Ikut

Sunday, June 26, 2011

PENANG vs PENANG

Aduyaiii mata dah pedih dan berair dan itu menandakan CK harus masuk tido dulu tapi nak paparkan N3 yang lama bertangguh akibat keadaan kamera yang sekejap ok sekejap tidak. N3 kali ini cerita tentang segmen baru di blog CK iaitu segmen "face 2 face" hehehe.. Ini 1st time segmen ini ditayangkan kira2 ini adalah edisi yang pertama.

Pada tengahari Selasa 21 June maka termeterilah satu pertemuan (ayattttttttttttt...!!! hehe) setelah asyik ber'sms' dan berchatting di wall facebook. Pertemuan antara Che Kiah dan Puan Mimi Azilina Abdul Rahman (tokey botol roti jala 3 muncung hehehe..(sapa2 nak order leh cari dia kat fb).

manis kan orangnya...siap tengah senyum simpul gitu

Dah lama plan nak berjumpa tapi asyik terhalang dan akhirnya walaupun nampak macam tak brapa menjadi CK usaha sampai jadi juga maklum ler kalau tak redah macam tu memang lambat pula lah nak berjumpa.

Malam isnin sebelum pertemuan ni CK berkesempatan berkunjung kerumah Mimi untuk mengambil botol2 yang CK order sebab kebetulan waktu tu dalam perjalanan pulang menghantar anak CK ke Balik Pulau jadi sekali harung lerrr..

tengah beri tumpuan dengan cerita panjang berjela Che Kiah hehe

Apa2pun pertemuan selasa hari tu memang rasa best sangat, rasa macam dah kenal lama padahal baru jer berkenal mesra. Pada Ck Mimi yang manis ni memang peramah orangnya dan sikap dia yang suka tersenyum betul2 membuat pertemuan hari tu bertambah bermakna. Terima kasih Mimi di atas kesudian berjumpa CK dan meluangkan waktu lunch semata mata untuk memenuhi permintaan CK. CK pun harap Mimi tak serik lah nak berjumpa CK lagi dan maaf segala gurauan atau kata2 yang tidak menyenangkan hati Mimi di pertemuan kita tu.

gambar untuk kenang2an..entah bila boleh berjumpa lagi yer Mimi

Pada masa2 akan datang siapalah pulak yang akan mengisi segmen face 2 face di blog CK ni. CK harap sangat2 dapat bertemu dengan rakan2 yang lain juga insyaAllah.

10 comments:

  1. assalamualaikum ck & cm .. amboi mesti riuh ni, F2F kat astaka mana ni?

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam mala. mmg gamat riuh rendah sbb mimi ni kaki gelak chekiah plak kaki sakat dia. prtemuan yg indah lagi bermakna ni (ayatttt..)brlangsung di astaka padang kota lama (esplanade) penang sbb tu chekiah ltk penang vs penang sbb dedua dr penang. tingin gak nk jumpa mala plak :)

    ReplyDelete
  3. huwa.... astaka padang kota lama!! lama betoi tak pi, last pi zaman dok kerja. nmpk lain dah renovate kot ni?

    ReplyDelete
  4. chik kiah jumap chik mimi???
    bestnya...
    akak pun nak order botol tu kat chik mimi :)

    ReplyDelete
  5. Assalamua'laikum.salam kenal dari Dede Thea ( Indonesia )saye sudah tengok tour blog,wowwnice blog,izinkan saye tuk menjadi follower for your blog.and saye juga mengundang CheKiah untuk singgah at my blog,siapatahu ada guna,,salam persahabatan,thank you.

    ReplyDelete
  6. mala org penang ka, atau prnah tgal kt png? mmg bnyak prubahan kt png skrg mala :)

    ReplyDelete
  7. kasih, ck brksmptan jumpa mimi.
    chekiah ada antar email kt kasih ttg botol tu tp kasih tak reply pun. klau kat fb nak add kasih guna nick aper yer? nak call pun xder hphone no. mmg dah 3 4 hari cari kasih tau!

    ReplyDelete
  8. waalaikummussalam dede thea. tkasih sudi ziarah ke wall blog saya & strusnya menjadi follower. saya pun udah jelajah secara ringkas di blog anda dan amat trtarik dgn isi kandungannya. salam prsahabatan juga dr saya utk dede thea :)

    ReplyDelete
  9. Assalamua'laikum,,terimakasih tuk CheKiah sudah follow my blog.and saye juga sekarang jadi follower for your blog'Thank you,,,sering seringlah tengok my blog hehehe...wassalam,

    ReplyDelete
  10. insyaAllah dedetea. chekiah dah link kan url blog dedetea kat blog chekiah jadi akn sering ikuti dr masa ke semasa yer! masak enak2 yer :)

    ReplyDelete