Ikut

Tuesday, April 26, 2011

PULUT DURIAN

satu set hidangan lengkap pulut durian

Assalammualaikum dan selamat petang hari selasa 26 April 2011.

Chekiah baru jer selesai layan pulut durian kejap tadi. Orang tengahari makan nasi chekiah makan pulut durian. Sebenarnya hidangan pulut durian ni tuk makan petang tapi lambat sangat tunggu petang kunjung tiba chekiah test power ler makan dulu hehehe. Lewat pagi tadi chekiah dah sediakan nasi goreng campak2 tuk makan pagi dan terus ke tengahari jadi pulut durian ni lajak sampai ke petang lah.

Minggu sudah semasa kunjunga chekiah kerumah adik chekiah di Sungkai kami telah di hidangkan dengan pulut durian juga tapi tu lah makanan ni jenis makan sekali tak puas dia kena makan berulang ulang atau makan sehingga isi buah dah takder tinggal kulitnya baru leh stop hahaha...
Hari ni kebetulan ada stock durian yang beli semalam masih berbaki apa lagi chekiah kukus pulut dan perah santan aje lerrr. Kemarin chekiah meratah begitu saja semata mata untuk merasa kenikmatan, keenakan dan kelemakan raja buah ni.

Penyediaan pulut durian ni senang saja tapi kepada yang baru nak mengetes makan pulut durian boleh lah tengok penjelasan di bawah ni untuk panduan


isi durian yang merupakan bahan utama dalam penyediaan pulut durian


pulut yang perlu di basuh, di rendam dan di kukus


perahan santan pekat yang perlu di campur sedikit garam dan masak sehingga sekali mendidih
untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada perut (kembung perut)


gula pasir untuk menambahkan kemanisan rasa pulut durian


untuk mendapatkan kesedapan & keenakan plut durian ini isi duriannya mestilah dari jenis yang terbaik barulah superb!

Tak semua orang minat makan buah durian begitu juga lah dengan anak-anak chekiah tapi chekiah dan encik somi anytime layan jerrr. Setiap kali menikmati pulut durian chekiah pasti teringat pada arwah emak mertua dan arwah adik ipar chekiah. Mereka berdua merupakan peminat pulut durian juga. Bayangkan sekali kita orang berkumpul di rumah emak mertua lebih kurang 1 ranjang buah durian kampung  yang akan menjadi mangsa. Arwah adik ipar chekiah bernama Rozie akan mengukus pulut dalam kuatiti yang banyak. Sebelum makan kami semua (terutamanya para somi dan ahli keluarga lelaki) begitu teruja untuk membelah buah-buah durian yang selalunya arwah emak mertua chekiah yang bernama Puan Rogayah akan memesan terlebih dahulu dari pemborong buah durian maklum lah nak borong 1 ranjang besar. Setelah buah-buah durian terbelah maka masing-masing merasa gembira memilih isi buah yang elok & cantik untuk di makan bersama pulut dimana isi2 yang keras atau mangkaq akan di ketepikan untuk di buat kuah durian untuk di cicah bersama roti atau di campur bersama bubur kacang. Walaupun sekarang kedua duanya telah kembali ke rahmatullah kenangan riuh rendah dan gelak ketawa sewaktu menikmati pulut durian akan tetap segar di ingatan chekiah.

Nota chekiah:-
Santan - Ada setengah orang menyediakan santan pekat mentah untuk hidangan ini tapi chekiah ikut petua arwah emak chekiah yang akan menjerang sekejap santan untuk sekali mendidih kerana katanya kalau makan mentah akan kembung perut sebab seperti yang kita semua tahu pulut adalah makanan yang berangin jadi untuk stabilkan angin dalam pulut maka santan hendaklah di didih sekejap supaya tak kembung perut tapi kalau orang yang perutnya telah sedia buncit rasanya no hal kot menikmati santan mentah hehehe..

Selain dari menggunakan santan chekiah juga pernah makan pulut durian menggunakan air garam untuk menggantikan santan dan ini elok untuk sesiapa yang ingin mengurangkan kalestrol tapi rasanya tidak lah selemak kita menggunakan santan pekat. Chekiah belum pernah lagi torai test gunakan susu cair dan insyaAllah kalau ada rezeki sediakan pulut durian chekiah akan cuba plak dengan susu cair.

Gula - gula di gunakan semata mata untuk menaikkan atau menerbitkan rasa manis durian tetapi sekiranya isi durian yang ada telah sedia cukup manis dan lemaknya tak perlulah di letakkan gula lagi.

Kepada penggemar buah durian selamat menikmatinya tak kira lah dalam bentuk apa sekali penyediaan atau masakannya.


2 comments:

  1. salam ziarah.. pebret saya pulut durian ni

    ReplyDelete
  2. tkasih norlie. samalah kita klau msm durian ni ler mknan yg di idamkan :)

    ReplyDelete