Sunday, May 29, 2011
MARBLE CUSTARD PUDDING
Assalammualaikum, selamat petang minggu 29 May 2011
Hari ni cuaca bukan main panas berbahang lagi asyik dahaga jer tekak asyik minta di isi benda2 yang sejuk dan nyaman hehehe.. brkesempatan buat sedikit puding kastad tapi sejuk dan bekukan dalam bekas kecil sebab stock agar2 pun ciput jer yang ada baki dari buatan agar2 yang sudah. Sebelum ni pernah buat juga puding kastad marble tapi belum pernah tayang kat blog cuma ada tunjuk kat laman facebook saja jadi chekiah letak gambar yang sebelumnya kat sini pulak kira ok lah tu kan hehehe
Resepi puding ni chekiah ambik dari kenalan facebook puan Anizah Shamsudin yang hasil buatannya memang cantik bergetah gitu so aper lagi chekiah pun mencuba dan ini lah hasilnya..apa2pun kena cuba kalau tak cuba mana tahu tahap kemampuan kita kan? Terima kasih pada Nizah yang sudi share resepi. Bila meneliti resepi puan Anizah ni teringat pesanan arwah nenek tentang sukatan tuk menjadikan agar2 kita tak lembik berair maklum ler dulu2 mana ada sukatan gram kalau ada pun sukatan cawan dan yang selebihnya main agak-agak saja.
Puding Kastad Coklat
sumber : Anizah Shamsudin
1 pek agar2 tali (30gm..cap bulan & bintang)
1 1/2 cawan gula pasir (kalau tak suka manis leh kurangkan)
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu cair
2 sudu serbuk koko
Cara Menyediakannya:-
Masakkan agar2, gula & air (gunakan plastik agar2 untuk menyukat air) sehingga larut & mendidih
Bancuhkan susu cair bersama tepung kastad kemudian tapis
Masukkan bancuhan kastad, esen vanilla dan kacau sehingga pekat
Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko kedalam satu bahagian
Masakkan sehingga pekat
Sendukkan adunan putih kedalam acuan..separuh beku masukkan adunan coklat pula
Simpan di dalam peti sejuk sehingga betul2 keras baru di potong
*Selamat Mencuba*
Friday, May 27, 2011
0RANGE SMOOTHIE
Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi Sabtu 28 May 2011.
Alahaiii...bangun pagi teringat hari ini ada 3 undangan perkahwinan yang akan di hadiri. Bangun jer terus mengemas rumah sebab seharian hari ini ada kat luar ketatkan perut hehehe...kalau tidak mengemas alamat esok baru ada masa tapi esok tak pasti apa pulak keadaan yang akan mendatang jadi sebaiknya langsaikan dulu tugasan kemaskan rumah. Bila sampai ke bab membersihkan peti sejuk ternampak 6 biji lagi limau sunkist tergolek dalam tu..limau lebihan buat blended orange cake itu hari..masih segar jadi fikir nak buat aper lagi. Akhirnya chekiah blend buat orange smoothie sebab dah lama tak menikmati fruit smoothie sementara susu kotak low fat pun masih berbaki separuh kotak maka terjadilah orange smoothie
sesuai untuk di minum dalam keadaan cuaca panas
Memula mengenali smoothie ni memang tidak berapa gemar tetapi macam kata perpatah tak kenal maka tak cinta begitu lah dengan chekiah dan ahli keluarga sekarang ni dah suka menikmati kenikmatan fruit smoothie. Bagi chekiah sekiranya kita minum smoothie atau fruit juice sebelum kita menikmati makanan utama memang membantu sangat sebab secara automatik perut kita tidak dapat menerima isi yang lebih jadi dapatlah kita kurangkan makan dalam erti kata yang lain ringan lah sikit badan hehehe
Buah2an ini memang elok di makan selalu kerana fungsi serat dia boleh membantu masalah constipation atau sembelit. Selalu amalkan memakan buah2an, sayur2an dan kerap meminum air kosong insyaAllah masalah perlawasan boleh di hindari.
bezanya smoothie dengan jus ialah smoothie ltk susu manakala jus tak ltk susu
Cara Menyediakannya:-
1-2 biji isi limau sunkist..buangkan semua selaput dan urat putih utk elakkan pahit
1 cawan susu segar@susu cair
3 sudu makan air gula@madu
beberapa kiub airbatu
Masukkan semua dalam blender dan kisar hingga halus dan berbuih
Sedia untuk di nikmati...sejukkkkkkk & nyamannnnnnn...
