telur hahaha..Not bad bila kawinkan didalam kuali hasilnya mabeles walaupun dapat hanya semangkuk..jadilah kan dari terbuang membazir jer..

SAYUR GORENG TAUGEH, KUCAI, UDANG & TELUR
Resepi : CheKiah

BAHAN2NYA:-
2 cekak taugeh
2 cekak kucai
8-10 ekor udang hidup
2 biji telur

BAHAN KISAR:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar
sedikit belacan
1 sudu besar air asam jawa

1 sudu besar kicap cair
2 ulas bawang merah..dihiris nipis
garam secukup rasa
sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah hingga kekuningan
Masukkan bahan kisar, kicap cair, kacau sebati..masak sehingga naik bau
Masukkan udang dan masak sekejap..sesuaikan rasa
Bila nampak udang dah bertukar warna masukkan taugeh & kucai
Kacau sekejap kemudian buat lubang kat tengahnya dan masukkan telur
Bila telur dah agak mengeras boleh lah di kacau rata semuanya
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*

UDANG GORENG BEREMPAH


Lauk tambahan untuk dinner malam nanti. Lauk ayam masak merah dan daging goreng kunyit hanya tinggal sedikit jer lagi sebab CK bekalkan untuk anak teruna CK yang pulang ke asrama petang ni. Sudah jadi kebiasaan setiap petang ahad CK akan kalut bekalkan apa yang patut untuk dia bawa balik ke asrama. Udang goreng berempah ni CK sediakan setelah termenung sejenak dua jenak mencari idea nak masak style macamana. Sesekali layan lauk yang kuahnya pekat (orang penang kata kuah cap-cap) memang tak menjelakkan. Sebab yang lain kenapa CK sediakan masakan ni ialah kerana tak nak biar rasa kempunan bertapak di hati dan minda lelama. Alkisahnya baru2 ni gi makan nasi kandar dengan penuh rasa bersemangat nak order lauk udang berempah tapi mamak tu cakap sudah habis..uwaaaa cedeynya waktu tu tapi tak per malam karang CK boleh tibai puas2 hahaha..!!!


UDANG GORENG BEREMPAH
Resepi : CheKiah@chekiahcollections.blogspot.com

BAHAN A:-
500 udang besar@sederhana besar..bersih dan toskan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
~ Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak, perap 1/2 jam dan goreng sekejap atau 3/4 masak ~

BAHAN KISAR [B]:-
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau..belah buang bijinya terlebih dahulu

BAHAN TUMIS [C]:-
4 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..diketuk
2 tangkai daun kari

BAHAN D:-
50gm serbuk kari ikan dan udang Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tamato
sedikit air
~ Campur kesemuanya dan jadikan pes ~

1 biji bawang besar..dihiris bulat
garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan 4 sudu besar lebihan minyak menggoreng udang tadi
Tumiskan bahan C hingga perang dan wangi..masukkan bahan B
Masukkan bahan D dan kacau dengan api yang perlahan
Kacau sehingga naik minyak dan sekiranya agak kering boleh lah ditambah sedikit air
Masukkan bahan A, bawang besar, garam & gula secukupnya
Kacau sebati dia biarkan hingga kuah pekat
Siap untuk dihidangkan

*Selamat Mencuba*

rempah kena masak betul2 agar mendapat hasil masakan yang mabeles

dah ready masakan udang yang rempahnya bersalut pekat pada udang..jom makan!

BEGEDIL TAUHU


Assalammualaiku dan selamat petang minggu 11 December 2011.

Petang ni hujan lebat turun mencurah curah, keadaan langit mendung bermakna hujan akan turun dalam jangka masa yang lama, tak pasti plak hingga bila..kalau berlarutan hingga ke malam best juga pasti awal2 dah berada dalam selimut, lena dalam keadaan cuaca yang sejuk sedar2 dah pagi hehehe

Petang hujan2 ni apa lagi perut pun asyik minta di isi saja. Tengahari tadi lunch awal sekitar jam 12. Lunch makan nasi tomato, ayam masak merah & daging goreng kunyit jer.

