Ikut

Sunday, June 12, 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-10@PISA

PISA (Penang International Sports Arena)

Walaupun alkisah ni dah hampir basi tapi CK nak juga selitkan di laman blog ni sebab bukan selalu perkara camni berlaku dalam hidup hehehe

Seminggu sebelum tarikh 3 June telah heboh di kalangan penduduk Pulau Pinang yang siaran secara langsung Maharaja Lawak akan di adakan di Pulau Pinang. Kat memana saja orang2 Penang dok citer hal ni. Kebetulan nak jadi rezeki keluarga CK telah mendapat pas2 percuma untuk menyaksikan siaran yang julung2 kali di adakan di tempat kami. Cuaca malam tu pun ok jer jadi seawal jam 7 lebih kami telah sampai ke PISA dan keadaan di tempat tu memang ler sesak dengan peminat2 peserta2 maharaja lawak. Teringin sangat nak tengok aksi live kumpulan JoZan yang CK minati.Akhirnya dapat juga menyaksikan bagaimana proses siaran langsung di jalankan memang menyimpang jauh dari apa yang CK fikirkan selama ini hehehe..

pentas Maharaja Lawak

sempat posing bersama encik somi sebelum masuk ke dewan hehe

apa agaknya yang di renung oleh anak teruna CK

pemandangan pertama setelah masuk ke dewan

tingin gak nak posing depan pentas utama hehe

dua sepupu : anak CK bersama sepupunya yang dtg bercuti dr P.Langkawi

anak bongsu CK sdg dok tayang pass masuk sambey sengih sampai tinga hehe

3 sepupu yg sama segagan (sama membesar)

keadaan pentas begitu cantik bercahaya apabila sportlight di nyalakan

replika brbentuk mahkota antara hiasan pentas

pemandangan hiasan pentas yang lainnya

tunggu lmbt lagi nak di mulakan posing maut dulu hehehe

mentang2 hari ini hari ulangtahun prkahwinan snap pic pun cam xnk berenggang hehe

anak buah bergambar bersama Nadia bekas peserta AF6

sessi fotography

Amir bks pserta rncangan Raja Lawak yg trkenal dgn "i'm sorry" pn ada juga

mengulum jer snyuman anak buah ni padahal prt laparrrr hehe


pengacara AC Mizal memulakan rancangan dgn kata2 aluan..kelakar juga dia

peserta yang CK minati iaitu JoZan yg mmg kelakar lawaknya mlm tu

kesemua pserta brgambar beramai ramai tuk peminat & wartataman pd mlm tu

tmt siaran pn msh nk posing ker CK? HeHeHe..

ait baru pasan kler tudung cokelat iras2 cam kaler baju encik somi hehe..

AC Mizal msh sempt brsalam dgn peminat2nya sblm tirai penutup di labuhkan

BUBUR CACA DAN KELEDEK


Petang semalam laksanakan hasrat hati buat bubur caca. 3 4 hari sebelum tu ada jiran kasi semangkuk bubur caca dan CK layan dengan begitu asyik sekali hehehe maklum ler dah lama tak makan bubur yang satu ni kalau bubur2 yang lain selalu juga makan kalau tak buat beli saja sikit sebab anak-anak tak berapa minat, kalau buat pun tak berbaloi sebab CK sorang jer yang nak makan.

tepung caca sepeket kecil dapat ler sebanyak ni

Tepung caca CK beli yang peket kecil kat Tesco dan memandangkan stock sagu tak der kat rumah CK campurkan dengan ubi keledek memandangkan ada sebijik jer keledek terkontang kanteng dalam peti sejuk lebihan buah coq badak minggu lepas. Walaupun saiznya besar tapi dapat separuh saja sebab yang separuh dah buruk dan bertukar warna ke hitam.

kentang yang di ptg kiub dan di rebus dahulu sama juga dengan tepung yg kaler2 tu

taraaaaa..!!! dah siap masak

Bubur Caca Dan Keledek

Bahan2nya:-
1 biji keledek
1 bungkus tepung caca
4 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
sedikit garam halus

Cara membuatnya:-
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu, kemudian rebus keledek dan tepung caca secara berasingan hingga empuk. Toskan.
2. Didihkan santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam dalam periuk
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan caca. Masak lagi hingg mendidih dan matikan api
4. Siap di hidangkan

bubur ni sesuai di mkn waktu suam2 sebab kalau sejuk ia akn cpt membeku

tepung kaler2 ni kalau rajin boleh ler buat sendiri..klau malas cm CK beli ajer hehe

KFC oo KFC

Assalammualaikum & selamat malam Sabtu 11 June 2011

Malam ni dan mungkin esok hari nak luangkan masa uploadkan mana2 N3 yang tertunggak di sebabkan kamera yang 1 lagi tu entah kenapa tak leh nak onkan. Setelah encik somi pulang dari kursus kat KL baru lah kamera tu dapat di betulkan.

