Ikut

Thursday, June 9, 2011

SWEETY LAICY LASSI


Alhamdulillah selamat sudah berbuka untuk hari ini. Keadaan cuaca mendung ingatkan nak hujan tapi tak juga hujan mungkin malam karang. Kalau hujan malam nanti best juga sebab leh tarik selimut sampai ke dagu.

Petang ni berbuka simple2 jer. Macam biasa makan nasi putih dengan kari kepala ikan merah, sambal takua(sambal tahu) dan ikan goreng. Minuman petang ni anak CK yang juga turut berpuasa menorai buat lassi sebab itu hari dia tengok CK buat cam senang aja. Kebetulan ada separuh lagi yogurt dan lebihan laici dalam tin jadi berbuka tadi minum lassi laici. Menurut anak CK kalau blend yogurt dan laici camtu jer nampak tak menarik jadi dia telah meletakkan setitik pewarna merah untuk menambah kecantikan warna lassi tu. Bila di letakkan hanya setitik pewarna merah maka warna nya bertukar menjadi merah jambu muda dan anak CK telah meletakkan nama lassinya  Sweety Laici Lassi..ok lah tu janji sedap dan yg bestnya bila nyum nyum buah laici yang di buat hiasan. Campuran air laici dan yogurt telah menghasilkan rasa masam2 manis yang tersendiri. Apa2pun terima kasih pada JunJun kerana sediakan minuman berbuka petang tadi.


Kat rumah sekarang tak leh ada susu cair dan yogurt mesti ada saja anak2 CK yang nak buat air sedap2, kalau dulu bila CK buat baru dia orang merasa tapi sekarang bahan2 dah ada tunggu tinggal rajin atau malas saja. Apa2pun kira ok ler tu leh buat minuman sedap sendiri sekurangnya ada juga kebolehan dalam bidang membuat minuman sejuk.

Wednesday, June 8, 2011

CHOCOLATE HAZELNUT BUNS


Malam tadi selepas berbuka kelam kabut CK mengadun doh untuk buat bun yang satu ni hehehe. Dah lama teringin nak layan bun panas2 untuk merasa kelembutannya. Waktu berbuka tak der selera nak makan nasi jadi mula lah mereka benda2 yang boleh mengenyangkan. Dah lama resepi ni berada dalam list percubaan CK jadi kebetulan baru jer membeli stock barang2 baking maka lancar lah projeknya.

doh yg siap di adun dan perlu di biarkan sebentar

CK adun awal2 malam tadi sebab doh nyer perlu di perap selama 2 jam jadi bila tiba masa untuk membakar hari dah agak lewat malam juga tapi waktu membakarnya lebih kurang 15-20 minit tak der ler buat CK berjaga hingga ke awal pagi.



Bila dah siap di adun doh perlu di potong mengikut saiz yang di sukai. CK potong dan timbang semua sama besar iaitu 30gm dan di bulatkan lalu letakkan dalam tin pembakar, di tutup dengan tuala dan perlu di biarkan selama lebih kurang 2 jam.


Selepas di bakar beginilah rupanya. Keluar dari oven terus CK layan 3 4 biji hahaha...betapa lembutnya bun ni di temani oleh segelas teh-0 perasa peach huhhhhhh nyamannya baru terasa kenyang sikit. Kebetulan anak-anak yang sedang menonton tv pun sama2 makan 2 3 biji seorang maka tinggallah separuh lagi untuk breakfast pagi ni.


Kelembutan bun ni memang membuat kita tak puas menikmatinya tambahan rasa sedap chocolate chipsnya dan juga kelemakan hazelnut. 1st try yang tidak mengecewakan dan berbaloi meletakkan hazelnut sebab sebelum ni anak-anak CK memang tidak begitu gemar dengan segala kekacang yang di masukkan kedalam resepi roti atau bun.