Petang ni memang dah berhajat nak buat bergedil tauhu. Beberapa hari lepas ada tengok rakan fb KakLong Lyn tayang bergedil tauhu buatannya, terliur lah plak tengok. Tauhu ni kalau tak dijadikan masakan pun CK suka goreng dan cicah ngan sos cili atau sos tomyam memang peberet lah. Resepi asal dari KakLong Lynn tp CK ubahsuaikan mengikut citarasa CK..terima kasih KakLong Lynn kerana mencetus idea untuk sediakan bergedil tauhu ni. Jom tengok camner CK projekkan tauhu ni hahaha...!!!


BERGEDIL TAUHU
Resepi : chekiahcollections.blogspot.com

BAHAN2NYA:-

6 keping tauhu..basuh, toskan hingga airnya kering dan lecek hingga hancur
400gm daging kisar..basuh dan toskan
1 biji bawang besar..diracik nipis dan halus
1 biji cili merah..diracik halus
1 biji cili hijau..diracik halus
4-5 biji cili padi..diracik halus (kalau nak pedas..tak letak pun tak mengapa)
secekak daun bawang
2 helai daun kari (ambik daunnya dan racik halus2)
1 sudu besar tepung kentang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam halus
1/2 kiub pati ayam (hancurkan)
2 biji telur (di kocok)
minyak untuk menggoreng

..campuran semua bahan2..

..waktu menggoreng kena hati2 takut berderai..

CARA MEMASAKNYA:-
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak.
Panaskan sedikit minyak (BUKAN goreng terendam)
Bentukkan adunan mengikut bentuk dan saiz yang disuka atau sudukan bulat2 kedalam minyak dan tekan sedikit biar leper
Biar bergedil masak dan kuning dibahagian bawahnya baru lah perlahan lahan terbalikkan..hati2 takut berderai
Setelah kedua dua bahagian kuning keperangan boleh lah diangkat dan diletakkan diatas tissue dapur
Biar sedikit sejuk sebelum dimakan bersama sebarang sos cicahan.

*Selamat Mencuba*

Friday, December 9, 2011

SOTONG GORENG TEPUNG


Dah lama tak layan sotong goreng tepung. Ada gak sekali dua dinner kat luar order sotong goreng tepung tapi biasalah kebanyakannya tidak menepati selera. Kebetulan ada stock sotong lebihan masak kari itu hari jadi malam ni meratah sotong goreng tepung versi sendiri.


SOTONG GORENG TEPUNG
Resepi : CheKiah

BAHAN2NYA:-
sotong dibersihkan, dipotong bulat2 dan ditoskan hingga kering airnya

BAHAN KISAR@TUMBUK:-
bawang merah
bawang putih
halia

tepung ubi kayu
tepung gorengan sebarang jenama
serbuk cili
telur..dikocok
sedikit garam halus
minyak secukupnya untuk goreng terendam


CARA MEMASAKNYA:-
Campurkan bahan kisar, serbuk cili dan sedikit garam halus..kacau sebati
Gaulkan pada sotong dan perap selama 1/2 - 1 jam
Panaskan minyak
Masukkan tepung ubi kayu dan sotong kedalam plastik atau bekas bertutup
Goncang sehingga sotong bersalut tepung
Keluarkan, celup kedalam telur dan salut dengan tepung gorengan
Masukkan kedalam minyak panas perlahan lahan
Goreng sehingga kuning keperangan atau sehingga masak
Sedia dihidangkan bersama sebarang sos cicahan pilihan

*Selamat Mencuba*

Sunday, December 4, 2011

NASI BRIYANI ADABI


Selain dari menggunakan resepi yang rempahnya di adun sendiri sekarang ni terdapat berbagai keluaran rempah untuk segala jenis masakan termasuklah aneka masakan nasi.

Malam tadi berkesempatan menerai nasi briyani menggunakan Rempah Briyani Adabi. Bahan2 dan cara memasaknya terdapat di belakang paket rempah jadi senanglah untuk mengikutinya.

Hasilnya memang tidak mengecewakan sedap dimakan bersama sebarang lauk kegemaran. Saranan CK rempah2 segera ni patut ler ada sepaket dua kat rumah agar bila ada tetamu yang datang mengejut tak der ler kita tergaruk garuk kepala yang tidak gatal lebih kelam kabut bila bahan2 yang diperlukan takder dalam simpanan. Jom tengok resepinya.


NASI BRIYANI ADABI
Sumber : Pembungkus Serbuk Rempah Adabi

BAHAN2NYA:-
3 cawan beras Basmati
3 cawan air
30gm Rempah Briyani Adabi
40gm minyak sapi
40gm minyak masak
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan (disimpul)
8gm daun ketumbar
8gm daun pudina
1 biji buah tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah (dibelah 2)
2 biji cili hijau (dibelah 2)
25gm garam Adabi (letak garam biasa)
4gm serbuk perasa MSG Adabi (tak letak ..gantikan dengan kiub pati ayam)
3gm gula
1/2 sudu makan pewarna kuning telur
50gm gajus@janggus (digoreng tanpa minyak)

BAHAN KISAR:-
40gm bawang merah
20gm bawang putih
15gm halia


CARA MEMASAK:-
Panaskan minyak masak dan campurkan minyak sapi ke dalam periuk nasi
Tumis bahan kisar selama 2-3 minit
Kemudian masukkan Rempah Briyani dan kacau sehingga wangi
Tuang susu cair, daun pandan, daun ketumbar, daun pudina dan air.
Kacau sehingga mendidih
Masukkan beras basmati, cili merah, cili hijau, garam, gula dan kiub pati ayam
Gaul rata tutup periuk dan biarkan nasi masak
Bila nasi dah kering masukkan pewarna kuning telur dan gajus yang telah digoreng@panggang
Gaul nasi hingga sebati, tutup periuk biarkan seketika.
Sedia dihidangkan dengan lauk pauk kegemaran

*Selamat Mencuba*

** Cara diatas ialah dengan memasak terus menggunakan periuk nasi elektrik
Anda juga boleh memasak langkah2 terawal sebelum masukkan beras didalam kuali atau periuk
setelah masukkan susu dan beras boleh lah anda tuangkan semua kedalam periuk nasi elektrik
dan terus mengikut langkah2 yang berikutnya.


Saturday, December 3, 2011

AYAM GORENG KICAP MASAM MANIS


Assalammualaikum dan selamat malam.

Selalunya masak ayam goreng kicap memenuhi permintaan anak2 yang tidak pernah jemu2 memakannya. Malam ni masih lagi sediakan ayam goreng kicap tapi tambah sos tambahan kasi masam manis sikit rasanya. Ingatkan anak2 tak perasan akan kelainan rasanya rupa2nya citarasa tekak mereka lebih prihatin sebab baru sesuap jer masuk kedalam mulut mereka dah bertanya. Apa pun yang ditambah asalkan masih kekalkan goreng kicap tetap mereka layan sampai licin.

Resepi dibawah ni adalah peninggalan arwah emak CK. Kekadang cuba try test masak guna resepi orang lain tetapi semuanya tak menepati citarasa anak2 jadi sehingga saat dan ketika ini resepi ni lah yang akan di laksanakan. Resepi asasnya memang mudah cuma untuk kali ini penambahan bahan2 membuatkan resepinya macam banyak plak bahan yang diperlukan. Jom tengok resepinya.


AYAM GORENG KICAP MASAM MANIS
Resepi : ChE KiaH

BAHAN A
1 ekor ayam..bersih, potong mengikut size kesukaan dan toskan
2 sudu besar serbuk kunyi
1 sudu besar garam halus
1 sudu makan serbuk jintan manis
~ Perap semua selama 1/2 - 1 jam..goreng tiga suku masak ~

BAHAN B
3 biji ubi kentang..dipotong bulat sederhana tebal, basuh dan toskan
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
~ Gaul semuanya dan goreng hingga masak dan keperangan ~

BAHAN KISAR C
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN HIRISAN D
2 biji bawang besar..hiris bulat sederhana tebal
2 biji tomato..hiris bulat sederhana tebal
1 biji cili merah..hiris menyerong
1 biji cili hijau...hiris menyertong
beberapa biji cili padi..diketuk

KICAP CAMPURAN E
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos pelam
1 sudu besar gula