Rabu 8hb itu hari waktu petangnya pergi ke town untuk membeli barang keperluan diri. Tujuan pergi sekejap jer tak nak lah berlegengah lengah sebab lebih suka berbuka puasa di rumah dari kat luar tetapi itulah perancangan selalu tidak menjadi seperti ketentuan. Kebetulan anak lelaki dan anak bongsu perempuan temankan jadi terleka berlegar legar di shopping complex sedar-sedar jam sudah menunjukkan 6:30 dan waktu tu pulak hujan lebat sedang mencurah bandaraya Geoegetown maka terperangkap lah sudah kami di dalam bangunan Komtar. Akhirnya anak-anak dah lapar nak makan maka restaurant KFC menjadi pilihan makan CK pun petang tu berbuka makan ayam goreng lah jawabnya.

masa ni awal lagi, biarkan anak2 Q-up order..sempat lagi berposing hehe

tudia sekali dia org bawa kedip2 mata CK menengok

walaupun perut berkeroncong tp msh smpt control senyum simpul hehe

siap tongkat dagu lagi menunggu saat2 berbuka..

mak aiiii mentang2 ibu dia puasa sekali anak teruna ku order perghhh..!!!

tersengih dedua bradik bila si ibu belanja makan KFC

makanan dah ada depan mata tapi kena tunggu dulu sbb blum masuk wak2 berbuka hehe..


akhirnya begini lah keadaan pinggan CK, 2 ketoi dah tersandar..Alhamdulillah..

Friday, June 10, 2011

SAMBAL TOKUA (TAHU) BERKACANG


Petang semalam tak sempat nak publish N3 yang terakhir. Selain dari kari kepala ikan merah ada juga CK sediakan sambal tahu atau di utagha tahu lebih di kenali sebagai tokua. Cara masakannya sama saja dengan sambal tahu biasa cuma tambahannya ialah kacang tumbuk kasar2 yang di tabur di atas sambal dan bila di gaul sebati sambal akan menjadi lemak berkacang. Di bawah ni CK letakkan cara2 menyediakannya menerusi gambar.

tahu basah di basuh dengan lemah lembut takut pecah...toskan

di belah 2 atau 4 ikut kesukaan masing2 dan di gaul dengan garam halus

di goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan

setelah kuning angkat dan ketepikan...mulakan proses masak sambal pulak

tumis hirisan bawang merah dan serai yang telah di ketuk hingga wangi

masukkan bahan kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak

dah pecah minyak leh ler masukkan tahu dan kacau sebati..biar seketika

waktu ni boleh ler di lengkapkan segala perasa..biarkan kuahnya kering sedikit

dah ready boleh ler di taburkan kacang tumbuk kasar2 takmo lumat2 nti larut dalam kuah

penyediaan sambal semestinya kuah berpalut kepada bahan utama..ingat tu hehe..

apa lagiiii...jom layannnnz..

Thursday, June 9, 2011

KARI KEPALA IKAN MERAH

Antara lauk yang disediakan untuk berbuka petang tadi ialah kari kepala ikan merah. Kepala ikan merah ni encik somi beli dengan nelayan yang baru saja pulang dari laut. Memandangkan kepala ikan ni besar jadi nelayan tu telah membelahnya kepada 2 bahagian. Sebahagian kepala ikan merah sebesar pinggan makan ni berharga RM12.00 dan kalau beli kat pasar mesti harganya lebih. Belum pernah lagi CK memasak kepala ikan sebesar ini jadi teruja juga nak merasa camna kesedapannya. Sebesar mana pun kepala ikan sebelum ini CK mesti potong ke 2 bahagian tapi encik somi tingin nak tengok kepala ini posing sebijik macam kat kedai makan nasi kandaq jadi ikut jer lerrr walaupun ada masalah untuk mengalihnya tapi CK alih celow and steady takut kuah panas merecik ke muka.

terlupa plak nak timbang berapa berat kepala ikan merah ni

Bahan2 tumis dan bahan pelengkap untuk kari kepala ikan merah

serbuk rempah kari dan serbuk santan segera 


kepala ikan yang sudah tiba masanya di masukkan kedalam kuali


berenang lah kepala ikan di dalam lautan santan


dah masak..tudia sampai terjojol gigi ikan merah ni


pandangan dari belakang kepala ikan merah memang isi dia tebal

Kari Kepala Ikan Merah
[sama jer bahan2 dan kaedahnya bila menyediakan kari ikan yang lain]

Bahan2nya :-

1 biji kepala ikan (tak kisah ler kepala ikan aper pun)..bersih dan toskan

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar...di hiris nipis2
2 ulas bawang putih..hiris nipis2
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun karupuley@daun kari

Rempah Paste:-
50gm serbuk rempah kari ikan (2 peket 25gm sebarang jenama)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam halus
air secukupnya
~ satukan semua dan kacau sebati hingga menjadi pes ~

Bahan sampingan:-
2 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato...di belah wedges
1 labu bawang besar..di belah wedges
2 biji cili hijau..belah jangan sampai putus, buang bijinya
5 biji kacang bendi atau 1 biji terung bulang@terung batang (optional)
1 pokok daun bawang..di potong memanjang
80-100 gm santan
garam
minyak untuk menumis secukupnya

Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga bawang kuning dan wangi
Perlahankan api dan masukkan pes rempah dan sedikit air...kacau sebati
Kacau selalu sehingga rempah pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau lagi untuk seketika
Masukkan cili muda, kacang bendi atau terung..biar sekejap
Masukkan kepala ikan..kacau biar berpalut dengan rempah
Curahkan santan dan masak sehingga mendidih
Bila mendidih masukkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan belahan tomato, bawang besar dan daun bawang
Matikan api dan siap di hidangkan bersama nasi dan sesuai juga di cicah dengan sebarang roti tawar

*Selamat Mencuba*