Ikut

Saturday, June 4, 2011

PUDING SUSU LAICI


Masa berkemas kemas almari dan dapur terjumpa sepeket lagi lebihan agar2 serbuk dan bila di geledah2 dalam peti sejuk ada lagi lebihan susu cair dan laici dalam tin jadi chekiah pun teringat akan resepi yang dah agak lama chekiah simpan dalam senarai tuk mengetes...pa lagi ini lah hasilnya. Buat waktu subuh tadi letak dalam peti sejuk dan sekarang dah boleh makan tapi biarlah rasa seketoi dulu lepas balik makan kenduri karang boleh ler makan lebih2 hehehe

sedap di layan waktu2 thari sebagai pencucu mulut

Resepi ni chekiah ambik dari hasil pencarian google dan disini chekiah minta izin yang empunya resepi untuk C&P bagi memudahkan rakan2 yang berminat untuk mencuba. Terima kasih Puan Mala.

isi laici boleh saja di warnakan dgn aneka warna pilihan

Puding Susu Laici
sumber : http://alamroon.blogspot.com/

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin laici dalam sirap
2 cwn air
1 paket serbuk agar-agar
6 sb gula
1 st esen vanilla

Cara-cara
1. Asingkan buah laici dari sirap dan ketepikan. Buah laici boleh di siat-siat kecil atau biarkan sebiji-biji.
2. Satukan serbuk agar-agar, gula, susu cair, air dan sirap buah laici di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
4. Letakkan seulas buah laicin ke dalam acuan kecil-kecil.
5. Tuang adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan selama 10minit sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Untuk menyerikan puding bolehlah dicelupkan sedikit sahaja buah laici ke dalam pewarna merah sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

sesuai juga di hidangkan pada tetamu yg berkunjung ke rumah

Sesetengah orang suka menikmati keenakan puding susu begini bersama sos kastad tetapi bagi chekiah cara begini pun sudah memadai kerana dengan adanya sos kastad kekadang tak dapat menikmatinya dalam kuatiti yang banyak di sebabkan selalunya sos akan membuat selera kita menjadi mual tapi apa2pun ikut lah selera tekak masing2 hehehe

PAKORAS


Kali ni chekiah nak share appetizer yang berasal dari benua India. Resepi ni chekiah ambik dari Buku Resepi Masakan Popular Malaysia. Melihat kepada bahan2 resepinya sudah di ketahui bahawa ianya makanan masyarakat India. Bila chekiah serve beberapa laman sesawang mengenai makanan yang satu ini memang terdapat berbagai bagai versi tetapi yang chekiah nak kongsi kali ini cara mudah menyediakan pakoras.


Waktu nak menyediakannya chekiah susah hati juga lah mana tahu anak2 tak suka tetapi Alhamdulillah setelah siap di goreng berebut rebut plak dia orang makan. Cara menyediakkannya sama macam kita menyediakan cucur tapi dalam resepi pakoras di gunakan tepung kacal dal menggantikan tepung gandum. Kewangian cili hijau dan daun kari memang membangkitkan selera dan kelembutan tepung dal di tambah pulak kelemakan kentang memang mabeles.

adunan yg tlh siap untuk di sendukkan ke dlm minyak panas

Pakoras
[sumber : Buku Masakan Popular Malaysia]

Bahan2nya:-

125 gm tepung kacang kuda
1 camt garam halus
1/2 camt serbuk cili
160-180 ml air
2 biji cili hijau (di buang biji dan di cincang halus)
6 tangkai daun ketumbar (di hiris halus) ** tak ader CK gantikan dengan daun bawang & daun kari
1 camt minyak sapi
minyak secukupnya untuk menggoreng
200 gm ubi kentang *
1 labu bawang besar *
(* di potong kiub 1/2 cm)

siap di goreng

Cara Membuatnya:-
Satukan tepung kacang kuda, garam dan serbuk cili di dalam mangkuk
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga menjadi pekat (seperti cucur)
Tutup dan biarkan adunan selama 30 minit
Setelah 30 minit campurkan cili hijau, minyak sapi, ubi kentang, bawang besar ke dalam adunan
Panaskan minyak. Ambil sesudu adunan dan goreng dengan api sederhana hingga keemasan warnanya
Terbalikkan dan goreng lagi sampai masak
Angkat, tuskan dan hidangkan panas-panas.