BAHAN SAMPINGAN
2 sudu besar minyak
1 batang serai diketuk
1/2 kiub pati ayam


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak, tumis bahan C dan serai hingga wangi
Masukkan bahan E dan sedikit air..kacau sebati dan masak sekejap (kalau nak berkuah lebihkan air)
Campurkan bahan D, A, B dan kiub pati ayam
Sesuaikan rasa dan kacau sehingga semuanya sebati
Bila bahan hirisan dah agak layu boleh lah di angkat
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*


Friday, November 25, 2011

AYAM MASAK MERAH


Assalammualaikum dan selamat hari Sabtu 26 November 2011

Antara lauk yang disediakan untuk makan tenghari ini ialah ayam masak merah. Kebetulan anak lelaki CK ada kat rumah jadi orang kata masak special sikit. Selalunya jarang masak ayam masak merah lebih kepada masak jenis yang goreng atau rendang.

Masakan ayam masak merah selalunya terdapat berbagai versi. Ada yang suka menggorengkan ayamnya terlebih dahulu (agar isinya tidak hancur) dan ada yang lebih selesa masukkan ayam begitu saja tanpa digoreng. Kali ini CK masukkan isi ayam begitu saja tanpa digoreng terlebih dahulu sebab selalunya CK goreng sekejap lebih kurang tiga suku masak begitu.


AYAM MASAK MERAH
resepi : Che Kiah

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam..bersihkan, potong kepada ketulan ikut size kesukaan dan toskan
sedikit garam
sedikit kunyit
2 cwn minyak (untuk menggoreng ayam)
3 s/b minyak sapi + 2 s/b minyak lebihan menggoreng ayam
2 biji bawang besar- dipotong membulat
2 biji tomato sederhana di belah empat
1 cawan susu cair@santan pekat
2 batang serai-dititik
8 s/b soup tomato
2 s/b tomato puri
2 s/b gula
Garam secukup rasa
sedikit bawang goreng
daun bawang

BAHAN2 KISAR:-
8 biji cili kering (rebus@rendam dalam air panas agar lembut supaya mudah di kisar)
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia

BAHAN TUMIS:-
4 ulas bawang kecil di hiris
3 cm kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 helai daun pandan (simpul)

CARA MEMASAK :-
- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.
- Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam 3 suku masak. Ketepikan
- Panaskan minyak sapi + minyak lebihan goreng ayam dalam kuali
- Masukkan bahan-bahan tumis dan serai, kacau hingga terbit bau
- Masukkan bahan-bahan yang di kisar + sedikit air, perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak
- Masukkan tomato soup dan tomato puri, kacau sebentar sebelum masukkan ayam, susu cair@santan
- Perlahankan api dan masak hingga pekat [kalau nak berkuah boleh lah dimatikan api setelah ayam lembut]
- Bila dah pekat masukkan tomato biji, bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
- Masa menghidang taburkan daun bawang dan bawang goreng

*Selamat Mencuba*

KANGKUNG GORENG BELACAN


Malam tadi untuk lauk sampingan masak sayur kangkung belacan. Baru2 ini disebabkan kesuntukan masa tak sempat masak beli 2 3 jenis lauk dikedai, balik hanya masak nasi saja. Antara lauk yang dibeli ialah sayur kangkung goreng belacan (kata penjualnya..walaupun jelas nampak tak serupa apa yang dikata]. Memang betul bukan sayur goreng belacan sebab tak rasa belacannya pun. Mengingati peristiwa tu lah yang membuat CK masak sendiri lagi puas hati kan...!!!

Masakan ni boleh dikatakan diminati oleh semua ahli keluarga dan CK sendiri kalau letak cili padi lagi lah bertambah tambah nasinya.