GULAI IKAN PELOTAN
Assalammualaikum dan selamat petang 27 May 2011
Rasanya waktu ni semua dah pun makan tengahari...makan nasi lauk apa agaknya? Chekiah pun baru saja sudah makan nasi dengan gulai ikan pelotan, sayur campur goreng dan ikan cencaru sumbat. Dah lama tak makan apa2 saja berlaukkan ikan pelotan. Sejak kecil hinggalah sekarang dah veteran hanya kenal dengan nama ikan pelotan tapi bila bercomment dengan rerakan facebook baru dapat tahu ikan ini juga di kenali dengan panggilan ikan mayong atau ikan jahan. Ikan yang seakan akan ikan duri ini memang menjadi kegemaran seisi keluarga sejak turun temurun agaknya. Selalu bila beli ikan pelotan masakan yang menambat selera semua ialah gulai atau kari dan kekadang ada juga di buat masak asam tumis atau masak asam lemak. Ikan pelotan@mayong@jahan ini apabila sudah di masak terasa kelemakannya yang tersendiri dan chekiah masih ingat pesan arwah emak "kalau masak ikan pelotan jangan boh banyak minyak sebab ikan tu dah sedia berlemak"
Masakan gulai@kari menjadi minat sekeluarga sebab selain dari di makan bersama nasi panas ianya amat sesuai di cecah roti benggali. Selalunya di rumah chekiah pada waktu tengaharinya makan bersama nasi pada waktu malamnya di layan bersama roti.
Dibawah ini chekiah sertakan cara masak gulai@kari ikan pelotan mengikut cara chekiah tersendiri dan kepada sesiapa yang teringin nak merasa gulai@kari penang boleh lah mencuba.
gulai ikan pelotan@mayong@jahan
Gulai Pelotan
[versi chekiah]
Bahan-bahannya :-
1 ekor (sederhana besarnya) ikan pelotan (disiang, dibersihkan, direndam dengan air asam jawa + garam kasar + tepung, dibilas)
100gm santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
2 biji tomato dibelah 2 atau 4
8 biji kacang bendi
1 biji bawang besar di potong wedges
garam
air secukupnya
Bahan tumis :
6 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang putih.. di hiris nipis
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
Pes rempah:-
50 gm rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
sedikit air
~ campur sebati semua jadikan pes ~
Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga wangi.
Masukkan pes rempah dan sedikit air, kacau hingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana.
Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa kacau dan masukkan kacang bendi & belahan wedges bawang besar..kacau
Masukkan ikan..kacau sebati dan masukkan cili hijau, garam secukupnya
Tuangkan santan..kacau dan akhir sekali masukkan belahan tomato..biar mendidih sekejap dan siap untuk di hidangkan
ikan pelotan setelah di bersihkan
bila minyak dah pns tumiskan bhn2 tumis dan kacau slalu agar tdk hangus
stlah bawang kuning prlhnkan api, masukkan rempah dan sedikit air.. kacau sebati
masak rempah sehingga masak dan pecah minyak
stlah rempah masak masukkan bendi dan bawang potong wedges
masukkan ikan dan kacau sebati
msukkan cili hijau yg tlh di kluarkan bijinya
msukkan santan & garam secukup rasa
akhir sekali msukkan belahan tomato..biar mendidih dan siap untuk di hidangkan
Thursday, May 26, 2011
APAM SNOW WHITE
Assalammualaikum dan selamat awal pagi hari Jumaat 27 May 2011
Walaupun waktu dah melewati jam 12 tapi chekiah masih mengadap screen. Selepas waktu isya dah terlentuk letih ngantuk sebab siangnya agak sibuk sikit melayan kedatangan adik lelaki chekiah, isteri dan anaknya. Sebelum isya ada jugak on line tapi masih tidak berjaya menembusi line blogspot tak tau lah kenapa, bila dah lewat2 malam sikit baru dapat join tu pun tak tahu suksess tak publish gambar sebab kekadang dia akan kekejungan hehehe..
meskipun prcubaan pertama tapi alhamdulillah trsgtlah menjadinya
Hasrat nak mencuba berbagai resepi apam memang dah lama bersarang di hati tapi yerlah orang2 kat rumah tidak begitu meminati kuih yang bernama apam maka sebab tu lah bercinta jer nak on kan projek mengapam tapi memandangkan dah berkenan nengok gambar apam snow white di blog yatiememories maka chekiah gagahi juga membuatnya. Chekiah ucapkan terima kasih dan mohon izin yatie untuk C&P resepinya di bawah ini untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang lain.
permukaan apam snow white yang memang lembut strukturnya
Apam Snow White
resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber resepi : http://yatiememories.blogspot.com/
Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
siap tersusun menunggu untuk di kukuskan
Cara-Cara Membuatnya:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.
Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
msh panas baru keluar dari pengukus
dah ready untuk di makan
Selalunya dalam proses menerai chekiah akan buat separuh dari adunan sekiranya tak menjadi tak der lah banyak sangat yang terbuang tapi entah kenapa masa mengadun apam snow white ni chekiah terlupa maka terbanyaklah pulak adunannya tapi dengan secepat kilat minda chekiah berfikir sesuatu yang memang tidak akan membazir. Separuh dari adunan itu chekiah warnakan dengan warna-warna trafic light pilihan yang chekiah beri nama apam colourful bersesuaian dengan warna-warna pilihan chekiah jadi ceria sikit lah pandangan mata. Apam colourful chekiah gunakan mangkuk2 kecil yang selalu kita gunakan untuk membuat kuih lompang@kaswi...mangkuk kecil warna merah yang selalu masyarakat tioghua gunakan untuk bersembahyang hehehe..
ini dia kemeriahan warna2 apam colourful
rasanya sdkt berbeza dr apam snow white kerana di letak berbagai perisa
pandangan disebelah dalam apam colourful
Wednesday, May 25, 2011
KOLEKSI TEMAN DI DAPUR
Sebelum masuk tidur chekiah akan publishkan N3 yang sebelum ini chekiah simpan dalam folder peribadi maklum ler sebelum ni blog chekiah ni dah lama tidak di kemaskinikan asyik berface book sehingga tak mempunyai masa yang cukup untuk jengah kat sini jadi sekarang ini chekiah akan masukkan ke dalam blog agar senang untuk di perhati sesekali tak der ler bersepah sepah di pc chekiah ni.
Barang-barang di atas chekiah order dari Puan Julia kawan chekiah yang begitu baik hati untuk membeli dan menghantar kepada chekiah. Disamping itu Puan Julia juga telah mengirimkan cupcake perasa pudina (buatan nya sendiri), gula kelapa dan sargon dan dengan murah hati juga dia telah menghadiahkan casserol (mangkuk tahan panas) ..terima kasih daun keladi yer puan..
Barang2 di atas plak chekiah "ter"beli(maksud "ter" ialah tak sengaja hehe) masa dalam perjalanan untuk beli barang dapur...ingat nak tinjau2 jer tengok apa yang ada kat kedai tu sekali keluar dari kedai encik somi geleng2 kepala, chekiah jungkit-jungkit bahu kata kat dia "mana ai tahu barang2 ni yang nak ikut ai balik" sempat lagi bagi alasan yang tidak manasabah hahaha...Loyang muffin siap bercorak tu memang cantik begitu juga loyang pie yang siap kat tepi ada lekuk...loyang kek/roti yang bentuk panjang, muffin cup dan juga 2 biji gelas yang memang chekiah buat penambahan koleksi untuk posing minuman.
brangan yg di order dari kawan dan pemberiannya
masa tu kat fb rmai yg brkisah ttg nozzle dan Puan Julia tlh tlg belikan
tp alahai blm ada ksmptn menggunakannya tp bila dah tiba masa akan di gunakan juga
Barang-barang di atas chekiah order dari Puan Julia kawan chekiah yang begitu baik hati untuk membeli dan menghantar kepada chekiah. Disamping itu Puan Julia juga telah mengirimkan cupcake perasa pudina (buatan nya sendiri), gula kelapa dan sargon dan dengan murah hati juga dia telah menghadiahkan casserol (mangkuk tahan panas) ..terima kasih daun keladi yer puan..
tak trtahan nengok di sebuah kedai kat area rumah hehe...
Barang2 di atas plak chekiah "ter"beli(maksud "ter" ialah tak sengaja hehe) masa dalam perjalanan untuk beli barang dapur...ingat nak tinjau2 jer tengok apa yang ada kat kedai tu sekali keluar dari kedai encik somi geleng2 kepala, chekiah jungkit-jungkit bahu kata kat dia "mana ai tahu barang2 ni yang nak ikut ai balik" sempat lagi bagi alasan yang tidak manasabah hahaha...Loyang muffin siap bercorak tu memang cantik begitu juga loyang pie yang siap kat tepi ada lekuk...loyang kek/roti yang bentuk panjang, muffin cup dan juga 2 biji gelas yang memang chekiah buat penambahan koleksi untuk posing minuman.
mixer faber merupakan peneman baru dalam pembuatan kek & kuih
mixer@pengadun Faber ni chekiah beli dengan tidak sengaja hehehe mesti pening orang nak faham mana der beli dengan tidak sengaja. Al-kisahnya semasa chekiah nak beli sebuah kipas meja di salah sebuah kedai elektrik di kawasan Bukit Jambul chekiah telah ternampak mixer Faber ni dan bila di belek2 harga RM899/- chekiah senyap saja sebab hajat hati kalau cukup ongkos teringin nak dapatkan mixer jenama Kenwood yang berharga 2K keatas. Waktu di kaunter pembayaran penjual kat situ beritahu bahawa 3 hari dari tarikh hari itu kedai mereka akan adakan jualan murah dan mixer Faber yang chekiah lihat tu akan di jual dengan harga RM599/- Dengan terkulat-kulat minda chekiah berfikir perbezaan harganya ialah RM300/- maka per lagi chekiah pun sesiap booking dan akhirnya tersengih chekiah pada 3 hari yang berikutnya mixer Faber ni dengan rasminya menjadi milik chekiah hehehe. Chekiah tidak lah terdesak sangat nak dapatkan mixer baru sebab mixer yang lama pun masih elok dan telah banyak berjasa pada chekiah so sekarang dedua pun masih chekiah gunakan...untuk mengadun adunan yang sedikit chekiah guna yang lama dan nanti bila hari raya boleh lah guna yang besar sebab selalu hari raya adunan yang di gunakan selalunya melebihi dari satu adunan..tu lah alkisahnya ~the end~klau tak der yg lama masakan ada yg baru...dedua msh menjadi teman baik
BLENDED ORANGE CAKE
Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat malam 25 May 2011.
Alahaiii payahnya nak sign in ke blogspot menerusi flock..terkial kial chekiah sejak malam semalam sehingga hari ini. Malam ni ubah port guna Mozilla Firefox baru lah leh lepas..tak mengapa guna apa saja janji leh menembusi masuk ke wall blog.
Ada beberapa N3 yang nak di publish tapi chekiah take my own sweet time lah dulu sebab kalau kalut2 mesti rasa tegang urat kepala hehehe jadi chekiah on mode cool dan santai2 jer hehe..
keadaan lebih baik dari percubaan pertama
Baru-baru ni ada chekiah terkuciwa sekejap sebab penampilan 1 projek tu tak memuaskan mesti ada yang tertanya tanya apa yang chekiah maksudkan. Sebenarnya hari tu ada mengetes buat blended orange cake versi cup cake tapi entah kat mana yang tak kena isi cup cake tu terbojeh keluar melimpah ruah dah jadi cam cendawan yang sedang kembang selepas hujan. Paras adunan yang chekiah masukkan dalam cup tu ialah 3/4 seperti selalunya tapi mungkin di sebabkan chekiah guna tepung berserbuk penaik (SRF) di campur pulak dengan baking powder maka aper lagi melimpah ruah ler jadinya dan petang semalam buat sekali lagi ikut resepi yang gunakan tepung gandum di campur dengan baking powder baru menjadi hehehe. Kekadang dalam kecewa kita dapat pengajaran baru dan belajar dari kesalahan ialah guru yang terbaik.
rasa keaslian buah limau sunkist yang menggamit selera
Ramai rerakan yang dah mencuba dan memuji keenakannya apa lagi chekiah pun tak nak ketinggalan mencubanya. Resepi blended orange cake kali keduanya chekiah ambik dari blog Puan Jue teman baik chekiah dan alhamdulillah menjadi akhirnya..terima kasih Puan Jue.
kaedah pmbuatan yang mudah menarik minat ramai utk mencubanya
Blended Orange Cake
sumber resepi : Puan Jue@http://juicycafe.blogspot.com/
Bahan-bahannya:-
1 biji buah limau sunkist
1 cawan gula perang
3 biji telur B
1/2 cawan mentega - cairkan
1/2 cawan minyak jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* - *ayak bersama
kharuman prutan klt limau mula trbau di saat adunan dimasukkan ke dlm cup
Cara Membuatnya:-
1. Limau dicuci bersih dan dilap sehingga kering, sagat kulit limau, jangan sampai kulit yang putih nanti pahit, ketepikan. Potong buah limau kecil2 dan buang selaput serta urat2 putih buah.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, siapkn papercup atas dulang, ketepikan.