kalau nak makan panas2 kena koyak2kan dulu

ASAM TUMIS LEMAK IKAN DURI


Assalammualaikum dan selamat pagi minggu 5 June 2011.

2 hari lepas tak sempat jengah blog sebab bz raikan hari ulangtahun perkahwinan (03 June 2011) dan juga semalam@kemarin 04 June 2011 sibuk terkejar kejar ke majlis perkahwinan anak rakan-rakan dan juga sedara mara. Tengahari ni pun ada lagi 2 majlis perkahwinan yang hendak di kunjungi dan pagi ni curi2 masa sikit upload N3 yang 2 hari lepas, alahaiiii nak buat camna kan balik dah lewat malam tak sempat nak bertenet.


Masak asam tumis lemak atau masak asam lemak tumis (entah pening sudah nak letak urutan nama yang betul hehe) chekiah masak memenuhi permintaan jiran yang teringin nak makan. 3 hari lepas dia ada beli beberapa ekor ikan duri dan di mintanya chekiah masak, katanya dah lama dulu chekiah pernah kasi dia dan sehingga sekarang kesedapannya masih dia terasa. Huhuhu lama bebenor dah tu tapi tak per lah dah orang berhajat nak makan lagi masakan tu chekiah tolong masakkan untuknya.

Ikan duri ni seakan akan ikan pelotan@mayong juga dan jiran chekiah belinya entah di mana ikannya fresh gitu dan disuruhnya masak kesemuanya. 3/4 bahagian chekiah kasi dia dan 1/4 dia kasi chekiah. Pada mulanya dia nak beri upah masak tapi chekiah meolak ikhlas tolong masakkan dan akhirnya dapat ler 5 ketul diberi untuk makan tengahari itu hari.



Asam Tumis Lemak Ikan Duri
[versi chekiah]

5-6 ketul ikan duri
sedikit garam halus
sedikit serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng

Gaul rata garam dan kunyi pada ikan dan goreng hingga tiga suku masak..angkat dan ketepikan

Bahan-bahan tumis:-
2 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang bawang putih .. di hiris nipis
1 inci halia muda..di hiris nipis
sedikit minyak lebihan menggoreng ikan

Bahan-bahan sampingan:-
1/2 cawan air asam cair
2 sudu teh serbuk lada hitam
100ml santan pekat
1 labu bawang besar..potong bulat
1 biji tomato..di belah wedges
1 biji cili hijau.. di hiris menyerong
1 biji cili merah..di hiris menyerong
1 pokok daun bawang..di potong memanjang

Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga kekuningan dan wangi
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati
Campurkan garam dan serbuk lada hitam
Masukkan ikan yang telah di goreng, bawang besar, cili hijau, cili merah, belahan tomato dan daun bawang
Masukkan pati santan dan kacau sebati
Biar mendidih sekejap sebelum di matikan api
Sedia di hidangkan

Thursday, June 2, 2011

BILA ADA KESEMPATAN MEMBELI

Awal pagi semalam atau kemarin ada terima panggilan rakan dari Johor yang sedang berada di Kuala Lumpur. Borak punya borak dapat tahu yang dia ada singgah ke kedai Bake With Yen untuk mencari barang2 keperluan bakingnya. Tetiba teringat 9hb May itu hari masa dalam rangka menghantar anak ke kampusnya di Gombak sempat juga pergi mencari kedai pembekal yang terkenal di kalangan orang-orang yang suka memasak terutamanya membuat kuih dan kek.


Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu
Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 – 8060 1828
Fax: 03 – 8061 0828

Pertama kali mencari memang rasa macam dah nak fade-up. Dengan berpandukan alamat yang chekiah dapati dari laman sesawang kedai tu kita orang siap guna GPS dan tak tahu mana silapnya tak jumpa juga...selepas berlegar legar berdekatan dengan Giant dan selepas bertanya orang baru lah dapat menjejaki kedai pembekal ni. Huhhh...tempatnya takder ler berdepan dengan Giant dia ketepi sikit dengan Giant berhampiran dengan Public Bank. Lebih kurang sejam mencari baru berjumpa maklum ler 1st time tapi sekarang dah tahu senang ler bila nak pergi tuju terus jer tanpa buang2 masa lagi hehehe..

Dekat area Kuala Lumpur memang ada beberapa outletnya tapi chekiah berhajat sangat nak pergi ke kedai utamanya nak tengok tempatnya camner. Masuk jer ke dalam kedai tu terlopong chekiah tengok serba mak nenek barang2 keperluan untuk membuat kuih, kek & mendeco terdapat disitu. Bahan-bahan asas masakan juga ada di jual di samping loyang atau acuan yang beraneka jenis. Kalau nak tahu boleh ler pergi sendiri tengok bagai nak gila di buatnya hehehe

Disebabkan banyak masa terbuang mencari kedai maka waktu nak membeli dah tak cukup sebab hari dah beransur petang karang nak pulang ker Selayang meraba-raba pulak. Ini lah barang2 yang sempat chekiah capai dan dalam hati mestilah berkata kata "ada kesempatan, cukup fulus mesti datang lagi" hehehe

turn-table & loyang@acuan baru yang di miliki


paper cups, minyak jagung, baking brush, mangkuk lompang & redai kuih


ceri merah, hijau dan decorating sugar


jam nenas, serbuk koko, chocolate chips, tepung pizza & tepung cup cake 

Wednesday, June 1, 2011

CUCUR CICAH

cucuq cicah@takua ghendang
yg di hidangkan brsama kuah kacang + ubi keledek

Alhamdulillah hari ini rezeki bertambah dengan pemberian cucuq cicah oleh jiran sebelah. Tengahari tadi selain dari meratah sayur campur le-moist benda alah ini lah juga yang chekiah belasah hehehe. Cuaca panas membuatkan selera makan hilang entah kemana jadi makan apa saja yang boleh mengenyangkan.

Di George Town tempat chekiah tinggal ni cucuq cicah memang merupakan salah satu makanan peberet orang2 tempatan dan juga pengunjung2 yang datang bercuti di Pulau Pinang. Rata-rata yang menjual makanan yang satu ini ialah orang india muslim (mamak). Kelembutan cucuqnya dan kelemakan kuah kacang atau sosnya memang rasa tak puas makan sepinggan. Waktu dulu cucuq cicah di hidangkan bersama hirisan timun dan takua(tahu) tetapi sekarang mungkin harga timun mahal maka hanya di sediakan hirisan cucuq dan takua saja. Tempat yang popular untuk mendapatkan cucuq cicah yang sedap ialah di Juaimurah (jualmurah) berhampiran dengan pasar Chowrasta (tempat menjual jeruk buah pala yang terkenal)...dan makin terasa sedapnya bila di iringi dengan air sirap sarbat selasih memang betul2 menyamankan..

cucuq yg isinya dicmpur dgn udang, tauge & daun bawang
di srtakan juga brsama takua(tahu)goreng


kepekatan kuah kacang yg tdk begitu pds membuatkan kita asyik menikmatinya

MANGGO LASSI


Sedar tak sedar hari dah petang...cuaca masih panas tapi tidak lah berbahang seperti tengahari tadi. Selepas zohor tadi chekiah sediakan Manggo Lassi iaitu sejenis minuman sejuk berasaskan mangga dan di campur dengan yogurt. Rasanya masam2 manis dan berkrim. 1st time buat Alhamdulillah mendapat sambutan dari anak-anak.