KANGKUNG GORENG BELACAN
resepi : CheKiah

BAHAN2NYA:-
1 ikat kangkung...bersihkan, asingkan daun dan ranting2 halusnya
3 ulas bawang merah..hiris nipis
1 labu bawang besar...potong baji
1 biji cili merah..dihiris kasar
3 sudu makan kicap cair
garam secukup rasa
sedikit minyak

BAHAN KISAR:-
2 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
beberapa biji cili padi (kalau suka pedas..tak letak pun tak mengapa]

BAHAN TUMBUK KASAR:-
sejemput udang kering atau ikan bilis..basuh dan toskan terlebih dahulu sebelum ditumbuk

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah hingga wangi
Masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk..kacau sebati dan masak sehingga naik bau
Campurkan kicap cair dan ranting2 kangkung..kacau sebentar
Masukkan daun kangkung, garam, bawang besar dan hirisan cili merah
Masak sehingga daun kangkung layu
Sedia dihidangkan

NASI LEMUNI


Assalammualaikum dan salam hari Jumaat 25 November 2011.

Tenghari ni lunch dengan nasi lemuni. Dah lama mengidam (cam ngandung lah plak hehehe) nak makan nasi lemuni buatan sendiri. Selalu layan yang beli tak rasa pepe sebab tu berhajat sangat nak masak sendiri, nak masak macam yang pernah makan waktu dalam berpantang masa bersalin dulu. Encik somi dah banyak kali berjanji nak bawa balik daun lemuni sebab katanya berhampiran tempat kerjanya ada pokok lemuni tapi asyik lupa memanjang sehinggalah kemarin apa mimpinya bawa balik 1 bag plastik penuh. Hari ni kira tercapai lah sudah hajat dihati. Masak style sendiri jer tak refer kat mana2 pun. Rasanya memang lain dari yang selalu beli cuma lain kali kena letak lebih lagi air perahan daun lemuni kasi lagi kaw warnanya [takut nak letak lebih2 takut pahit tapi bila dah makan tak pahit pun]. Apa2pun memang puas hati terasa bahan2 yang dimasukkan, terima kasih encik somi kerna masih ingat akan janji2mu hehehe..

For the 1st time masak nasi lemuni ni CK layan dengan sambal ikan talang kering dan telur rebus sahaja sebab pernah makan dengan gulai ikan kering memang mantop rasanya tapi disebabkan bahan2 nak buat gulai ikan kering takder maka ikan talang kering tu CK jadikan sambal jer.

ni lah daun lemuni..lupa nak snap photo masa nak masak so google jer lah..

Nasi yang terhasil agak seghoi (ayat org penang..tak tahu lah plak ayat tempat lain). Seghoi tu bermaksud kondisi nasi tak lekat2 sebab beras yang CK guna ialah beras panjang siam yang tidak berkanji. Beras siam ni adalah pemberian adik ipar yang telah berkunjung kesana dan sempat beli beras siam panjang yang memang bersih dan tak perlu basuh banyak kali, terima kasih Norsiah, len kali p Siam beli dan bagi lah yerrr!!! hehehe..Hajat dihati lain kali kalau dapat daun lemuni lagi nak masak nasi lemak plak, resepi semua sama cuma tambah santan@susu cair saja..insyaAllah!



NASI LEMUNI
[versi CheKiah]

BAHAN2NYA:-
3 kole beras..bersih dan toskan
3-4 cekak daun lemuni..bersihkan dan blender ambil airnya
2 labu bawang besar...hiris kasar
2 ulas bawang putih...hiris nipis
1 inci halia..hiris nipis memanjang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil halba
sedikit garam

*bahan2 yang dihiris klau nak diblend@tumbuk pun ok juga

CARA MEMASAKNYA:-
Masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker..kacau sebati
Masak lah seperti memasak nasi biasa
Bila dah kering gembur dan biarkan sehingga masak
Siap untuk dihidangkan

*sedap dilayan dengan sebarang lauk terutamanya masakan sambal dan masakan menggunakan ikan kering (pandangan chekiah lerrr..!!!)

Tuesday, November 8, 2011

CENDAWAN GORENG TEPUNG


Assalammualaikum, selamat petang dan salam sejahtera .

Mungkin ramai yang dah pernah menikmati cendawan goreng. Secara jujurnya CK baru mengenali cendawan goreng 2 bulan lepas dan ketika menaip ni tahap nya dah "jatuh cinta" gitu hehehe.

Dalam rondaan menjengah dapur kekawan blogger kekadang terklick kat resepi cendawan goreng, teliti resepi dan tengok rupa kat gambar yang disertakan, memang menarik dan berhajat nak buat juga satu hari sebab perasaan pelik melanda diri "cendawan pun boleh digoreng dan dijadikan kudapan?" tapi asyik menerai resepi2 lain sehingga terlupa sejenak akan cendawan goreng.

Baru2 ini sewaktu berpusing pusing mencari sayur2 kat pasar ternampak cendawan tiram lebar2 saiznya apa lagi laju jer menuju kepada penjual dan rembat 2 3 peket. Mahal juga cendawan tiram ni, sepeket (ada lah 3 keping) berharga RM3.50. Disebabkan hasrat nak makan cendawan goreng buatan sendiri beli lah juga tapi taknak lah beli lebih2 takut tak memenuhi selera tekak CK dan ahli keluarga.

Balik rumah selongkar resepi2 kat google tengok yang mana bersesuain untuk diikuti. Kali pertama ni ikut resepi kat blog Dapurku Sayang. mohon izin copy paste resepinya kat sini yer puan DayangJack, terima kasih bebanyak sudi share resepi cendawan goreng yang mabeles sedap ni. Jom tngok resepi kepada sesiapa yang baru for the 1st time teringin nak merasai hasil gorengan cendawan sendiri. Sekiranya kreatif boleh ler rekacipta sendiri resepinya insyaAllah walaupun ada kekurangan dari segi bahan tapi hasilnya pasti akan sedap juga.


CENDAWAN GORENG CRISPY
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

BAHAN2NYA:-
250 g cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 sudu besar mentega
garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit lada sulah


CARA MEMBUATNYA:-
Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati.
Siat-siatkan cendawan jika perlu.
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau sos bermayonis.

goreng sekeping2..hasilnya kureng rangup mungkin disebabkan tebal kepingannya

goreng racik nipis2 memanjang..hasilnya lebih sedap sebab lebih rangup

Friday, November 4, 2011

KERUTUK AYAM


Ini dia kerutuk ayam yang CK masak untuk digandingkan bersama nasi minyak tengahari tadi. 1st time masakan ni mencecah lidah memang rasa pelik sket sebab rasanya manis dan ada sket2 kepedasan. Rasa lemak kerisik dan bau harum rempah ratus menjadikan masakan tradisional negeri Kelantan ni makin menarik selera tekak CK dan ahli keluarga yang lain.

Sebelum ni selalu dengar dan tengok gambar yang ditayang oleh rakan2 kat fb belum pernah lagi terlintas dihati CK nak menyediakannya lebih2 lagi kedai2 runcit yang berhampiran dengan rumah CK semuanya dimonopoli oleh kaum india muslim (mamak) jadi bila tanya tentang rempah kerutuk tercengang mamak mendengarnya hehehe..lama2 hasrat nak merasai masakan menggunakan rempah terutuk ni terpendam begitu sahaja

Baru-baru ini berkesempatan membeli barang2 dapur di Mydin Wholesale Hypermarket Bukit Jambul (dah lama Hypermarket ni buka tapi bila terletak jauh dari bandar Georgetown lambat sket ler CK sampai hehehe). Di situlah CK dapat membeli berbagai bagai jenis rempah ratus khusus untuk masakan asli negeri2 kat Malaysia. Kat fb ada juga perasan rakan2 yang menjual berbagai jenis rempah secara online tapi belum berkesempatan nak membeli sebab apa2pun CK harus mencuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu maklum ler ahli2 keluarga CK lidah mereka asyik selesa dengan kari..kari..kari dan kari hehehe jadi CK kena slow2 terapkan berbagai genre masakan yang lainnya agar tidak jemu.

Pertama kali testing CK ikut jer resepi kat belakang bungkus rempah kerutuk ADABI ni sebab tak nak memandai ubah takut tak menjadi resepi asal. Apa2pun rasanya memang sedap dan alhamdulillah bertambah lagi koleksi resepi CK.