3. Dalam mesin pengisar, masukkn kulit oren, buah oren, gula, mentega cair, minyak jagung dan telur, kisar sehingga semua sebati dan halus, kemudian tuang adunan kedalam bekas.
4. Masukkn tepung yang telah di ayak tadi sedikit2 dalam adunan oren dan gaul rata kemudian masukkan pewarna dan kacau lagi dengan spatula.
5. Masukkn adunan dlm piping bag atau dalam plastik biasa yang di gunting sedikit di bucu bawahnya dan pipekan kedalam papercup 3/4 penuh.
6. Bakar selama 1 jam atau mengikut oven masing2. Sejukkan atas 'wire rack'.
*Selamat Mencuba*
bila dah masak lagi lah semerbak bau limau...tetiba rasa laparrr..!!!
Tuesday, May 24, 2011
SOTONG GORENG TOMATO
Assalammualaikum dan selamat petang Selasa 24 May 2011
Aduyaiii tak pasti kenapa susah sangat nak sign-in blog chekiah ni dan rasa-rasanya line tak berapa occay kot. Pagi tadi masa upload N3 apam puteri ayu pun merangkak rangkak nak appear kat wall blog bayangkan pagi chekiah upload tengahari baru dapat lihat. Takpa lah sesekali meragam tak menjadi hal mungkin pihak blogspot tengah mengemaskinikan apa yang patut.
sotong size cinoni pun kira ok lah juga
Tengahari tadi masak simple2 jer..masak asam tumis sardin & telur goreng sebab sememangnya begitu pagi di mana chekiah pergi ke pasar balik tak sempat nak masak yang happening sebab fikiran dok ingat akan ikan, udang, sotong & ayam yang di beli. Sesetengah orang masukkan semuanya dulu kedalam freezer bila nak masak baru lah nak siang tapi peel chekiah lain suka clear semua maksudnya siang dan basuh lepas tu masukkan dalam freezer bila tiba waktu untuk masak keluarkan saja tanpa nak siang2 lagi lagipun takder ler freezer berbau..lain padang lain lah pulak belalangnya kan..
Goreng sotong tomato ni chekiah sediakan untuk tambahan lauk malam ni sebab telur goreng dah habis yang tinggal sedikit sardin dan mungkin kejap lagi chekiah masak tumis air sawi. Hari ini kat pasar dapat beli sotong yang saiz cinoni (kecil) saja yang besar2 tak der dan kebanyakan ikan-ikan yang di jual pun tak segar maklum lah dah beberapa hari di masukkan dalam kotak airbatu. Sekarang kan hujan tak menentu jadi tak ramai ler yang ke laut. Chekiah beli lah apa yang patut untuk stock 2 3 hari.
kalau dapat sotong yang besar2 memang walla lah rasanya
Resepi ini chekiah ambik dari majalah rasa tahun 2009. Dalam ruangan memperkenalkan McCormick Cajun Seasoning ada disertakan resepi sotong masak tomato ni jadi chekiah ikut jer sebab bahan2nya tak banyak dan senang untuk menyediakannya. Disebabkan chekiah tak der McCormick Cajun Seasoning chekiah gunakan Lea & Perrins Seasoning.
rasanya masam2 masin manis tak pedas...mmg sesuai untuk yang tidak suka masakan pedas
Sotong Goreng Tomato
sumber : Majalah Rasa Ogos 2009
Bahan2nya:-
400 gm sotong..di bersihkan dan dipotong bulat2
1 biji bawang besar - di hiris nipis
1 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
1 biji cili benggala hijau - di hiris memanjang
5 sudu makan sos tomato
1 sudu makan minyak jagung (untuk menumis)
4 sudu teh tepung jagung
3 sudu teh sebarang seasoning McCormick Cajun Seasoning atau Lea & Perrins Seasoning
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng sotong
Cara Memasaknya:-
1. Gaul sotong dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng perlahan..ketepikan.
2. Kemudian panaskan minyak jagung, tumis cili benggala dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan garam dan McCormick Cajun Seasoning@Lea & Perrins Seasoning. Kacau rata dan kaup balikkan.
4. Akhir sekali masukkan sos tomato dan sotong. Biarkan seketika.
5. Sedia untuk di hidangkan.
*Selamat Mencuba*
Subscribe to:
Posts (Atom)







