Manggo lassi ni menarik perhatian chekiah sewaktu berkunjung ke blog kasihredha minggu lepas dan tetiba chekiah teringat malam sebelumnya sewaktu chekiah tengah makan di sebuah restaurant bersama suami muncul seorang minah saleh yang membuat pesanan manggo lassi. Chekiah sempat menjeling tengok camner rupa dan warna manggo lassi tu sebab selama ini pernah dengar nama tapi tak pernah tengok rupa apatah lagi rasanya.


Dari hasil pencarian di youtube dapatlah juga chekiah melaksanakan hasrat tekak yang teringin sangat nak merasa minuman manggo lassi. Pagi tadi sewaktu ke pasar chekiah telah membeli mangga yang jenisnya chekiah tak pasti. Saiznya besar macam mangga siam dan warna kulitnya tidak begitu kuning namun rasa isinya manis tak perlu di letakkan air gula@madu (chekiah tak leh minum yang manis2). Peniaga buah mangga tu menawarkan 3kg untuk RM10/- jadi chekiah pun beli 3kg bukan sekadar nak membuat manggo lassi tapi nak juga makan mentah buah mangga yang memang nampak menyelerakan.


inilah mangga yang 3kg = RM10/- meskipun kaler kulitnya pucat tapi rasanya mabeles

Cara menyediakan manggo lassi:-

hirisan manggo tin atau manggo segar
madu @ air gula
yougurt
secubit garam (optional)
ice cube
~ kisar semua sehingga hancur dan berbuih ~


Rasanya selain dari mangga minuman lassi ni juga boleh di buat dari buah2an yang lain dan itulah yang akan chekiah lakukan nanti untuk mendapat kelainan dari segi rasa..insyaAllah..

SAYUR CAMPUR TUMIS LE-MOIST


Assalammualaikum, salam hari Rabu 01 June 2011

Cuaca panas sehari dua ni membuatkan tak der selera nak makan nasi dan sebagai ganti goreng sayur dan makan untuk alas perut. Lama chekiah tak masak sayur campur dan tetiba rasa macam nak makan sayur campur goreng yang lembab2 gitu hehehe. Selalunya chekiah buat sayur campur di sebabkan stock sayur2an ada serba sedikit tetapi sekiranya selera nak makan dah datang tak perlu tunggu stock sayur2an tinggal sikit.

Kat rumah chekiah tak kisah lah sediakan apa saja gorengan sayur mesti mendapat sambutan berbanding dengan sayur masak tumis air atau rebus. Chekiah plak dedua pun suka sebab kalau selalu2 makan sayur goreng cemuih juga.

Kali ni chekiah sediakan resepi sayur campur goreng le-moist. Nak tergelak bila di letakkan ayat "le-moist" kat belakang resepi ni. Asalnya chekiah buat sayur campur goreng biasa tetapi agak kekeringan jadi chekiah masukkan telur menjadikan sayur chekiah lembab, sedikit berkuah dan rupa parasnya berlemoih(comot)..dari situ lah resepi sayur ini mendapat nama.


Bahan2nya:-
kobis
bunga kobis
lobak merah
daun bawang
isi ayam
bebola ikan@ketam
sosej
tepung jagung
telur
1 kiub pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan tumis:-
bawang putih
bawang putih
halia muda
~ hiris nipis semua bahan ~

Cara Memasaknya:-
Panaskan 2 sudu minyak dalam kuali
Tumis bahan tumis hingga wangi
Masukkan sedikit air dan kiub pati ayam..kacau
Masukkan isi ayam dan kacau sekejap hingga lembut
Campurkan kesemua sayur dan kacau rata
Masukkan sosej & bebola
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan campur ke dalam sayur
Pecahkan telur di tengah2..biar sekejap kemudian kacau sebati dengan sayur
Biar sekejap sebelum matikan api..sedia di hidangkan