KERUTUK AYAM
sumber : ADABI

BAHAN2NYA:-
28gm rempah kerutuk ADABI
15-30 ketul (500 gm) ayam, daging atau kambing
1 cawan minyak masak <<-- CK letak 1/4 cawan saja 50gm@2 sudu makan kerisek 300ml@1 1/4 cawan santan dari sebiji kelapa 2 batang serai..diketuk 80gm gula merah atau gula biasa secukup rasa 5gm@1 sudu teh asam jawa extra ADABI pes atau 15gm@1 sudu makan asam jawa berbiji..diambil airnya 500 ml atau 2 1/2 cawan air garam secukup rasa


BAHAN KISAR [A]:- 10-15 biji bawang merah 5 ulas bawang putih

BAHAN KISAR [B]:- 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 5 ulas bawang putih



CARA MEMASAKNYA:-
Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dengan sedikit air..jadikan pest
Panaskan minyak
Tumiskan bahan B bersama serai
Setelah berbau wangi masukkan bancuhan rempah dan masak sehingga pecah minyak anggaran masa 10-15 minit
Kemudian masukkan ayam, kerisik, santan pekat, pes asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat
Sedia dihidangkan

NASI MINYAK


Assalammualaikum salam hari Jumaat 04 November 2011

Pa kabar rakan2 semua. Mungkin tengah sibuk membuat persediaan menyambuat Hari Raya Aidil-Adha.
Meskipun sambutannya tidak sehebat Hari Raya Aidil-Fitri tapi kemeriahannya yang tersendiri tetap ada kan? Semoga semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

Tengahari ni CK hidangkan nasi minyak berlaukkan Ayam Kerutuk (kisah dan resepinya dilain N3).
Berbagai versi resepi nasi minyak yang boleh kita perolehi tapi semestinya kita mencari resepi yang senang dimasak agar jimat masa dan 1 lagi perkara yang selalu kita pentingkan ialah penyediaan bahan2 yang tidak begitu banyak. Rakan CK selalu berkata "kalau banyak bahan sudah semestinya kesedapan masakan tu terjamin", betul ker? Pandangan CK keenakan sesuatu masakan tidak 100% bergantung kepada banyaknya bahan2 yang digunakan tetapi olahan bahan tu yang memainkan peranan, kalau banyak bahan tapi cara masak tak betul pun tak jadi juga kan?

Resepi nasi minyak dibawah ni hasil dari olahan CK sendiri. Bahan2 asas yang digunakan masih kekal cuma ada sedikit tokok tambah dan ada juga part2 yang CK tak ikut sebab kalau kita buat style atau cara kita sendiri akan lebih buat kita ingat, kuat melekat dalam minda gitu hehehe..


NASI MINYAK
Resepi : CheKiah@chekiahcollection.blogspot.com

Bahan2NYA:-
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]

BAHAN A:-
500 ml air
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato..dicincang
1 ketul kiub ayam + 1/2 cawan susus cair atau 1/2 cawan stok ayam
garam secukup rasa

BAHAN TUMIS [B]:-
4 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah..dihiris halus
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan disimpul

BAHAN KISAR [C]:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan D:-
daun ketumbar dan daun pudina hiris
sedikit warna pewarna kuning
bawang goreng
gajus panggang
kismis


CARA MEMASAKNYA:-
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis bahan B hingga wangi
2. Masukkan bahan C dan kacau rata
3. Campurkan bahan A dan kacau sebati
4. Pindahkan kedalam rice cooker sesuaikan rasa dan masak sehingga mendidih
5. Bila mendideh masukkan beras dan kacau rata.
6. Masak saperti nasi biasa.
4. Bila telah masak, masukkan warna kuning dan taburkan daun ketumbar atau daun pudina beserta gajus dan kismis. Biarkan sekejap.
5. Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*