Chocolate Hazelnut Buns

[hidangan untuk : 5-6 orang]

Bahan2nya:-
600 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil garam
95 gm gula
50 gm kacang hazel cincang
60 gm mentega (pada suhu bilik)
12 gm yeast
250 ml air
60 ml susu segar@susu cair
200 gm chocolate chips
50 gm tepung untuk menguli
1 biji telur di kocok bersama 2 sudu makan air

Cara Membuatnya:-

Dalam mangkuk pengisar campurkan tepung, serbuk koko, gula, garam, mentega, yeast & air
Mula memukul dengan speed yang perlahan selama 4 minit dan sekiranya agak kering masukkan sedikit susu
Campurkan chocolate chips, hazel nuts dan baki susu
Pukul hingga doh sebati dan tidak melekat di mangkuk pengisar
Taburkan tepung di ats permukaan meja penguli atau papan pencanai
Uli doh untuk sebati dan lembutkan adunan
Bulatkan doh dan tutup dengan tuala untul 5-10 minit
Bahagiakn doh kepada 2 bahagia
Ambil 1 bahagian, gulung memanjang dan potong kepada bahagian yang sama besar
Asingkan bahagian doh dan rool setiap satu kepada bentuk bun
Gunakan jari untuk membulatkan adunan bun
Letak setiap bun kedalam tray pembakar dan jarakkan antara satu sama l ain
Tutup dengan tuala sekurangnya 2 jam atau lebih elok semalaman untuk proses pengembangan bun
Dengan pisau taja turis garisan di atas setiap bun dan sapu telur di permukaannya
Bakar pada suhu 180 celcius untuk selama 15 minit atau sehingga masak
Sedia di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

KEK PISANG


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi Khamis 9 June 2011.

Dah beberapa hari tidak berkesempatan menjengah apatah lagi publish N3 terbaru sebab kebizian dengan tugasan harian dan beberapa hari kebelakangan ni berpuasa maka bila ada masa free lebih banyak berehat. Pepagi ni dah mula mengadap screen uptodate apa yang patut terutamanya komen2 kat laman facebook aduyaiii memang banyak belum berjawab.

Dalam dok prati inbox facebook tetiba ternampak message dari Ayu seorang yang berpangkat adik yang menetap di Tawau Sabah. Bila tengok haribulan message itu di hantar rupa2nya dah hampir seminggu alahaiiii keciannya kat Ayu. Menerusi message inbox tu Ayu minta resepi kek pisang yang pernah suatu waktu dulu CK publish kat facebook. Untuk tidak menghampakan Ayu CK ulangtayang pulak picture dan resepinya kat laman blog..harap Ayu berkesempatan untuk membuat kek pisang seperti katanya "teringin" nak makan kek pisang yang lembut


Kek Pisang

Bahan2nya:-

200 gm pisang emas/berangan -lecek
150 gm gula kastor (leh kurangkan ke130gm sekiranya tak suka manis)
1/2 sudu teh esen pisang
2 biji telur
1/2 sudu teh ovalette
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
125 ml susu segar
100 ml minyak

gaulkan pisang + gula + esen & biarkan seketika. Pukul telur +ovalette hingga kembang,
masukkan adunan pisang tadi. Masukkan tepung gandum yg ditapis bersama
soda bikarbonat & baking powder. Kemudian masukkan susu segar & minyak.
Bakar sehingga masak

*Selamat Mencuba*

Sunday, June 5, 2011

FRESH ORANGE SODA


Aduhhh penatttnya..baru sampai rumah setelah selesai memenuhi 3 undangan perkahwinan. Letihnya badan bukan di sebabkan terkejar kejar dari satu rumah ke satu rumah tetapi penat makan. Rasa cam nak terburai sudah perut makan dan minum bagai nak rak. Apa2pun terima kasih kepada semua tuan & puan rumah yang telah berbesar hati melayan dengan begitu baik sekali kalau tinggal lebih lama pasti segalanya mereka nak berjamu.

Chekiah perhatikan 2 hari ini (semalam dan hari ini) kesemua rumah yang chekiah berkunjung terdapat berbagai bagai makanan yang di sajikan sampai tak tau nak makan yang mana satu. Petang ni lagi hebat sebuah rumah yang terakhir tu macam open house hari raya siap ada ketupat, rendang dan biskut2 raya yang di letak di atas meja. Dimeja utama yang pasti ada nasi 3 jenis, nasi beriani, nasi hujan panas dan nasi putih..lauk ayam masak merah, kurma kambing, daging rendang, pecal, acar buah, ayam golek, mee goreng, laksa, murtabak, bubur kacang, minuman sejuk, ice kacang & cendul huhuhu camna nak tahan selera takkan nak tengok saja...jamah serba sikit pun masih kenyang sampai malas nak bangun hehehe


Waktu nak balik puan rumah bekalkan lauk pauk dan nasi untuk makanan malam katanya "balik, panaskan dan makan dengan anak2 tak perlu nak fikir2 lagi nak siapkan makan malam" dan di bekalkan juga beberapa biji telur, kuih muih dan 10 biji limau sunkist. Alhamdulillah rezeki bukan setakat di jamu dengan bermacam-macam makanan malah di bekalkan bawa balik lagi..terika kasih yer puan rumah.

