Ikut

Sunday, January 30, 2011

TAKUA@TAUHU SUMBAT

Sejak kecil sudah memanggil tauhu sebagai takua..bila dah bersekolah baru tahu ada panggilan lain untuktaukua iaitu tauhu..apa pun panggilannya ia tetap benda yang sama.

Di rumah tauhu selalu di goreng di makan begitu saja atau di cicah bersama sos..kekadang goreng buat sambal dan yang selainya adalah bahan pelengkap bagi hidangan mee, koay teow dan bihun.

Kebetulan teringin nak buat sendiri tauhu sumbat sebab selalunya membeli atau ada jiran2 yang bagi untuk di rasa. Bila sekolah cuti baru lah ada sedikit kelapangan untuk masak resepi2 yang berlambak menanti giliran untuk di cuba. Hari ini beli 10 keping tauhu untuk di buat tauhu sumbat dan sambal takua

Takua@Tauhu Sumbat

kepingan takua@tauhu yang telah di goreng kekuningan
Bahan-bahannya :-
10 keping tauhu
1 camt serbuk kunyit
1 camt garam halus
minyak untuk menggoreng
1/2 biji timun (buang empulur & di cincang halus)
1/4 biji sengkuang (di cincang halus)
200 gm tauge (dibuang ekor & di celur)

Bahan Sos :-
5 biji cili merah (di buang biji)*
3 ulas bawang putih*
(* di kisar halus)
50 ml cuka makan
garam secukupnya
3 camb kacang tanah di goreng & di tumbuk (kehalusannya ikut suka)
2 camb bijan di goreng tanpa minyak sekejap

Cara Membuatnya:-
Tauhu di potong menyerong (3 segi)..kelar di bahagiah tengah tapi jangan sampai putus
Lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga keperangan. Angkat dan tuskan.
Satukan timun, sengkuang dan tauge..sumbat ke dalam tauhu..ketepikan

Cara Membuat Sos:-
Gula, cuka dan garam di jerang di atas api yang perlahan hingga pekat
Bubuh cili dan bawang putih yang di kisar kedalamnya..kacau sebati.
Susun tauhu yang telah di sumbat di dalam pinggan dan cicah dengan sos yang di tabur dengan kacang tanah dan bijan.

Resepi di atas untuk penyediaan 10 keping tauhu sekiranya anda ingin mencuba dlm kuatiti yang sedikit anda boleh ler sesuaikan sukatan bahan2 yang diperlukan

No comments:

Post a Comment