Wednesday, November 2, 2011

KETAYAP BERLAUK


Assalammualaikum dan selamat tengahari 02 November 2011

Hari ni cuaca panas terik dan awal2 lagi CK dah sidai baju2 yang dibasuh (mesyin yang basuh hehehe) hari ini dan "perangat" baju2 kelmarin yang tidak begitu kering disebabkan hujan mencurah curah awal petang kelmarin. Penuh sudah penyidai (ampaian) dihalaman rumah tak cukup dengan tu dekat besi gate pun CK belasah sangkut baju juga bukan aper nak kejar panas. Ayat orang Penang "nak hambat" panas tu maksudnya nak keringkan baju2 sementara panas masih ada sebab kejap lagi beralih (beransur) petang keadaan cuaca akan mendung dan hujan. Dalam keadaan begini teringat akan arwah emak dan nenek CK yang begitu rajin bila menyidai akan selalu2 membalik2kan pakaian dipenyidai agar cepat kering tapi kita sekarang ni dah sidai biar jer begitu sampai petang tanpa ambik peduli lagi. Arwah emak CK kata biar kita rajin buat begitu pakaian kita akan cepat kering dan cepat lah juga kita melipat dan meyimpannya. Maaf ler emak & nenek hingga sekarang bab yang satu ni kiah tak dapat nak amalkan walaupun dah cuba banyak kali...

Alahai agenda nak cite tentang breakfast pagi ni dah melalut ke baju lah ke hujan lah macam2 lah CK ni kan? Pagi ni CK buat ketayap berlauk. Suatu waktu dahulu dalam kunjungan kerumah sahabat CK emaknya ada menghidangkan kuih ketayap ni dan ianya memang sedap sebab lain dari ketayap yang biasa kita hadap selalu. Kata emak sahabat CK tu "selain dari menyediakan ketayap manis makcik juga akan menyediakan ketayap bersayur dan berlauk untuk Pak Cik sebab dia tak boleh makan masakan atau kuih yang manis2 disebabkan penyakit diabetes yang dialaminya, lagipun inti macam ni lebih sihat". Memang betul selain dari mencari kelainan dalam hidangan ketayap atau kuih dadar kita juga dapat menikmati makanan yang berkhasiat. Resepi yang CK sediakan ni main hentam jer bahan2nya sebab dah lupa bahan2 yang diberitahu oleh emak sahabat CK maklum ler waktu tu takder menyalin hanya ingat diminda jer.


KETAYAP SAYUR BERLAUK
[versi Che Kiah]

BAHAN UNTUK INTI:-
3-4 ekor ikan kembung..dibersih dan dituskan
1 1/2 cawan taugeh..dibuang ekornya, dibersihkan dan dituskan
1 cawan kucai..dibersihkan, dipotong halus
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah..belah dua buang biji dan hiris halus
5-6 biji cili padi..diketuk atau dihiris 2menyerong
limau nipis secukupnya
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN INTI:-
Kukus ikan kembung dan ambil isinya..lecek sederhana kasar
Hiris bawang merah nipis2 dan cincang bawang putih
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah kemudian masukkan bawang putih ..kacau hingga layu
Masukkan hirisan cili merah dan cili padi..kacau sebati
Masukkan taugeh, kucai dan isi ikan lalu balik2kan
Masukkan garam, gula dan air limau nipis..sesuaikan rasa
Setelah taugeh dan kucai layu matikan api dan ketepikan

BAHAN UNTUK KULIT:-
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam air
air secukupnya
minyak untuk melaser kuali

CARA MENYEDIAKAN KULIT:-
Bancuh tepung dengan air, telur dan garam untuk dibuat dadar
Panaskan kuali dan dengan sedikit minyak buat dadar seberapa banyak yang boleh. Ketepikan.

CARA MENYEDIAKAN KUIH:-
Ambil sekeping dadar yang telah siap dan letakkan inti diatasnya
Gulung tiap-tiap satu dadar seperti menggulung kuih ketayap biasa atau popia. Potong dua atau tiga bahagian sebelum diletakkan didalam piring atau pinggan hidangan.
Sedia dihidangkan bersama sebarang sos cicahan kegemaran.

*Selamat Mencuba*

adunan yang telah siap untuk di dadarkan..klau nak ltk pwarna pun ok jer!

ikan kembung@temenung yang direbus@stim untuk isinya

inti isi ikan bercampur sayur2an..nk ltk apa jenis isi ikan dan sayur pun boleh

dadar yang telah siap untuk diletakkan inti..klau dpt buat nipis2 lagi cantik

letaklah sesudu besar inti dan gulung macam buat ketayap biasa atau popia

dah siap gulung hanya tunggu untuk dijamah saja..siler2..jgn malu dan segan hehehe...