Dalam perjalan pulang singgah 7-Eleven beli 1 botol besar ice-cream soda dan sampai saja di rumah ini lah yang di hasilkan "fresh orange soda"...hurmmm memang enak, lazat dan nyamannnnnnn..

Cara Menyediakannya:-
Limau sunkist di basah dan di belah 2.
Kupas kulit tebal, kulit ari dan semua selaput putih jangan lupa buang juga biji limau
Masukkan isi limau ke dalam pengisar, masukkan ice-cream soda, air gula & ketulan air batu
Kisar sampai halus dan berbuih
Tuang ke dalam gelas, baca bismillahhirrohmanirrohim dan teguk ler perlahan lahan....yummy!

Saturday, June 4, 2011

PUDING SUSU LAICI


Masa berkemas kemas almari dan dapur terjumpa sepeket lagi lebihan agar2 serbuk dan bila di geledah2 dalam peti sejuk ada lagi lebihan susu cair dan laici dalam tin jadi chekiah pun teringat akan resepi yang dah agak lama chekiah simpan dalam senarai tuk mengetes...pa lagi ini lah hasilnya. Buat waktu subuh tadi letak dalam peti sejuk dan sekarang dah boleh makan tapi biarlah rasa seketoi dulu lepas balik makan kenduri karang boleh ler makan lebih2 hehehe

sedap di layan waktu2 thari sebagai pencucu mulut

Resepi ni chekiah ambik dari hasil pencarian google dan disini chekiah minta izin yang empunya resepi untuk C&P bagi memudahkan rakan2 yang berminat untuk mencuba. Terima kasih Puan Mala.

isi laici boleh saja di warnakan dgn aneka warna pilihan

Puding Susu Laici
sumber : http://alamroon.blogspot.com/

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin laici dalam sirap
2 cwn air
1 paket serbuk agar-agar
6 sb gula
1 st esen vanilla

Cara-cara
1. Asingkan buah laici dari sirap dan ketepikan. Buah laici boleh di siat-siat kecil atau biarkan sebiji-biji.
2. Satukan serbuk agar-agar, gula, susu cair, air dan sirap buah laici di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
4. Letakkan seulas buah laicin ke dalam acuan kecil-kecil.
5. Tuang adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan selama 10minit sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Untuk menyerikan puding bolehlah dicelupkan sedikit sahaja buah laici ke dalam pewarna merah sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

sesuai juga di hidangkan pada tetamu yg berkunjung ke rumah

Sesetengah orang suka menikmati keenakan puding susu begini bersama sos kastad tetapi bagi chekiah cara begini pun sudah memadai kerana dengan adanya sos kastad kekadang tak dapat menikmatinya dalam kuatiti yang banyak di sebabkan selalunya sos akan membuat selera kita menjadi mual tapi apa2pun ikut lah selera tekak masing2 hehehe

PAKORAS


Kali ni chekiah nak share appetizer yang berasal dari benua India. Resepi ni chekiah ambik dari Buku Resepi Masakan Popular Malaysia. Melihat kepada bahan2 resepinya sudah di ketahui bahawa ianya makanan masyarakat India. Bila chekiah serve beberapa laman sesawang mengenai makanan yang satu ini memang terdapat berbagai bagai versi tetapi yang chekiah nak kongsi kali ini cara mudah menyediakan pakoras.


Waktu nak menyediakannya chekiah susah hati juga lah mana tahu anak2 tak suka tetapi Alhamdulillah setelah siap di goreng berebut rebut plak dia orang makan. Cara menyediakkannya sama macam kita menyediakan cucur tapi dalam resepi pakoras di gunakan tepung kacal dal menggantikan tepung gandum. Kewangian cili hijau dan daun kari memang membangkitkan selera dan kelembutan tepung dal di tambah pulak kelemakan kentang memang mabeles.

adunan yg tlh siap untuk di sendukkan ke dlm minyak panas

Pakoras
[sumber : Buku Masakan Popular Malaysia]

Bahan2nya:-

125 gm tepung kacang kuda
1 camt garam halus
1/2 camt serbuk cili
160-180 ml air
2 biji cili hijau (di buang biji dan di cincang halus)
6 tangkai daun ketumbar (di hiris halus) ** tak ader CK gantikan dengan daun bawang & daun kari
1 camt minyak sapi
minyak secukupnya untuk menggoreng
200 gm ubi kentang *
1 labu bawang besar *
(* di potong kiub 1/2 cm)

siap di goreng

Cara Membuatnya:-
Satukan tepung kacang kuda, garam dan serbuk cili di dalam mangkuk
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga menjadi pekat (seperti cucur)
Tutup dan biarkan adunan selama 30 minit
Setelah 30 minit campurkan cili hijau, minyak sapi, ubi kentang, bawang besar ke dalam adunan
Panaskan minyak. Ambil sesudu adunan dan goreng dengan api sederhana hingga keemasan warnanya
Terbalikkan dan goreng lagi sampai masak
Angkat, tuskan dan hidangkan panas-panas.

kalau nak makan panas2 kena koyak2kan dulu

ASAM TUMIS LEMAK IKAN DURI


Assalammualaikum dan selamat pagi minggu 5 June 2011.

2 hari lepas tak sempat jengah blog sebab bz raikan hari ulangtahun perkahwinan (03 June 2011) dan juga semalam@kemarin 04 June 2011 sibuk terkejar kejar ke majlis perkahwinan anak rakan-rakan dan juga sedara mara. Tengahari ni pun ada lagi 2 majlis perkahwinan yang hendak di kunjungi dan pagi ni curi2 masa sikit upload N3 yang 2 hari lepas, alahaiiii nak buat camna kan balik dah lewat malam tak sempat nak bertenet.


Masak asam tumis lemak atau masak asam lemak tumis (entah pening sudah nak letak urutan nama yang betul hehe) chekiah masak memenuhi permintaan jiran yang teringin nak makan. 3 hari lepas dia ada beli beberapa ekor ikan duri dan di mintanya chekiah masak, katanya dah lama dulu chekiah pernah kasi dia dan sehingga sekarang kesedapannya masih dia terasa. Huhuhu lama bebenor dah tu tapi tak per lah dah orang berhajat nak makan lagi masakan tu chekiah tolong masakkan untuknya.

Ikan duri ni seakan akan ikan pelotan@mayong juga dan jiran chekiah belinya entah di mana ikannya fresh gitu dan disuruhnya masak kesemuanya. 3/4 bahagian chekiah kasi dia dan 1/4 dia kasi chekiah. Pada mulanya dia nak beri upah masak tapi chekiah meolak ikhlas tolong masakkan dan akhirnya dapat ler 5 ketul diberi untuk makan tengahari itu hari.



Asam Tumis Lemak Ikan Duri
[versi chekiah]

5-6 ketul ikan duri
sedikit garam halus
sedikit serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng

Gaul rata garam dan kunyi pada ikan dan goreng hingga tiga suku masak..angkat dan ketepikan

Bahan-bahan tumis:-
2 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang bawang putih .. di hiris nipis
1 inci halia muda..di hiris nipis
sedikit minyak lebihan menggoreng ikan

Bahan-bahan sampingan:-
1/2 cawan air asam cair
2 sudu teh serbuk lada hitam
100ml santan pekat
1 labu bawang besar..potong bulat
1 biji tomato..di belah wedges
1 biji cili hijau.. di hiris menyerong
1 biji cili merah..di hiris menyerong
1 pokok daun bawang..di potong memanjang

Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga kekuningan dan wangi
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati
Campurkan garam dan serbuk lada hitam
Masukkan ikan yang telah di goreng, bawang besar, cili hijau, cili merah, belahan tomato dan daun bawang
Masukkan pati santan dan kacau sebati
Biar mendidih sekejap sebelum di matikan api
Sedia di hidangkan