Wednesday, June 15, 2011
PUDING PELANGI
Chakkkkkkkkkk...
Macam biasa sebelum tidoq dah jadi habit upload N3..awal2 asyik buat benda lain bila mata dah kuyu dan layu baru nak jengah laman blog hehehe..
Siang tadi dah tayang N3 ni kat facebook dan sekarang berpindah ker blog plak. Juadah untuk berbuka petang tadi ialah puding pelangi. 1st time menorai jadi memanglah jadi tapi macam tak mantap jer insyaAllah ada kelapangan nak buat lagi kasi puashati.
Pagi semalam chat ngan kawan facebook, dok cite tentang agar2 pelangi yang dibuatnya. Berkenan tengok kaler striking light yellow and dark green hehehe. Tanya punya tanya dah terpanggil untuk nak buat so hari ni jadilah agar2 pelangi versi CK tapi CK tukar nama resepi ke puding sebab fahaman CK kalau letak tepung kastad dah jadi puding lain lah kalau hanya letak susu masih lagi dalam kategori agar2. Pilihan warna CK kaler biasa2 jer (light colour) sebagai percubaan pertama.
Puding Pelangi
sumber resepi asal : MYR
Bahan2nya:-
10gm serbuk agar2
650ml air
200gm gula
60gm mentega
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
pewarna merah dan kuning
Cara membuatnya:-
1. Masak agar2 dan air hingga mendidih
2. Pukul telur, susu cair, gula dan tepung kastad
3. Masukkan bahan yang dipukul kedalam agar2 tadi
4. Masak hingga mendidih , masukkan butter dan esen vanilla
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan
6. Sendukkan setiap aduna berwarna dan tuang lapis demi lapis dalam loyang..buat lapisan hingga habis dan sejukkan
7. Dah betul2 keras boleh lah di potong dan dihidangkan
*Selamat Mencuba*
Labels:
Aneka Agar-Agar Dan Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment